Ayah bebel apabila anaknya gunakan elaun pertama untuk beli sesuatu ini untuk ayahnya. Sekali mak bocor rahsia apa yang disebaliknya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Nur Suhaili (kanan) bersama bapanya.Bapanya berleter dihadiahkan kasut sukan. SIAPA yang tidak suka menerima kejutan atau hadiah, terutama daripada orang tersayang. Berbeza pula dengan seorang bapa yang berleter apabila dihadiahkan sepasang kasut oleh anaknya, berikutan pembelian tersebut dianggap mahal dan membazir. Namun, reaksi si bapa berubah di akhir video yang tular di media sosial. “Apa pun, terima kasihlah beli juga,” kata bapa berkenaan dengan wajah yang selamba.

Pemberian hadiah daripada Nur Suhaili bagi menggembirakan ibu bapanya.

Anak kepada lelaki berkenaan, Nur Suhaili Abdul Razak memberitahu, kasut tersebut sebenarnya bukan dihadiahkan sempena hari ulang tahun bapanya yang kini berusia 50 tahun. Sebaliknya, gadis berusia 20 tahun itu berkata, pemberian itu bagi meraikan elaun pertama yang diterima selepas menyertai kem latihan ragbi di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Ayah saya dapat kasut tu Selasa lalu bukannya sebab hari jadi dia pun. Tapi, sebab nak hargai elaun pertama yang saya terima dengan menghadiahkan sesuatu buat keluarga. Bukan ayah seorang saja yang dapat hadiah. Mak dan adik-beradik lain yang masih bujang pun saya belikan hadiah yang berbeza-beza,” katanya kepada mStar.

Bapa Nur Suhaili gemar melakukan aktiviti luar seperti berjoging.

Nur Suhaili berkata, dia menghadiahkan sepasang kasut sukan disebabkan bapanya itu gemar menghabiskan masa lapang dengan berjoging. “Ayah ni kalau pakai sesuatu memang dia akan pakai selagi elok. Tapi macam kasut joging ayah ni, beberapa kali koyak tapi ayah tetap hantar ke kedai untuk dijahit. Selagi boleh pakai sampai lunyai, itulah ayah. Kalau segelintir orang, kalau koyak sikit saja dan pergi beli yang baru sebagai ganti,” ujarnya yang berasal dari Pokok Sena, Kedah.

Nur Suhaili (hadapan, tengah) bersama keluarganya.

Walaupun kasut yang dibeli itu jauh lebih murah berbanding harga asal kerana promosi diskaun, bapanya sebenarnya tidak mahu anak-anaknya boros berbelanja. “Ayah ‘bising’ kenapa membazir sebab kasut dia masih elok lagi. Lagipun katanya, duit saya tu lebih baik digunakan untuk perbelanjaan sendiri terutama ketika kecemasan.

Ayah ‘bising’ kenapa membazir. Katanya, duit saya tu lebih baik digunakan untuk perbelanjaan sendiri terutama ketika kecemasan.

“Sebelum ini abang dan kakak pernah kena bebel dengan ayah bila hadiahkan atau belikan macam-macam. Saya pula pertama kali sebab nak juga gembirakan mak ayah. Sebelum ni tengok orang lain bagi kat mak ayah. Jadi eloklah rezeki dapat elaun pertama itu dikongsikan juga bersama mak ayah,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Bapa Nur Suhaili menunjukkan hadiah kasut sukan pemberiannya.

Menyifatkan bapanya yang merupakan pesara tentera sebagai tegas dan kadang-kadang ‘kuat berleter’ tetapi pada masa sama penyayang dan sering berjenaka.

“Macam dalam video yang mak rakam tu, dia bebel dan pesan jangan beli dan membazir. Tapi di sebalik rakaman tu, mak cakap ayah sebenarnya suka sangat kasut tu. Ayah kata elok sangat kasut tu sampai sayang pula dia nak pakai. Dibelek-beleknya kasut tu. Tapi ayah tak tunjuk depan anak-anak, malu tapi mahu agaknya,” ujarnya secara berseloroh.

Jurugambar Ini Beranikan Diri Minta Kebenaran Ayah Gadis Yang Dikatakan Mirip Seperi Neelofa. Ini Jawapan Gadis Tersebut Bila Persamaannya Dengan Neelofa Meraih Perhatian Ramai

JIKA sebelum ini tular mengenai kemunculan mini Neelofa”, kali ini seorang gadis meraih tumpuan gara-gara wajahnya dikatakan persis artis jelita itu.Kelibat gadis dari Kulim, Kedah itu ditemui seorang pemuda semasa mengambil gambar untuk sebuah majlis keramaian pada Sabtu lalu.

Dalam video yang dikongsi pemuda dikenali sebagai Zarul di aplikasi TikToknya, dia memberanikan diri meminta izin daripada bapa gadis tersebut untuk mengambil beberapa keping gambarnya.“Adik nak tanya, sebelah ni abang ke adik? Saya Zarul nak ambil gambar anak boleh tak? Minta kebenaran sikit noh. Muka dia macam Neelofa tengok, depa kata, ” demikian kata-kata pemuda tersebut dalam video yang tular itu.

Bapa gadis tersebut memberi kebenaran kepada Zarul untuk berbuat demikian.Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dikongsi pemuda tersebut di aplikasi popular itu.Bagaimanapun terdapat warganet memuji wajah gadis tersebut ada iras ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

“Muka iras mak Neelofa sebijik,” tulis Diela.“Macam muka mak Neelofa la,” tulis Ziera.Gadis berkenaan, Nur Syaza Widad Muhamad ketika dihubungi mStar berkata dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.“Ada juga cakap macam muka ibu Neelofa tapi kami tak ada kena-mengena pun. Saya berasal dari Penang tetapi dah lama menetap di Kulim, Kedah.

“Secara realitinya saya tak adalah macam Neelofa. Saya sendiri tak nampak langsung di mana persamaan kami.“Mungkin orang tengok wajah saya ada iras-iras, mata orang lain-lain kan tapi ramai kata kami sama pada senyuman,” katanya.Menurut gadis berusia 17 tahun itu, itu bukan kali pertama dia ditegur kerana wajah dilihat ada iras pengacara, pelakon dan usahawan terkenal itu.

“Bukan abang tu je tapi ramai cakap macam tu. Famili pun selalu cakap macam tu. Ada jiran, kawan-kawan mama dan abah beritahu saya senyum ada iras macam Neelofa.“Bila orang cakap macam tu, saya anggap kata-kata tu sebagai satu pujian dan motivasi untuk berjaya seperti dia.

“Siapa yang tak nak jadi macam Neelofa kan? Aura dia kuat, ramai menyukainya. Jadi kata-kata itu beri suntikan semangat kepada saya untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang,” katanya.Mesra disapa Widad, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menduga video perkongsian jurugambar tersebut menjadi tular di media sosial.

“Masa tu abang Zarul just panggil untuk tangkap gambar, tak ada fikir apa pun. Terkejut sangat-sangat sebab tak expect orang akan cakap macam tu.“Ramai kawan screenshot benda sama. Mama dan abah pun dapat mesej screenshot tentang video tu. Mereka OK ja selagi benda tu tak bawa apa-apa kemudaratan,” katanya.

Sekiranya ditawarkan sebagai model selepas ini, Widad berkata dia mahu fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditunda ke Februari tahun depan terlebih dahulu.“Apa-apa pun saya nak selesaikan SPM dulu. Kalau ada peluang (jadi model) saya akan minta restu mama, abah. Kalau terbuka hati depa izinkan barulah saya akan buat.

“Saya memang pernah impikan nak jadi model tapi tu second option saya. Ketika ini keutamaan saya nak sambung pengajian bidang landskap,” katanya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *