Sebak untuk maklum khabar sedih kepada pesakit mahupun keluarga pesakit. Doktor ini jelaskan cara mereka untuk tangani masalah tersebut

tips

Dr Sakinah (gambar kecil) memberitahu bahawa doktor perlu bersedia untuk memaklumkan status kesihatan pesakit.BUKAN mudah tugas seorang doktor yang berkhidmat untuk masyarakat, membantu merawat pesakit tetapi dalam masa yang sama tidak dapat lari dari ketentuan sebuah pemergian itu di tangan Tuhan.

Sukar juga bagi doktor untuk memaklumkan perkhabaran buruk kepada pesakit, apatah lagi mana-mana ahli keluarga mereka.Mengakui kesukaran itu, seorang doktor turut memberitahu bahawa khabar buruk itu tidak seharusnya disampaikan oleh pegawai perubatan yang junior atau staf yang tidak terlibat secara langsung dalam proses rawatan pesakit.

“Inilah proses yang kami panggil Breaking Bad News. Dalam latihan saya sebagai pakar perubatan keluarga, inilah yang diajar kepada kami.”Satu kemahiran bagaimana ingin menyampaikan satu berita yang buruk kepada pesakit mahupun ahli keluarga pesakit. Jujurnya tiada individu yang seronok melakukan tugas ini,” tulis Dr Sakinah Sulong menerusi satu perkongsian di laman Facebook milik beliau.

Doktor memerlukan kemahiran untuk menyampaikan berita buruk kepada pesakit atau ahli keluarga pesakit. -gambar hiasanIni kerana kata beliau, tugas itu melibatkan pelbagai penerimaan dan reaksi pesakit, sambil menambah yang pastinya bukan emosi yang positif.”Ada yang terkejut, terdiam tanpa kata, akan terus menangis, marah dan mengmuk. Denial dan anger boleh bercampur-baur.

“Inilah yang perlu dihadapi oleh doktor yang membuka khabar buruk. Contohnya dalam memberi diagnosa knser atau sakit serius yang dihidapi. Atau dalam memberitahu tahap teruk atau keseriusan masalah perubatan pesakit kepada ahli keluarga,” katanya.Dr Sakinah yang merupakan petugas di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, semua keadaan itu perlu dilakukan dalam suasana yang sesuai

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.Malah katanya, terdapat ‘protokol’ atau adab yang tidak seharusnya dilakukan dalam menyampaikan perkhabaran buruk itu kepada pesakit mahupun ahli keluarga.”Bukan melalui gagang telefon. Bukan melalui surat atau WhatsApp, tetapi seharusnya secara berdepan dan dalam keadaan yang tenang atau terkawal.

“Apa pun reaksi pesakit mahupun ahli keluarga, perawat mesti ingat ia adalah reaksi yang natural yang tiada kaitan dengan anda.”Kalau dia marah, menghentak meja, mungkin kerana dia marah kepada takdirnya. Berikan peluang pesakit bertenang dan menerima khabar tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya penyampaian maklumat berkaitan penyakat tidak dilakukan secara terburu-buru.Dr Sakinah turut menceritakan pengalaman beliau.“Ada masa perawat perlu diam seketika untuk memerhati reaksi dan jangan lupa memberi peluang pesakit untuk bertanya.

“Kadang-kadang, hatta diagnosa diabtes pun boleh dianggap sebagai khabar buruk. Jadi berhati-hatilah dan tunjukkan sedikit empati anda,” tambah beliau.Sebagai doktor, Dr Sakinah tidak terkecuali melalui pengalaman untuk memaklumkan berita buruk berkaitan sakit.

“Teringat kejadian saya mengkhabarkan satu berita buruk kepada pasangan yang bakal berkahwin di mana salah seorangnya positif HiV.”Pilunya saya turut merasa. Saya mohon doakan mereka berdua,” katanya yang merujuk kepada pasangan yang bakal berkahwin perlu menjalani ujian saringan HiV.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sanggup Naik Bas 6 Jam Semata Untuk Jumpa Doktor. Pasangan Ini Akhirnya Dapat Dakap Cahaya Mata Pertama Selepas 21 Tahun.

Dekat mana-mana pelusuk dunia pun, masih ramai pasangan yang sukar untuk dapatkan anak dan sanggup tunggu dan berusaha sehingga berpuluh tahun.Antaranya adalah pasangan dari Indonesia ini yang telah berusaha untuk dapatkan anak selama 21 tahun!

Seorang doktor dari Surabaya, Indonesia, Benny Ariffin telah kongsikan kisah perjalanan pasangan ini bagi mendapatkan anaknya di Instagram peribadinya.Dalam postingnya itu, Dr Benny mengatakan yang pasangan, suami berusia 51 tahun dan Isteri berusia 44 tahun ini telah menunggu selama 21 tahun dan selama tempoh itu pasangan ini tak pernah putus harapan dan saling memberikan sokongan untuk mendapatkan cahaya mata.

Saya jadi saksi perjuangan mereka. Mereka tinggal 15km di luar Kota Sumanep dan perjalanan untuk bertemu saya untuk konsultasi mengambil masa enam jam perjalanan menaiki bas.”Menurut Dr Benny, pasangan Somidi dan Su’udiyah ini telah menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan seperti pesakit lain, selepas mendapat embrio, mereka perlu menunggu masa hampir setahun sebelum ianya boleh dipindahkan ke dalam rahim dan dalam tempoh itu, pasangan ini berulang-alik ke hospital demi mendapatkan zuriat.

Ketika berhasil hamil, saya masih ingat momen penuh hari, tidak banyak kata tapi penuh tetesan air mata bahagia.”Tak cukup dengan itu, ketika hari untuk melahirkan zuriat tiba, pasangan ini telah menaiki bas jam dua pagi bagi memastikan mereka sampai tepat seperti waktu yang telah ditetapkan dan akhirnya pada 1 Disember lalu, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan yang sempurna dinamakan Aisyah.

Menurut Dr Benny, tujuan dia kongsikan kisah ini adalah untuk memberi tahu orang ramai agar jangan pernah putus harapan kerana kita tak tahu bila kita akan dikurniakan rezeki.Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan bagian suatu rencana Yang Maha Kuasa yg saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua. Semoga itu petanda agar saya dan KITA #SPREADKINDNESS lebih luas lagi.”

Bayi Yang Dilahirkan Sebulan Yang Lepas Ni Sebenarnya Telah Pun Berusia 27 Tahun. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Semua Ini Terjadi

Percaya atau tidak bayi yang dilahirkan sebulan yang lepas ni sebenarnya telah pun berusia ’27 tahun’! Apa yang lebih menakjubkan, usia ‘sebenar’ bayi ini adalah 2 tahun lebih muda dari usia ibunya sendiri!Wah macam mana boleh terjadi tu?

Embrio dibekukan 27 tahun lepas.Bayi perempuan yang berusia sebulan yang diberi nama Molly Everette Gibson dari Tennessee, Amerika Syarikat itu berjaya mencipta rekod dunia selepas selamat dilahirkan dengan menggunakan embrio yang telah dibekukan sejak lebh 27 tahun yang lalu.

Memetik laporan New York Post, Molly dikatakan telah dilahirkan daripada satu embrio yang dibekukan pada Oktober 1992 iaitu 18 bulan selepas kelahiran ibunya pada April 1991.Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram, hasil daripada embrio yang dibekukan daripada penderma yang kemudiannya dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari yang lalu.

Bayi itu kini menjadi anak kepada pasangan suami isteri, Tina, 29 dan juga Benjamin Gibson, 36.Embrio terlama dibekukan .Menurut pakar dari University of Tennessee Preston Medical Library, bayi perempuan itu berjaya melakar sejarah sebagai embrio terlama dibekukan yang berjaya dilahirkan dalam keadaan yang sihat.Kakak pun hasil daripada pembekuan embrio

Apa yang lebih mengejutkan, kakak bayi berkenaan iaitu Emma Wren juga dilahirkan melalui embrio yang turut dibekukan di dalam ais selama 24 tahun. Kakaknya itu berjaya dilahirkan pada November 2017.Embrio mereka berdua yang diperoleh daripada penderma yang sama telah dibekukan secara bersama yang menjadikan kedua-dua mereka sebagai ‘adik-beradik genetik’ sepenuhnya.

Masalah kesuburan disebabkan cy5tic fibrosis.Terdahulu, Tina dan suaminya telah berkunjung ke Pusat Pendermaan Embrio Negara (NEDC) untuk menjalani proses pemindahan embrio ke dalam rahim selepas gagal untuk mendapatkan anak secara ‘semula jadi’ selama 5 tahun.

Hal ini kerana suaminya itu mempunyai pnyakit cystic fibrosis yang menyebabkan masalah ketidaksuburan.Pasangan itu yang kini telah berkahwin selama 10 tahun membuat keputusan untuk membela anak angkat. Namun, keluarga mereka telah mencadangkan mengenai organisasi pendermaan embrio ini menyebabkan mereka bersetuju untuk melakukannya.

Pada awalnya tidak bersetuju, anggap tak masuk akal.Kedengaran seperti tidak masuk akal. Tidak! Kami tak berminat untuk melakukannya.Namun, kami kerap terfikirkan mengenainya sehinggalah bersetuju pada akhirnya. 

Embrio daripada penderma yang sama.Menurut pakar yang bertanggungjawab terhadap proses tersebut, dia berasa gembira apabila pasangan itu kembali lagi ke sana untuk menjalani pemindahan embrio yang kedua daripada penderma sama yang mendermakan si kakak, Emma.

Tambahnya lagi, ini jelas menunjukkan bahawa teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun yang lalu dapat memelihara embrio yang diderma di pusat itu untuk tempoh jangka masa yang panjang.Embrio terpisah selama berpuluh tahun, kini dah jadi adik-beradik ‘genetik’ pula. 

Hanya Disebabkan Baby Walker Terbalik Dan Terhntuk Di Tangga . Sehinggakan Doktor Terkedu Dengan Keputusan CT Scan Otak Bayi Ni.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak kecil mereka mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala akibat terjatuh daripada baby walker. Insiden tersebut diceritakan semula oleh seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainolmenerusi satu perkongsian di Facebook, sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang lain. Menurut Dr Redza, daripada penceritaan kedua ibu bapa tersebut, walker yang dinaiki anak kecil mereka terbalik sebelum terjatuh di tangga.

“Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ni naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga. Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan ada cecair dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu. Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan lebih baik. Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” tulis Dr Redza pada perkongsian tersebut.

Mengulas lebih lanjut, doktor ini mendedahkan ini merupakan antara salah satu kes kemalangan melibatkan bayi ketika mereka menggunakan ‘baby walker’. “Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melcur kulit ketika menggunakan baby walker. Di Kanada, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak,” ujarnya.

Justeru menurut doktor ini, sebagai mengelakkan insiden sama berulang, ibu bapa seharusnya mencipta ruang selamat buat bayi seiring dengan perkembangan mereka yang pandai duduk, menyulur, merangkak dan berdiri. “Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan ‘Play yards atau Playpens’. Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.

“Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali. Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat,”ujarnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 1,200 shares di Facebook selain turut dibanjiri dengan ratusan komen warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *