Kisah hidup makcik Zaiton mula tular di kalangan warganet. Makcik ini sanggup keluar jual tempe demi sara cucu dan 2 orang anak berstatus ibu tunggal

Kehidupan

Zaiton berkata dia sebolehnya tidak mahu orang ramai mengetahui nasib dan kesmpitan hidup yang sedang ditempuhi keluarganya. KESMPITAN hidup yang dilalui seorang warga emas membuatkan dia sanggup keluar mencari rezeki walaupun hanya mendapat untung antara RM0.20 ke RM0.50 sen untuk tempe dan cendawan yang dijualnya.

Kisah hidup wanita bernama makcik Zaiton ini tular apabila seorang pemuda, Mohd Hazrin Achik berkongsi gambar-gambarnya dari arah belakang bersama motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki.Menerusi posting tersebut, pemuda itu sempat berkongsi kisah makcik ini yang berusaha mencari rezeki dan meminta orang ramai yang berkemampuan untuk membantunya.

Bercerita kepada mStar, Zaiton Enbok Bolong berkata dia sebolehnya tidak mahu orang ramai mengetahui nasib dan kesmpitan hidup yang sedang ditempuhi keluarganya.Bagaimanapun, entah bagaimana dia telah bercerita serba sedikit tentang kesusahan yang dialami kepada pemuda tersebut yang mendekatinya untuk membeli tempe dan cendawan yang dijual sebelum membuat perkongsian di Facebook.

Selain tempe dan cendawan dia juga menjual sabun dengan hasil yang tidak seberapa tetapi mampu mengisi perut mereka berempat.”Tiba-tiba datang pemuda yang ramah ini untuk membeli. Mungkin sebab terlalu memendam rasa, saya terluah perasaan dekat dia.

“Ya, memang saya susah tapi saya kalau boleh tak nak susahkan orang lain. Tak sangka pula cerita saya akan tular,” katanya.Bercerita lanjut, makcik Zaiton yang berusia 60 tahun ini kini tinggal bersama cucu dan dua anaknya yang berstatus ibu tunggal di Taman Rinting, Masai, Johor.

“Memang keluarga saya susah. Suami saya sudah lama tiada sejak tahun 2012. Sekarang saya tinggal bersama dua anak perempuan dan cucu. Kedua-dua mereka ni berstatus janda.”Bukan mereka tak keluar cari kerja, tapi disebabkan Covid-19 ini, tahu sajalah bukan senang nak dapat kerja, ” katanya sambil menambah umur dua anaknya itu lingkungan 30-an.

Menurut makcik Zaiton, selain tempe dan cendawan dia juga menjual sabun dengan hasil yang tidak seberapa tetapi mampu mengisi perut mereka berempat.Zaiton yang berusia 60 tahun ini kini tinggal bersama cucu dan dua anaknya.

“Saya cuma tolong jual sahaja. Contoh macam tempe saya untung RM0.20 sekeping, kalau cendawan RM0.50 sebungkus.“Untung tak banyak, tapi cukuplah untuk kami sekeluarga makan, ” katanya sambil menambah turut menerima sumbangan dan bantuan daripada jiran sekeliling.

Sementara itu, Muhammad Shahid Saiful Bahari, 24, memberitahu bahawa makcik Zaiton sering berkunjung ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.Posting yang tular di media sosial.“Saya tinggal dengan atuk saya, kenal sangat makcik Zaiton ni… dia selalu singgah jual macam-macam. Kadang tu ada juga dia kongsi cerita dengan atuk dan nenek saya.”Hidup dia memang susah. Atuk saya pengerusi surau. Mereka banyak juga bantu dia dan anak-anaknya.”Tak sampai hati tengok kehidupan mereka, tapi kami pun hanya boleh bantu setakat mampu saja,” ujarnya.

Sembilan Tahun Diselubungi Rasa Sedih. Akhirnya Impian Anak Istimewa Ini Tercapai Akhirnya Selepas Ada Artis Prihatin Ingin Membiayai Kos Kaki Palsu Tersebut

Syahmi dan keluarganya bersyukur dan terharu apabila ramai pihak termasuk artis popular berbesar hati ingin menaja kaki palsu buatnya.SEMBILAN tahun diselubungi perasaan sedih, namun tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat adik Syed Daniel Syahmi Syed Mohd Yusuf sekeluarga.

Tidak disangka-sangka, rintihan anak istimewa itu di hari ulang tahun kelahiran mendapat perhatian ramai. Lebih menggembirakan lagi ada artis popular berbesar hati ingin menaja kaki palsu buat Syahmi.Menurut Azlinda Hani Othman, 38 iaitu ibu kepada Syahmi meluahkan rasa syukur kerana terlalu ramai yang prihatin terhadap perjalanan hidup anaknya itu.

“Di usia empat bulan kandungan, saya pernah di minta untuk hilangkan kandungan anak syurga ini kerana dikesan ada tanda-tanda OKU.”Bila saya berkeras nak lahirkan juga anak ini sebenarnya saya sedih kerana dapat rasakan seperti saya menyksa dirinya. Malah sembilan tahun jugalah saya hidup dalam serba salah.

“Tetapi berkat sabar dan doa, saya tak sangka dengan semua ketentuan dan rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga pada hari ini.”Bukan hanya orang ramai yang prihatin malah bantuan dari media terutama mStar membuatkan ada artis berhasrat untuk sponsor kaki palsu,” katanya kepada mStar.

Kisah Syahmi yang dikongsi oleh ibunya menyentuh hati ramai warganet .Laporan yang disiarkan mStar mengenai hasrat Syamil untuk memiliki kaki sempena hari lahirnya ternyata menarik perhatian pelbagai pihak.Sebelum ini, ibu Syahmi juga memaklumkan ditawarkan bantuan alatan sokongan daripada salah satu syarikat sumber luar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Pada Sabtu lalu, keluarga kecil ini ke PPUM seperti yang telah ditetapkan tarikh untuk bertemu dengan doktor pakar di sana.

“Kami satu keluarga teruja dan gembira hari itu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.”Alhamdulillah.. siapa sangka rezeki adik Syahmi. Salah seorang pakar pembuatan kaki dan tangan palsu memberitahu mereka dapat bantu Syahmi,” katanya yang mulanya risau berdepan kekecewaan jika gagal memenuhi impian anaknya.

Katanya, pakar berkenaan terus menunjukkan contoh kaki palsu individu lain di mana kakinya lebih teruk lagi daripada Syahmi.Syahmi di PPUM ketika bertemu pakar perubatan.“Pakar itu memaklumkan pada saya dan suami bahawa Syahmi akan mengikuti beberapa proses seperti pemasangan kasut pada kaki, kemudian pemasangan kaki palsu pada kasut dan juga hal berkaitan sendi lotot sehingga dia dapat berdiri seperti orang normal.

“PPUM juga memaklumkan mereka akan berusaha mencari dana dengan kerjasama kami,” katanya.Katanya, betullah orang cakap rezeki tidak salah alamat kerana selepas berita disiarkan mStar, ramai yang DM dan hubungi saya untuk membantu.”Mujur ada artis yang simpati dan prihatin mahu membiayai kos kaki palsu itu, juga ada seseorang yang enggan dikenali turut menyatakan hasrat mahu menaja,” katanya.

Sayu Hati Ibu Bila Anak Istimewanya Ini Mahu Tinggi Seperti Ibunya Sebagai Hadiah Ulangtahun. Perbualan Ini Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Anak adalah amanah, juga ujian kepada setiap ibu bapa. Ada pasangan suami isteri yang diuji dengan kurnian anak istimewa.Pasti ada kesulitan namun sebenarnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tidak akan dipilih oleh Yang Maha Esa jika tidak mampu melainkan dalam kadar kemampuan mereka.

Perkongsian ibu kepada adik Syahmi ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat di luar sana untuk memahami kenapa anak-anak syurga ini dipanggil anak istimewa.Berikut perkongsian dari Azlindahani dari FB beliau sehingga tular dan mendapat 2.8 reaksi dari warganet

“Perbualan menyayat hati .. luluh hati ibu … sedih xterkateIbu : syahmi bulan 10 nnt birthday cami … cami nk ape ?Syahmi : cami nk tu .. sambil tunjuk tgn die …“Ibu dgn keadaan xpaham tanye lg .. ape die cami ?Cami : ala yg ibu ngan nabil same tu … sambil samekan tgn die

Ibu : ape die xpaham laa .“Rupenyee die nak same KETINGGIAN ngan ibu ngan abg … nak ade kaki ..“Ibu hanya mampu berkata : xpe kt syurga nnt insyaAllah stahmi ade kaki  syahmi akan tinggi dan hensem mcm ayah :..“Kt dunia ni syahmi ade ibu dan ayah yg akan jadi kaki syahmi :. Ibu janji akan jaga syahmi sebaik mungkin ke akhit hayat ibu .. itu janji ibu syg ::Y”a Allah kau kuatkanlah hati kami … permudahkanlah semua urusan syahmi …cekalkan hati nyee utk mengharungi kehidupan ..

Rata-rata warganet sangat tersentuh dengan perkongsian ini dan mendoakan kesejahteraan adik ini“Saymi anak yg sgt sempurna disisi Allah… acik doa kan cami jadi anak yg soleh pada ibu bapa cami ye“Inn shaa allah dik awak ank yg baik dan soleh semua akn syg adik…semoga diberikan kekuatan dan kesabaran ye dik..kuat ye

“Aamiin..sedih nya….anak kita ni klu birthday nk mcm2 mintak kan…tengok dia cuma teringin nk sama tinggi je…nk kaki je ..“Selamat hari lahir adik Syahmi semoga urusan adik di permudahkan dan diberikan kekuatan serta kesabaran ya adik.. you must strongSumber fb : azlindahani

“Pernah Tak Tertanya-Tanya Kenapa Anak-Anak Syurga Ini Dipanggil Anak Istimewa? Ibu Ini Terangkan Sebabnya…Pernah tak tertanya-tanya kenapa dipanggilnya Anak Istimewa? Tahukah anda?(Did you ever ask why they are called as ‘Special Kids’? Do you know?)

Istimewa sebab.1. Istimewa sebab dunia mereka sendiri dalam imaginasi lebih cantik daripada dunia kita sebagai orang dewasa. Mereka boleh berada Dunia istimewa yang mereka ciptakannya pada bila-bila masa. Mereka tahu dunia yang kita sedang hidup ini adalah susah bagi mereka.

Oleh itu mereka ciptakan dunia yang cantik untuk mereka sendiri. Dan kita tidak dapat masuk dan tidak akan menikmatinya.(Special because their very own world is more beautiful than our world as an adult. There can always be in their special world created by them. They know that they are living in the difficult world, that’s why they created a beautiful world for themselves. And we can never enter and experience their beautiful world).

2. Istimewa sebab mereka mempunyai bakat tersembunyi yang mana kita sebagai orang dewasa tidak dapat melakukannya.(Special because they have hidden talent that we adult could not have).3. Istimewa sebab kasih sayang yang mereka dapat dari ibu bapa adalah tersendiri di mana ia hanya untuk mereka sahaja.(Special because they get the love from parents that is so unique and only for them).

4. Last sekali, istimewa sebab merekalah yang paling dekat dalam hati kita berbanding dengan yang lain. Cuba tanya diri sendiri, betul ke tidak.
(Lastly, special because they are the closest one to our heart. Don’t you think so?)Bila kita lihatkan anak-anak kita, cuba renung-renungkan apa yang dicakapkan di atas secara positive.(When you are looking at your own kids, do think about it positively.)Sumber: Facebook Hamidah Tajudin

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tidak Pernah Lupa Akan Satu Wasiat Besar Yang Disampaikan Oleh Bapanya. Gadis Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Perkongsian Videony Yang Tular Di TikTok

Syasya (tudung merah jambu) membuat perkongsian video mengenai meja baharu yang dibeli untuk adiknya.PEMERGIAN bapa tercinta yang maut dalam kejadian kejadian yang tidak diingini 11 tahun lalu ternyata memberi impak cukup besar buat gadis ini.

Menurut Nurulayu Natasha, 19, dia juga sama sekali tidak pernah lupa akan satu ‘wasiat’ besar yang disampaikan oleh bapanya, Mohd Azahari Khan Mohd Sidik pada hari dia pergi buat selamanya. “Abah bekerja sebagai pemandu lori penghantaran. Lori abah dilnggar sehingga dia tercmpak keluar dari cermin depan dan terhntak di tiang lampu.

“Saya masih ingat pada pagi kejadian, saya merajuk dengan abah. Tapi saya lupa apa punca merajuk.”Abah pesan supaya jaga dua orang adik. Petang tu dapat call kata abah dah tiada. Saya baru bangun tidur, rasa macam tak percaya. Saya fikir ia satu guruan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas gadis itu lagi, dia yang agak ralat kerana enggan bersalaman dengan bapanya pada pagi kejadian nekad menjaga amanah yang disampaikan kepadanya.Syasya (kiri) bersama adiknya, Nurulana Nabila (kanan).Malah, pemergian bapanya turut menyebabkan timbulnya minat dalam bidang perniagaan dengan azam untuk membantu keluarga.

“Ada rasa menyesal masa tu, sebak. Pagi tu kali terakhir dapat tatap muka dia. Walaupun masa tu saya sekolah rendah lagi, saya berazam nak buat sesuatu.”Nak bekerja keras, beri kebahagiaan kepada adik. Saya yang kena buat sebab abah dah tiada.

SYASYA

“Dari zaman sekolah saya berniaga. Jual pemadam, tabung, baju, kasut, makanan dan macam-macam lagi.”Tahun ni saya mula jual produk kecantikan dan Alhamdulillah ia memberi rezeki buat saya untuk bahagiakan adik-adik,” ujarnya.Terbaharu, tular video memaparkan Syasya membuat kejutan membelikan sebuah meja buat adik perempuannya.

Menurut Syasya, dia simpati melihat adiknya, Nurulana Nabila yang mengulang kaji pelajaran di atas lantai kerana meja lama sudah patah. “Saya tengok adik study atas lantai. Dia kata meja patah. Meja tu sebenarnya meja saya, sekarang diturunkan kepada dia.

“Saya buat bisnes pun untuk bantu keluarga, jadi dengan rezeki yang ada, saya belikan meja baharu untuk dia.”Masa mula-mula bawa pulang, saya minta dia angkat dari kereta ke dalam rumah.”Dia macam malas nak angkat, dia fikir itu barang perniagaan saya. Lepas pusing baru tahu ia meja baharu. Dia pun sangat gembira,” kata penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.

Paparan skrin video yang dikongsi.Menurut Syasya, dia dan adiknya yang berusia 16 tahun menetap bersama nenek mereka di Melaka.Seorang lagi adiknya menetap di Johor bersama ibunya yang bertugas di sana.Selain itu, Syasya turut mempunyai seorang abang dan kakak, hasil perkahwinan terdahulu ibunya.

Dalam pada itu, video kejutan meja baharu oleh Syasya untuk adiknya sehingga kini menerima lebih 80,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memberikan kata-kata semangat agar dia terus cekal berniaga demi membantu keluarga.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *