1771 kes positif melibatkan kalangan petugas kesihatan. Tan Sri Dr Noor Hisham perjelaskan lebih lanjut kes yang elibatkan petugas kesihan yang ramai tak tahu

berita

Ketua Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook memaklumkan jangkitan positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan yang telah berjuang untuk memutusan rantaian virus itu. Terdapat sebanyak 1,771 kes positif dalam kalangan petugas kesihatan yang sah dijangkiti sakit itu sepanjang mereka melaksanakan tanggungjawab.

Tambah Dr Hisham, menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP sepertimana ditetapkan sebelum ini dan menghadkan lawatan orang ramai ke hospital yang berisiko tinggi dijangkiti virus berkenaan.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 18 Disember 2020, secara kumulatif terdapat 1,771 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan. Sebanyak 1,359 (76.7 peratus) kes-kes tersebut berlaku semasa gelombang ketiga pandemik COVID-19, termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.

Berikut adalah lima kumpulan petugas kesihatan yang melaporkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi sejak bermulanya pandemik COVID-19 di negara kita. Jururawat 690 kes, Pegawai Perubatan 211 kes, Pembantu Perawatan Kesihatan 146 kes, Pembantu Pegawai Perubatan 144 kes dan Pegawai Perubatan Siswazah sebanyak 84 kes.

Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan sebanyak 587 (33.1%) petugas mendapat jangkitan dari komuniti, 565 (31.9%) berlaku di antara petugas-petugas kesihatan, 152 (8.6%) jangkitan berkaitan dengan pesakit-pesakit yang masih belum disahkan mendapat jangkitan COVID-19, sebanyak 58 (3.3%) tidak diketahui punca dan 409 (23.1%) lagi punca jangkitan masih dalam siasatan.

Peningkatan kes mendadak

Pada 18 Disember 2020, seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dengan kadar sembuh sebanyak 84.2%. Manakala seramai 1,697 petugas kesihatan di seluruh negara sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (Home Surveillance Order – HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuarantin.

Hospital-hospital di Lembah Klang yang melaporkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi adalah daripada Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (54 kes), Hospital Serdang (29 kes), Hospital Sungai Buloh (15 kes), Hospital Kuala Lumpur (10 kes), Hospital Ampang (5 kes) dan Hospital Selayang (4 kes).

Peningkatan kes yang mendadak dalam kalangan petugas kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang adalah dipercayai berkait rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti. Situasi seumpama ini, iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan pernah dialami oleh negeri Sabah ketika peningkatan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti berlaku di sana. Walau bagaimanapun, kes-kes di kesemua hospital yang terlibat masih dalam keadaan terkawal dan perkhidmatan kesihatan masih lagi diteruskan.

KKM ingin menegaskan kepada semua petugas kesihatan sektor Kerajaan mahu pun swasta agar sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan. Pematuhan kepada SOP ini perlulah sentiasa diamalkan sama ada di tempat kerja dan juga di tempat-tempat lain. Kepatuhan ini adalah sangat penting diamalkan khususnya bagi para petugas kesihatan yang berkhidmat di zon-zon merah, di mana kebarangkalian untuk mendapat jangkitan daripada komuniti adalah tinggi. Pemantauan amalan norma baharu secara berkala serta penguatkuasaan di setiap fasiliti kesihatan akan meningkatkan lagi kepatuhan di kalangan petugas kesihatan.

Selain itu, orang awam juga dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital-hospital. Ini bukan sahaja dapat memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk menjalankan tugas mereka, malah dapat melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan para pesakit lain daripada jangkitan COVID-19.

KKM sangat prihatin terhadap peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa. KKM juga ingin menasihatkan orang ramai tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan kerana situasi ini adalah dalam keadaan yang terkawal. Teruskan amalan norma baharu bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan COVID-19.

Terima Sejambak Bunga Dan Pantun.Dr Noor Hisham Dedah Terima Sejambak Bunga Beserta Pantun Dari Satu Pusat Ini Dan Ternyata Ia Mendapat Perhatian Dari Warganet

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima sejambak bunga dan pantun sebagai motivasi untuk terus berjuang membanteras COVID-19.Jambangan bunga serta empat rangkap pantun berjudul ‘Kita Jaga Kita, Kita Jaga Tan Sri’ itu dihadiahkan Perkhidmatan Psikatri dan Kesihatan Mntal, Kementerian Kesihatan (KKM), petang semalam.

Dr Noor Hisham turut memuat naik gambar jambangan bunga dan pantun berkenaan di laman Facebook rasminya, selain berdoa supaya semua urusan membanteras COVID-19 dipermudahkan Allah.”Semoga dipermudahkan Allah SWT, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada Allah SWT,” katanya.Entri berkenaan menerima 22,000 reaksi daripada orang ramai, selain turut dikongsi siar hampir 600 warganet dan mendapat kira-kira 1,000 komen berbentuk motivasi, setakat jam 10 pagi tadi.

Berkat Usaha Dalam Menangani COVID19. Mengagumkan Dr Hisham Sekali Lagi Dianugerahkan Pengiktirafan Tertinggi Dari Satu Satu Kelab Ini Sekaligus Mengharumkan Nama Negara

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah malam ini diberi satu lagi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memerangi COVID-19.Dr Noor Hisham dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow, pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kelab Rotary kepada individu yang banyak menyumbang jasa untuk tujuan baik.

Anugerah itu disampaikan kepada beliau pada majlis Pemasyhuran Presiden dan Gala Kutipan Dana Tahunan Ke-93 Kelab Rotary Kuala Lumpur Diraja (RCKL) di sini, malam ini oleh presiden kelab itu yang baru dimasyhurkan Prabagaran Vythilingam.

“Anugerah ini sebagai tanda penghargaan, jasa dan komitmen ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan dalam mendepani pandemik global yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mereka telah memenangi hati dan minda negara,” kata Dr Noor Hisham dalam ucapannya semasa menerima anugerah itu.

Antara tokoh terkemuka yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Paul Harris Fellow ialah Presiden Amerika Syarikat Ke-39 Jimmy Carter (James Earl Carter, Jr.), angkasawan James Lovell, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Javier Perez de Cuellar dan pencipta vaksin polio Jonas Salk.

Diwujudkan pada 1957, anugerah itu bagi mengiktiraf individu yang telah memberi sumbangan besar dan menyokong usaha dermawan seperti imunisasi kanak-kanak daripada polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan turut diberi pengiktirafan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Rotary manakala RCKL Diraja dipilih sebagai penerima anugerah The Brand Laureate International Premier Award 2020 bagi kepimpinan dalam perkhidmatan kemasyarakatan.Sumber: BERNAMA

Sempena Hari Keputeraan Rasmi YDPA. Dr Hisham Antara Penerima Anugerah PSM Dan Akhirnya Dia Menerima Satu Gelaran Ini

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini. Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lima penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.

Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Turut menerima PSM ialah Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Ahmad Nizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Berhad Datuk R. Doraisingam, Presiden Sunway Group Berhad Datuk Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Gan Yu Chai, Pengasas dan Pengarah Urusan SENA Group of Companies yang juga Pengasas dan Pengarah Optimax Holding Berhad Datuk Tan Boon Hock.

Penerima PJN antaranya ialah Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan Hakim Mahkamah Rayuan Ravinthran N. Paramaguru.

Turut dianugerahkan PJN ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Penerima lain PJN ialah Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) Laksamana Madya Datuk N. Ganesh.

Di samping itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga menerima PJN.

Turut dianugerahkan PJN adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya.

Antara penerima PJN yang lain ialah Naib Pengerusi CRSC Holdings Berhad Datuk Mohamed Salleh Bajuri, Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Low Yat Group Low Gee Teong.

Penerima PSD pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri Mohammad Ismail, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Roziah Abudin, Ketua Unit Endokrin Hospital Putrajaya Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Dr Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM Briged Jeneral S. Suriakala.

Selain itu, seramai 27 individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia Azlikamil Napiah.

Sementara itu, antara  ‘orang kuat’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.

Antara tersenarai dalam 147 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN) ialah Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lokman Muda manakala penyampai berita dan wartawan penyiaran Media Prima Pang Chinn Fei serta personaliti TV Terrence Joseph Dass masing-masing tersenarai dalam 182 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).Tahun ini juga menyaksikan seramai 11 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD),  328 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 44 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).Sumber: BERNAMA, RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *