Wanita ini berniat untuk menjaga suaminya yang kurang upaya selepas berkahwin ini. Tapi tak sangka lain pula jadinya. Semangatnya buatkan warga tiktok kagum.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Hani menghidap sakit teruk di bahagian rahim sejak 2019, dan kini penyakitnya itu di tahap tiga. Berdepan ujian demi ujian dalam kehidupan termasuklah menerima hakikat diri sendiri menghidap sakit teruk bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi inilah yang terpaksa dihadapi seorang wanita yang gagal dalam perkahwinan pertamanya dan kemudian disahkan menghidap sakit teruk ketika dia bangkit memulakan hidup baharu dengan lelaki kedua yang dikahwininya.

Wanita berkenaan, Noor Hapizah Hani Mohamad Yusuf disahkan menghidap sakit teruk Endometrial (sakit di lapisan rahim) tahap satu pada 2019, kira-kira setahun selepas dia mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan lelaki Orang Kurang Upaya (OKU). Kisah tragis Noor Hapizah Hani mendapat perhatian apabila video TikTok yang menonjolkan semangat dan sikap positifnya ketika bergelut melawan sakit teruk itu.

Tular di aplikasi Tiktok, Hani masih positif walaupun derita sakit di bahagian rahim.

Bercerita lebih lanjut kepada mStar, wanita berusia 38 tahun ini berkata dia amat kecewa apabila mendapat tahu dirinya menghidap sakit itu kerana tujuan dia berkahwin adalah untuk menjaga suaminya, Mohd Shahriman Anuar, 40, yang buta mata sebelah kanan.

“Masa buat keputusan nak kahwin kali kedua, memang niat saya nak jaga suami. Saya terima dia dengan hati terbuka, tapi lain pula jadinya selepas kahwin. Sebaliknya sekarang dia yang bertanggungjawab jaga saya, tak pernah berhenti bagi kata-kata semangat, sedih pula rasa hati ni tengok dia,” katanya yang kini menetap di Felda Chuping, Perlis.

Hani (kiri) bersama suaminya, Mohd Shahriman.

Jelasnya, penyakitnya kini berada di tahap 3 dan dia sudah menjalani banyak rawatan termasuklah 25 kali rawatan radioterapi, satu kali kimoterapi, dua kali brakiterapi dan paling menyedihkan terpaksa menjalani pembedahan buang rahim. Tipulah masa dapat tahu saya menghidap sakit tu saya tak down, terduduk saya! Diam dan tak mampu kata apa-apa. Suami yang banyak tanya doktor mengenai kondisi saya, rawatan yang diperlukan dan sebagainya.

Saya nak buat semua benda yang positif sahaja. Mana tahu orang lain yang sama nasib dengan saya pun akan bangkit jadi kuat

”Banyak rawatan saya jalani, saya reda dan jadi lebih bersemangat dengan adanya orang sekeliling saya seperti suami dan ahli keluarga dan orang lain. Paling sedih bila saya kena buang rahim dan ditakdirkan tidak akan ada zuriat,” katanya.

Mengenai video comel dan ceria di TikTok yang mendapat perhatian ramai kerana semangat yang ditunjukkan, wanita dengan berat mencecah 140kg ini berkata dia mahu menjalani kehidupan yang positif.

“Saya langsung tak sangka video tu akan viral, saya tak mahu diselubungi rasa sedih sepanjang hari. Kalau asyik sedih, sel-sel dalam badan pun nanti main peranan. Sementara ada masa ni, saya hiburkan hati, Saya nak buat semua benda yang positif sahaja. Mana tahu orang lain yang sama nasib dengan saya pun akan bangkit jadi kuat, ” katanya.

Wanita ini juga sempat berterima kasih kepada pihak yang banyak membantunya sepanjang dia menjalani rawatan itu sehingga sekarang. ”Saya bersyukur diuji sebegini, Allah uji sebab Dia sayang. Mungkin dulu saya tak sakit saya lupa pada Allah. Bila sakit baru minta pertolongan, banyak berdoa dan berserah kepada-Nya, ” katanya.

Lelaki Ini Sanggup Ambil Inisiatif Ini Selepas Dapat Tahu Dia Ada Sakit . Video Tersebut Secara Tak Langsung Buat Warganet Sebak

Seorang warga emas dari wilayah Hunan, Selatan China ini dikatakan telah menghidap sakit teruk knsr sehingga menyebabkan dia nekad mengupah beberapa orang pekerja untuk menggali lubang tempat persemadian untuk dia menetap di sana selepas dia hilang harapan untuk sembuh.

Lelaki yang berusia 79 tahun itu juga terpaksa menahan sakit selepas perlu menjalani beberapa siri rawatan dalam usaha untuk ‘memerangi’ sakit tersebut limfoma yang dihidapinya.Untuk pengetahuan korang, sakit knsr limfoma yang dihidapi oleh warga emas itu adalah sejenis knsr darh yang boleh menyebabkan pemergian sekiranya tidak dirawat segera.

Disebabkan keadaan kesihatannya yang berterusan merosot dari sehari ke sehari, dia juga dikhabarkan pernah cuba untuk membahayakan diri gara-gara tidak mahu menjadi beban kepada isteri dan anak-anaknya yang lain.Gara-gara tidak mahu keluarganya terbeban untuk menjaganya, warga emas itu bertindak menggali lubang tempat persemadian dan tinggal di dalamnya sehinggalah dia berjaya dikeluarkan dari dalam lubang itu oleh pihak polis pada hari Sabtu yang lepas.

Menurut laporan Daily Mail, rakaman video yang dimuat naik oleh penduduk kampung itu tular di media sosial sehingga meraih perhatian warganet .Dalam video itu, lelaki itu dilihat sedang duduk di dalam sebuah tiub yang diletakkan pada bahagian bawah lubang tanah yang digali sambil dikelilingi oleh pihak berkuasa dan juga orang kampung.

Menurut laporan, disebabkan gagal menyembuhkan diri selepas pelbagai jenis rawatan dilakukan, warga emas itu telah pulang ke kampung halaman bersama anak lelakinya untuk merancang urusan ‘persemadian’ tersebut.

Pada hari Sabtu yang lepas, warga emas itu bertindak untuk memanjat masuk ke dalam lubang itu dan mendakwa bahawa dia akan terus tinggal didalamnya sampai masanya tiba.Tambah pihak penguasa yang enggan dikenali, dia mendedahkan bahawa lelaki warga emas itu,

Dia berada dalam keaadan yang sangat sakit. Dia rasakan dirinya tidak boleh bertahan (hidup) dengan lebih lama. Anak lelakinya cuba untuk memujuk ayah mereka supaya mengikuti mereka pulang ke rumah namun pujukan itu gagal. Dia akhirnya tinggalkan kawasan itu setelah ayahnya meminta dia pulang dan membawa sedikit makanan.

Turut lukakan tangan dengan 4 .Apa yang lebih menyayat hati, lelaki tua itu bukan sahaja hanya ‘mendiamkan’ diri di dalam tempat persemadian tersebut, malah dia turut melukakan pergelangan tangannya sendiri sehingga berdarh dengan menggunakan p1sau yang turut dibawanya bersama.

Walau bagaimanapun, nyawa lelaki itu diibaratkan sebagai dalam bahaya apabila dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang bertindak untuk menghubungi pihak polis.Selepas dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lelaki itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil dan telah pun pulang ke Beijing bersama anak lelakinya pada hari Ahad yang lepas.Allahu, kesiannya. Min faham pesakit ni perlukan banyak sokongan moral dari ahli keluarga.

Terbaru Banyak Kisah Foodrider Mengundang Sebak Pada Warganet. Kini Lebih Tak Sangka Apabila Ada Foodrider Yang Sehinggakan Melakukan Ini.

Warganet meluahkan rasa simpati melihat rider itu makan secara tergesa-gesa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri.

Terbaharu, warganet di laman Twitter sebak apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang rider penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya. “Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini,” tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu. Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan lokasinya.

Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa. Rata-rata warganet turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa rider lelaki itu.

Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri.

Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya. “Ironinya hantar makanan dekat orang, sendiri pun tak sempat makan. Kuatkan usaha lagi bang.

“Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, tengok video macam ni air mata laju je nak keluar. Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri, makan berdiri dalam tergesa-gesa. Cari rezeki halal. Semoga rider ini kuat semangat meneruskan kehidupan,” tulis beberapa warganet.

Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan. Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau. Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.

Pada 28 November lalu, mStar melaporkan seorang rider wanita mundar-mandir di lobi bangunan sambil menunggu pelanggan datang mengambil makanan.Video penuh emosi memaparkan rider itu menanti pelanggan sebelum berlalu pergi dengan hampa turut mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *