Faye Kusairi tetap bersyukur dengan dugaan yang menimpa dirinya. Bayinya dimasukkan ke hospital kerana ini.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pelakon Faye Kusairi memaklumkan bayinya yang baru dilahirkan pada Ahad lalu telah dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.Pun begitu, bayinya mengalami kesukaran untuk diletakkan di bawah cahaya biru.

“Selepas dua hari pulang ke rumah, anak saya kembali dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.“Amat susah untuk letak dia di bawah cahaya biru kerana dia tidak mahu tidur tanpa dibedung dengan kain.“Jadi kami tidur bersama di atas katil dan berkongsi cahaya itu di bilik yang sama. Alhamdulilah kami akan kuat berdua.“Ayah (suami) pun ada tolong mommy (Faye) yang sedang berpantang. Teamwork is golden!,” katanya.

Isteri kepada pengarah Azmi Hatta itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bayinya yang sedang diletakkan di bawah cahaya biru itu.Faye berharap anaknya cepat sembuh dah akui tetap bersyukur dengan dugaan yang menimpa.

“Doakan baby girl kami cepat sembuh dari jaundice ni ya. Abang Alif (anak pertama ) ada bersama Atok Yan dan Ann kat rumah. Syukur Alhamdulillah I have such wonderful backbone and people sending love from everywhere. I thank you in advanced.Positive thinking brings positive results. Kami tetap bersyukur dengan dugaan yang melanda. Semoga Allah kekalkan semangat kami dan memberi hikmah atas dugaan kami. Aamiin,” katanya lagi.

Faye selamat melahirkan anak kedua pada 13 Disember lalu biarpun berdepan gangguan saraf muka atau Bell Palsy. Faye yang berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 April 2017, dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi pada 9 April 2018.

Faye Kusairi Selamat Lahirkan Baby Girl. Akhirnya Selamat Lahirkan Anaknya Selepas Seminggu Menghidapi Bell Palsy.

Pelakon Faye Kusairi menerusi laman Instagram telah memaklumkan yang dia telah pun selamat melahirkan anak perempuan pada Ahad, selepas seminggu mengalami penyakit Bell Palsy atau sakit sebelah muka berpunca daripada kehamilan.bFaye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, memberitahu, dia dan anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Saya akan berkongsi gambar anak bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ini izinkan saya dan bayi berehat sepanjang saya menjalani tempoh berpantang,” katanya.

Faye juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya terutama selepas dia mende.dahkan mengalami sakit Bell Palsy iaitu minggu lalu. Bell Palsy merupakan sejenis sakit pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simptom lazim akibat sakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.

“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell Palsy juga selama beberapa hari ini. Maaf, saya belum mampu nak balas semua komen mahupun DM (mesej peribadi). Saya akan cuba kongsikan perkembangan dari masa ke semasa (berkenaan sakit tersebut) termasuk juga sepanjang tempoh saya berpantang nanti,” ujarnya.

Pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun. – Sumber & foto dipetik dari Myartis, mStar & Instagram Faye Kusairi

Heboh Tentang Sebelah Muka Faye Kusairi. Dr Arisman Kebenaran Tentang Sakit Yang Dihadapi Faye Dan Tanda Tanda Sakit Tersebut

Jumaat lalu, pelakon Faye Kusairi mendedahkan didatangi sakit dikenali Bell Palsy yang menyebabkan kelmpuhan pada sebahagian wajahnya.Bagaimanapun keadaan Faye, 33, semakin beransur pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai Bell Palsy, Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman memberitahu ia adalah sakit kelmpuhan atau kelemahan otot di sebelah muka.Dr. Arisman memberitahu pesakit diabetes mempunyai risiko lebih tinggi terkena sakit itu.

Turut dikenali sebagai Idiopathic Facial Paralysis (IFP), ia berlaku disebabkan oleh kerosakan fungsi pada saraf muka, namun sehingga kini tidak diketahui punca berlakunya sakit itu.Bagaimanapun jelas Dr. Arisman, ia paling biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa berusia 60 tahun ke atas selain risiko tiga kali ganda pada wanita mengandung.

“Bagi pesakit diabetes pula, golongan ini mempunyai risiko lebih 29 peratus berbanding orang biasa untuk mendapat Bell Palsy,” ujarnya.Dalam pada itu, Dr. Arisman menjelaskan sakit itu sering dikaitkan dengan jangkitan virus iaitu herpes simplex namun ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria, peradangan, sakit mikrovaskular seperti diabetes melitus dan tekann darh tinggi.

Ia juga katanya, turut dikaitkan dengan sejarah jangkitan kuman pada saluran pernafasan.Jelasnya lagi, terdapat beberapa gejala Bell Palsy termasuklah;1. Lemah atau lmpuh tiba-tiba pada separuh wajah (berlaku kurang daripada 48 jam)

2. Sakit pada belakang dan di dalam telinga.3. Gangguan deria rasa (57 peratus).4. Sudut mulut menjadi senget (pada tempat kerosakan saraf berlaku).5. Mata tidak boleh tertutup rapat (pada tempat kerosakan saraf berlaku).6. Lemah otot muka (pada tempat kerosakan saraf berlaku).7. Hyperacusis (masalah pendengaran 30 peratus).8. Kurang air mata atau kering

Faye memberitahu keadaannya beransur pulih.Bagaimanapun jelas Dr. Arisman,sakit itu tidak akan menyebabkan lemah atau lmpuh pada anggota badan lain seperti tangan atau kaki.Sekiranya berlaku gejala tersebut, pesakit perlu segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan termasuklah;

1. Doktor akan melakukan pemeriksaan saraf kepala (cranial nerve) kerana tiada ujian darh atau ujian lain yang khusus untuk mendiagnos sakit itu.2. Perlu pastikan ia bukan gejala awal angin ahmar dan bacaan tekanan darh sangat penting.3. Rawatan segera dapat mengurangkan komplikasi teruk pada saraf yang rosak/cedera iaitu

– Memulihkan saraf muka yang rosak (facial nerve).- Mengelakkan kerosakkan lanjut pada saraf (neuronal damage).- Mengelakkan komplikasi pada mata kerana terdedah (Rawatan seperti prednisolone, ubat antiviral dan ubat titisan mata. Pesakit perlu memakai pelindung mata sehingga mata boleh tutup sepenuhnya).

Sementara itu, Dr. Arisman menjelaskan, pesakit Bell Palsy boleh sembuh sepenuhnya dalam tempoh enam minggu hingga tiga bulan.Bagaimanapun sekiranya usia pesakit lebih 60 tahun ke atas, peratusan sembuh sepenuhnya adalah berkurangan sekitar 40 peratus sahaja.

Jangan Riak Dengan Muka Cantik. Mengejutkan Terkini Faye Kusairi Dedahkan Wajah Terkini Dia. Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Faye Kusairi

KenaBell Palsy yang menyebabkan kelmpuhan pada sebahagian wajahnya pada Jumaat lalu, pelakon Faye Kusairi memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin baik selepas menjalani beberapa siri rawatan. Menerima ujian itu dengan hati terbuka, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, berkata dia sentiasa berfikiran positif dan meminta peminat tidak berasa bimbang dengan keadaannya itu.

“Saya nak kongsikan yang saya sihat walafiat. Tak murung, tak ada fikirkan negatif, masih buat rawatan dan senaman serta makan ubat yang disarankan oleh pihak hospital terutamanya doktor saya. “Jangan risau ya semua, saya tak down. Saya tak murung. Saya tak sedih malah bersyukur diberi rezeki ini untuk sentiasa tahu yang Allah SWT sayangkan saya sebab itu dia bagi saya pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri.

“Kepada yang mengalami masalah sama seperti saya, saya harap korang jangan sedihlah ya. Sentiasa positif macam saya, ada yang sembuh cepat, ada yang sembuh lambat. Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita stay positif dan rajin berusaha memperbaiki diri. InsyaAllah,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat. Perkongsian Faye di Instagram menarik perhatian pengikut.

Pada Jumaat lalu, Faye dikejarkan ke hospital selepas mendapat Bell Palsy iaitu kelmpuhan otot muka. Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simpton lazim akibat penyakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.

Dalam pada itu, Faye turut memohon maaf kerana tidak membalas mesej yang dihantar oleh rakan-rakan dan peminat kerana perlu berehat berikutan keadaannya kini yang sedang sarat mengandung.

“Saya nak minta maaf kepada semua yang ada DM saya, komen di Instagram saya dan mana-mana media sosial yang repost perkongsian saya tentang keadaan sebelum ini. “Saya belum sempat nak balas satu-satu sebab memang banyak dan saya sedang berehat menunggu hari untuk bersalin. Harap semua faham dan saya nak anda semua tahu yang saya dah baca DM anda termasuklah perkongsian cerita pengalaman anda menghadapi Bell Palsy ni.

“Syukur Alhamdulillah… rakan-rakan dan famili yang mesej saya ambil berat tentang saya, terima kasih sangat-sangat,” ujarnya. Sementara itu, Faye berkata dia turut menerima banyak mesej daripada pengikut yang menderita penyakit sama dan mahu mendapatkan nasihat serta panduan untuk cepat pulih.

“Saya perasan ramai DM mengatakan mereka pernah dan sedang menghadapi Bell Palsy ini. Ada yang berkongsi tips akupuntur. InsyaAllah saya akan cuba! “Saya kongsi video ini sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan mungkin boleh bantu naikkan keyakinan kepada yang menghidapinya. Jangan risau sangat, jangan stres! Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti untuk berusaha.

“Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita. Sama juga jangan riyak bila kita diberi rezeki kesihatan yang mantap, body yang mantap, muka yang cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana!.

“Saya akan cuba kongsi lebih video dan perkembangan tentang saya ya kalau larat… maklumlah dah nak masuk 39 minggu kehamilan,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *