Alif Satar akui tarik diri untuk menjadi Hos di AME2020. Alif juga ada menyatakan sebab yang munasabah kenapa dia tarik diri.

artis berita Dunia

Pelakon dan pengacara Alif Satar akui belum cukup yakin dengan diri dan staminanya untuk beraksi sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020). Justeru Alif membuat keputusan menarik diri sebagai hos AME2020 yang sepatutnya bergandingan dengan Nabil Ahmad dan Jihan pada 20 Disember ini.

“Selepas berfikir sedalam-dalamnya, saya memaklumkan pada Astro mengenai hasrat untuk tarik diri kerana secara peribadi saya merasakan masih belum cukup stamina untuk bersama-sama pasukan itu dalam AME2020,”katanya. Tambah Alif lagi, keputusan itu juga dibuat kerana dia tidak mahu memberi masalah terhadap kru produksi AME2020 terutama dua rakannya itu yang telah pun menjalani latihan, bacaan skrip serta perbincangan bersama tanpa kehadirannya.

“Saya juga harus berlaku adil kepada mereka berdua (Nabil dan Jihan) serta pasukan produksi yang sudah lama bertungkus-lumus menjalani latihan untuk AME, sedangkan ketika itu saya tidak dapat menyertai mereka,” katanya lagi. Bagaimana pun, posisi Alif akan digantikan oleh hos lain yang akan diumumkan pihak produksi hari ini. AME2020 bakal berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 Disember ini dan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria dan Ria HD.

Kredit : Gempak

Sah Bahawa Alif Satar Kini Sudah Kembali Sihat Dan Bebas Daripada Jangkitan COVID19. Alif Satar Memaklumkan Status Kesihatannya Melalui Entri IG Sehingga Meraih Perhatian Ramai

Aris serba boleh, Alif Satar mengesahkan bahawa dia kini sudah kembali sihat dan bebas daripada jangkitan Covid-19 setelah 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka.Alif yang membuat Alif yang membuat pengumuman itu melalui entri Instagram (IG), berkata, dia mengucapkan syukur apabila sudah kembali ke pangkuan keluarga.

”Sukacita Alif ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka, atas berkata doa seluruh rakyat Malaysia buat Alif sekeluarga, Alif kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.

Alif berkata, dia akan mengambil masa selama beberapa hari untuk berehat bersama keluarganya sebelum kembali bekerja seperti biasa.Terdahulu, Alif yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, disahkan positif jangkitan Covid-19.

Ismail Sabri Bersama Cucu Kesayangannya Memberi Ucapan Pada Alif Satar. Tidak Sangka Dia Mengirim Sesuatu Ini Untuk Diberikan Pada Ismail Sabri.

Menteri kanan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan kata-kata semangat kepada Alif Satar yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19. 

Menerusi laman sosial Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie yang juga merupakan menantunya, Ismail Sabri bergambar bersama cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie sebagai tanda sokongan kepada Alif. 

“Ini untuk awak brother @alifsatar. Saya harap gambar ini menceriakan hari awak serta saya mendoakan awak dan keluarga terus dilindungi. Semoga awak cepat sembuh dan dapat kembali di pangkuan keluarga. Atok mail @ismailsabri cakap terima kasih dan cepat sembuh Alif,” tulis Jovian sebagai kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat Ismail Sabri turut menerima sejadah boleh sandar pemberian Alif untuk digunakan semasa solat.  Malah, Alif turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diterimanya. 

“Ameen, alhamdulillah terima kasih untuk ini brother. Harap Tok Mail suka sejadah tersebut,” tulis Alif yang kini sedang menjalani rawatan dan proses kuarantin di Hospital Melaka.  Terdahulu, Alif disahkan positif COVID-19 pada 22 November lalu.  Selain Alif, ibu bapanya, Hafiza dan Satar Ramli, adiknya Jim Satar dan datuknya Mohammad Che Noh, 71, juga disahkan positif pada awal minggu ini.

Manakala isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, bebas dari jangkitan virus tersebut. Alif yang kini beransur sihat dijangka akan discaj dari Hospital Melaka pada 3 Disember ini.

Sebelum Ini Alif Satar Dikritik Oleh Warganet. Kini Tak Sangka Jiran Jirannya Buat Begini Pula.

Selebriti serba boleh, Alif Satar yang kini berada dalam tempoh kuarantin akibat C0VlD-19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya. Perkara tersebut dikongsi pemilik dengan nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran di laman Instagram miliknya.

“Alif sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin. Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan. Ini baru betul #KitaJagaKita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan sambil menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang baik masih wujud. “Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored. Ada hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu. Ini dia… contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri penyanyi, Alif iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan neg4tif C0VlD-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin. Sebelum ini, Alif turut menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya. Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi aplikasi panggilan video FaceTime.

Sumber: Awani

Isteri Alif Satar Menarik Nafas Lega Apabila Mendapat Tahu Keputusan Seperti Ini. Alif Satar Juga Turut Sempat Mengatakan Satu Benda Ini Pada Warganet.

Selebriti serba boleh, Alif Satar melahirkan rasa syukur selepas isteri, Sha Dila Halid, 35, dan anak-anak, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, negatif Covid-19. Walaubagaimanapun, demi keselamatan keluarganya itu akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu. “Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto keluarga. Dalam pada itu, pelantun lagu I Want You To Love Me turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan untuknya dan keluarga.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka. Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin).

Isteri Alif Satar Risaukan Keadaan Anak Anaknya. Kini Isterinya Tampil Memberitahu Keadaan Alif Satar.

Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Sha Dila Hadid meluahkan rasa bimbang menerusi ruangan IG Story di laman sosial Instagram (IG)nya malam tadi.Luahan sayu tersebut seolah-olah menggambarkan perasaan Sha Dila ketika ini yang sangat bimbang dengan keadaan tiga orang anaknya.

“Berat untuk tidak berasa tertekan. Kegelisahan, risau, mental pain…Siapa yang betul-betul kuat untuk melalui semua ini. Anak-anakku…Ya Allah, aku merayu bermohon pada-Mu lindungilah mereka…Semua ini berlaku diluar jangkaan ku…Lindungi mereka, Ya Allah,” luahnya menerusi tiga buah hantaran tersebut.

Pada Ahad lalu, Alif Satar membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka. Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin). Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, Sha Dila berkata, keputusan ujian calitan dijangka diketahui dalam tempoh 24 jam.

“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak. Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut. Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.

Mengenai keadaan suaminya, Sha Dila berkata, Alif dalam keadaan tenang dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya ketika ini. “Saya tahu emosi dan fikiran Alif terganggu, namun dia tak mahu larut dengan perasaan dan kegelisahan hati. Alif cuba alih perasaan tidak tenteram dengan bersenam, mengaji dan pelbagai aktiviti lain. Dalam masa sama, Alif juga risaukan keadaan saya dan anak-anak. Jika ikutkan, Alif nak minta dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tetapi doktor tidak membenarkan. Saya tak putus berdoa supaya suami terus kuat dan sembuh secepat mungkin,” katanya. Sha Dila berkata, kali terakhir bersua muka dengan suami selepas waktu Subuh pada Sabtu lalu.

Sumber : Gempak

Ibu Bapa Serta Adik Bongsu Alif Satar Baru Sahaja Disahkan Positif Covid19 Manakala Pengurus Pula Disahkan Negatif. Ini Perkembangan Terbaru Yang Dikongsi Oleh Alif Satar

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.Alif yang menjalani penggambaran drama Pnjara Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *