Ramai terlepas pandang akan isu ini. Mufti Wilayah akhirnya jelaskan hukum mengecas telefon di pejabat sewaktu bekerja

berita tips

Mesti ramai yang pernah menggunakan mengecas telefon atau alat elektronik yang lain di pejabat sewaktu kerja kan? Mana taknya, kalau telefon ini sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita hari ini. Boleh dikatakan tidak lengkap hidup kita kalau tiada gajet.

Tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang tentang hukum mengecas telefon di pejabat. Ya, hari ini SK ingin kongsikan penjelasan ringkas daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum mengecas telefon di tempat kerja. Halal atau haram? Ini jawapannya.

SOALAN:Assalamualaikum, maaf saya bertanya di sini. Apakah hukum mengecas telefon bimbit di tempat kerja (bangunan kerajaan). Adakah halal atau haram kerana kita menggunakan elektrik tempat kerja (yang dibayar menggunakan duit cukai rakyat). Terima kasih.

Ringkasan Jawapan :Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hukum mengecas telefon di pejabat adalah bergantung kepada kepada peraturan penggunaan elektrik daripada pihak pengurusan pejabat masing-masing. Adapun sekiranya tiada peraturan yang menghalang, maka mengecas telefon bimbit di pejabat dibenarkan berdasarkan uruf (kebiasaan setempat) kerana ia sudah dianggap sebagai satu keperluan dan penggunaannya adalah sedikit dan tidak memberi kesan yang besar kepada penggunaan elektrik.

Huraian Jawapan :Secara umumnya, menggunakan atau mengambil harta tanpa kebenaran pemilik adalah dilarang, Ini berdasarkan hadis berikut:Daripada Anas bin Malik RA, Sabda Nabi SAW:لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسِهِ. Maksudnya: “Tidak halal mengambil harta seseorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya”Riwayat al-Daraqutni (2885)

Walaupun demikian, terdapat beberapa perkara yang berkaitan hukum feqah akan merujuk kepada amalan tradisi dan kebiasaan selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syara’. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebut antaranya seperti mengambil buah yang terjath dan seumpamanya menurut pandangan paling sahih diukur dengan tradisi setempat. ( Lihat :al-Suyuti, al-Asybah wa al-Nazha’ir, 90)

Sehubungan itu, mengecas telefon bimbit di pejabat (bangunan kerajaan) adalah dibenarkan berdasarkan kepada uruf (kebiasaan setempat) selagi tiada peraturan yang melarangnya kerana ia sudah menjadi hajat dan keperluan kepada semua pihak. Selain itu, pekerja perlu merujuk kod etika jabatan masing-masing terhadap penggunaan elektrik untuk kegunaan peribadi.Akhir kalam, semoga kita terhindar daripada perkara-perkara syubhah.

Wujud Pertikaian Dan Keraguan Tentang Status Halal Pada Ubat Tersebut. Mufti Perlis Tampil Perjelaskan Tentang Isu Tersebut

Malaysia bakal menerima vaksin Covid-19, disebabkan itu, wujud pula pertikaian dan keraguan segelintir umat islam tentang status halal pada ubat tersebut.Disebabkan itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil beriikan penjelasan tentang vaksin ini agar tidak wujud lagi sebarang isu di saat negara bakal menemukan ‘sinar’ dalam mencari ikhtiar untuk memutuskan rantaikan Covid-19 ini.

Jangan terlalu sempit fekah perhitungan – Mufti Perlis.Sebagai umat islam, Dr Mohd Asri begitu sedih dengan isu-isu ini, menerusi penulisannya di Astro Awani, beliau menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang menjadi rahmat untuk semua.“Malangnya, atas kelemahan umat di masa ini, kita gagal mengungguli projek-projek kemanusiaan di peringkat antarabangsa, sebaliknya hanya menjadi pengikut kepada rentak pihak yang lain.”

Beliau ambil contoh seperti isu vaksin ini. Katanya, dunia Muslim sepatutnya yang mengepalai penghasilan vaksin yang dapat menyelamatkan manusia dari ancaman wabak ini.Malangnya, kekayaan negara-negara umat Islam terutamanya Arab gagal untuk mendepani cabaran ini.Apa yang ada, kita asyik bertanya haram atau halal produk orang lain. Kita gagal untuk menghasilkan produk sendiri. Dukacita!”

Susulan itu, beliau menyeru agar umat islam di negara ini terlalu sempit dalam perhitungan fekah.“Dalam keadaan kita gagal menjadi pengeluar, hanya sekadar pengguna, janganlah pula terlalu sempit perhitungan fekah kita.”Tidak jadi haram jika….

Beliau menjelaskan bahawa produk perubatan seperti vaksi, bahan-bahan yang digunakan akan melalui pelbagai tahap proses yang dikenali sebagai chemical transformation.Kaedah ini akan membuat sifat asal bahan yang digunakan pada peringkat awal.

Produk akhir itu sama sekali tidak lagi sama dengan bahan yang digunakan di peringkat awal. Proses ini dalam istilah fikah dinamakan dengan istihalah, menghilangkan sifat asal, maka hukum ‘haram’ pada bahan asal tidak boleh dipakai lagi pada produk akhir bahan tersebut kerana telah bertukar ke bahan yang lain.”

Malah, beliau juga memberikan beberapa contoh klasik yang biasanya menjadi bualan hangat sebelum ini iaitu antara arak dan cuka.“Antaranya, arak yang haram apabila telah bertukar menjadi cuka, maka hukumnya halal. Proses ‘istihalah’.”

“Baja najis yang diletakkan di pokok lalu pokok menjadi subur dengan baja tersebut, pokok tidak najis dan buahnya halal dimakan.“Kasturi yang berasal dari darh kijang tidak dianggap najis kerana telah bertukar sifatnya.”“Bngkai yang telah bertukar menjadi tanah sehingga hilang sifat bangkai, tanah itu bersih dan boleh tayamum.”

Pelbagai lagi contoh klasik yang pernah disebutkan dalam tulisan sarjana-sarjana silam. Maka, tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

Atas asas ini, Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang terdiri dari 32 tokoh ilmuwan seluruh dunia termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Syeikh Dr Abdullah bin Bayyah, al-Syeikh Dr Abd al-Sattar Abu Ghuddah, al-Syeikh Dr Ali al-Qaradaghi dan ramai lagi menfatwakan halal bahan tambahan (additives) yang mengandungi sebatian yang berasal dari bahan haiwan yang tidak halal.

Manakala,  kenyataan mereka yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) menyebut:(Kumpulan ketiga (sebatian haiwan) juga halal, kerana keadaan asal haiwan tidak lagi kekal sama semasa proses pembuatan.

Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan suci melalui proses yang dipanggil transformasi kimia.Transformasi ini juga memberi kesan hukum (baru) pada bahan tersebut. Oleh itu, jika pun bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia telah merubahnya kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan hukum baru.

Contohnya, jika alkohol berubah dan telah bertukar kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa hukum baru mengikut sifat bahan hasilan yang baru tersebut, iaitu halal. Perubahan kimia.Tambahnya lagi, kita tidak perlu dangkal dengan menganggap jika vaksin tersebut mempunyai bahan asal ang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut.

Apatah lagi, difahamkan kebanyakan vaksin COVID-19 tidak membabit bahan haiwan secara langsung.Jika pun ada bahan asal yang haram, proses perubahan kimia itu adalah istihalah yang menjadikan ia bersih dan halal.”Tidak dinafikan di sana ada pendapat fekah yang lebih sempit dan ketat dalam hal ini. Namun, itu bukan pilihan untuk awam terutama pada waktu yang seperti ini.

Sepatutnya, dalam musim ancman wabak dan kesukaran mencari penawar bagi memboleh manusia meneruskan kehidupan dengan selamat, tokoh-tokoh umat Islam, jika pun tidak dapat menawarkan produk perubatan kita, sekurang-kurang mengemukakan keluasan fikah kita yang bersifat menyelamatkan manusia terutama dalam keadaan yang mendesak. Katanya lagi.

Jangan kita sulitkan lagi keadaan dengan mengambil pandangan hukum yang sempit untuk umat. Jika ia untuk pegangan peribadi, itu urusan individu.Adapun hukum untuk negara dan awam, hendaklah ke arah taisir atau memudahkan. Jika pun kita hendak menegaskan keperluan bahan asal halal, kita boleh sebut jika terdapat vaksin yang bahan asalnya halal maka itu pilihan utama dan terbaik.”

Jika tidak, sekalipun bahan asalnya haram namun jika telah melalui proses istihalah atau perubahan sifat bahan (chemical transformation), maka itu juga boleh digunakan.

Ulasan Berkenaan Penggunaan Vaksin Dalam Kalangan Umat Islam. Dr Zulkifli Tampil Beri Keterangan Lanjut Tentang Isu Tersebut

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini, minggu depan selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang semalam.”Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video kreatif bersempena Maulidur Rasul 1442H, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata beliau dalam proses mengeluarkan majalah khas untuk memberi penjelasan dan ulasan berkenaan penggunaan vaksin dalam kalangan umat Islam sebagai usaha menangani permasalahan ummah dengan memberi kefahaman yang sebenarnya mengenai perkara itu.Beliau berkata, majalah setebal 40 muka surat itu akan diterbitkan dalam bentuk santai dan mudah difahami kira-kira dua minggu lagi.

Pemergian Pengasas Artortoise Mengejutkan Orang Ramai. Dr Zulkifli Titip Doa Diberi Ganjaran Syurga Dan Dedahkan Sesuatu Tentang Cenderahati Yang Dia Terima

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar kecil) turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.PELUKIS karikatur terkenal, Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise dilaporkan hembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Selasa.Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Artortoise.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin telah kembali ke rhmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.”Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya beliau ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” ujar pengendali Facebook itu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.Makluman mengenai pemergian pelukis itu menerusi Facebook.Dalam posting itu, Dr Dzulkifli turut berkongsi foto cenderahati yang mempamerkan karikatur dirinya yang diberikan oleh Ikhsan sebelum ini.”Setiap kali terpandang beg cenderahati di pejabat saya, pasti teringat @artortoise.

Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

“Lukisan itu hadiah beliau kepada saya. Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.”Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah,” ujarnya.Untuk rekod, Allahyarham pernah tampil menerusi temubual mStar pada 12 Februari lalu.

Beg cenderahati pemberian Allahyarham kepada Dr Dzulkifli.Dia pada waktu itu meluahkan rasa terkilan apabila karikatur pelawak, Allahyarham Abam Bocey yang dilukis digunakan sesuka hati oleh pihak tertentu tanpa mendapat kebenarannya.Sebelum itu, dia juga pernah menghasilkan banyak karikatur figura terkenal termasuklah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *