Pernah terima banyak mesej dan video serta gambar dari pengikut. Ini respon terbaik dari Syazuwan hassan setelah menerima benda tersebut

artis

Syazuwan Hassan jauhkan diri daripada terlibat perkara yang boleh terjrumus ke lembah mksiat.PELAKON Syazuwan Hassan mengakui dunia glamor mendedahkan dirinya dengan perbuatan tidak bermoral kerana sering diuji dengan pelbagai ‘tawaran menarik’ daripada pengikut di laman sosial.

Syazuwan, 30, berkata dia menguatkan pegangan iman agar dirinya tidak terpengaruh dengan hasutn syaitan itu.”Saya akui banyak dugaan… sebagai persediaan kuatkan iman sajalah! Apa-apa pun kena berfikir dahulu sebelum nak buat sesuatu, kena fikir panjang sebab sebagai public figure orang akan perhatikan kita.

“Saya terima banyak mesej, ada video, ada gambar yang dihantar pengikut tapi saya tak layan melainkan hal berkaitan kerja. Kalau saya layan boleh jadi bukti kerana semua perbualan ada di situ.”Lebih mengejutkan kita klik profil mereka ternyata bukan akaun palsu, ada yang berani ajak jumpa dan siap ajak nakal-nakal sehingga menjurus ke hubungan terlrang… macam-macam ada, yang cantik pun ramai tapi kita kuatkan iman!

“Kalau saya rajin, saya balas mesej mereka dan beri nasihat yang sepatutnya, tak wajarlah guna media sosial untuk aktiviti macam itu,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini memberitahu dia pernah menerima cadangan daripada beberapa kenalan memintanya mencipta kontroversi untuk lebih dikenali.

Syazwan tak mahu dikenali dengan perkara negatif.Syazwan bagaimanapun berkata dia enggan dikenali kerana isu yang memalukan dan lebih rela menaikkan nama dengan hasil kerjaya seninya.”Ada juga kenalan kata mungkin nama saya bersih sangat tak ada kontroversi jadi orang susah nak kenal… sejujurnya kontroversi ni ada baik dan buruk tapi secara peribadi lebih baik dikenali kerana bakat.”Tak mahulah orang kenal kerana benda negatif, hanya akan memalukan diri sendiri dan keluarga sahaja, biarlah kalau saya naik perlahan-lahan dari meletup tapi memalukan. Tak payahlah!,” ujarnya.

Syazuwan Hassan Minta Pelakon Baharu Diberi Peluang Jadi Hero

PELAKON Syazuwan Hassan berkata tidak salah jika bakat baharu turut diberi peluang memegang watak utama dalam drama atau filem.Menurut Syazuwan, ia merupakan sebahagian proses pembelajaran bagi dirinya dan pelakon baharu lain untuk menjadi lebih baik.”Saya akui ada cakap-cakap yang mempersoalkan mengenai bakat baharu diangkat menjadi hero dalam sesebuah drama.

Syazuwan mahu menerima lebih banyak ilmu daripada pelakon senior.“Hakikatnya, untuk menjadi seorang pelakon berjaya, kita harus diberi peluang sebab kalau tak cuba kita tak tahu. Dah bagi peluang, tapi gagal juga tak boleh nak cakap apa lah,” katanya kepada mStar Online.

Syazuwan ditemui semasa sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) di Nate Bistro, Subang, Selangor, baru-baru ini.Pelakon berusia 27 tahun ini turut dilantik sebagai duta DFKL 2018 bersama seorang pengacara terkenal Pauline Tan.

Duta DFKL2018, Syazuwan dan Pauline Tan.Sementara itu, Syazuwan berkata dia ada bertanyakan beberapa tip mengenai teknik lakonan daripada pelakon senior antaranya Remy Ishak.”Remy Ishak antara pelakon hebat yang menjadi idola saya dan ada tanya beberapa perkara mengenai lakonan dan dia sangat membantu.

“Kalau ada yang tak kena, dia akan bagi idea. Peluang berlakon dengan senior ini saya gunakan sebaik-baiknya. Tak dapat ilmu banyak, sikit pun jadilah,” katanya yang mengimpikan watak aksi.Syazuwan sentiasa bertanya mengenai ilmu lakonan dengan senior.

Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku ini turut berpesan kepada bakat baharu lain untuk sentiasa memperbaiki diri dan tidak mensia-siakan peluang diberi.”Sepanjang dua tahun bergelar pelakon, saya dipertemukan dengan mereka yang banyak membantu. Orang kata, jadi pelakon baharu ni jangan berat mulut bertanya.”Saya masih ingat pesan seorang penerbit, katanya, kita bekerja dengan ramai orang dan yang penting adalah disiplin dan hormat menghormati,” katanya.Tags/Kata Kunci:

Syazuwan Hassan Tak Pernah Terfikir Cinta Lokasi Tetapi Tidak Menolak Jika Diminta Untuk Rapat Demi Promosi

Sekarang ini MH lihat banyak sangat strategi cinta lokasi untuk mempopularkan sesebuah drama atau filem.Tak dinafikan stratergi tersebut adakalanya berjaya menarik perhatian penonton untuk menonton drama atau filem berkenaan.Pelakon Syazuwan Hassan mengakui dia tidak pernah terfikir untuk bercinta di lokasi seperti banyak kontroversi yang melibatkan artis-artis yang bercinta di lokasi sebelum ini.

Namun begitu dia tidak menolak jika diminta untuk rapat dan mesra dengan pelakon lain bagi mempromosikan sesebuah drama yang dilakonkan olehnya.“TAK ADA MASALAH UNTUK SAYA, LAKONAN PERTAMA SAYA SEBAGAI HERO ADALAH DRAMA SEIN DAN LUNA DAN SAYA DIGANDINGKAN DENGAN MIMI LANA.

“UNTUK PROMOSIKAN DRAMA TERSEBUT KAMI MULA KOMEN EACH OTHER SWEET-SWEET SIKIT SAMPAI ADA YANG SURUH SAYA DAN MIMI LANA BERCINTA BETUL-BETUL DI LUAR SET. TAPI ITU SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA STRATEGI UNTUK MEMPROMOSIKAN DRAMA TERSEBUT,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI MAJLIS SIDANG MEDIA DFKL 2018 TEMPOH HARI.

Dalam pada itu, Syazuwan juga sebagai pelakon yang masih baru di dalam industri hiburan ini mengatakan perkara utama yang perlu ada untuk menjadi seorang pelakon hebat adalah disiplin.“SAYA RASA BENDA YANG PALING PENTING ADALAH DISIPLIN SEBAB KITA BEKERJA DENGAN RAMAI ORANG DAN KALAU KITA TAK ADA DISIPLIN SO ORANG LAIN PUN AKAN TERKESAN JUGA,” KATANYA.

Namun begitu, Syazuwan juga tidak menidakkan bahawa follower di media sosial juga menjadi salah satu faktor yang membantu untuk menaikkan seseorang artis.Selain itu, Syazuwan telah dilantik sebagai duta DFKL 2018 bersama seorang lagi pengacara terkenal, Pauline Tan.

Kata pelakon ini apabila dia dipilih menjadi duta, dia merasakan dirinya telah mencapai sesuatu yang baru sepanjang bergelar artis dan dia tidak akan megecewakan pihak DFKL dalam menjadikannya sebagai seorang duta.

Biodata Syazuwan Hassan, Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia

1. Pemilik nama sebenar Muhammad Syazuwan bin Hassan. Dikenali sebagai Syazuwan Hassan atau Syazuwan DFKL.2. Lahir pada 17 April 1990 di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kini berusia 29 tahun (2019).3. Berketinggian 1.9 meter.4. Anak ketiga dari lima beradik di mana beliau mempunyai dua orang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.6. Pemegang diploma dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UITM).7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.8. Merupakan pelakon, pengacara, model dan pemuzik.

9. Bakatnya dikesan menerusi penganjuran Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) di mana beliau menjadi antara finalis bersama beberapa pelakon baru lain seperti Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.10. Pernah bergelar pemain bes kumpulan indie bernama Rassadan. Kumpulan yang dianggotai empat ahli itu asalnya menggunakan nama Julie Goes Overseas.

11. Pernah bertindak sebagai pengurus artis kepada pelakon Adi Putra sebelum penyertaannya dalam DFKL.12. Menghiasi iklan KFC Double Down Maxx dan KFC Chewy Cheese Commercial, Klik Dengan Bijak dan Nescafe Blend & Brew.13. Antara drama dibintanginya seperti Ketupat Palas Mr. Handsome, Mr. Donat Karamel, Sein Dan Luna, Nahu Rindu, Cik Serba Tahu, Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Muzium Misteri, Cinta Fatamorgana, Andainya Takdir 2, Terbaik Dariku dan Dia Menantu Rahsia.

14. Juga filem Pulang, termasuk telefilem Luna Elvira, Cik Misi, Isteriku Cikguku, Bawaku Ke Syurga, Menantu Nista dan Diari Abah.15. Beliau menerima pencalonan awal untuk kategori Artis Baru Meletop (menerusi drama Ops Cinta Din Sardin) di Anugerah MeleTOP Era 2018, bergelar Top 5 kategori Selfie Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan tersenarai menerusi kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *