Lambaian si bapa selepas pintu kereta ditutup di akhir video yang dikongsikan oleh seorang wanita mengundang air mata warganet. Ini rupanya kisah bapanya di sebalik video tersebut

Viral

Seorang bapa sebak melihat anak dan cucunya mahu pulang ke rumah mereka. HATI sayu menyaksikan seorang bapa menangis apabila si anak mahu tinggalkan kampung selepas datang menziarah.Sambil menahan pintu kereta dengan perasaan berat hati, lelaki warga emas itu kelihatan menangis teresak-esak.

Lambaian si bapa selepas pintu kereta ditutup di akhir video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok oleh seorang wanita mengundang air mata warganet.Wanita berkenaan, Norazimah Aman berkata, kejadian berlaku ketika dia menziarahi bapanya, Aman Kasman, 75 di kampung di Ayer Hitam di Batu Pahat, Johor pada Jumaat minggu lalu.

Lambaian bapa mengundang sebak.Dia yang tidak menyangka video tersebut tular pada minggu ini memberitahu, bapanya berada dalam keadaan terkawal semasa dia hendak pulang ke rumahnya di Senai.”Masa saya bersama anak-anak salam dengan abah (panggilan bapa) sebelum balik, abah nampak okay. Dia siap duduk di tepi pintu tengok kami pergi ke kereta.

“Bila enjin kereta dihidupkan, abah tiba-tiba bangun dan berjalan laju ke kereta. Abah buka pintu, siap tahan pintu tu sebelum menangis,” kata wanita berusia 42 tahun itu kepada mStar.Norazimah (kiri) bersama bapanya.Norazimah menjelaskan bahawa dia sering pulang ke kampung untuk bertemu bapanya yang kini tinggal bersama salah seorang abangnya.

“Kami adik-beradik secara bergilir-gilir ziarah abah sejak mak sudah tiada. Saya biasanya datang jenguk ayah dua minggu sekali, atau kadang-kadang seminggu sekali.”Sebelum ini abah pernah menangis setiap kali kami nak balik ke rumah, tapi ini kali pertama abah menangis teresak-esak,” katanya sambil menambah anak perempuannya yang berusia 20 tahun memandu kereta ketika ‘drama’ itu berlaku.

Aman sebelum ini gemar memancing dan berkebun.Sebagai anak, suri rumah itu mengakui sedih melihat situasi itu dan menyifatkan bapanya begitu mudah sensitif sejak mengalami masalah ingatan setahun yang lalu.”Abah cepat pelupa dan seorang yang sensitif. Abah jadi macam tu mungkin sebab rasa sunyi di rumah sebab abang akan keluar bekerja.

“Dulu, abah memang ada tinggal dengan anak-anak, tapi sekarang lebih suka duduk di rumahnya sendiri. Dia lebih suka anak-anaknya datang menjenguknya di rumah,” ujar anak keenam daripada 10 beradik itu.


Bapa Norazimah kini mudah sensitif.Menurut Norazimah, bapanya yang sebelum ini pernah mengusahakan kedai runcit merupakan seorang yang lemah-lembut meskipun bersikap tegas dengan anak-anaknya.”Walaupun perjalanan dari rumah abah ke rumah saya hanya 45 minit, tapi bila tengok ayah tahan pintu dan menangis teresak-esak, perasaan abah tu lain macam.

“Saya pula berat hati nak tinggalkan ayah walaupun akan datang semula minggu ini. Sebelum balik tu, abah pesan jangan lupa call dia, jangan lupa balik jumpa dia selalu,” katanya sambil menambah bapanya sebelum ini gemar berkebun dan memancing.Jelasnya, perkongsian video tersebut di laman sosial dibuat sekadar suka-suka, tetapi pada masa sama mahu menghargai bapanya yang selama ini membesarkan mereka adik-beradik.

Aman bersama anak-anak dan cucu-cucu di kampung.“Kepada mereka yang masih ada mak ayah, bila lagi nak buat mereka gembira. Mak ayah kita bukannya sentiasa ada. Tak kan nak tunggu satu hari nanti mereka dah tak ada, baru nak menyesal.”Kalau ada kelapangan tu, baliklah jenguk mak ayah di kampung. Setidak-tidaknya lakukan sesuatu yang boleh menggembirakan mak ayah selagi mereka masih ada,” katanya.

Sayu Hati Ibu Bila Anak Istimewanya Ini Mahu Tinggi Seperti Ibunya Sebagai Hadiah Ulangtahun. Perbualan Ini Undang Sebak Di Kalangan Warganet

Anak adalah amanah, juga ujian kepada setiap ibu bapa. Ada pasangan suami isteri yang diuji dengan kurnian anak istimewa.Pasti ada kesulitan namun sebenarnya ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tidak akan dipilih oleh Yang Maha Esa jika tidak mampu melainkan dalam kadar kemampuan mereka.

Perkongsian ibu kepada adik Syahmi ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat di luar sana untuk memahami kenapa anak-anak syurga ini dipanggil anak istimewa.Berikut perkongsian dari Azlindahani dari FB beliau sehingga tular dan mendapat 2.8 reaksi dari warganet

“Perbualan menyayat hati .. luluh hati ibu … sedih xterkateIbu : syahmi bulan 10 nnt birthday cami … cami nk ape ?Syahmi : cami nk tu .. sambil tunjuk tgn die …“Ibu dgn keadaan xpaham tanye lg .. ape die cami ?Cami : ala yg ibu ngan nabil same tu … sambil samekan tgn die

Ibu : ape die xpaham laa .“Rupenyee die nak same KETINGGIAN ngan ibu ngan abg … nak ade kaki ..“Ibu hanya mampu berkata : xpe kt syurga nnt insyaAllah stahmi ade kaki  syahmi akan tinggi dan hensem mcm ayah :..“Kt dunia ni syahmi ade ibu dan ayah yg akan jadi kaki syahmi :. Ibu janji akan jaga syahmi sebaik mungkin ke akhit hayat ibu .. itu janji ibu syg ::Y”a Allah kau kuatkanlah hati kami … permudahkanlah semua urusan syahmi …cekalkan hati nyee utk mengharungi kehidupan ..

Rata-rata warganet sangat tersentuh dengan perkongsian ini dan mendoakan kesejahteraan adik ini“Saymi anak yg sgt sempurna disisi Allah… acik doa kan cami jadi anak yg soleh pada ibu bapa cami ye“Inn shaa allah dik awak ank yg baik dan soleh semua akn syg adik…semoga diberikan kekuatan dan kesabaran ye dik..kuat ye

“Aamiin..sedih nya….anak kita ni klu birthday nk mcm2 mintak kan…tengok dia cuma teringin nk sama tinggi je…nk kaki je ..“Selamat hari lahir adik Syahmi semoga urusan adik di permudahkan dan diberikan kekuatan serta kesabaran ya adik.. you must strongSumber fb : azlindahani

“Pernah Tak Tertanya-Tanya Kenapa Anak-Anak Syurga Ini Dipanggil Anak Istimewa? Ibu Ini Terangkan Sebabnya…Pernah tak tertanya-tanya kenapa dipanggilnya Anak Istimewa? Tahukah anda?(Did you ever ask why they are called as ‘Special Kids’? Do you know?)

Istimewa sebab.1. Istimewa sebab dunia mereka sendiri dalam imaginasi lebih cantik daripada dunia kita sebagai orang dewasa. Mereka boleh berada Dunia istimewa yang mereka ciptakannya pada bila-bila masa. Mereka tahu dunia yang kita sedang hidup ini adalah susah bagi mereka.

Oleh itu mereka ciptakan dunia yang cantik untuk mereka sendiri. Dan kita tidak dapat masuk dan tidak akan menikmatinya.(Special because their very own world is more beautiful than our world as an adult. There can always be in their special world created by them. They know that they are living in the difficult world, that’s why they created a beautiful world for themselves. And we can never enter and experience their beautiful world).

2. Istimewa sebab mereka mempunyai bakat tersembunyi yang mana kita sebagai orang dewasa tidak dapat melakukannya.(Special because they have hidden talent that we adult could not have).3. Istimewa sebab kasih sayang yang mereka dapat dari ibu bapa adalah tersendiri di mana ia hanya untuk mereka sahaja.(Special because they get the love from parents that is so unique and only for them).

4. Last sekali, istimewa sebab merekalah yang paling dekat dalam hati kita berbanding dengan yang lain. Cuba tanya diri sendiri, betul ke tidak.
(Lastly, special because they are the closest one to our heart. Don’t you think so?)Bila kita lihatkan anak-anak kita, cuba renung-renungkan apa yang dicakapkan di atas secara positive.(When you are looking at your own kids, do think about it positively.)Sumber: Facebook Hamidah Tajudin

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tidak Pernah Lupa Akan Satu Wasiat Besar Yang Disampaikan Oleh Bapanya. Gadis Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Perkongsian Videony Yang Tular Di TikTok

Syasya (tudung merah jambu) membuat perkongsian video mengenai meja baharu yang dibeli untuk adiknya.PEMERGIAN bapa tercinta yang maut dalam kejadian kejadian yang tidak diingini 11 tahun lalu ternyata memberi impak cukup besar buat gadis ini.

Menurut Nurulayu Natasha, 19, dia juga sama sekali tidak pernah lupa akan satu ‘wasiat’ besar yang disampaikan oleh bapanya, Mohd Azahari Khan Mohd Sidik pada hari dia pergi buat selamanya. “Abah bekerja sebagai pemandu lori penghantaran. Lori abah dilnggar sehingga dia tercmpak keluar dari cermin depan dan terhntak di tiang lampu.

“Saya masih ingat pada pagi kejadian, saya merajuk dengan abah. Tapi saya lupa apa punca merajuk.”Abah pesan supaya jaga dua orang adik. Petang tu dapat call kata abah dah tiada. Saya baru bangun tidur, rasa macam tak percaya. Saya fikir ia satu guruan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas gadis itu lagi, dia yang agak ralat kerana enggan bersalaman dengan bapanya pada pagi kejadian nekad menjaga amanah yang disampaikan kepadanya.Syasya (kiri) bersama adiknya, Nurulana Nabila (kanan).Malah, pemergian bapanya turut menyebabkan timbulnya minat dalam bidang perniagaan dengan azam untuk membantu keluarga.

“Ada rasa menyesal masa tu, sebak. Pagi tu kali terakhir dapat tatap muka dia. Walaupun masa tu saya sekolah rendah lagi, saya berazam nak buat sesuatu.”Nak bekerja keras, beri kebahagiaan kepada adik. Saya yang kena buat sebab abah dah tiada.

SYASYA

“Dari zaman sekolah saya berniaga. Jual pemadam, tabung, baju, kasut, makanan dan macam-macam lagi.”Tahun ni saya mula jual produk kecantikan dan Alhamdulillah ia memberi rezeki buat saya untuk bahagiakan adik-adik,” ujarnya.Terbaharu, tular video memaparkan Syasya membuat kejutan membelikan sebuah meja buat adik perempuannya.

Menurut Syasya, dia simpati melihat adiknya, Nurulana Nabila yang mengulang kaji pelajaran di atas lantai kerana meja lama sudah patah. “Saya tengok adik study atas lantai. Dia kata meja patah. Meja tu sebenarnya meja saya, sekarang diturunkan kepada dia.

“Saya buat bisnes pun untuk bantu keluarga, jadi dengan rezeki yang ada, saya belikan meja baharu untuk dia.”Masa mula-mula bawa pulang, saya minta dia angkat dari kereta ke dalam rumah.”Dia macam malas nak angkat, dia fikir itu barang perniagaan saya. Lepas pusing baru tahu ia meja baharu. Dia pun sangat gembira,” kata penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.

Paparan skrin video yang dikongsi.Menurut Syasya, dia dan adiknya yang berusia 16 tahun menetap bersama nenek mereka di Melaka.Seorang lagi adiknya menetap di Johor bersama ibunya yang bertugas di sana.Selain itu, Syasya turut mempunyai seorang abang dan kakak, hasil perkahwinan terdahulu ibunya.

Dalam pada itu, video kejutan meja baharu oleh Syasya untuk adiknya sehingga kini menerima lebih 80,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memberikan kata-kata semangat agar dia terus cekal berniaga demi membantu keluarga.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Bakal Pengantin Perempuan Minta Kongsi Bajet Pelamin Jurufoto.. Padahal Duit Hantaran Dah Diberi RM 13000. Bakal Suami Ungkit Mana Perginya Duit Hantaran.

Seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga buntu dengan sikap tunangnya yang seolah-olah ‘demand’ melebihi kemampuannya. . Perbelanjaanuntuk sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan belanja yang bukan sedikit. Tambahan pula dengan trend terkini di mana kebanyakan pasangan lebih gemar menggunakan khidmat jurufoto atau juruvideo, katering atau perancang perkahwinan demi menjadikan hari bahagia mereka penuh bermakna. Namun bak kata pepatah, ujur baju di badan sendiri atau dengan kata mudahnya, berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Bagi pasangan yang memahami mungkin tidak menjadi masalah, namun tidak bagi lelaki ini apabila bakal isterinya boleh dikatakan agak ‘demand’ sehingga membuatkannya ‘pening kepala’.

“Sebenarnya tahun depan aku nak kahwin tapi aku nak buat simple je, jadi aku nak tanya perlu ke tak aku keluarkan duit untuk pelamin (RM3,500 tapi tunang minta share seorang RM1,500). Duit photographer dengan duit kad kahwin pun aku kena bayar separuh juga sedangkan aku dah bagi duit hantaran RM13,000. Lagi satu, majlis cuma buat belah perempuan je. Bukan nak cakap aku berkira tapi aku pun ada hak juga untuk bantah. Sebelum ini pun dia ada minta share buat bilik kat rumah mak ayah dia, seorang RM2,500. Aku setuju je lah sebab aku fikir nanti senang kalau balik rumah dia ada bilik nak tidur. Jadi boleh tak bagi aku pendapat?” demikian pertanyaan lelaki berkenaan. Pertanyaan itu dihantar kepada sebuah akaun Twitter, TwtWedding untuk meminta pendapat pengendali akaun berkenaan dan juga warganet.

“Kalau Lean, semua kelengkapan untuk majlis belah perempuan, biar perempuan yang tanggung, sepatutnya. Tapi jika lelaki nak support sikit, takde masalah tapi jangan sampai bebankan dia. Kalau belah lelaki takde buat majlis. Boleh je nak kongsi, tapi kena sama-sama kira bajet yang available. Lean cakap sekali lagi, jangan sampai membebankan kedua belah pihak. Lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit,” demikian pendapat pengendali akaun berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *