Warganet langsung cair bila tengok pelbagai jenis fesyen persis model. Telatah kucing dan pakaian yang diperagakan ini terima pujian orang ramai

kucing

Kalau anda semua nak tahu, bukan setakat anak kecil sahaja ‘sakan’ memperagakan pelbagai jenis fesyen baju yang cantik dan comel oleh ibu bapa mereka. Malah, ada juga sesetengah pemilik haiwan yang turut memakaikan pelbagai jenis fesyen baju yang ditempah khas untuk haiwan peliharaan mereka agar kelihatan lebih ‘cool’ dan ‘bergaya’.

Siap matching-matching lagi baju tuan dengan haiwan kesayangan. Tidak terkecuali juga dengan pemilik kucing ini yang gigih memakaikan pelbagai jenis fesyen kepada si bulus kesayangannya sehingga berjaya meraih perhatian warganet di media sosial setelah klip video tersebut dimuat naik di laman Twitter baru-baru ini.

Siap catwalk peragakan pelbagai jenis fesyen.Apa yang menggelikan hati, si bulus tersebut bukan sahaja kelihatan comel memperagakan fesyen-fesyen tersebut, malah ia juga turut menunjukkan aksi ‘catwalk’ yang sebenarnya persis seorang model yang sedang berjalan di atas pentas peragaan.

Tolong tepi sikit, cik meow nak lalu.Apa yang lebih menghiburkan, si bulus yang berwarna putih kelabu itu juga ‘sempat’ membetulkan shades (cermin mata hitam) yang turut digayakan olehnya sambil ‘sakan’ menayang fesyen baju yang dipakai tersebut.

Siap ‘tayang’ muka confident lagi.Bukan itu sahaja, ia turut menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil ber‘catwalk’ seolah-olah ‘menayangkan’ rasa confident dengan fesyen yang digayakan itu.Video yang berdurasi selama 22 saat itu ternyata berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya berasa geram dan cair dengan kecomelan aksi si bulus sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 99 ribu tontonan.

Lelaki Ini Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Guru Hanya Untuk Merealisasikan Impiannya Sebagai Pereka Fesyen Untuk Kucing. Gambar Yang Diambil Olehnya Mendapat Perhatian Warganet.

Setiap orang pasti mempunyai minat tersendiri terhadap sesuatu perkara. Ini yang terjadi di Bogor, Indonesia apabila seorang guru meninggalkan bidang pendidikan untuk menceburi bidang fesyen dan menjadi pereka busana. Namun bila menyebut mengenai pereka busana, pasti akan dikaitkan dengan pakaian untuk seseorang individu. Tetapi lain pula yang dilakukan oleh Fredi Lugina Priadi apabila menjadi pereka fesyen buat kucing peliharaannya.

Pelbagai jenis pakaian

Lelaki yang berusia 39 tahun itu sebelum ini pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan namun bagi dia yang menguntangkan adalah pakaian kucing. Menurut laporan Reuters, pelbagai jenis pakaian buat si comel bulus itu untuk digayakan. Antaranya pakaian seragam, super hero seperti Thor dan juga pakaian tradisional islam.

Fredi berkata, pada mulanya idea itu datang daripada saudaranya yang mencintai kucing dan dia menganggap idea itu pelik namun apa yang terjadi sebaliknya kerana permintaan terhadap pakaian kucing agak tinggi.

Selain itu, Fredi memperoleh anggaran RM870 sebulan bagi menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari setelah hampir tiga tahun menjalani perniagaan tersebut.

Meskipun ia kelihatan comel, namun ada juga segelintir warganet memberi komen yang negatif mengatakan ia sesuatu yang agak kejam, namun ia tidak mematahkan semangat Fredi untuk terus berusaha dalam memajukan perniagaanya.Sumber: Astro Awani & Reuters

Seorang Wartawan Terpaksa Berhenti Buat Laporan Secara Tiba Tiba Sebab Ada Seekor Kucing Datang Dekat. Telatah Kucing Ini Buat Warganet Terhibur

Ramai antara kita yang sangat suka akan kucing. Tapi ada juga yang takut dengan kucing. Kalau nampak kucing tu memang nak lari je, taknak duduk dekat-dekat.Cakap pasal takut kucing ni, admin ada satu video nak share dengan korang. Seorang wartawan terpaksa berhenti buat laporan secara tiba-tiba sebab ada seekor kucing datang dekat dengannya. Korang boleh tengok kucing tu kacau wartawan dalam video @haziqaiman_ kat bawah ni.

Memang dasar Oyen.Aduhh.. kesian admin tengok wartawan tu. Dah lah tengah buat kerja, ada pulak yang datang kacau. Sabar ye akak wartawan.Admin pun ingatkan lupa skrip ke apa tadi. Rupanya ada kucing kat kaki. Nasib baik tak lari jauh-jauh. Mungkin kucing tu ingat nak main kot. Sebab tu datang kacau tiba-tiba. Tapi kalau nak main pun, tunggu lah kat tepi dulu. Tak menyempat betul.Oyen ni memang tak kisah kecik ke besar, memang ada-ada je perangai pelik dia. Kesian akak tu, mesti trauma lepas ni.

Tular Kisah Oyen Jadi Pengawal Sambilan Di Maybank Gombak. Sehinggakan Warganet Syorkan Beri Oyen Staff ID Sebagai Pekerja Tetap Di Bank Tersebut

Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengetahui sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat ‘hal’ di luar jangkaan manusia.Gelagatnya itu selalu meraih tumpuan terutamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang boleh membuatkan ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur.

Namun, menerusi perkongsian oleh Idiaj Dhom di Kelab Pencinta Kucing Malaysia ( Group ), Oyen kali ini memainkan peranan sebagai pengawal keselamatan sambilan di  Maybank, Taman Sri Gombak.Menurutnya, Oyen itu sememangnya dikenali oleh pelanggan bank tersebut kerana sering menghabiskan masanya dengan tidur di dalam aircond. Amboi, curi tulang betul!

Siapa yang biasa pergi Maybank Taman Sri Gombak akan biasa tengok Oyen ni.

Dia security sambilan, tapi biasa tidur je, nak tidur dalam aircond je. Tapi tak pernah berak dalam bilik atm/cdm. Semua orang sayang dengan Oyen ni.Sebilangan warganet yang membanjiri ruangan komen turut menyarankan kepada pihak Maybank untuk memberikan Oyen ‘staff ID’ sebagai pekerja tetap di bank tersebut.Malah, ada yang menyifatkan Oyen sebagai pengganti kepada maskot harimau di Maybank. Nampaknya, Oyen kesayangan ramai ini memang serba boleh ye. Kelakar!

Siap Letak Bedak Sebelum Dipakaikan Pampers. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Perkongsian Video Puan Hidayah Memakaikan Lampin Pakai Buang Untuk Oyen Yang Meraih Perhatian Ramai

Untuk makluman, artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lmpuh.Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala.

Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Kencing berdarh, luka dalam badan

Oyen dibawa ke sebuah klinik veterinar di Batu Caves bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya doktor, Oyen mengalami luka di dalam badan kerana pada waktu itu, air kncingnya bercampur darh pekat.“Doktor kata dia patah (tulang) dari paras pinggang ke bawah. Saraf dia pun tak berfungsi. Jadi kalau buat operasi pun tak guna,” jelasnya.

Pada waktu itu, Puan Hidayah diberi dua pilihan untuk nasib si Oyen tersebut.Agak menyentuh hati, kedua-dua pilihan itu akan memberi gambaran masa depan yang belum tentu untuk Oyen, melainkan jika dihadapi dengan hati yang penuh tekad.“Jadi doktor bagi saya pilihan; kalau boleh jaga dia sebab kucing lmpuh ni kencing berak dia kita kena tekan, kalau tak boleh jaga boleh tamatkankan nyawa dia (suntik /pts).

“Takpa doktor, saya boleh jaga. Lagipun saya suri rumah je. Bolehlah saya jaga dia,” jawabnya penuh tekad di hati.Maka doktor pun bersetuju untuk ‘memulangkan’ semula Oyen ke pangkuan Puan Hidayah.Maka bermula pada itu, kehidupan Oyen yang dulunya sakit kini sedikit-sedikit sudah bertukar ceria.

Keadaan kesihatannya juga agak bertambah baik walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa dia lumph untuk selama-lamanya.“Itu yang saya jaga Oyen sampai sekarang. Alhamdulillah..banyak kemajuan.“Daripada tak boleh duduk tak boleh kencing berak sendiri, sekarang semu dia boleh (sendiri) dah,” jelasnya lagi.

Kelihatan dalam gambar di atas, keluarga besar Si Bulus yang dibela dalam jagaan Puan Hidayah di rumahnya.Boleh nampak Oyen turut makan bersama-sama dengan ahli keluargnya yang lain.Mesti dalam hati Oyen, dia nak saja ucap terima kasih dan syukur banyak-banyak sebab kerana kesudian Puan Hidayah, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik.

Lihatlah saja matanya ketika dia dimandikan, dikemaskan dan dipakaikan lampin dalam video tadi, kita boleh tahu itu pandangan yang penuh rasa terharu kepada tuannya.Terima kasih Puan Hidayah kerana menyelamatkan nyawa Oyen. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik daripada-Nya. Ameen.Sumber: Siti Nur Hidayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *