Siap banding gambar pada duit RM10 dan bunga rafflesia. Pelajar UMT ini kongsi perbandingan tersebut sehingga mendapat perhatian orang ramai

Viral

PENAT tapi berbaloi.Begitulah kata seorang pelajar yang pertama kali melihat bunga rafflesia sewaktu dia mendaki kawasan bukit di Lojing, Kelantan pada Ahad.Menurut Muhammad Firdaus Mohamad Zuki, 23, bunga itu juga kelihatan sedikit berbeza berbanding cetakan pada wang kertas yang selalu dilihatnya.

“Selalu tengok pada duit RM10 je, tapi bila tengok sendiri… saya rasa lain sikit. Mungkin sebab tak kembang penuh.”Orang Asli yang guide kami kata ia dah lima hari di situ. Dah layu sikit.”Tapi memang rasa kagum sebab bentuknya besar. Nampak pelik dan seram,” ujarnya kepada mStar.

Firdaus turut berkongsi foto-foto dengan tumbuhan itu di Twitter.Mesra disapa Firdaus, penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu turut mengeluarkan sekeping wang RM10 untuk dirakam foto bersama bunga berkenaan.Malah, beberapa foto yang dimuat naik ke laman Twitter turut meraih perhatian ramai sehigga menjadi tular.

“Saya agak terkejut bila gambar-gambar tu tular. Ramai yang cakap mereka teringin nak ke sana dan lihat sendiri bunga rafflesia. Jadi wish list mereka.”Ada juga yang tanya bagaimana untuk ke sana. Ingatkan biasa je, rupa-rupanya ramai yang suka,” ujarnya.

Menurut Firdaus yang juga jurufoto sambilan, bukan mudah untuk dia mendekati tumbuhan berkenaan.Malah, trek pendakian juga agak mencabar memandangkan hujan baru sahaja turun di kawasan berkenaan.Kata Firdaus, ia merupakan kali pertama dia melihat bunga rafflesia.

“Sangat mencabar, gambar pertama yang saya tunjuk duit tu memang struggle nak tangkap. Ia berada di lereng bukit. Tanah licin sebab baru lepas hujan.”Saya start hiking dengan keluarga bermula 9.30 pagi, turun balik dalam pukul 12.30. Dua kali jumpa raflesia, satu lagi kat tepi sungai,” ujar pelajar bidang Perakaunan itu.

Selain foto, Firdaus turut berkongsi video bunga rafflesia menerusi Twitter miliknya.Ujar pelajar itu lagi, dia berharap dapat berkunjung ke sana lagi untuk menikmati keindahan alam dan meneroka tumbuhan l1ar seperti rafllesia yang dianggap cukup unik.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Individu Paling Chill Lepas Terlibat Dalam Kejadian Yang Tidak Diingini. Orang Lain Pergi Report Tapi Tindakan Yang Diambil Oleh Individu Terbabit Luar Biasa

Seorang lelaki terlibat dalam kejadian yang tidak dingini akibat terlelap ketika memandu kereta jenis Audi A6, lapor Harian Metro. Lelaki tersebut dilaporkan termasuk ke dalam Sungai Linggi, Seremban jam 5 pagi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju ke rumahnya.Sumber: Oriental Daily

Pada jam 7.50 pagi, seorang pekerja restoran yang berdekatan dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pelanggan mereka. Dia kemudian ke lokasi kejadian dan periksa kereta tersebut dan terus hubungi pihak bomba. Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, sepasukan 3 pegawai bersama 18 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, ketika sampai di sana tiada kelibat pemandu tersebut dan kereta tersebut berada di dalam sungai dalam keadaan enjin yang masih hidup.“Setiba di lokasi mendapati sebuah kereta berada dalam sungai. Bagaimanapun individu yang terlibat tiada di dalam kereta walaupun enjin kenderaan masih hidup. Individu terbabit didapati sudah pulang ke rumahnya di Rahang, yang tidak jauh daripada lokasi kejadian.Sumber: Facebook

Menurut sebuah portal, pihak bomba kemudian mendapat maklumat tentang pemilik Audi tersebut dan segera ke rumahnya. Ketika ditanya, pemandu lelaki tersebut berkata dia terlalu mengantuk ketika kejadian itu berlaku dan mahu tidur dulu. Katanya, dia berniat untuk membuat laporan tentang kejadian tersebut kemudian pada waktu petang.Memang betul betul ngantuk ni….-lobakmerah

Sanggup Berjalan 10km Setiap Hari. Budak Ini Nekad Jadi Maskot Cari Rezeki Untuk Keluarga Sehinggakan Terus Raih Perhatian Masyarakat Malaysia

Demi memenuhi keperluan hidup, terdapat segelintir kanak-kanak terpaksa meng0rbankan zaman kecil dengan mencari rezeki untuk menyara keluarga.Itu pengrbanan dilakukan seorang budak lelaki dikenali sebagai Rehan yang rela memakai kostum maskot di jalanan dengan berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari.

Kisah Rehan tular setelah dikongsi pengguna laman Instagram @rhmadii_ atau Rahmadi yang menceritakan kehidupan seharian sebagai penghibur jalanan.Budak tersebut perlu bangun seawal pagi bagi menghiburkan orang awam di pinggir jalan sekitar daerah Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan.

Pada usia yang begitu muda, keputusan menjadi maskot dilakukan selepas mengambil kira faktor ekonomi bagi memenuhi keperluan harian keluarganya.Rehan juga tampil dengan beberapa pilihan kostum watak-watak kartun terkenal seperti Dora the Explorer, Upin & Ipin serta Spongebob Squarepants.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber : @rhmadii_k

PERHATIAN: Pihak ERAKINI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ERAKINI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Balik sehari awal, rupa-rupanya kepulangan terakhir… video call sebelum bapa didatangi dugaan undang sebak – “Ayah susah nak senyum, tapi masa tu berbeza”

PEMERGIAN insan tersayang ternyata memberi tmparan hebat buat seseorang dalam meneruskan kehidupan.Sesungguhnya perginya seseorang itu adalah ketentuan Tuhan.Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang berkongsi paparan berita yang melaporkan tentang kisah bapanya sudah tiada selepas terbabit dalam kejadian jalan raya.

Love you forever and always, daddy (menyayangimu selama-selamanya, ayah),” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau hampir 5,000 kali.Wanita berkenaan, Iylia Nur Batrisyia Ahmad Azhar berkata, bapanya yang berusia 58 tahun hembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, Pahang pada Rabu malam lalu.

Keadaan kereta yang dinaiki oleh bapa Trisyia yang terlibat dalam kejadian jalan raya.Menurut wanita berusia 21 tahun itu, ketika kejadian bapanya yang bekerja sebagai kontraktor di Johor dalam perjalanan pulang ke kediaman keluarganya di Kuantan.

“Ayah saya kerja di Johor, dan balik ke rumah setiap minggu. Kebiasaannya, ayah akan balik pada Khamis atau Jumaat memandangkan cuti hujung minggu di Johor bermula Jumaat.”Tapi hari kejadian, ayah pulang ke Kuantan sehari lebih awal pada Rabu. Dan ayah tak maklumkan kepada kami sekeluarga yang dia akan pulang pada hari berkenaan.

“Saya sempat membuat panggilan video (video call) dengan ayah pagi tu, dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp tengah hari. Tapi ayah tak cakap pun nak balik, ayah balik senyap-senyap sehinggalah kami dapat berita mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada mStar.

Tangkapan skrin panggilan video terakhir bersama bapa dan adik bongsu (gambar kecil) pada hari kejadian.Lebih mesra disapa Trisyia, dia turut mendedahkan mengenai dirinya tergerak hati untuk membuat panggilan video dengan bapanya pada hari kejadian.

“Bukanlah pertama kali buat video call tapi ayah baru saja balik hujung minggu. Tapi pagi itu saya tergerak hati buat video call semasa nak siapkan adik bongsu yang berusia genap dua tahun bulan depan, sebelum hantar ke Taska.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *