Hampir 300 klinik swasta gulung tikar. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia dedahkan punca klinik swasta ditutup

berita

Ekoran kemelesetan ekonomi kesan pandemik Co­vid-19 sejak awal tahun ini me­ngakibatkan kira-kira 300 da­ripada 7,000 buah klinik swasta di seluruh negara terpaksa gulung tikar.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. M. Subramaniam berkata, pihaknya juga menjangkakan lebih banyak klinik bakal ditutup selepas ini sekiranya pandemik Covid-19 berterusan untuk satu tempoh yang panjang.

Katanya, keadaan ini berlaku memandangkan klinik swasta tidak lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mendapatkan rawatan ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.“Mengikut rekod terkini, hampir 300 daripada 7,000 buah klinik swasta di seluruh negara telah ditutup dan dijangkakan angka itu akan bertambah.

“Pesakit tidak lagi datang ke klinik swasta kerana perlu membayar kos yang sedikit tinggi sedangkan kehidupan mereka agak sukar ketika ini.“Saya faham keadaan ekonomi kita sekarang, ditambah pula klinik-klinik swasta ini kena patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” kata­nya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Katanya, sejak pandemik Co­vid-19 melanda negara pada Mac lalu, ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan selain gaji mereka dipotong oleh majikan.Ekoran situasi itu, ramai yang memilih untuk ke klinik serta hospital kerajaan berbanding ke klinik-klinik swasta.“Keupayaan penjagaan kesihatan swasta masih kurang dimanfaatkan dan hanya kemudahan kesihatan milik kerajaan yang digunakan untuk melawan wabak Covid-19.

“Sudah tiba masanya kita meredakan tekanan kepada petugas kesihatan awam dan melihat kekuatan gabungan kesihatan awam bersama swasta untuk meningkatkan usaha dalam pengurusan Covid-19 serta ke­perluan penjagaan kesihatan lain,” katanya.Subramaniam berkata, ba­nyak klinik dan hospital swasta di seluruh negara melaporkan penurunan kehadiran pesakit antara 70 hingga 80 peratus.

“Ramai doktor senior yang berpengalaman turut mempertimbangkan untuk bersara dan pihak kami percaya, jika kerjasama antara kesihatan awam dan swasta dapat dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada rakyat.“Pesakit juga akan dilayan dengan lebih baik apabila ke­dua-dua sektor memaksimumkan perkhidmatan kesihatan berbanding bekerja secara ber­asi­ngan,” katanya.Tambahnya lagi, kini terdapat seramai 7,000 doktor kesihatan terlatih di Kementerian Kesihatan (KKM) dan 3,000 lagi pakar swasta yang berkhidmat di lebih 200 hospital swasta di seluruh negara.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka. DS Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

TANJUNG MALIM – Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1,000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pindaan akan memakan masa kerana perlu dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan.

Menurutnya, kompaun RM1,000 itu merupakan maksimum namun masih boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan di mahkamah. “Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku. Tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat. Kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.

“Berapa lama lagi nak tunggu? Jadi kita teruskan apa yang ada, tapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke program Santai Melukis Mural di Pekan Slim River di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan pembangkng agar kerajaan meminda Akta 342 untuk mengurangkan kompaun RM1,000 kepada RM250. Hadir sama program tersebut, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Ismail Sabri berkata, dalam mahkamah, hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman begitu juga dengan kompaun RM1,000. Katanya, walaupun dikenakan kompaun RM1,000 mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kompaun berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan virus koronavirus (Covid-19) di Kedah dan Perlis masih terkawal. Beliau berkata, dengan tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di beberapa kampung, penyebaran virus tersebut dapat dikawal.

Menurutnya, keadaan itu tidak akan menjejaskan proses kempen dan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun begitu, beliau menasihatkan jentera yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya faham kita nak bekerja pastikan calon kita menang bergaya tetapi dalam masa sama jaga kesihatan dan keselamatan diri. Kalau di tempat sesak pakai pelitup muka dan cuba penjarakan fizikal di tempat yang boleh dilakukan. Kalau gagal pakai pelitup muka boleh diambil tindakan,” katanya. Beliau turut mengharapkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas petugas kempen PRK DUN Slim ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.-sinarharian

Ramai Masih Tak Peka Akan Hal Ini Walaupun Sudah Berkali Kali Diingatkan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dedahkan Kesemua Tempat Yang Wajib Pakai Pelitup Muka

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid, surau dan rumah ibadat,Majlis sosial,Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah. Hospital dan klinik,Pasar awam dan pasar tani,Pawagam,Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak,Restoran,Bengkel,Kedai gunting rambut dan salun kecantikan,Pusat hiburan keluarga,Mana-mana tempat awam yang sesak.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jnyh Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.— BERNAMA

Pelitup muka ‘fancy’ dibenarkan, tetapi…

KERAJAAN masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan mengenai perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.

“Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.

“Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Ahmad Saidi Mohamad.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.

Semalam, Pakar Epidermiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan dilaporkan berkata, pelitup muka jenis fabrik hanya sekadar menapis bau dan partikel kasar daripada dihidu susulan tiada penapis khas sekali gus tidak mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19.

Noor Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan termasuk menaikkan hukuman serta denda terhadap individu yang tak ikut arahan pemakaian pelitup muka seperti yang dilakukan di Eropah bagi membendung wabak itu.

“Jangan leka dan sengaja (tak ikut peraturan), KKM bersama-sama polis akan mantapkan penguatkuasaan dan siasatan dengan lebih serius terhadap SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 selepas ini,” katanya.Dalam pada itu, Dr Noor Azmi turut menafikan dkwaan tular mengatakan termometer penmbak suhu yang menggunakan cahaya inframerah bah4ya kepada otak.

Katanya, spesifikasi peranti penmbak suhu yang digunakan hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).”Walaupun pada dasarnya catatan suhu badan manusia yang diambil menerusi telinga atau dubur lebih tepat berbanding di dahi, namun setakat ini tiada lagi kajian mengenai bahaya termometer ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *