Usahawan Cina pengusaha minyak masak ini mendapat perhatian warganet apabila dia berkongsi kisah kejayaannya untuk membangunkan perniagaan ini. Rupanya ini cara dia membangunkan perniagaannya.

Amalan Dunia ISU SEMASA Uncategorized

Barang siapa mudahkan urusan orang lain maka Allah akan permudahkan urusannya ketika hidup terutama dalam hal kebajikan. Seperti itulah yang terjadi kepada seorang usahawan di Kelantan.

Baru-baru ini, sebuah video perkongsian Facebook Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan menjadi perhatian ramai apabila pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow, 72, dan berbangsa Tionghua telah berkongsi kisah kejayaannya membangunkan perniagaan minyak masak.

Menerusi video Wawancara Khas itu, beliau turut mendedahkan bagaimana pekerja di kilangnya yang majoriti beragama Islam diberi penghormatan dan mendapat layanan istimewa. Beliau yang mula berniaga sejak 1978 berkata, syarikatnya bermula dengan 100 orang pekerja. Selain itu, beliau turut mengatakan, hanya kaum Melayu kerja dengannya, orang luar tidak diterima.

“Setiap tahun kita lakukan sembahyang hajat. You tak akan percaya? setiap tahun buat sembahyang hajat di sini, Yes! Why not? I’m a Chinese but i believe in God (saya berbangsa Cina tetapi saya percaya kepada Tuhan), agama itu penting. Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang,” katanya yang menjawab soalan daripada Penolong Pengarah Penerangan Kelantan, Foo Min Li.

Baca juga Wanita Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar termuda dalam sejarah California Temu bual itu mula mencuri tumpuan dengan penjelasan Gan yang menekankan kepentingan agama dan sembahyang dalam kalangan pekerja.

“Sembahyang adalah perkara paling mustahak dalam kehidupan setiap manusia. Tak boleh, tak boleh tinggal. Sembahyang paling mustahak, yIslamou kena pergi sembahyang. Sembahyang itu wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa),” katanya.

Gan turut melatih semua staf bekerja dalam suasana kasih sayang. Pesannya kepada orang muda, dalam berniaga, jangan sesekali menggunakan duit syarikat.

“Hanya gunakan duit gaji sahaja, jangan sesekali pakai duit syarikat. Selain kita perlulah sentiasa tepati janji serta tidak boleh menipu. Satu lagi, sifat yang perlu ada dalam diri adalah kasih sayang terhadap pekerja dan syarikat,” pesannya.

Kejayaan Sebenar Bermula Dengan Solat

“Barangsiapa mendahulukan Allah daripada segalanya, maka Allah akan mendahulukannya.” -Ibn Qayyim Al-Jauziyya-

Solat lima kali sehari adalah suatu ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah ke atas manusia sebagai sebagai tanda untuk kita sentiasa mengingati-Nya dan tidak melupai-Nya dalam setiap perkara.

Firman Allah bermaksud:

“Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”

(Surah Thahaa : 132)

Namun, apa yang dimaksudkan dengan kejayaan bermula dengan solat? Allah menjelaskan. “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

(Surah Al-Mukminun : 1,2 & 9)

Untuk menjadi umat Islam yang berjaya, kita tidak boleh mengabaikan solat terutamanya solat-solat fardu. Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang BERJAYA.

Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak. Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.

Namun Allah berjanji siapa yang jaga solat, dia adalah orang yang berjaya – di dunia dan di akhirat. Jangan sesekali melengahkan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunia.

Kerana dengan solatlah memudahkan segala urusan dunia kita. Sesungguhnya janji Allah itu PASTI! Bukan seperti janji manusia yang bisa dimungkiri.

Tetapi, ada pula sesetengah orang yang walau dia tidak solat, namun dia tetap dikurniakan kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah. Kenapa begitu? Itulah istidraj. Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Nauzubillahiminzalik.

Walau kita dikurniakan rezeki yang banyak, namun Allah semakin jauh dari kita, adakah kita akan bahagia? Adakah itu kejayaan sebenar? Walau kita berjaya, namun kita lupa yang memberi kejayaan itu adalah Allah S.W.T. Adakah itu juga kejayaan sebenar?

Marilah menunaikan solat. Marilah menuju kejayaan. Di dalam panggilan azan itu sendiri, sudah ada kalimat, “Marilah tunaikan solat untuk sama-sama menuju kejayaan.”

Justeru, apa yang membuatkan kita merasa berat untuk melakukan solat? Untuk memperoleh kejayaan yang sudah dijanjikan? Sama-sama kita pegang janji Allah dan tunaikan suruhan-Nya, utamakan Dia dalam segala perkara, in shaa Allah kejayaan pasti milik kita – di dunia dan di akhirat.

Aamiin.

Tular Usahawan Buat Riviu Produk Tapi Kena Keluar Dari Kedai. Lelaki Ini Tampil Pertahan Pemilik Kedai Dan Cerita Kisah Sebenar Eira Aziera Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Isu video tular membabitkan seorang influencer wanita bernama Eira Aziera yang ditngking pemilik kedai ketika sedang membuat live masih hangat diperkatakan ramai.Memang tidak dinafikan berdasarkan video tersebut kedengaran agak jelas pemilik kedai itu menngking Eira agar tidak membuat live dan mempromosikan produk di dalam kedainya.

Mungkin juga niat makcik itu sekadar mahu menegur. Tapi tidak kedengaran pula kata-kata makcik kedai itu mengh4lau keluar.Yang dengar cuma makcik tu cakap, “Kedai makan tak boleh buka produk. Selepas makan balik, (sebab) PKP”.

(Dalam video memang jelas Eira sibuk mempromosikan produk kesihatan beliau)Namun yang menjadi hangat apabila orang yang ditegur tak kurang lantang mulutnya.Terus dibalas kata-kata makcik tuan kedai itu kononnya dia niat mahu membantu mentular’kan kedai makcik itu dan tak sepatutnya dia kena ‘sound’.

Dan selebihnya adalah ayat-ayat yang tersembur keluar dari mulut Eira yang tak sanggup nak dengar.Ada yang kata Eira tidak ditngking..Eira minta orang ramai tengok balik video.Susulan dari video itu juga terdapat beberapa orang yang tinggalkan komen mengatakan makcik restoran tersebut tidak memak1 hamuun Eira.

Disebabkan itu Eira meminta semua untuk melihat kembali video LIVE tersebut dan nilaikan sendiri.Lelaki ini sahut cabaran dan dengar balik video..Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan memberi pendapat memberi pendapat beliau.

Berdasarkan semakan, Eryzal mempunyai lebih 7 ribu pengikut di Facebook dan banyak berkongsi tentang isu semasa.Berikut komen beliau.” Kawan-kawan aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.

” Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta warganet ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..” Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..

” Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul. sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.” Kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila aj4l seseorang.

Asalnya dulu orang susah..” Eira ni asalnya dulu orang susah..peniaga pasar malam je.. patut tiada istilah dia nak pandang sinis walaupun pakcik tu pakai kain pelekat..” Tapi tu lah setelah apa yang dia ada sekarang ni.. Kesenangan, kemewahan, bangga dengan followers/ pengikut yang dia ada.. dia rasa selama ni apa yang dia buat tiada halangan.. tiada orang mnghalang..

” Bak kata dia dah pergi satu malaysia (je pun) itu yang buat dia rasa “Tercabar” bila jadi macam tu. Dari situ timbul la keegoan dan lahir lah kes0mbongan dan keangkuhan diri.” Padahal benda mudah je, kita masuk kedai orang, orang larang tak bagi live, minta maaf dan tutup live. tak nak tutup live pun tak apa.

” Tapi tak payah la menyambung sampai almost dalam 30 mnit tu kau maki, hiina makcik tu dan menghasuut orang ramai dalam live tu.” Dari reaksi balas kau tu pun, kau sendri yang meng’tular’kan betapa teruknya diri kau, as a influencer, alangkah lebih bagus kau memberikan reaksi balas yang positif dari kejadian tu. Mesti ramai yang akan respect.

” Dan tak perlu lah kau guna sentimen melayu untuk pertikaikan macam kau cakap, macam ni ke orang melayu.. sedangkan apa yang keluar dari mulut kau tu.. tak tau la kalau kau bukan orang melayu”Pendapat admin pula, mungkin ada betul pendapat Eryzal. Sebaiknya adalah tidak perlu mengeluarkan pelbagai kata-kata c4cian kepada makcik itu.Cukup kita ‘blah’ saja dari kedai itu kalau rasa tak suka. Sekian.

Sumber : Facebook Eryzal Edry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *