Sebelum ini tular kecantikan yang ada pada Ameera Khan. Kini giliran adik lelaki Neelofa masuk dunia peragaan.

artis Kehidupan Keluarga

Adik lelaki bongsu kepada Neelofa, Faliq Khan mencuri perhatian wargamaya apabila menyertai dunia peragaan bersama jenama mewah Dior.Menerusi laman sosial Instagram, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, dia berkongsi foto bersama adiknya ketika sama-sama memperagakan jenama tersebut.

“Bangga dengan adik lelaki saya kerana melakukan ini bersama saya. Kepada lebih banyak projek bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu, Faliq dan Ameera bergandingan bagi memperagakan beg tangan daripada koleksi terbaru jenama Dior di hadapan pintu gerbang pusat beli belah Pavilion.Meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat penampilan sulung Faliq sebagai model di samping kakaknya.

Malah, ada yang turut memuji wajah kacak Faliq dan mahukan“Omg Faliq, too cute!” puji seorang wargamaya.“Boleh saya jadi adik ipar awak?” tanya seorang wargamaya. “Habislah kalau Faliq pun dah terjebak dalam modelling,” usik seseorang wargamaya.“Yarabbi Faliq,” komen seorang wargamaya.“Faliq dah patut start jadi model lelaki untuk selamanya,” cadang seorang wargamaya.“Aww, dua dua ni bergandingan modelling bersama,” ujar seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Ameera Khan Sering Mendapat Perhatian Orang Ramai Atas Kecantikan Mukanya. Tapi Kali Ini Ameera Khan Mendapat Perhatian Warganet Lagi Atas Sebab Ini Pula.

Siapa tidak kenal dengan Ameera Khan adik kepada Neelofa yang sering kali mendapat perhatian orang ramai. Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik dua buah foto terbaharunya. Foto-foto berkenaan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terkejut dengan penampilan baharunya di media sosial. Kebanyakannya tidak menyangka dengan foto yang dikongsi oleh Ameera Khan atau digelar Little Miss Khan ini. Rata-rata warganet mengatakan bahawa fotonya seakan-akan foto yang tidak memakai baju.

Pelbagai komen dan reaksi yang telah ditingalkan di ruangan komen instagram Ameera. Komen-komen warganet:

Jadi Perhatian Warganet Lepas Ameera Khan Muat Naik Foto Tengah Bercuti Di Pulau Perhentian. Terkejut Bila Ada Warganet Yang Komen Macam Ni.

Personaliti media sosial dan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan menjadi perhatian wargamaya apabila tampil penuh jelita ketika sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu. Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) memuat naik beberapa keping foto ‘island vibes’ untuk tatapan umum. 

“No call or text please,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian foto itu lagi, Ameera kelihatan bergaya dengan dress labuh berwarna kuning, oren dan putih.Difahamkan percutian Ameera turut ditemani kakaknya Athisha Khan serta sepupu rapat mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti memuji penampilan Ameera yang sangat cantik. “Cantiknya dress tu,” ujar Puan Sri Tiara Jacquelina. “Comey dooh Baby,” puji seorang wargamaya. “Mana satu view ni, lawanya,” kata seorang wargamaya. “Orang ke apa ni cantik dooh,” komen seorang wargamaya. 

“Canriknya, perfect la awak ni. Taknak jadi artis ke? Muka awak boleh pegi jauh,” tulis seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, foto-foto percutian Ameera telah mendapat hampir 150,000 tanda suka daripada warga Instagram. 

Mengejutkan Bila Tiba Tiba Bekas Guru Ameera Khan Tampil Bongkarkan Perangai Sebenar Dia. Rupanya Dalam Diam Ini Perangai Sebenar Dia Yang Ramai Tak Tahu.

Nampaknya isu adik Neelofa memperlekehkan jenama telefon pintar popular di Malaysia menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatakan oleh warganet. Seperti yang min pernah katakan tidak tahulah sama ada ia memang disengajakan ataupun tidak hanya tuan punya badan sahaja tahu.

Namun, kisah ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan warganet, sebaliknya bekas guru-gurunya. Melalui DM Media Hiburan di Instagram, ada warganet yang mengaku dia merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah yang pernah Ameera belajar sebelum menggunakan khidmat Home School.

Menurutnya dia akui Ameera memang seorang yang agak lemah dalam mata pelajaran namun dia tidak menolak gadis ini memang mahir dalam sesuatu bidang. Malah, dia juga memberitahu tidak terkejut bagaimana Ameera memberi respon kepada beberapa soalan contoh seperti isu “ewww..” itu kerana baginya kadang kala Ameera seakan seperti tidak memikirkannya sebelum menjawab.

Malah, guru ini turut berkata adakalanya perasaan menyampah juga wujud pada dirinya apabila melihat Ameera selalu berangan kononnya dia salah seorang keluarga Kadarshian Malaysia. Bagaimanapun guru ini memuji sikap kakak Ameera iaitu Atisha Khan dan memberitahu sehingga kini Atisha masih berhubung dengannya. Dalam pada itu, guru ini turut menjelaskan kakak Ameera iaitu Atisha juga tidak suka jika adiknya ini terlalu ‘kekwat’ di sekolah.

“Samsung? Euww What Are You Talking About?” – Ameera Khan Dikecam ‘Euww’ kan Jenama Telefon Bimbit?

Siapa yang tidak mengenali instafamous Ameera Khan bukan? Selain merupakan adik kepada pengacara Neelofa, Ameera juga digelar Kylie Jenner Malaysia! Selain sering memuat naik gambar di Instagram, Ameera turut aktif dalam laman Youtube dan gemar memuat naik video di laman berkenaan.

‘Takkan Masuk International School Nak Ambil SPM?’ – Adik Neelofa

Selain Neelofa, adiknya Ameera Khan turut ‘terkena tempias’ populariti dan mengumpul pengikutnya tersendiri. Walaupun tidak berkecimpung dengan dunia seni secara langsung, Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan di media sosial mempunyai lebih 800 ribu follower di Instagram.

Pernah beberapa kali membuat kenyataan ‘bikin panas’ di media sosial sebelum ini, si cantik ini sekali lagi membuatkan warganet triggered dan melatah dengannya. Kenapa ya? Kelakarnya, Ameera menerusi Twitternya membuat satu status yang mengatakan dia tidak belajar di sekolah antarabangsa semata-mata untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.

Kenyataan itu mungkin kedengaran agak meninggi diri di pandangan warganet kerana beberapa hari lalu warganet ada memperlekeh satu jenama telefon dalam video di Youtubenya. Kakak awak ambil jugak SPM dulu, Kenyataan Ameera itu kemudiannya ditentang warganet yang mengatakan kakaknya Neelofa sendiri menduduki peperiksaan itu dan meraih keputusan cemerlang dengan 10 A pada 2006 sebelum bergelar artis.

Harap kau adik beradik boleh stop buat parents malu, Kenyataan berani Ameera itu turut membuatkan pengikutnya menasihatkannya untuk tidak lagi membuat sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa kerana apabila sesuatu isu bangkit, sudah tentu ibu bapa yang akan dipersalahkan.

Balik rumah baca alif ba ta, Ujar warganet lagi, Ameera yang muda remaja masih bergantung kepada kakak dan keluarganya dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Namun tindakannya seperti sudah terlalu dewasa untuk gadis sebayanya.

Ameera Khan Dah Mengandung. Akhirnya Ameera Khan Bersuara Lantang Bongkarkan Status Kandungannya Buat Ramai Tergamam

Personaliti media sosial, Ameera Khan yang menggunakan nama Instagram sebagai Little Miss Khan sering saja menjadi perhatian warganet. Walau bagaimanapun, setelah kembali semula dengan mengaktifkan laman sosial miliknya itu, ramai mulai seronok kerana dapat mengikuti perkembangan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa ini dimana dia juga merupakan seorang yang terkenal.

Pun begitu, selepas menyaktifkan akaun Instagram selama tujuh bulan, timbul pula spekulasi mengaitkan Ameera Khan yang dikatakan sudah bertemu teman hidup sehingga mengundang pelbagai komen namun, dia lebih memilih untuk tidak berbicara mengenai hal itu.

Terbaru pula, satu komen ditinggalkan oleh Ameera Khan menarik tumpuan warganet apabila ada yang bertanyakan adakah dia sedang pregnant lalu mengucapkan tahniah. Ini kerana, sekeping foto dia mengenakan busana serba putih dan dikongsikan pula menerusi laman Instagram Meletop membuatkan Ameera Khan menjadi perhatian dimana perkongsian foto itu juga meraih ribuan tanda suka.

Sementara itu, komen ucapan tahniah daripada individu terbabit turut mendapat perhatian Ameera Khan atau juga sinonim dengan panggilan LMK ini memberitahu bahawa dirinya belum berkahwin sekali gus menjawab persoalan tentang pregn4nt.

Menjenguk kelaman Instagram Ameera Khan, fotonya mengayakan busana serba putih itu turut meraih lebih 40 ribu tanda suka dan dalam pada masa yang sama, dia dihujani dengan pelbagai komen pujian orang ramai dengan kecantikannya itu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HCL

Ameera Khan Tak Sengaja Cakap Tinggal Sebumbung Dengan Pasangan. Rupanya Dalam Diam Ini Status Terkini Ameera Khan.

Ameera Khan tak sengaja cakap tinggal sebumbung dengan pasangan. Rupanya dalam diam ini status terkini Ameera Khan. Adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan tidak sengaja mendedahkan dia dan pasangan, FD Idzham kini sudah tinggal bersama.

Sekali gus menjawab teka-teki hubungan mereka yang dikatakan warganet sebelum ini sudah berkahwin. Pended4han itu dibuat Ameera ketika menjawab ruangan komen akaun Instagramnya ketika meraikan ulangtahun kelahiran FD Idzham semalam.

Tulis pengguna itu; “Kamu tidak sepatutnyaa keluar dari rumah kamu. Stay home!” Namun, ia dibalas oleh Ameera dengan menyatakan dia berada di kediaman milik mereka bersama. “Tapi ini adalah rumah kami,” tulis Ameera ringkas.

Justeru, pernyataan Ameera itu seakan-akan memberikan bayangan bahawa mereka sudah memiliki ikatan hubungan yang halal. Ia juga seperti menjawab desas-desus mengenai status hubungan mereka yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.

Ameera pernah diasak mengenai status dirinya dan punca menghilang selama lapan bulan sejak tahun lalu. Namun, usahawan kosmetik itu juga enggan mengulas lanjut dan menganggap apa yang terjadi kepadanya tidak perlu dikongsikan kepada umum. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *