Penyanyi Ayai Illusi kini tampil memperjelaskan kenapa dia terpaksa tarik diri pada GV7 kali ini. Tak sangka ini yang berlaku pada dirinya dan warganet mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

artis Kehidupan Keluarga KESIHATAN

Penyanyi Ayai Illusi mengakui bukan sengaja menarik diri dari melakukan persembahan duet bersama Ashira iaitu bintang finalis Gegar Vaganza musim ke tujuh (GV7) yang sepatutnya dijadualkan malam tadi.Menurut Ayai atau nama sebenarnyaZaharuddin Kamaruddin, 58, selain kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia juga terpaksa kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada isterinya, Siti Hajar Ali, 51, yang disahkan positif Covid-19.

“Saya mahu memohon maaf kepada Ashira dan seluruh produksi GV7 kerana tidak dapat meneruskan persembahan pada malam tadi. Sebenarnya sejak bulan lalu saya jatuh sakit dan tidak dapat berjalan kerana doktor mengesahkan usus saya bengkak dan buah pinggang saya juga terkena jangkitan kuman. Dalam masa seminggu saya berulang alik ke hospital dan dijaga rapi oleh isteri saya, tiba-tiba isteri saya mengadu badannya seram sejuk dan tiada deria rasa. Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya disahkan positif Covid-19 pada 28 November lalu. Saya terkejut dan sedih mengenangkan nasib isteri saya. Jadi bukan saya sengaja tarik diri, saya dan seluruh ahli keluarga juga perlu kuarantin kerana kontak rapat kepada isteri,” katanya.

Juara GV1 itu dihubungi Astro Gempak menjelaskan perkara tersebut selepas dia memaklumkan tidak dapat meneruskan persembahan dalam siaran langsung Konsert Akhir GV7 semalam.Selain isterinya, anak sulung perempuannya yang berusia 31 tahun turut disahkan positif Covid-19.

Pun begitu, Ayai bersyukur dia disahkan negatif Covid-19 dan sudah bebas dari kuarantin mulai hari ini.“Alhamdulilah, isteri saya kini pun sudah pulang ke rumah dan tamat kuarantin begitu juga dengan anak saya.

“Saya juga baru sahaja potong ‘gelang pink’ dan tamat kuarantin pagi tadi. Cuma saya masih perlu melakukan pemeriksaan penuh terhadap kesihatan saya untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya penyakit yang saya alami. Esok saya akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap usus, buah pinggang , jatung dan sebagainya. Saya berharap dapat sembuh dan sihat seperti sedia kala,” katanya lagi.

Sekadar info Ayai memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumpulan Illusi pada tahun 1988.

Juara GV7 Pada Kali Ini Membawa Pulang RM100k . Tapi Ada Pula Pihak Yang Cuba Mengkritik.

Tampil dengan persembahan memukau, penyanyi Cliff Umar berjaya merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad. Cliff, 38, menewaskan enam peserta lain menerusi mempersembahkan lagu I’ll Do Anything For Love duet bersama juara GV5 iaitu Noryn Aziz, manakala segmen battle berentap bersama Muss dan Oja menerusi lagu Inilah Nasibku.

Dalam ucapan kemenangan, Cliff berkata, kejayaan yang diperoleh itu adalah untuk semua yang terlibat dalam program berkenaan. “This one is not belong to me tapi untuk semua orang yang menjayakan program ini dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu. Saya memang peminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang, ” kata Cliff.

Cliff Umar juara GV7, manakala Mus May tempat kedua dan Ayu akur di kedudukan ketiga. FOTO ASTRO GEMPAK. Kemenangan itu melayakkan vokalis Projek Pistol itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

Penyanyi Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit membawa pulang RM30,000. Tempat keempat pula menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Kesemua peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo (medley, duet) dan pusingan battle antara mereka. Ia dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow. Dalam pada itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan penyanyi dan penulis lirik lagu Isabellla iaitu Bob Lokman menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Biodata Penyanyi Cliff Umar, Peserta Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) 2020

Siapa Cliff Umar? Cliff Umar Joseph merupakan antara penyanyi yang tersenarai sebagai peserta program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Turut serta dalam edisi 2020 pertandingan itu adalah Mus (May), Noraniza Idris, Haslinda, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira Aziz, Oja, Rozita Izlyn, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Biodata Dan Latar Belakang

Cliff Umar atau Cliff Umar Joseph. Berumur 38 tahun. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan komposer. Merupakan vokalis kumpulan Projek Pistol. Projek Pistol pernah meletup menerusi lagu ‘Wanita Seluruh Dunia’. ‘Wanita Seluruh Dunia’ pernah berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 pada tahun 2012, selain tercalon dalam kategori Lagu Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2010/2011. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @cliffumar sehingga kini mempunyai lebih 2000 pengikut.

Kerjaya

Kerjaya Cliff Umar dalam bidang muzik bermula sebagai penyanyi di kelab malam.[Beliau menyertai Projek Pistol sebagai vokalis utama. Ahli lain termasuk Edrie Hashim (gitar), Zham Badri (bes) dan Pae Nasir (dram). Projek Pistol telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhan pada 2010 dan telah menerbitkan dua album studio. Pada tahun 2016

Fakta Menarik

Merupakan seorang mualaf. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi (SMK Raja Mahadi), Klang, Selangor. Pernah dikenali sebagai Boy Clifford. Pernah muncul sebagai pasangan duet kepada penyanyi Nora Ariffin di Gegar Vaganza Musim Musim 3 (GV3) menerusi lagu Bring Me To Life. Aktif menjayakan persembahan Live Band di sekitar ibu kota.

Pernah Dikritik Bunyi N4fas Kuat, Sebak Pula Bila Cliff Umar Jujur Kata – “Saya Penyanyi Jalanan, Tak Belajar…”

Bintang Gegar Vaganza (GV7) Cliff Umar tahu tentang komen-komen negatif yang ditujukan kepadanya mengenai bunyi pernafasan ketika menyanyi.
Cliff menerusi posting terbaharu di akaun Facebooknya meluahkan isi hati mengenai perkara itu. Menurut Cliff, dia hanya seorang penyanyi jalanan yang tidak mempelajari mengenai teknik-teknik untuk mengawal pernafasan sebelum ini.

“Saya tidak perlu untuk memberikan penjelasan mengenai nyanyian saya kepada sesiapa pun terutamanya soal pernafasan. Saya telah diajar untuk menyanyi seperti itu dan saya pula menyanyikan lagu rock. Sebenarnya gua perasan korang cakap fasal bunyi nafas ni bila Datuk Syafinaz komen haritu. Sebelum ni tak pernah dengar orang cakap pasal pernafasan penyanyi lain, tiba-tiba semua peka kepada bunyi nafas. Saya juga tidak tahu sekiranya itu adalah peraturan untuk tidak mendengar bunyi pernafasan ketika sedang menyanyi. Itu cara nyanyian saya dan saya tidak akan tukar untuk sesiapa.

“Gua cari makan pakai bunyi nafas tu… Gua memang nyanyi macam tu. Ada yang suka dan ada tak suka. Itu preference korang dan boy tak boleh nak puaskan semua… Saya tidak boleh nak paksa anda untuk mendengar nyanyian saya dan anda tak boleh nak paksa saya untuk menyanyi cara yang fikir saya patut nyanyi. I’m sorry but it’s just so irritating since that comment, everyone keeps pointing it out…Dato Syafinaz is an educated singer and I totally respect her art. Saya hanya penyanyi jalanan, tak belajar nye, semua yang gua tahu adalah berdasarkan pengalaman. Jauh sekali beza gua dengan Datuk Syafinaz, dia nyanyi opera and music yang mungkin dalam music sebegitu, bunyi pernafasan dititik beratkan. Tetapi saya menyanyi lagu rock dan dalam muzik rock tak ada istilah penjagaan bunyi nafas… Terima kasih,” coretnya.

Dalam pada itu Cliff juga menyatakan rasa tidak adil apabila ada warganet yang mengutuk bintang-bintang GV7 tanpa mengetahui usaha keras dan perjuangan mereka saban minggu.

“Sekali- sekala kena kritik balik Haters ni… Gua dah lama diam… Dorang kritik my Kak Ani, dorang kritik my Abang Yantzen. Dan dorang dok kritik semua kakak-kakak dan abang-abang saya yang tiap-tiap minggu bertungkus-lumus buat persembahan untuk korang punya hiburan. Gua dengan dorang tiap-tiap minggu dan gua nampak sendiri macam mana kerja keras semua orang,” tulisnya. Minggu lalu, Cliff yang menyampaikan lagu Pesanan Buat Kekasih berada pada kedudukan kedua terakhir dengan jumlah markah 55.70%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *