Hidupnya disisih keluarga dan suami pula ada satu sikap negatif ini Lalu wanita ini terpaksa membawa 4 orang anaknya merempat dan minta sedekah untuk meneruskan kehidupan. Akhirnya Cikgu ini sanggup buat begini pada keluarganya.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga

Mohd Fadli membantu seorang wanita dan empat anaknya yang terpaksa meminta sedekah demi kelangsungan hidup selepas suaminya dipenjarakan. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan nasib malang seorang wanita ini yang terpaksa meminta sedekah bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama empat anaknya, selepas suaminya dipenjarakan beberapa bulan lalu.

Kisah wanita ini dikongsikan oleh seorang guru yang juga aktivis kebajikan Dana Kita, Mohd Fadli Salleh menerusi satu posting di Facebook. Menurut Mohd Fadli, wanita berkenaan ‘terperangkap’ di Chow Kit di ibu negara sejak mengikut suaminya ke kawasan itu, enam tahun lalu.

Mohd Fadli (dua, kanan) sedang berbincang dengan wanita yang menyewakan bilik kepada lima beranak malang tersebut.

“Kisahnya begini, seorang wanita kahwin dengan suami yang mengambil barang terlarang itu, datang ke Chow Kit ikut suami sekitar enam tahun lepas. Dari situ dia terperangkap di sini. Hubungan dengan keluarga renggang, senang cerita dah disisih keluarga sendiri. Sebab kenapa, tak perlu aku hurai panjang. Pendapatan utama dia ialah minta sedekah. Bawa anak-anak sekali. Suami pula sering lukakan isterinya, biasalah bila dah ambil barang. Duit tak ada, mengamuklah. Barang tak dapat, mengamuk lagi. Gian, mengamuk lagi. Tak tahan dilukakan, dia buat laporan polis Januari lepas,” cerita Mohd Fadli.

Menurut guru itu lagi, wanita ini bersama empat anaknya hidup merempat selepas dihalau dari bilik sewa mereka dua bulan lalu, dan dia tidak mempunyai pilihan melainkan membawa kesemua anak-anaknya bersama ketika meminta sedekah.

“Bila aku cakap, ‘Akak tengok anak-anak akak. Semua cantik-cantik, comel… akak nak ke mereka membesar di sini? Dikelilingi orang-orang yang negatif dan seumpamanya?’ “(Jawapannya) ‘Tak nak cikgu. Saya sayang anak-anak saya. Orang nak ambil saya tak bagi. Saya nak jaga sendiri. Saya nak sangat keluar dari kawasan ini. Cuma saya tak tahu mana nak tuju. Saya tiada sesiapa dah’,” ujarnya mengimbas kembali pertemuan bersama wanita berkenaan.

Mohd Fadli dan pasukan Dana Kita membantu wanita malang tersebut mendapatkan tempat tinggal dan pekerjaan agar dia dapat memulakan kehidupan baru.

Sudah bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, Mohd Fadli berkata dia dapat merasai wanita berkenaan benar-benar mahu memulakan kehidupan baharu demi anak-anak, namun tidak mempunyai ruang untuk berbuat demikian. Justeru ujarnya, dia sedaya upaya cuba melakukan yang terbaik untuk membantu wanita berkenaan kerana tidak mahu kehidupan anak-anaknya terabai dan membesar dalam persekitaran yang tidak sihat.

Dia tak mengambil barang katanya. Lihat dari air muka dan susuk badan, aku percaya kata dia.

“‘Akak kena janji dengan saya satu je. Akak berubah betul-betul. Jaga anak betul-betul. Saya nak bagi peluang besar untuk akak ubah kehidupan akak dan anak-anak. Saya akan support semampu saya. Dan jika akak sia-siakan peluang ini, saya akan ambil anak-anak dan letak di JKM. Akak nak pergi mana, nak jadi apa, saya tak nak bantu dah. Saya nak pastikan anak-anak ini selamat dan terjaga. Boleh?’ ujarku panjang lebar. Anak-anak yang ada dengan dia sekarang empat orang. Umur 10 tahun, 7 tahun, 4 tahun dan setahun lebih. Semua ada Mykid. Dia pun ada IC elok. Dia tak mengambil barang katanya. Lihat dari air muka dan susuk badan, aku percaya kata dia. Namun aku akan bawa kawan-kawan AADK untuk urine dan sahkan.Jika dia benar-benar dapat berubah dan dapat kerja dengan elok, kita sama-sama bantu dia dan anak-anak. Setiap orang layak diberi peluang. Setiap orang boleh berubah ke arah kebaikan. Jika benar mereka mahu, kita bantu,” tulisnya lagi.

Dana Kita aktif turun padang membantu masyarakat yang memerlukan.

Dalam kemas kini terbaharu, Mohd Fadli memaklumkan wanita tersebut kini sudah ditawarkan pekerjaan yang sesuai dan akan mula bekerja minggu hadapan, manakala tempat tinggalnya juga sudah diuruskan.

Wanita Beri Bantuan Pernafasan CPR Kepada Rakannya Yang Tak Sedarkan Diri Tapi Lain Pula Yang Terjadi Bila Rakannya Mula Sedar Dan Ada Kesan Di Dada

Cardio pulmonary resuscitation atau CPR sememangnya perlu dipelajari bukan setakat dalam golongan ahli perubatan, malah oleh orang awam juga.Ini kerana CPR ini penting untuk memudahkan kita memberikan bantuan pernafasan sementara sekiranya berlakunya kecemasan kepada individu di sekeliling.

Seperti kejadian yang berlaku di Taiwan baru-baru ini, wanita ini segera bertindak memberikan bantuan pernafasan CPR kepada rakan sekerjanya yang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba semasa di tempat kerja.Buat CPR 15 minit, selamatkan nyawa rakan.Menurut AsiaOne, wanita yang dikenali sebagai Chu ini dikatakan telah melakukan CPR selama 15 minit semasa dalam perjalanan untuk menghantar rakannya itu ke hospital sehinggakan dia kehabisan tenaga.

Saya lakukan tekanan pada dadanya sehingga kehabisan tenaga. Tetapi saya tetap terus melakukannya untuk menyelamatkan nyawanya.Tambahnya, dia telah menemani rakannya itu untuk dihantar ke hospital disebabkan dia mempunyai sijil yang sah untuk mengendalikan rawatan kecemasan.

Berkat kegigihannya menjalankan bantuan pernafasan itu, Chu akhirkan berjaya mengembalikan sistem pernafasan seterusnya menyelamtkan nyawa wanita itu.Kawan tak berterima kasih, persoalkan kesan lebm di dada

Namun apa yang mengejutkan, rakan wanita yang diselamatkannya itu sedikit pun tidak berterima kasih kepadanya gara-gara membantu menyelamatkan nyawanya.Sebaliknya wanita itu ada menghantar mesej kepadanya untuk mempersoalkan kepadanya kesan lebm yang terdapat pada dada dan lengannya seolah-olah untuk menyalahkan dirinya yang menjadi punca terjadinya kesan lebm itu.

Dalam mesej tersebut, rakannya turut menghantar foto kesan lebm yang terdapat pada dadanya berserta ayat, “Berapa banyak tenaga yang awak guna? Kesan lebm ni sangat besar”. Chu yang berasa bengang dengan nada seolah-olah menuduh dia menjadi punca kesan lebm tersebut telah membalas kembali dengan mempersoalkan tudhan tak berasas rakannya itu.

Awak nak salahkan saya sebab gunakan tenaga yang banyak semasa lakukan CPR? Tambah Chu, rakannya itu sepatutnya bernasib baik tidak mengalami kecederaan patah tulang rusuk gara-gara prosedur CPR tersebut.“Nyawa atau kesan lebm lebih penting?” – Chu

Bukan setakat itu, rakannya itu juga memberitahunya bahawa dia sebagai pesakit diabetes sememangnya berhak untuk berasa risau sekiranya lbam dan luka di bahagian dadanya itu akan dijangkiti oleh kuman sehingga menyebabkan anggota tubuh badannya terpaksa dipotong.Namun, Chu mempersoalkan alasan rakannya itu tidak munasabah kerana menurutnya, nyawa rakannya itu sepatutnya lebih penting berbanding kesan lebm yang dialaminya itu.

Rakan ugt nak fail saman.Seperti menambah minyak ke dalam bara api, rakannya itu juga turut mengugt untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atasnya.Awak tekan dada saya dengan kuat sedangkan saya ada masalah jantung. Saya boleh dapatkan doktor untuk buktikan awak cederakan saya sewaktu CPR. 

Bengang dengan tuduhan itu, Chu telah melepaskan geramnya dengan mendedahkan kejadian itu di Facebook miliknya baru-baru ini.Katanya, sekiranya rakannya itu benar-benar mahu memfailkan saman ke atasnya, dia berpendapat bahawa setiap orang di dalam negara perlu berhenti untuk mempelajari teknik rawat bantu mula gara-gara ada sesetengah individu yang tidak tahu bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

Postingnya itu berjaya mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan sikap tidak sedar diuntung rakannya itu.Kecederaan memang selalu berlaku waktu CPR.Terdapat juga warganet yang mempunyai pengalaman dalam rawatan kecemasan ini mendedahkan bahawa kecederaan seperti lebm atau tulang rusuk patah adalah satu kebiasaan yang berlaku gara-gara tekanan dada yang kuat dan pantas sewaktu menjalankan CPR.Macam pepatah Melayu, “Bagai melepaskan anjing yang tersepit”.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *