Besar betul dugaan 2 rider sengau ini di tengah malam. Sanggup hantar makanan pelanggan dengan keadaan motor yang sebegini. Lebih mengejutkan apabila ini bukanlah rumah terakhir.

Amalan Kehidupan Keluarga

Rakaman CCTV menunjukkan dua penghantar makanan tiba lewat di rumah pelanggan pada pukul 12.30 tengah malam. Makanan yang dipesan lebih awal sepatutnya tiba sekitar pukul 9 atau 10 malam, tapi jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, masih tak kunjung tiba.

Lebih mengejutkan apabila penghantaran tersebut akhirnya sampai di depan pintu pagar rumah pelanggan pada pukul 12.30 tengah malam, ketika pelanggan itu lena dibuai mimpi. Mujur ada suami dan anak lelaki yang setia menunggu sehingga pesanan diterima di tangan, sebelum terbongkar satu kisah di sebalik kelewatan itu.

Menerusi perkongsian yang kini tular, perasaan sayu seorang pelanggan menyaksikan kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pekarangan rumahnya. Pelanggan berkenaan, Nur Farina Abdullah berkata, dia pada awalnya membuat pesanan durian Musang King di sebuah kedai di Batu Caves, Selangor pada 9 Disember lalu.

Penghantar makanan mengepam tayar motosikal.

Wanita berusia 30an itu memberitahu, urusan penghantaran dilakukan oleh peniaga durian tersebut dan ia bukan kali pertama membuat pesanan di kedai yang sama. Sudah dua tahun saya pesan durian di kedai ini. Walaupun jarak antara kedai dan rumah saya di Bangi, Selangor agak jauh tapi saya dah berkali-kali buat pesanan yang sama. Sebabnya kualiti yang dijamin dan memuaskan. Sebelum ini, saya dan keluarga tak pernah mengalami masalah dari segi penghantaran,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, kata Nur Farina, dia cuba menghubungi penghantar makanan yang ditugaskan oleh pengusaha kedai durian tersebut setelah melewati waktu serahan.

“Saya mesej di WhatsApp tapi tak dibalas, call berkali-kali juga tidak dijawab. Bila sampai di rumah saya pukul 12.30 tengah malam, rupa-rupanya ada dua orang yang datang, seorang tunggang motosikal dan seorang lagi galas beg besar yang menyimpan pesanan. Suami beritahu mereka adalah adik-beradik, tapi kedua-duanya sengau (masalah pertuturan) dan salah seorang daripada mereka mempunyai bibir sumbing,” ujarnya.

Jaminan kualiti membuatkan Nur Farina sekeluarga membeli durian itu meskipun lokasinya jauh dari kediaman mereka.

Menurut ibu kepada seorang anak lelaki berusia 17 tahun itu, perjalanan mereka dari Batu Caves ke Bangi diduga dengan angin tayar kurang sehingga terpaksa meminta bantuan suaminya untuk meminjam pam.

Handphone mereka nampak dah lama. Skrin telefon dan retak, jadi salah seorang daripada mereka kena pegang telefon betul-betul untuk melihat Waze (aplikasi navigasi) kerana mereka tak tahu jalan ke rumah kami.

Saya percaya nyawa tidak mungkin melayang hanya kerana makanan sampai lambat sedikit. Kita sebagai pelanggan perlu ada kesabaran

“Mereka kelihatan berpeluh dan keletihan. Apa yang mengejutkan adalah rumah kami bukan yang terakhir mereka hantar order, tapi ada pelanggan lain menunggu di Semenyih. Bayangkan, mereka selesai pam tayar hampir pukul 1 pagi, pukul berapa mereka nak sampai ke destinasi seterusnya? Daripada beg yang digalas mereka ada kerja penghantaran lain, tapi sanggup jadi runner pula selepas habis kerja. Betapa susahnya mereka nak cari duit,” ujarnya sambil menambah tip diberikan kepada penghantar makanan tersebut.

Nur Farina (kiri) bersama anak lelaki (tengah) dan suami.

Nur Farina yang merupakan kaunselor keluarga berkata, perkongsiannya di laman sosial bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa keadaan di luar jangka boleh berlaku ketika penghantar makanan keluar mencari rezeki.

“Masih ada segelintir masyarakat yang melayan rider seperti hamba. Bila mereka terlewat hantar makanan, terus dikritik atau disepaknya. Kita kena selami masalah yang mereka hadapi, mungkin ada sesuatu berlaku yang menyebabkan kelewatan itu. Kita sebagai pelanggan perlu ada kesabaran. Saya percaya nyawa tidak mungkin melayang hanya kerana makanan sampai lambat sedikit. Saya percaya mereka sebagai rider bekerja untuk cari rezeki dan mahukan keberkatan. Jangan sesekali hina mereka sekiranya terlewat hantar pesanan,” katanya.

Terbaru Banyak Kisah Foodrider Mengundang Sebak Pada Warganet. Kini Lebih Tak Sangka Apabila Ada Foodrider Yang Sehinggakan Melakukan Ini.

Warganet meluahkan rasa simpati melihat rider itu makan secara tergesa-gesa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Namun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi, melainkan empunya badan sendiri.

Terbaharu, warganet di laman Twitter sebak apabila mereka disajikan satu video memaparkan seorang rider penghantar makanan sedang makan sambil berdiri di sisi motosikalnya. “Kadang-kadang makan pun tak sempat. Semoga Allah berkati sahabat rider ini,” tulis pelayar Twitter @Dean24924388 yang berkongsi video itu. Visual berdurasi 14 saat itu dirakam di sebuah stesen minyak yang tidak didedahkan lokasinya.

Rider itu meletakkan sebungkus makanan di atas kotak di motosikalnya sambil menjamu selera dalam suasana yang cukup tidak selesa. Rata-rata warganet turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa rider lelaki itu.

Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri.

Malah, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai titipan kata-kata semangat serta doa untuknya. “Ironinya hantar makanan dekat orang, sendiri pun tak sempat makan. Kuatkan usaha lagi bang.

“Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, tengok video macam ni air mata laju je nak keluar. Dia rajin kerja, sanggup mengenyangkan perut orang lain dulu hingga dia korban masa sendiri, makan berdiri dalam tergesa-gesa. Cari rezeki halal. Semoga rider ini kuat semangat meneruskan kehidupan,” tulis beberapa warganet.

Video itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan. Malah, posting itu turut menerima lebih 2,500 ulang kicau. Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama nasib rider penghantar makanan menjadi perhatian ramai.

Pada 28 November lalu, mStar melaporkan seorang rider wanita mundar-mandir di lobi bangunan sambil menunggu pelanggan datang mengambil makanan.Video penuh emosi memaparkan rider itu menanti pelanggan sebelum berlalu pergi dengan hampa turut mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *