Warganet tersentuh apabila melihat seorang pensyarah yang berlari untuk membantu nenek ini. Tak sangka sanggup pensyarah ini buat sebegini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Dua kisah dalam satu cerita. Itu yang boleh digambarkan tentang perkongsian Muhammad Irwan di Facebook beliau yang menyentuh perasaan warganet. Irwan yang juga merupakan warden dan pensyarah di University of Kuala Lumpur (UniKl) menulis kisah bagaimana dia membantu seorang wanita lanjut usia yang ketika itu sedang mahu melintas jalan. Rakan baik aktivis masyarakat terkenal, cikgu Mohd Fadli Salleh ini turut berkongsi apa yang terjadi selepas itu yang mendapat pujian ramai.

” Ianya berlaku tanpa sengaja dan tidak dirancang. Ketika sedang mengadap kesesakan trafik di Jalan Pasar Pudu,aku ternampak seorang nenek dalam lingkungan umur 70 an sedang menapak perlahan-lahan melintas jalan. Aku terus meluru untuk memimpin tangan nenek supaya mudah beliau melintas jalan. Setelah selesai aku pun bertanya kepada beliau “nek nak kemana tu” Nak balik Bt 9 Cheras” katanya. Ni nak balik dengan apa ni”? Soal aku lagi. “Tak apa,nanti nenek naik bas,kejap lagi sampai la” kata nenek.

Dalam waktu sama, Irwan terfikir keadaan wanita warga emas itu yang mahu berjalan untuk melangkah lintas jalan pun pergerakan beliau agak terbatas, bagaimana dia nak naik bas nanti. Oleh sebab itu, Irwan memanggil seorang uncle Cina pemandu teksi yang pada waktu itu kebetulan sedang menunggu penumpang.

” Uncle,u boleh hantar nenek ini ke?” ” Boleh – boleh” katanya ” Ok nenek,saya ambil teksi ni nanti dia akan akan hantar terus sampai depan rumah tau” aku terangkan kepada nenek.

Menurut Irwan, nenek itu pada mulanya agak berkeras tak nak naik teksi tersebut tetapi selepas dua orang lagi pemandu teksi datang memujuk, beliau akhirnya mengalah.

” Uncle nanti hantar sampai depan rumah tau. Lepas tu nanti uncle call saya bagi no akaun then saya akan transfer ya” jelas Irwan kepada pemandu teksi.”Ok ok boleh,no problem” katanya ” Sejam kemudian aku call uncle teksi dan beliau baru selesai menghantar nenek tersebut sampai rumah beliau. Alhamdulillah nenek selamat sampai.”

Apa yang mencuri tumpuan, Irwan telah memindahkan sejumlah wang sebagai tambang kepada uncle teksi tersebut dan sengaja dia lebihkan sebagai hadiah kepadanya. ” Berkali-kali beliau ucapkan terima kasih.” kata Irwan.

Sebenarnya dalam negara Malaysia ni, yang buat onar, yang rasis tu hanya segelintir sahaja tetapi yang baik hati seperti uncle teksi ni masih ramai. Nanti saya pergi Jalan Pasar Pudu lagi kita minum-minum ye Uncle.

Aku tulis kisah ini bukanlah untuk menunjuk kebaikan yang aku buat,tapi aku nak kongsikan bahawa kita tak perlu duit yang banyak dalam akaun bank pun untuk membuat kebaikan, kita perlu mulakan dengan apa yang terdekat dan apa yang kita nampak depan mata sahaja.

Tular Nenek Berdiri Depan Buaya Besar. Dan Ada Yang Gelar The Power Of Emak Emak. Ternyata Ini Rupanya Kisah Sedih Di Sebalik Video Yang Tular Ini

Walaupun ketika tidak berbuat apa-apa, buaya sememangnya antara haiwan yang paling digeruni dan tidak berani untuk didekati oleh ramai orang. Selalunya, kita tengok buaya dalam kandang di zoo je dan bila pekerja bagi makan kita sendiri rasa seriau tengok betapa agresifnya haiwan tu.

Tapi, tular di TikTok sebuah video yang mendapat lebih 1.5 juta tontonan menunjukkan seorang nenek berdiri betul-betul di hadapan seekor buaya besar. Haiwan itu dilihat hanya terdampar dalam keadaan mulut ternganga dan orang kampung boleh didengari menjerit dan meminta agar buaya itu ‘diselamatkan’.

Ramai yang tonton video itu memuji keberanian luar biasa wanita berkenaan kerana langsung tidak ‘goyang’ berhadapan dengan seekor buaya. Namun, di sebalik buaya ‘berantaikan’ tayar yang terdampar itu, ada kisah sedih di sebaliknya.Melalui sebuah video lain, pemilik akaun TikTok bernama Mustika itu telah menjelaskan bahawa buaya itu sebenarnya dalam keadaan yang tidak baik kerana tayar tersebut sudah terlilit di lehernya selama lebih kurang 1-2 tahun.

Difahamkan, beberapa pihak pernah cuba tampil untuk menyelamatkannya dan mencabut tayar itu dari leher buaya terbabit namun tidak berjaya.Mustika turut mengingatkan kejadian malang menimpa buaya berkenaan adalah kerana sikap penduduk Kota Palu itu sendiri yang tidak mempunyai sivik membuang sampah di sungai.

Haiwan lah yang paling selalu menjadi bahan daripada aksi (buang sampah dalam sungai) tersebut.”Saiz buaya itu semakin membesar menjadikannya lebih terseksa kerana ‘terckik’ dan kesakitan dek kerana tayar yang terlilit itu boleh mengancam nyawanya. Video penjelasan itu membuatkan ramai warganet sebak dan tersentuh membayangkan penyksaan yang dirasai haiwan tersebut.

Individu Paling Chill Lepas Terlibat Dalam Kejadian Yang Tidak Diingini. Orang Lain Pergi Report Tapi Tindakan Yang Diambil Oleh Individu Terbabit Luar Biasa

Seorang lelaki terlibat dalam kejadian yang tidak dingini akibat terlelap ketika memandu kereta jenis Audi A6, lapor Harian Metro. Lelaki tersebut dilaporkan termasuk ke dalam Sungai Linggi, Seremban jam 5 pagi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju ke rumahnya.Sumber: Oriental Daily

Pada jam 7.50 pagi, seorang pekerja restoran yang berdekatan dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pelanggan mereka. Dia kemudian ke lokasi kejadian dan periksa kereta tersebut dan terus hubungi pihak bomba. Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, sepasukan 3 pegawai bersama 18 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

Namun, ketika sampai di sana tiada kelibat pemandu tersebut dan kereta tersebut berada di dalam sungai dalam keadaan enjin yang masih hidup.“Setiba di lokasi mendapati sebuah kereta berada dalam sungai. Bagaimanapun individu yang terlibat tiada di dalam kereta walaupun enjin kenderaan masih hidup. Individu terbabit didapati sudah pulang ke rumahnya di Rahang, yang tidak jauh daripada lokasi kejadian.Sumber: Facebook

Menurut sebuah portal, pihak bomba kemudian mendapat maklumat tentang pemilik Audi tersebut dan segera ke rumahnya. Ketika ditanya, pemandu lelaki tersebut berkata dia terlalu mengantuk ketika kejadian itu berlaku dan mahu tidur dulu. Katanya, dia berniat untuk membuat laporan tentang kejadian tersebut kemudian pada waktu petang.Memang betul betul ngantuk ni….-lobakmerah

Sanggup Berjalan 10km Setiap Hari. Budak Ini Nekad Jadi Maskot Cari Rezeki Untuk Keluarga Sehinggakan Terus Raih Perhatian Masyarakat Malaysia

Demi memenuhi keperluan hidup, terdapat segelintir kanak-kanak terpaksa meng0rbankan zaman kecil dengan mencari rezeki untuk menyara keluarga.Itu pengrbanan dilakukan seorang budak lelaki dikenali sebagai Rehan yang rela memakai kostum maskot di jalanan dengan berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari.

Kisah Rehan tular setelah dikongsi pengguna laman Instagram @rhmadii_ atau Rahmadi yang menceritakan kehidupan seharian sebagai penghibur jalanan.Budak tersebut perlu bangun seawal pagi bagi menghiburkan orang awam di pinggir jalan sekitar daerah Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan.

Pada usia yang begitu muda, keputusan menjadi maskot dilakukan selepas mengambil kira faktor ekonomi bagi memenuhi keperluan harian keluarganya.Rehan juga tampil dengan beberapa pilihan kostum watak-watak kartun terkenal seperti Dora the Explorer, Upin & Ipin serta Spongebob Squarepants.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber : @rhmadii_k

PERHATIAN: Pihak ERAKINI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ERAKINI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *