Raja Ilya berang apabila ada pihak yang cuba buat produk tiruan. Dia terus mengambil keputusan ini untuk pihak terbabit.

artis ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual produk makanan tambahan tiruan.Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, lebih membimbangkan apabila produk berkenaan yang menggunakan bahan kandungan berbahaya memperdaya orang ramai apabila dijual pada harga murah.

“Apa masalah korang? Nak menghancurkan periuk nasi orang lain. Kalau korang buat produk tiruan tanpa ada kelulusan yang betul, tahu tak apa akan terjadi kepada orang yang guna?”Saya terkejut bila ada orang sanggup buat produk tiruan dan jual harga murah. Bila semak kandungan, gula melampau-lampau, kalau tuang air panas, coklat tu meletup-letup,” katanya menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Lebih dikesalkan apabila dia bimbang sekiranya produk asli yang selama ini dipromosikannya pula yang terpaksa menanggung akibatnya.”Saya di sini promosikan produk minuman kurus itu, dan kalau orang tak dapat kesan yang diinginkan, tapi dapat kecing manis dan sebagainya, akan pergi (dituding) ke saya semula,” katanya.Ujarnya lagi, lebih menyedihkan apabila segala laporan dan aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa juga seolah-olah dipandang sepi. Aduan sudah dibuat, tapi saya tak faham kenapa tiada tindakan diambil.”Harap pihak yang patut jaga semua ni ambil tindakan cepat sebelum ada yang masuk hospital. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jabatan sepatutnya tolong jangan ambil mudah hal macam ni.”Cetak rompak hak orang dan pakai bahan-bahan merapu! Makyaiii berani ya main dengan nyawa orang sebab duit?” katanya.

Foto kredit: Instagram @rajailya

Aishah Pernah Berbadan Besar Dua Tahun Lalu. Dia Berkongsi Dia Sangat Kecewa Dengan Usahawan Produk Hanya Kerana Ini.

Gambar sekadar hiasan

Aishah berjaya kurang 33 kilogram selepas dua tahun jalani pembedahan pintasan usus. PenyanyiAishah kecewa dan terkilan dengan tindakan segelintir pengusaha produk pelangsingan badan yang sanggup menipu pelanggan demi keuntungan semata-mata. Menurut Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 55, rata-rata duta produk yang dilantik berjaya mengurangkan berat badan hasil pembedahan pintasan usus (bariatric) dan bukannya kerana keberkesanan produk itu.

“Saya rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk-produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan bariatric dan bukan kerana keberkesanan produk mereka. Allahuakbar, hentikan penipuan ini! Ini bukan tindakan yang betul. Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini. Kasihanlah mereka yang berjuang dengan berat badan dan ditipu dengan produk yang mendakwa penurunan berat badan duta mereka adalah kesan dari produk mereka tetapi sebenarnya hasil pembedahan. Ini satu penipuan,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Aishah di laman Instagram.

Sementara itu, Aishah turut mendedahkan selepas dua tahun menjalani pembedahan pintasan usus itu, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 33 kilogram. Mengakui bukan mudah untuk mendapatkan berat badan dan saiz ideal itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia masih lagi berusaha untuk mencapai impiannya itu.

“Beberapa hari ini saya banyak tertengok gambar-gambar lama semasa bertanding di Gegar Vaganza musim keempat dulu. Muka macam bulan mengambang, pipi pauh sebesar padang. It felt like a life time away! Perjalanan penurunan berat badan satu cabaran, walaupun dengan menjalani pembedahan bariatic bersama Dr Mustafa… hanya orang yang pernah sampai tahap ‘morbid obesity’ saja tahu cabaran kehidupan apabila saiz badan berlebihan ini. Sakit kaki, penyakit-penyakit lain, kecewa dengan body shaming dan kualiti hidup yang agak terhad bila badan kita pada saiz itu. Setiap hari adalah satu ‘struggle’ cabaran. Dua tahun selepas pembedahan saya dapat turunkan 33 kilogram dan masih berusaha untuk sampai ke berat sasaran. The struggle is real, the pain is also so real!” ujarnya yang menjalani pembedahan itu pada awal tahun 2018.

Aishah Dikritik Teruk Oleh Warganet Ini. Kini Dia Tidak Lagi Berdiam Diri Dan Sudah Mengambil Satu Tindakan Ini Pada Warganet Itu.

KUALA LUMPUR: Membaca entri dimuat naik penyanyi Aishah selepas menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35 menerima kritikan teruk oleh warganet, dapat membayangkan betapa terlukanya hati penyanyi lagu Janji Manismu ini.

Sebagai bintang yang sudah lebih tiga dekad dalam dunia seni dan pernah mengharumkan nama negara, terbit rasa terkilan dalam hati Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin apabila kebanyakan komen dilayangkan berunsur biadap dan menghina martabatnya.

“Sejujurnya, saya bukanlah artis yang tidak boleh menerima kritikan. Kalau saya tidak boleh dikritik, saya tidak akan masuk program Gegar Vaganza (GV). Tapi, kalau hendak kritik, biarlah kritikan itu membina dan beri jalan penyelesaian.

“Soal nyanyian itu sedap atau tidak, ia terpulang kepada telinga si pendengar. Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Dalam hal ini, kebanyakan komen yang ditulis di laman sosial bukannya kritikan yang membina tetapi lebih kepada sikap biadap apabila sanggup mengeluarkan kata-kata berunsur negatif. Sebagai seorang yang sudah berusia, apabila membaca komen sebegini, sudah tentu saya sedih. Kadang-kadang yang menulis itu boleh dipanggil anak. Tergamak mereka berkata sebegitu pada seseorang yang mungkin sebaya dengan ibu mereka,” katanya kepada BH Online.

Aishah berkata, dia bukan sengaja melayan, tetapi tujuannya untuk menjawab atau mendedahkan wajah individu yang berkata sebegitu dalam media sosial adalah bertujuan untuk mengajar mereka.

“Jika terus berdiam diri, nanti generasi baharu menyangka bersikap negatif di media sosial menjadi amalan normal dalam masyarakat hari ini. Mereka akan menganggap perkara itu tidak salah. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Sebelum ia menjadi lebih teruk, lebih baik saya cantas dan bertindak untuk berdepan dengan golongan wira papan kekunci ini. Saya juga sudah serahkan perkara ini kepada peguam dan mereka sedang menelitinya. Sehingga ke hari ini, saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit. Tujuan saya mendedahkan wajahnya adalah kerana saya hendak bagi peringatan supaya jangan sewenang-wenangnya menulis komen yang bukan-bukan. Jangan jadikan orang lain sebagai tempat pelepas kemarahan jika dia mempunyai masalah dalam kehidupannya. Apakah dia sengaja mahu memalukan saya dengan menulis komen sebegitu? Saya tidaklah sengkek sangat seperti yang dikatakannya itu,” katanya.

Juara program realiti Gegar Vaganza musim keempat itu berkata, dia juga tidak berpuas hati dengan nyanyiannya, tetapi cuba memberikan yang terbaik.

“Bayangkan, dalam tempoh lima hari, saya perlu menghafal lagu itu, membuat latihan, kena siapkan baju dan pelbagai persiapan lain yang menuntut masa yang bukan sedikit. Saya pegang tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ketika membuat persembahan, saya rasa seperti mahu pitam. Untuk mengelak berlakunya kejadian tak diingini, saya cuba mengawal pergerakan saya supaya tidak jatuh sehingga mengganggu fokus saya. Saya bersyukur kerana tiada apa yang berlaku. Apabila dengar kembali, saya tak rasa nyanyian saya teruk seperti yang didakwa. Tapi saya faham cita rasa pendengar berbeza,” katanya.

Aishah berkata, ketika mula menerima tawaran untuk menyanyikan lagu itu, dia terkejut kerana pernah terdetik dalam hati mengapa tiada komposer dapat memberikan lagu sebegitu kepadanya.

“Tidak sangka Tuhan menjawab doa saya. Selain tertarik dengan melodi dan demi penyanyi asalnya, Siti, saya anggap peluang itu adalah satu tawaran kerja buat saya. Daripada tidak buat apa-apa, saya terima tawaran itu. Namun, apabila ada yang tidak berpuas hati dan mengkritik saya, ralat juga hati ini. Apapun, saya serahkan kepada komposer, Ippo Hafiz untuk membuat keputusan. Kalau Ippo masih mahukan saya menyanyikan lagu itu jika ia berjaya ke final, saya sudi menyanyikannya,” katanya

Sebelum ini Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang warganet yang berkata sebegitu pada dirinya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai. Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menjatuhkan reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.

Ada Warganet Mengatakan Aishah Sanggup Jual Hadiah Pemberian Dato Siti Ke Pajak Gadai. Ini Respon Mengejut Dari Aishah Susulan Kritikan Warganet Tersebut

Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang warganet yang mengkritik dan mengatakan dia akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai.Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menj4tuhkan reputasi dan m4ruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.

Pelantun lagu Janji Manismu itu mendedahkan wajah warga maya tersebut di akaun Instagram miliknya.“Haaaa ini dia wajah orang mengkritik gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai.

“Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menj4tuhkan reputasi dan m4ruah saya,” katanya.Aishah juga meminta pendapat adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan warganet tersebut.“What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran?

“Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.Aishah telah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.

Sementara itu, pada perkongsian lainnya di Instagram, Aishah mengajak warganet yang mengecamnnya di media sosial untuk berjumpa dan luahkan rasa tidak puas hati itu.“Memang rancang untuk ‘att4ck’ ye atau kena bayar? Wow Jangan selindung-selimdung dik, meh (mari) jumpa saya. Itu pun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM (Direct Mesage) saja nak kut-uk saya. Mehlah (Marilah) jumpa saya depan-depan dan saya jelaskan pada awak apa perbezaannya. Jangan jadi penakut, pengecut, baling batu sembunyi tangan,” katanya.

Aishah juga menc4bar warganet berkenaan supaya menunjukkan gambar muka yang sebenar supaya pengkutnya boleh kenal individu tidak beradap itu.Dato Vida Mohon Maaf.Sebelum ini Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) pernah memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54, sebagai satu daripada tiga syarat hasil proses mediasi antara kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Isnin lalu.

DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman memohon maaf atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan bagi program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang beliau akui terkhilaf dalam mengumumkan harga barang kemas itu yang mana ia adalah harga ketika dibeli suatu ketika dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *