Pemuda ini akui rasa sakit dari telinga sampai ke otak. Rupa rupanya ada satu serangga ini yang duduk di dalam telinganya selama 12 jam.

Amalan Cerita Seram Haiwan

Seekor lipas yang masuk ke dalam telinga seorang lelaki berjaya dikeluarkan selepas ianya berada dalam telinga lelaki tersebut selama 12 jam, lapor Daily Mail. Lelaki yang berusia 39 tahun itu dikatakan sedang tidur selepas baru pulang dari tempat kerja sebelum terbangun kesakitan di Santo Tomas, Filipina. Satu rakaman video memaparkan detik mengerikan sepupu kepada lelaki tersebut menggunakan penyepit untuk mengeluarkan serangga itu daripada telinganya.

Semasa percubaannya mengeluarkan lipas tersebut, dia berjaya mengeluarkan kaki lipas yang telah mati itu terlebih dahulu. Kemudiannya barulah dia berjaya mengeluarkan sisa lebihan lipas yang dipercayai sebagai lipas Harlequin yang panjangnya lebih dari satu inci daripada telinganya.

Ketika kejadian, lelaki tersebut merasakan seakan ada sesuatu sedang mengorek telinganya dan mula menjerit kesakitan sambil menyangka bahawa ianya adalah seekor ‘semut besar’. Susulan daripada itu, isterinya segera menghubungi sepupu mereka untuk meminta bantuan. Dengan menggunakan penyepit, sepupu kepada lelaki tersebut terus memeriksa telinga lelaki berkenaan bagi mencari serangga itu dan terkejut apabila mendapati bahawa terdapat kaki lipas di dalamnya.

Dia berkata: “Lipas itu menggerakkan kakinya, saya fikir kami hanya mengeluarkan seekor semut. Saya tidak percaya bahawa ianya boleh masuk ke dalam sana.” Mereka kemudiannya menuangkan minyak bayi di dalam saluran telinga lelaki tersebut dengan harapan bahawa serangga itu akan keluar namun sebaliknya ia telah bertindak masuk dengan lebih dalam lagi.

Selepas dua jam proses mengeluarkannya itu berlangsung, lelaki tersebut memutuskan untuk sambung tidur dan lepas itu masih lagi di dalam telinganya. Dia difahamkan enggan pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan kerana takut dijangkiti virus Covid-19, serta tiada pengangkutan awam yang beroperasi pada waktu malam.

Pada keesokan harinya, lelaki itu bahkan pergi bekerja dengan serangga tersebut masih lagi berada di dalam telinganya. Namun pada waktu petang, dia mengerang kesakitan. Dia berkata: “Saya dapat merasakan sakit dari telinga saya sehingga ke otak saya. Saya merasa seperti ianya sedang menggigit dari dalam.” Setelah lipas itu terperangkap di dalam telinganya selama lebih dari 12 jam, ianya dikatakan memusingkan badannya untuk masuk lebih ke dalam bagi mencari jalan keluar.

Sepupunya cuba untuk mengeluarkan serangga itu dalam satu video yang diambil pada 12 September lalu. Pada mulanya, mereka berjaya mengeluarkan bahagian kaki lipas tersebut dan kemudiannya barulah keseluruhan tubuhnya.

Terdapat darah dan luka kecil ketika serangga itu dikeluarkan namun doktor menyatakan bahawa tiada apa-apa yang serius mengenai darah serta luka tersebut. Doktor Dorris Velasco berkata: “Dia sangat bernasib baik. Gegendang telinganya kelihatan normal dan tidak menemui sebarang kesan lecet. Ianya masih utuh serta tiada kerosakan yang ditinggalkan oleh serangga itu. Selepas pulang daripada pemeriksaan doktor itu, dia menyatakan bahawa dia akan sentiasa membersihkan rumahnya untuk mengusir serangga perosak itu.

Disebabkan Terlalu Teruja PKPB Putrajaya Dah Tamat. Kecoh Pula Apabila Ada Seekor Haiwan Ini Muncul Di Dalam Mall Putrajaya.

Mentang-mentanglah PKPB di Putrajaya dah diumumkan tamat hari ni, terus pergi shopping! Sebuah pusat beli belah di Wilayah Persekutuan Putrajaya kecoh apabila seekor babi dirakam berada di dalam salah sebuah kedai di pusat perniagaan itu.

Menerusi laman sosial Twitter @redzuanNewsMPB, orang awam berjaya merakam adegan seekor babi yang berada di dalam sebuah kedai di sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya. Video berkenaan kini sudah ditonton lebih 1,000 kali.

Rata-rata warganet beranggapan insiden berkenaan adalah sangat lucu susulan ia berlaku hanya sehari selepas pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status Putrajaya yang diisytiharkan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini. Tidak kurang juga ada warganet yang berkata bahawa insiden berkenaan adalah kerana habitat semula jadi haiwan berkenaan sudah semakin berkurangan.

Isu Keperluan Lanjutan PKPB Hingga Hujung Tahun. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ulas Lebih Lanjut Perihal Tersebut

Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa, keperluan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata pada masa sama, tindakan pembendungan perlu terus dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan jumlah kes wabak itu kepada seminimum mungkin atau sifar kes melalui PKPB.

“Kerajaan mengambil maklum perit jerih rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi dalam tempoh penularan COVID-19. Atas sebab itu, SOP (prosedur operasi standard) sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa dan ditambah baik serta bersifat dinamik mengikut keperluan rakyat.

“Ia bertujuan untuk memberikan keseimbangan kelangsungan hidup rakyat dengan membolehkan aktiviti sosial dan meningkatkan produktiviti ekonomi serta pada masa sama kita dapat melawn virus COVID-19 ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Mohd Redzuan berkata tidak wujud isu untuk memberi kelonggaran kepada peniaga di Sabah semasa tempoh PKPB memandangkan semua sektor ekonomi di seluruh negara dibenarkan beroperasi.“Sebagai contoh, semua premis perniagaan makanan di negeri itu dibenar beroperasi untuk aktiviti ‘dine-in’ atau makan dalam kawasan premis sepanjang PKPB dilaksanakan. Kebenaran beroperasi restoran dan kedai makan ini tertakluk kepada SOP bagi membudayakan normal-normal baharu dan mematuhi protokol kesihatan awam,” katanya.

Mengenai cadangan mengurangkan jumlah menteri dan timbalan menteri sebagai langkah penjimatan,  Mohd Redzuan berkata tiada keperluan untuk bertindak demikian memandangkan bilangan menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berbeza sedikit berbanding pentadbiran Pakatan Harapan.

“Kerajaan juga telah memutuskan semua anggota pentadbiran meliputi Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri menyumbangkan bukannya 10 peratus daripada gaji tetapi sebanyak dua bulan gaji mereka kepada Tabung COVID-19 untuk membantu pihak yang terjejas akibat penularan wabak itu.“Kerajaan juga mengalu-alukan semua pihak termasuk Ahli Parlimen seperti cadangan (Ahli Parlimen) Pandan untuk tampil membantu dan menyumbang dalam apa cara kapasiti mereka bagi meringankan beban rakyat dalam mendepani wabak COVID-19 serta bagi memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Kerajaan Baru Umumkan PKPB Di Beberapa Negeri. Berikut Persoalan Dan Jawapan Berkaitan Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Semasa PKPB

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri iaitu Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Malah kini, Majlis Keselematan Negara sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan dilaksanakan PKPB selama 4 minggu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 ini.

Pasti anda yang baru sahaja mula alami PKPB akan tertanya-tanya apa yang boleh dan apa yang tidak kan? Justeru, Astro Awani ada membuat penjelasan secara telus terhadap SOP PKPB untuk di fahami.Ini adalah versi terkini yang LM ada ubah suai sedikit mengikut perkembangan terbaru.

Adakah keluar rumah dibenarkan?Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai surat kebenaran daripada majikan.

Bolehkah balik kampung?Kalau kampung dalam satu daerah, dibenarkan kerana tidak merentas daerah.Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan penduduk.Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bagaimana jika saya perlu bekerja di daerah lain?Pengecualian ada untuk anda yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja. Syaratnya, menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya pergi bekerja?Boleh, kerana sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi. Sekali lagi diingatkan, bawa surat kebenaran daripada majikan bersama anda bagi memudahkan urusan.Boleh makan di restoran?Boleh tetapi, satu meja terhad kepada 2 orang satu meja, penghantaran makanan juga dibenarkan dalam tempoh ini.

Bolehkah hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup.Bolehkah saya karaoke? Tidak, semua pusat hiburan diarahkan untuk tutup sepanjang tempoh PKPB.Boleh saya rentas negeri kalau ada kecemasan?Boleh, tapi perlu minta kebenaran pihak polis jika berlaku sebarang kecemasan seperti kes pemergian ataupun sebab yang tak boleh dielakkan.

Bagaimana jika saya lnggar arahan itu?Pelnggaran PKPB adalah satu kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, pnjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.Jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dihukm pnjara hingga dua tahun atau didenda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Kesksaan.Difahamkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan perinciannya pada petang ini.

Kenalpasti 12 Kawasan Zon Merah Di Selangor. Berikut Senarai 6 Daerah Yang Berada Dalam Zon Merah Susulan Selangor Mencatatkan 5754 Jumlah Keseluruhan Wabak Koronavirus

Selangor mencatatkan 12 kawasan zon merah melibatkan enam daerah semalam.Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan jumlah kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini sebanyak 164 kes yang mana keseluruhannya melibatkan jangkitan tempatan.

“Enam daerah yang berada dalam zon merah melibatkan Klang (Kapar, Klang), Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh), Sepang (Dengkil, Labu, Sepang).”Selain itu, daerah Gombak(Batu) dan Hulu Langat (Kajang),” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu turut memaklumkan Selangor mencatatkan 5,754 jumlah keseluruhan wabak koronavirus (Covid-19) setakat ini.Semalam, Malaysia mencatatkan semula kenaikan dengan 30.2% kes aktif yang perlu dirawat.

Terkini Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Dedahkan PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Selama 4 Minggu Kecuali 3 Negeri Ni.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020. Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia,

Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020. Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah seperti SOP sebelum ini.Sumber: Sidang Media MKN

Kes Semalam Naik Mendadak. Terkini Ikea Damansara Ditutup Sementara Waktu Gara Gara Salah Sorang Pekerja Disahkan Positif Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca.

Pusat perabot dan kelengkapan rumah terkenal, IKEA Damansara akan menutup operasinya buat sementara mulai hari ini. Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan IKEA sendiri selepas seorang pekerja separuh masanya didapai positif Covid-19.

Dalam pada itu, pihak pengurusan IKEA Damansara telah mendapat maklumat berkenaan pada 6 November lalu dimana seorang pekerja separuh masa mereka didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan. Kali terakhir pekerja berkenaan bertugas adalah pada 30 Oktober 2020.

Penutupan sementara pusat beli-belah berkuatkuasa hari ini bagi memberi ruang untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan dilakukan. IKEA Damansara akan kembali beroperasi seperti biasa mulai hari Ahad 8 November 2020.

Niat Balik Sebab Nak Ziarah Keluarga Tapi Benda Lain Yang Jadi. Terkini Jururawat Jadi Punca 4 Orang Positif Covid 19 Di Kelantan Termasuk Bayi Yang Berusia 22 Hari.

Terpisah akibat pandemik ini ternyata merupakan satu pengalaman yang perit buat semua orang. Jadi apabila diberikan peluang, tentu sekali ramai yang akan mengambil kesempatan untuk bersama dengan orang yang tersayang bagi menghilangkan rindu yang terbuku.

Tapi siapa sangka niat untuk menziarah ahli keluarga di kampung bertukar menjadi buruk. Kejadian yang berlaku di Kelantan ternyata tidak pernah dibayangkan sesiapa apabila seorang jururawat dengan tidak sengaja telah menjangkiti virus Covid-19 kepada ahli keluarganya termasuk seorang bayi dan seorang warga emas.

Wanita itu yang pulang ke kampungnya pada Oktober di Kuala Balah, Jeli bersama seorang lagi rakannya. Walaubagaimanapun, jururawat itu hanya disahkan positif dengan virus Covid-19 apabila dia pulang ke Selangor. Seorang bayi yang berusia 22 hari yang merupakan anak saudara kepada wanita itu turut dijangkiti selain, neneknya yang berusia 75 tahun.

Macam mana la agaknya bayi tu kena test, mesti sakit… Jururawat yang bekerja di hospital swasta itu dikatakan menziarahi neneknya sebelum pulang ke Selangor lapor Harian Metro.

Dua lagi ‘sasaran’ virus itu adalah ibu dan adik kepada jururawat tersebut. Penemuan itu menyebabkan sebanyak 70 ujian saringan telah dijalankan kepada semua kontak rapat. “Sehingga kini pihak kami sudah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif,”

“Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti – Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin. Diharapkan tak ada lah pihak yang menunding jari. Tiada siapa mahu dijangkiti virus ini, jadi sama-samalah kita jaga kita okay!

Terkini Dr Zubaidi Ahmad Bongkarkan Punca Penularan Pandemik Covid 19 Yang Melibatkan Kehidupan Seharian Masyarakat Kini Dan Ini Tips Yang Dikongsikan

SHAH ALAM – Cara hidup dan pemakanan masyarakat hari ini menjadi punca berlakunya penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kata pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad. Menurut beliau, sikap sambil lewa orang ramai dalam hal itu memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling.

“Masyarakat hari ini melakukan perubahan kelakuan apabila sudah ramai mula membela haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya dibela seperti biawak, ular dan sebagainya yang dikhuatiri mempunyai kuman yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita. “Begitu juga dengan pemakanan di mana ada dalam kalangan masyarakat mencuba makanan eksotik sedangkan kita tahu ada dalam kalangan haiwan ini berisiko kepada kesihatan.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya wabak Covid-19 boleh menular di seluruh negara dan sehingga kini belum ada vaksin ditemui untuk menyembuhkan penyakit itu,” katanya di sini semalam. Berikutan itu, Dr Zubaidi berkata, pemilihan makanan yang halal serta bernutrisi tinggi penting dalam kehidupan seharian.

“Dalam Islam sendiri kita sememangnya perlu memakan makanan halal selain mempunyai nutrisi yang tinggi. Kita juga perlu memilih makan yang tidak berlebihan iaitu makanan yang memberi tenaga dan merawat tubuh kita. “Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan dalam amalan seharian kita. Kita sudah terapkan perkara itu melalui wuduk. Lima kali sehari kita membasuh tangan ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardu. Selain itu kita turut digalakkan berpuasa dan tidur yang mencukupi bagi meningkatkan daya ketahanan.

“Amalan spiritual seperti bersedekah juga perlu diamalkan. Ada kajian membuktikan manusia yang mengamalkan aktiviti spiritual itu, kadar kesembuhan penyakit lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkan amalan itu. Malah sebagai orang Islam, kita perlu meletakkan kebergantungan kita kepada ALLAH SWT agar sentiasa dilindungi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) berkata, kawalan pergerakan penduduk di zon merah kes positif Covid-19 perlu diperketatkan bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan lain. Ujar beliau, total lockdown atau perintah berkvrung lebih praktikal supaya pihak keselamatan dapat fokus kepada sesuatu kawasan dan penugasan pengawalan yang lebih spesifik.

“Ini adalah pandangan peribadi saya apabila ada jangkitan penyakit berlaku di zon merah, kerajaan perlu perketatkan lagi langkah-langkah keselamatan. Tidak ada aktiviti keluar masuk dibenarkan di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.- SINARHARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *