Hairul Azreen dedahkan Hanis Zalikha jarang melawatnya di set pengambaran hanya kerana sesuatu ini. Warganet terharu dengan sikap mereka.

artis Kehidupan Keluarga Uncategorized

Hanis datang melawat Hairul di set penggambaran filem arahan suaminya. Lima tahun berumah tangga, pelakon Hairul Azreen memberitahu isterinya Hanis Zalikha jarang melihat dia bekerja di set penggambaran.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, sejak mereka berkahwin hanya empat kali wanita itu datang menjenguknya di lokasi bagi memberikan semangat. “Ada orang datang set kita la. Sepanjang kami couple dan selepas hidup bersama, isteri saya tak pernah datang tengok saya shooting sebab kami berdua segan.

Isteri saya cakap dia selesa datang set Adrian Teh walaupun dia tak nak berlakon dalam cerita ini.

“Tetapi set shooting Paskal adalah set kali pertama Hanis datang tengok saya berlakon sebab saya cakap, saya bangga buat cerita ni. Kali kedua dia datang set filem Wira dan buat kejutan sebab masa itu birthday saya. Kali ketiga di set filem Pasal Kau… masa itu saya tembam. Semalam dia datang di set Ada Hantu! Saya sebagai pengarah,” kata Hairul.

Aktor berusia 32 tahun itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik beberapa foto kehadiran Hanis di setiap lokasi penggambarannya di laman Instagram miliknya.

Hanis lebih selesa datang ke set penggambaran penerbit Adrian Teh.

Rata-rata warganet di ruang komen perkongsian tersebut memuji kemesraan pasangan tersebut dan menjadi mereka berdua sebagai idola mereka. Dalam pada itu, Hairul memberitahu Hanis yang pernah menceburi bidang lakonan sebelum ini lebih selesa untuk datang ke lokasi penggambaran penerbit dan pengarah Adrian Teh walaupun menolak untuk berlakon dalam filem tersebut.

“Isteri saya cakap dia selesa datang set Adrian Teh walaupun dia tak nak berlakon dalam cerita ini. Puas saya pujuk… terima kasih susah-susah datang sejauh ini. Sayang awak,” ujarnya. Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha, 30 pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3 dan Alisa Aisyah yang kini berusia setahun.

Maid Hanis Zalikha Ingin Pulang Ke Filipina. Warganet Turut Sebak Dan Terharu Apabila Yusuf Kata Sesuatu Ini.

Keluarga pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha sememangnya menjadi tumpuan warganet. Hal ini kerana mereka berdua tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial buat tatapan peminat. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran sepasang cahaya mata comel iaitu Yusuf Iskandar dan juga Alisa Aisyah yang penuh keletah dan kerap menghiburkan warganet di Instagram.

Pembantu mahu pulang

Namun begitu, Hairul Azreen telah memuat naik satu momen sedih di Instagramnya semalam apabila pembantu rumah yang sudah berkhidmat lama dengan mereka akan pulang ke Filipina. Dalam video tersebut, jelas sekali isteri dan anak-anaknya saling berpelukkan kerana begitu menyayangi pembantu mereka.

Yusuf ucap terima kasih

Paling mencuri tumpuan sudah tentu kata-kata ringkas Yusuf yang begitu sopan apabila mengucapkan terima kasih kepada pembantunya yang dikenali sebagai Melany.

Hanis tak dapat kawal sebak

Selain itu, ketika Hanis Zalikha memeluk Melany, dapat dirasakan betapa sedihnya dia melepaskan  pergi seorang pembantu yang sangat berjasa buat keluarga mereka.

Nak nangis sama bila tengok video ni

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet akui sebak melihat momen perpisahan keluarga selebriti tersebut dengan pembantunya yang pulang ke Filipina. Mereka juga sempat memuji Yusuf Iskandar yang pandai menenangkan keadaan apabila melihat ibu dan Melany sedang menangis.

Dapat pembantu yang baik memang best

Dah lama bekerja dengan family mesti ada rasa sedih

Tak tahu pape pun boleh sebak tengok

Sumber : Hairul Azreen

Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Pernah Digelar ID. Hanya Sebabkan Ini Pereka Dalaman Itu Tegur Hanis.

Baru-baru ini viral apabila Hanis Zalikha memuat naik foto sebuah rumah yang cantik berserta kapsyen seolah-olah dia kini menjadi pereka dalaman rumah. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet termasuk rakan artis yang kagum dengan kreativiti Hanis yang sememangnya berbakat.

Walau bagaimanapun, tindakan beliau meletakkan mural pada siling di bilik mandi ditegur seorang pereka dalaman rumah. Menurutnya tindakan tersebut boleh membahayakan kesihatan memandangkan ianya tempat lembap yang boleh mengalakkan pembiakan bateria.

Hias bilik air

First two photos are photos from my current ID freelance project and i’ve known this site since i involved in designing its show unit back in 2012 kalau tak silap. So yes, rumah ni dah lama terbiar and tak terjual. Even worst, they didn’t make good on the existing finishes, just repaint exterior je. Story cut short, this celebrity shows off her “latest project” which is her new home at the same location with my site.

“What triggered my attention was the wallpaper she used on the toilet’s plaster ceiling. Sure, you have the money and you can decor your house as you pleased but please, if you not an expert jangan show bad example to your followers/fans and paling sadis they have no idea that thing can’t work on wet humid enclosed area, lepas tu they will influence people to follow ikut decor yang sama.”

Menurut pakar dalaman rumah ini, rumah yang dibeli oleh Haniz Zalikha merupakan projek yang pernah terlibat dengannya pada tahun 2012. Namun rumah tersebut dipasarkan kembali selepas tidak mendapat sambutan dan terbiar lama. Tambahnya lagi, walaupun dijual dengan harga mahal, pihak pemaju hanya menggunakan cat baru di luar namun didalamnya masih teruk.

Lebih terkilan apabila selebriti tersebut dikatakan membuat dekorasi di bilik air tanpa mencapai piawaian sebenar seperti yang telah ditetapkan. Perkara ini boleh memberi contoh tidak baik buat pengikutnya di laman Instagram.

Teguran dipadam

“I commented on her post. My intention was to educate and show clearer picture about Interior Design to her and her followers, but it got deleted. Periuk nasi ID tak terjejas pun, rezeki masing-masing kan dah tertulis sejak azali lagi. Just please, ID spent years and cried tears nak habiskan study lepas tu hadap client and kumpul experience bertahun-tahun, Still rasa segan nak mengaku diri sendiri bagus in ID. Kena attend exam and interviews to get that ‘IDr’ title. If she has passion in beautiful things or in ID sekali pun please attend intensive course so lepas ni you ada ilmu even nak design rumah sendiri. bukan cedok gambar Pinterest, panggil contractor suruh buat sebijik. tadaa cantik tak? *suara Eric Leong*. Ohhhh satu lagi, mullion kat glass window tu dia tukar kaler putih which is tak boleh tukar existing facade or exterior finishes (termaktub dalam strata law for this development area), nak settle permit and approval dengan management of this place pun dah makan berbulan, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. tapi dia boleh tukar tak sure how.

Dalam pada itu, pakar dalaman rumah ini turut terkilan apabila pasangan Hanis dan Hairul menggelar diri mereka sebagai ‘Interior Designer’ namun perkara tersebut dinafikan mereka. Akhir sekali, pereka dalaman ini menasihatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat dan perunding yang betul sebelum memulakan dekorasi rumah. Bimbang jika boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan keselamatan penghuni rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *