Anak Syahmi Sazli mendapat perhatian warganet setelah dia cuba buat kejutan buat bapanya. Lagi mengejutkan apabila ada seseorang tetamu istimewa yang akan hadir.

artis Kehidupan Keluarga

Pelakon dan pengarah, Syahmi Sazli berkongsi satu video memaparkan gelagat anak perempuannya yang memberi ‘kejutan’ kepadanya. Dalam video itu, pengarah filem Mael Totey The Movie itu terkejut apabila perabot di pejabatnya dipenuhi dengan contengan yang dilakukan anaknya, Ainul Mardhiah.Beberapa perabot termasuk sofa dan meja sudah dipenuhi hasil ‘seni’ anaknya dengan marker berwarna merah.Lebih memeningkan, apabila menurut Syahmi dia bakal menerima kehadiran tetamu penting dalam masa terdekat.

“Allah anak aku…abih nyo koghaa (conteng) sofa meja office.. tak hilang, marker permanent. Dahlah pengerusi Finas nak mari office minggu ni,” katanya.Bukan setakat perabot, bahkan wajah anaknya bakal menginjak usia dua tahun itu juga turut dipenuhi dengan contengan marker.”Siapa tahu macam mana nak tanggalkan. Dekat muka pun tak tanggal ni,” tanya Syahmi kepada pengikutnya di Instagram.Tidak lama kemudian, Syahmi dilihat bertindak cuba menghilangkan kesan contengan tersebut menggunakan pelbagai bahan semburan.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila contengan tersebut masih meninggalkan kesan.Begitupun, apa yang mencuri tumpuan, Syahmi kemudian menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menanggalkan kesan kotoran tersebut.”Pakai sabun pinggan juga yang berkesan. Guna wax untuk kereta ni pun tak boleh hilangkan.”Terima kasihlah, lakulah (sabun pinggan) lepas ni,” ngomelnya dalam Insta Story.

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat anak kecilnya itu.”Ainul tengah explore tu. Dia jadi kreatif. Nanti beli baru dan bagi dia kertas banyak-banyak.”Muka Ainul senyum tak puas lagi buat corak di kerusi.”Bila sel-sel otak dah berhubung, bijak-bijak,” komen sebahagian pengikutnya.

Rumah Rumah Di Pantai Timur Sudah Naik Air. Tular Apabila Syahmi Sazli Melakukan Sesuatu Ini Di Rumahnya.

Selebriti media sosial yang cukup terkenal dengan drama-drama pendeknya di YouTube, Syahmi Sazli, 25 merupakan anak jati kelahiran Kelantan. Walaupun sudah bergelar pengarah filem dengan kejayaan besar apabila filem pertama arahannya bertajuk Mael Totey ‘meledak’ di Astro First, Syahmi tetap memilih untuk tinggal di Kelantan dan membina rumah disana. Namun begitu, menerusi muat naik terkini YouTuber tersebut di Instagramnya, dia telah berkongsi satu gambar keadaan rumah yang digenangi air apabila berlaku banjir disana.

Steady minum teh o

Apa yang lucunya, gambar tersebut memperlihatkan Syahmi hanya tenang di beranda rumah sambil menikmati kopi o. Ramai yang meninggalkan komen diruangan Instagramnya dengan serba salah untuk berasa simpati ataupun ketawa melihat kondisi pengarah filem itu.

Siap ada ketam sesat

Apa yang lebih kelakar, terdapat anak ketam yang sesat berjaya ditangkap berkemungkinan dihanyut air banjir dari pantai berhampiran rumah.

Ainul nak dapat adik la tu

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan anaknya, Ainul Mardhiah yang berusia setahun lebih ingin mempunyai adik selepas membaca kapsyen guraun yang ditinggalkan oleh Syahmi.

Banjir dah lepas buku lali

Menerusi IG story Syahmi dan isterinya, dapat dilihat air banjir sudah berada di atas buku lali kaki dan mereka sedang berusaha memindahkan barangan penting ke tempat yang lebih tinggi.

Semoga urusan dipermudahkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Syahmi dipermudahkan memandangan hujan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Musim tekujuh yang berlaku setiap hujung tahun nampaknya sudah menjengah ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan banjir di beberapa kawasan juga sudah dilaporkan.

Macam buat swimming pool

Syahmi Sazli Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Filemnya Dikatakan Tidak Mencapai Standard Sebenar. Syahmi Memberi Komen Soal Kata-Kata Pelakon Ellie Suriaty Omar Itu.

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara. Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkr1tik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya. Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.  Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan. Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju. Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif. Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube. Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya. Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah  memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga telah memecah rekod Astro First yang sebelum ini dipegang oleh filem Hantu Kak Limah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Terima Banyak Sangat Kritikan Daripada Warganet. Akhirnya Sampai Satu Tahap Tu Syahmi Syazli Lakukan Sesuatu Ini Sehingga Mengaitkan Dengan Tindakan Syamsul Yusof Mengenai Isu Yang Tular Baru Baru Ini.

Pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Syazli mengakui sering berdepan kritikan dan penilaian negatif segelintir warganet. Namun, bagi Syahmi, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas atau melayan komen negatif bagi sebaliknya mengaibaikannya. “Komen negatif itu banyak, terutamanya sekarang apabila filem saya mula ditayangkan. Semakin luar kerjaya, semakin besarlah kritikan.

“Saya takut saya down, jadi saya ambil sikap buat tak tahu. Skip saja! Sebab lagi ramai lagi yang menulis komen-komen positif. “Dunia sekarang tanpa sempadan kita tak boleh buat apa pun, mesti akan ada juga yang tidak senang dengan kita. Buat itu salah, buat ini salah. Jadi tak payah hiraukan,” katanya kepada Gempak sebentar tadi.

Tambah Syahmi, komen negatif muncul daripada sikap iri hati dan tidak senang melihat kejayaan individu lain. “Saya tak faham kenapa perlu menulis komen negatif. Mungkin mereka tak boleh tengok kejayaan orang lain dan memang asal daripada sifat iri hati. Tak boleh tengok orang lebih sikit.

“Apapun, saya suka dengan tindakan balas Syamsul Yusof apabila berdepan dengan warganet yang melampau. Terus ambil tindakan undang-undang! “Bagi saya, tak perlu balas. Nanti kita pula yang jadi sama level dengan mereka. Buat saja tak tahu. “Kita sukar nak bendung sebab media sosial itu percuma, keluarkan modal air liur je untuk menghukum dan menghna orang,” nasihat Syahmi lagi.

Sementara itu, Syahmi memanjatkan rasa syukur atas kejayaan filem pertamanya MTTM yang berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan. MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *