Tujuh barang ini seharusnya elak ditinggalkan di dalam kereta. Rupa rupanya ubat ubatan dan kaca mata antara 7 benda yang tidak patut tinggal di dalam kereta

tips

Kereta merupakan kenderaan utama yang penting bagi membolehkan seseorang itu bergerak. Tak dinafikan ada juga yang menyimpan barang-barang peribadi seperti kasut, buku, botol air dan banyak lagi. Pun begitu, ada sesetengah yang tidak perasan barang-barang yang diletakkan mempunyai kandungan yang bahaya jika ditinggalkan terlalu lama dalam kereta. Anda perlu tahu, tidak semua barang peribadi akan selamat jika disimpan di dalam kereta, lebih-lebih lagi jika kereta anda di bawah cuaca terik yang begitu panas.

Barang yang ditinggalkan di dalam kereta juga boleh mengncam nyawa sendiri dan juga nyawa penumpang. Hal ini kerana barang yang mengandungi kandungan rcun atau bahan kimia boleh meletus secara tiba-tiba dan menyebabkan anda kehilangan nyawa tersayang bahkan kehilangan kereta sendiri.Barang apa yang mengundang bahaya jika ditinggalkan di dalam kereta? Jom semak.

(1) Makanan dan Minuman.Sesetangah bekas makanan dan minuman tidak direka untuk tahan panas dan matahari. Suhu kereta yang diletakkan di kawasan panas boleh mencecah 70°C. Makanan atau minuman yang terkandung di dalam bekas plastik tersebut boleh tercemar.

Perpindahan bahan kimia daripada plastik kepada makanan atau minuman yang dibungkus boleh berlaku sekiranya penggunaan bahan plastik tersebut disalah guna. Pendedahan suhu yang tinggi terhadap plastik boleh menyebabkan bahan kimia diserap ke bekas makanan atau minuman. Oleh itu, jika anda terus makan atau minum di dalam bekas plastik yang disimpan di dalam kereta boleh menyebabkan pelbagai sakit seperti knsr. Elakkan terus makan atau minum makanan yang dibungkus dalam plastik walaupun ia belum dibuka.

(2) Ubat-ubatan.Kebanyakan ubat-ubatan yang didapati di klinik atau hospital perlu disimpan pada 24°C atau lebih rendah.  Ada juga ubat yang perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk bagi mengekalkan kandungan yang lebih baik. Selain itu, ubat-ubatan juga dapat tahan lama jika disimpan ke tempat yang lebih gelap berbanding disimpan ke tempat yang panas. Jadi kepada mereka yang gemar menyimpan sebarang jenis ubat ke dalam dashboard kereta, hentikan tabiat ini. Perhatikan arahan pada ubat tersebut “Sila simpan ubat ini mengikut suhu yang ditetapkan atau pada suhu bilik.” Arahan tersebut jelas menunjukkan ubat yang disimpan di dalam kereta setelah terkena cuaca panas akan memudaratkan kesihatan kita.

(3) Tin aer0sol.Sebarang tin pewangi, tin serangga atau tin yang mengandungi bahan kimia yang tinggi sangat berbahaya jika ditinggalkan di dalam kereta lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas. Tin-tin tersebut mengandungi udara yang dimampatkan dan mempunyai tekanan yang tinggi. Apabila tin-tin tersebut ditinggalkan dalam keadaan cuaca panas, molekul udara dalam tin akan mengembang dan akan meningkatkan tekanan di dalamnya. Ini akan menyebabkan tin tersebut melet0p. Oleh itu, jangan simpan terlalu lama sebarang tin aeros0l di dalam kereta.

(4) Ubat gegat / racvn.Sebarang bahan bercun atau ubat gegat sangat dilrang disimpan di dalam kereta. Mungkin ada sesetengah mereka menyimpan barang tersebut untuk menghalau seranggga seperti lipas atau semut. Tetapi anda perlu tahu, semakin lama anda simpan bahan bercun atau ubat gegat di dalam kereta, kereta akan mudah meruap. Lebih-lebih lagi keadaan kereta yang panas, lagi cepat ia meruap. Bayangkan anda terus masuk ke dalam kereta dan menghidu udara yang dicemari rcun yang meruap tadi, pasti anda berasa sesak nafas dan menyebabkan kesihatan anda terjejas.

(5) Pemetik api.Kepada perkok-perkok di luar sana, anda mungkin mempunyai pemetik api lebih dari satu dan disimpan di dalam kereta supaya mudah untuk digunakan. Tahukan anda, pemetik api mudah meletp dan terbkar jika dibiarkan di dalam kereta dalam keadaan yang panas. Mungkin saiz dan bentuknya yang kecil membuatkan anda terfikir ianya tidak berbahaya. Oleh itu, elakkan menyimpan sebarang pemetik api di dalam kereta untuk mengelakkan letpan atau kbkrn.

(6) Kaca mata.Barang yang paling disukai ramai adalah menyimpan cermin mata di dalam kereta. Pernah tak anda perasan kaca mata  yang ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan cuaca yang panas, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda akan mengalami perubahan bentuk selepas beberapa penggunaan. Hal ini kerana suhu yang begitu panas akan melembutkan bingkai kaca mata yang diperbuat sama ada daripada plastik, nelon ataupun asetat. Kesannya nanti kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.

(7) Alat elektronik / powerbank.Mereka yang sibuk dengan urusan kerja kadangkala tertinggal alat elektronik atau powerbank di dalam kereta. Walaupun alat tersebut nampak seperti tidak memberi kesan apa-apa, namun jika dibiarkan lama di dalam kereta akan menyebakan kerosakan. Misalnya telefon bimbit yang diletakkan di dalam keadaan cuaca yang panas akan merosakkan fungsi dalaman alat tersebut lebih-lebih lagi pada bateri. Begitu juga dengan powerbank, ia tidak boleh diletakkan di kawasan yang bersuhu tinggi seperti di dalam kereta kerana ia berisiko tinggi untuk power bank boleh meltup.

Ada Yang Bangga Hilang 50 Kg Dalam Masa 3 Bulan. Pakar Diet Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Diet Yang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ada Keburukannya

Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!

Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….Boleh rosakkan jantung!

Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur. Turun berat tapi tambah sakit lain, untuk apa?”Kata Jazeera, cara dietyang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).

Kesannya, salur darh akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.Jantung susah nak pump darah, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”

Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.

This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mntal health, physical health terjaga.”Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.Remember this.

Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darah dan ujian penanda jantung (cardiac marker).

Terkini Dr Zubaidi Ahmad Bongkarkan Punca Penularan Pandemik Covid 19 Yang Melibatkan Kehidupan Seharian Masyarakat Kini Dan Ini Tips Yang Dikongsikan

SHAH ALAM – Cara hidup dan pemakanan masyarakat hari ini menjadi punca berlakunya penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kata pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad. Menurut beliau, sikap sambil lewa orang ramai dalam hal itu memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling.

“Masyarakat hari ini melakukan perubahan kelakuan apabila sudah ramai mula membela haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya dibela seperti biawak, ular dan sebagainya yang dikhuatiri mempunyai kuman yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita. “Begitu juga dengan pemakanan di mana ada dalam kalangan masyarakat mencuba makanan eksotik sedangkan kita tahu ada dalam kalangan haiwan ini berisiko kepada kesihatan.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya wabak Covid-19 boleh menular di seluruh negara dan sehingga kini belum ada vaksin ditemui untuk menyembuhkan penyakit itu,” katanya di sini semalam. Berikutan itu, Dr Zubaidi berkata, pemilihan makanan yang halal serta bernutrisi tinggi penting dalam kehidupan seharian.

“Dalam Islam sendiri kita sememangnya perlu memakan makanan halal selain mempunyai nutrisi yang tinggi. Kita juga perlu memilih makan yang tidak berlebihan iaitu makanan yang memberi tenaga dan merawat tubuh kita. “Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan dalam amalan seharian kita. Kita sudah terapkan perkara itu melalui wuduk. Lima kali sehari kita membasuh tangan ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardu. Selain itu kita turut digalakkan berpuasa dan tidur yang mencukupi bagi meningkatkan daya ketahanan.

“Amalan spiritual seperti bersedekah juga perlu diamalkan. Ada kajian membuktikan manusia yang mengamalkan aktiviti spiritual itu, kadar kesembuhan penyakit lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkan amalan itu. Malah sebagai orang Islam, kita perlu meletakkan kebergantungan kita kepada ALLAH SWT agar sentiasa dilindungi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) berkata, kawalan pergerakan penduduk di zon merah kes positif Covid-19 perlu diperketatkan bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan lain. Ujar beliau, total lockdown atau perintah berkvrung lebih praktikal supaya pihak keselamatan dapat fokus kepada sesuatu kawasan dan penugasan pengawalan yang lebih spesifik.

“Ini adalah pandangan peribadi saya apabila ada jangkitan penyakit berlaku di zon merah, kerajaan perlu perketatkan lagi langkah-langkah keselamatan. Tidak ada aktiviti keluar masuk dibenarkan di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.- SINARHARIAN

Terkini Dr Noor Hisham minta semua orang duduk di rumah dalam satu tempoh ini jika tidak mahu sesuatu ini terjadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan. “Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya. Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. “Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya. Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *