Terharu hinggakan berlaku babak menangis teresak esak. Pasangan muda ini mahu segera halalkan hubungan selepas menjalinkan hubungan istimewa selama empat tahun

Viral

Perkongsian mengenai kejutan gajet itu menerima perhatian ramai di media sosial.SETIAP kali tarikh ulang tahun kelahiran, pasti ada kejutan buat kekasihnya, namun kali ini berbeza kerana terlalu terharu hinggakan berlaku babak menangis teresak-esak.Menerusi video yang tular di media sosial, seorang usahawan muda merakam saat-saat dia memberi hadiah istimewa kepada pasangannya telah meraih perhatian ramai.

Wajah pasangannya yang bersahaja itu bertukar ceria sebelum mengalirkan air mata tanda terkejut dan terharu dengan kejutan itu.”Mungin saya bukan cinta pertama awak, tetapi kita dah janji insyaAllah cinta kita sampai ke hujung nyawa.

“Setiap apa yang jadi, kita jadikan pengajaran, awak banyak ajar saya erti cinta, erti kasih sayang, banyak mengalah dengan saya, tetap jadi orang pertama sokong saya.”Dulu awak pernah minta izin awak nak beli secondhand punya, tetapi saya terpaksa cakap tak sebab masa tu zero, tengah susah payah kumpul duit, jadi sekarang saya hadiahkan untuk awak ni sebab awak memang nak sangat,” tulis wanita berusia 20 tahun itu di kapsyen video tersebut.

Paparan skrin video tular itu.Usahawan muda berkenaan, Nur Afifah Sa’adin berkata, pasangannya, Muhamad Ariff Daniel Abdul Syahid yang seusia dengannya sudah lama idamkan iPad dan pernah berhasrat untuk membeli yang terpakai suatu ketika dulu.

“Dah lama sangat dia nak iPad tu, tetapi saya tak bagi beli sebab ada benda yang lebih penting untuk guna duit pada ketika itu.”Saya boleh katakan dialah tulang belakang saya dimana dia sentiasa menyokong dan membantu saya selama ini.”Dengar macam terlalu muda untuk lalui detik sukar bersama, tetapi sejujurnya Allah sahaja tahu betapa susahnya kami usaha kerja untuk sampai ke tahap ini.

“Bagi saya tak rugi pun saya hadiahkan kepada seseorang yang sangat menjaga dan menghargai saya,” ujarnya yang mesra disapa Fifa.Rata-rata warganet tinggalkan komen-komen yang positif dan mengharapkan pasangan ini segera mendirikan rumah tangga.”Sebak tengok video ini, semoga korang bahagia sampai bila-bila.

“Kepada anda berdua, Kahwin lah. Rezeki orang berkahwin ni berlipat ganda In Sha Allah,” tulis warganet. Bagaimanapun, Fifa mendedahkan walaupun mereka masih muda tetapi sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.Jelasnya lagi, mereka dalam usaha melakukan segala persiapan rapi menjelang majlis perkhawinan yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

“Kami sekarang tengah sibuk buat persediaan kahwin yang tak sampai beberapa bulan lagi.”Patutnya majlis kami berlangsung sebelum ini lagi, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kami tunda ke tahun depan,” jelasnya.Fifa turut mendedahkan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama empat tahun.

Meskipun, ramai yang tidak setuju dengan hubungan mereka kerana merasakan Fifa layak menerima lelaki yang jauh lebih baik dan berharta, namun wanita ini tetap teguh dengan pendiriannya kerana dia berasa duit tidak menjamin kebahagiaan malah hati yang ikhlas lebih penting dari segalanya.

Dedah Fifa, Muhamad Ariff sudah lama idamkan iPad dan pernah berhasrat untuk membeli yang terpakai suatu ketika dulu.Kongsi Fifa lagi, keakraban mereka sememangnya diketahui keluarga dan walau apa juga tanggapan ramai dia tetap setia dengan pasangannya itu kerana sikapnya begitu menyenangkan.

Tidak dinafikan sepanjang perkenalan mereka berdua ini, banyak yang dilalui bersama, namun situasi sukar itulah yang mengukuhkan lagi hubungan mereka hingga sekarang.”Kalau perasan, saya memang tak ada tunjuk kawan-kawan saya di sosial media sebab masa susah belum tentu kawan ada.

“Sejujurnya, selain dari keluarga, Ayip sahaja yang tahu susah senang saya. Kami pernah alami tak cukup duit. Duit paid review yang kami buat cukup duit tol dan minyak saja sebelum ini. Selebihnya penat sahaja.”Dulu kalau nak keluar dating pun, Ayip tak ada duit langsung. Sampai kena pinjam duit dengan adik dia untuk keluar. Alhamdulillah berkat sabar. Rezeki kami luas sekarang.”Hidup saya dengan Ayip, pergi kerja sekali nak pergi mana pun sekali. Kami dah terbiasa macam tu,” ujarnya.

Baru 6 Tahun Dah Beli Cincin Emas Buat Ibu Yang Tersayang. Mengejutkan Sekali Anak Kecil Ini Sanggup Ambil Duit Tabungan Untuk Beri Ibunya Hadiah Beratus Ringgit

Untuk menghargai jasa ibu bapa yang berpenat lelah membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kita, anak-anak kebiasaannya akan menghadiahkan ‘sesuatu’ yang dianggap sebagai hadiah istimewa kepada orang tua mereka apabila mereka sudah dewasa dan bekerjaya.

Baru 6 tahun, beli cincin emas untuk ibu.Namun, siapa sangka, di usia 6 tahun kanak-kanak dari Kota Kinabalu, Sabah ini sudah pandai menghargai jasa ibu bapanya apabila dia telah menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas!Tular di media sosial baru-baru ini apabila ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun ini telah memuat naik satu posting di laman Facebooknya @Sumarnie Edison mendedahkan bahawa anaknya itu telah membelikannya sebentuk cincin emas.

Menurut wanita itu, anaknya yang dikenali sebagai Afiq itu sebelum ini mempunyai duit tabungan hasil daripada hadiah sewaktu hari jadinya yang lepas.Afiq telah keluar bersama bapa dan abangnya untuk memotong rambut dan perasan sebuah kedai emas yang terletak berhadapan dengan kedai gunting rambut tersebut.Si anak terus meminta ayahnya untuk singgah ke kedai emas itu dan memberitahu bahawa dia mahu membelikan hadiah untuk ibunya.

Beli cincin emas harga RM260, guna duit hari jadi.Dengan menggunakan berpuluh-puluh kepil duit RM5 yang diterimanya semasa hari jadinya yang lepas, Afiq telah membelikan ibunya sebentuk cincin emas yang berharga RM260!

Wow, min umur 6 tahun, seringgit pun belum tentu ada. Suami wanita itu terus sahaja memaklumkan hasrat anaknya itu kepadanya melalui aplikasi WhatsApp. Suaminya itu juga turut memberitahu supaya dia berpura-pura tidak tahu mengenai hadiah tersebut sewaktu mereka pulang ke rumah nanti.

Tambahnya lagi, bajet mereka adalah di bawah RM300 dan anaknya telah memilih sebentuk cincin emas yang berharga RM260. Menurutnya, si suami juga membantu untuk membayar sebanyak RM70 untuk membeli cincin emas tersebut.

Pada awalnya, dia menyangkakan anaknya itu hanya bergurau. Namun, setelah suaminya menghantar gambar anaknya yang sedang ‘tekun’ memilih cincin emas untuk diberikan kepadanya, wanita itu berasa terharu dengan gelagat ‘sweet’ anaknya itu.Mummy terharu dan bangga sama awak Afiq!

Perkongsian wanita ini di laman Facebooknya berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kanak-kanak ini yang pandai menghargai ibu bapa walaupun usia masih setahun jagung.“Alahai sweet anaknya” – warganet

Sepasang Suami Isteri Tak Makan Nasi Selama Seminggu. Mereka Sanggup Buat Sesuatu Ini Untuk Membeli Barang Dapur.

Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang memikul pasangan suami isteri ini apabila mereka terpaksa menjual televisyen semata-mata untuk membeli barangan keperluan dapur. Lebih menyayat hati apabila mengetahui mereka pernah tidak makan nasi hampir seminggu kerana kesempitan wang.

Hilang kerja, isteri OKU

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Mohd Nasir Din dan isterinya, Suhaida Mohd Ghazali menetap di kediaman mereka yang terletak di Kampung Teluk Teduri, Baling, Kedah.Namun, siapa sangka Nasir telah hilang pekerjaan di bengkel sejak dua bulan yang lalu selepas pergelangan tangan kirinya patah ketika memasang bumbung sebuah rumah.

“Isteri saya merupakan orang kurang upaya (OKU), mempunyai masalah pertuturan. Dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan. Kami pernah tidak makan nasi kira-kira seminggu kerana tidak mempunyai duit untuk membeli beras dan terpaksa tunggu isteri saya yang bekerja kilang mendapat gaji hujung bulan.” Katanya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Nasir mengakui mereka mengalami masalah kewangan dan disebabkan itu dia bernekad untuk menjual televisyen jenama Sharp yang berukuran 29 inci itu. Difahamkan, televisyen tersebut bukanlah dibeli sendiri oleh Nasir sebaliknya merupakan pemberian kakaknya. “Saya nak jual televisyen ini, harganya hanya RM100. Duit itu nanti bolehlah saya beli barangan keperluan dapur.”

Menurut sumber, untuk menambah duit lebih menampung keperluan harian, Nasir telah mengambil inisiatif untuk menjual kerepek dan ikan pekasam yang diambil daripada rakan-rakan kerja isterinya. Nasir mengakui memerlukan wang untuk memasang besi pada pergelangan tangannya. Sekiranya ingin menghulur sebarang bantuan boleh menghubungi mereka di talian 010-8018540.

Beli Televisyen Masa Ada Sale 11.11 Tahun Lepas. Lepas 9 Bulan Baru Perasan Barang Yang Dipesan Langsung Tak Sampai Rumah. Satu Hari Akhirnya Terbongkar Keberadaan Televisyen Tersebut

Seperti yang kita tahu 11.11 adalah antara sale yang dinanti-nantikan ramai orang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang suka beli barangan online. Tapi rupanya, ada yang masih tak dapat lagi barang yang dorang dah beli masa sale ni tahun lepas!Ceritanya, seorang wanita dari Daerah Panyu di Guangzhou, China telah membeli sebuah TV semasa sale 11.11 tahun lepas melalui platform dalam talian yang menggunakan perkhidmatan SF Express untuk menghantar produk.

Menurut Oriental Daily, ketia wanita yang dikenali sebagai Ms Li ini membeli TV tersebut, dia tak rushing pun nak guna sebab tu dia tak kisah sangat bila barang yang dia beli ni sampai lambat.Hinggakan, bila dah masuk Julai 2020, baru wanita ni teringat yang dia ada beli TV tapi barang masih tak sampai-sampai.

Wanita ini kemudiannya menelefon perkhidmatan pelanggan dan mendapat tahu TV yang dibelinya itu telah pun dihantar kepada orang lain namun alamat tersebut berada di Daerah Tianhe, jauh dari tempat tinggalnya.Selepas membuat semakan lanjut, Ms Li dapat tahu semasa proses pembelian tersebut, suaminya tersalah masuk nombor telefon orang lain dan syarikat penghantaran tu telah menghubungi pemilik nombor tersebut.

Pemilik nombor telefon itu mengatakan, ketika dia mendapat panggilan dia telah meminta syarikat tersebut untuk hantar barang itu ke pemilik yang sepatutnya tapi perkhidmatan kurier tersebut tetap menghubunginya dan mendesak lelaki ini untuk tanda-tangan barang tersebut.Kerana tak tahan diganggu, lelaki ini telah menukar alamat dan tanda tangan barangan tersebut di bawah nama suami Ms Li dan memberikan TV tersebut kepada rakannya.

Selepas dihubungi Ms Li, lelaki ini telah pun mengambil semula TV tersebut dari rakannya tapi wanita itu tak mahu menerima barang itu kerana mengganggap nilai TV tersebut dan tak sama dengan harga yang dia beli. Dah jadi barang secondhand lah…Ms Li menganggap, walaupun lelaki tersebut telah menolak barang tersebut sebelum ini, tapi lelaki itu tetap tandatangan resit jadi lelaki itu perlu bayar semula harga asal.

Peguam terlibat dalam kes ini mengatakan yang Ms Li dan suaminya turut bersalah kerana tersilap letak nombor telefon tapi ia tak bermakna lelaki yang tandatangan dan syarikat kurier tersebut tak bersalah.Ini kerana, menurut undang-undang, lelaki ini sepatutnya memulangkan TV tersebut kepada pembeli asal dan syarikat kurier sepatutnya lebih berhati-hati dan menyemak dulu maklumat sebelum hantar barang.So, next time kenalah ingat bila beli barang tu, at least takdelah sampai dah jadi barang secondhand baru nak teringat.

“Habis duit saya dia kerjakan” – Suami Sebak Bank Account Dari RM90 Jadi RM13.50 Lepas Isteri Shopping Sakan Sale 11.11

Baru-baru ni, sale kaw-kaw sempena tarikh 11.11 telah menarik perhatian ramai warganet termasuklah admin sendiri untuk membeli-belah di platform macam Shopee, Lazada, Shopback dan macam-macam lagi lah!Haa bukan senang kan nak dapat barangan dengan harga 50-90% lagi murah dari asal! Tapi kalau korang tengah sesak dari segi kewangan tu, admin rasa eloklah korang shopping berpada-pada sebab takut jadi macam si suami malng ni.

“Dalam bank saya ada RM90 kini hanya tinggal RM13.50” Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang suami meluahkan rasa hiba dan sebak di hatinya apabila isteri yang disayangi telah bershopping sakan sempena sale 11.11 menggunakan akaun banknya.

Lagi teruk, si suami ni tak tahu menahu isterinya guna akaun bank dia untuk bershopping tu sampai wang dalam bank yang ada RM90 terus jadi RM13.50! “Tak salah nak shopping tapi tengoklah kemampuan suami” Rata-rata warganet yang membaca posting ni kebanyakannya bersimpati dengan nasib si suami tu sebab kita manalah tahu kot-kot suaminya ini orang susah dan wang banyak tu je ada dalam akaun kan.

Sepatutnya si isteri kenalah bertimbang rasa dan bertanya dengan suami dulu kalau berkaitan bab duit ni. Mau tak stress baru awal bulan dah kering akaun jadi RM13.50!“Redo jela, bukan selalu… moga wang yang dibelanjakan oleh isteri tu, Allah taala akan gandakan rezeki” Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang berpendapat tak salah kalau takat nak spend RM80 je untuk isteri. Amaun tu tidaklah banyak mana dan Tuhan akan gantikan dengan rezeki yang lebih banyak dari sekarang. Hmmm…Apa-apapun admin doakan si suami tabah dalam hadapi dugaan ni. Kalau kita diletakkan kat tempat suami dia pun, mesti susah hati kan sebab duit dalam bank ada RM13.50 je. Lambat lagi nak dapat gaji ni. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *