Ibu siap kongsi gambar seekor kucing oren baka Scottish Fold yang harganya antara RM850 sehingga RM25000. Kurang 24 jam ini yang satu famili buat

kucing

Seorang ibu terkejut, sebak dan gembira menerima hadiah kucing sempena hari jadinya.HANYA kotak kadbod biasa, namun isi di dalamnya cukup membuatkan seorang ibu berlinangan air mata.Reaksi wanita itu pada awalnya begitu teruja, kemudian tidak mampu menahan sebaknya kerana kejutan yang tidak disangka-sangka.Suami kepada wanita berkenaan kemudian menenangkannya, yang begitu beremosi ketika menerima hadiah seekor kucing berwarna oren.

Drama air mata itu ditunjukkan menerusi satu klip video berdurasi 50 saat, yang dimuat naik oleh seorang gadis di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 16,000 kali.Kucing oren yang diberi nama Simba.Gadis berkenaan, Nurul Fatihah Abd Ghaffar berkata, kejutan itu dibuat sempena hari ulang tahun ke-57 ibunya, Hartini Hussin yang jatuh pada Ahad, 6 Disember lalu.

Namun katanya, sambutan dibuat oleh keluarga lebih awal pada Jumaat lalu, berikutan ibu bapanya mempunyai perancangan lain di Kuala Lumpur dari Sabtu hingga Isnin.”Sejak saya kecil lagi, keluarga memang bela kucing dan sebelum hari jadi ibu, dah ada dua ekor kucing di rumah.

“Kucing tu diberi oleh pemilik lain, bukannya dibeli. Semua kucing sebelum ini warna putih atau hitam, belum pernah ada kucing oren,” ujarnya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kepada mStar.Hartini (duduk) memegang Simba, sambil diperhatikan suaminya.

Kata Fatihah, ibunya membuat ‘kejutan’ menerusi satu mesej mengenai permintaan hadiah hari jadinya sehari sebelum sambutan yang dirancang.”Ibu tiba-tiba hantar mesej dalam grup WhatsApp famili bergurau teringin nak kucing warna oren. Ibu siap kongsi gambar seekor kucing oren baka Scottish Fold yang harganya antara RM850 sehingga RM25,000.

“Walaupun ibu sekadar bergurau, tapi kami adik-beradik termasuk ayah cuba untuk memenuhi permintaan tersebut sempena hari jadinya.”Isu yang timbul adalah mana nak cari kucing oren kurang dari 24 jam. Sama ada dah terjual atau tak jadi jual,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Kucing kacukan Parsi dan American Exotic Shorthair.Fatihah bagaimanapun berkata, mereka akhirnya berjaya menjumpai penjual kucing warna oren pada saat akhir dengan harga RM1,000 dan menyembunyikannya di bilik abang.

“Ibu memang tak sangka ada kejutan kucing oren atau orang selalu panggil ‘oyen’ sebab ibu hanya bergurau pasal hadiah hari jadi tu.”Walaupun ibu sekadar bergurau, tapi sebelum ni ibu selalu sebut-sebut nak oyen. Jadi kami sekeluarga nak gembirakan ibu dengan hadiahkan oyen,” katanya sambil menambah kucing oren itu adalah kacukan Parsi dan American Exotic Shorthair dan diberi nama Simba.

Fatihah (belakang, dua dari kanan) bersama keluarganya.Menurut Fatihah yang bekerja sebagai content writer, mereka sekeluarga memecah tradisi dengan membeli kucing sebagai hadiah hari jadi ibu.”Bila ibu menangis terkejut dapat Oyen, kami pun turut menangis. Syukur, rancangan menjadi… berjaya kejutkan ibu. Apa yang penting, melihat ibu gembira,” katanya.

Peralatan Rumah Bernilai Hampir RM10k. Dua Beradik Ini Rela Duduk Dalam Banjir Dan Selamatkan 32 Ekor Kucing Kesayangan Berbanding Peralatan Rumah

“Yang penting mereka selamat.”Pencinta haiwan acap kali menyebut ayat ini jika sesuatu berlaku yang memberi kesan kepada haiwan peliharaan mereka tak kiralah situasi sakit kerana sakit mahupun bncana alam .Namun, sebagaimana sanggupkah korang mengrbankan sesuatu demi mereka?

32 ekor kucing ATAU peralatan rumah bernilai hampir RM10K?32 ekor kucinglah jawapannya!Rumah dua beradik ini ditakdirkan menjadi antara 30 rumah di Bukit Kecil yang dilanda banjir kilat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun ekoran hujan lebat luar biasa dan fenomena air pasang.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam semalam, Azila Omar, 45, dan adiknya, Azmi, 38, bergegas pulang sebaik mengetahui rumah mereka dilanda banjir kerana terlampau risau dengan keselamatan 32 ekor kucing mereka.Katanya waktu itu, mereka sedang dalam perjalanan pulang dari pasaraya. Syukurlah kesemuanya ditemui selamat.

Comelnya kucing-kucing dia, banyak oyen! Setelah tiba, dua beradik berkenaan mencari di sekeliling rumah mengalihkan haiwan comel ini ke atas tempat yang lebih tinggi. Kosmo melaporkan semasa mereka tiba ada beberapa kucingnya yang berada dalam air.

Macam main kapal-kapal min tengok.95 peratus perkakasan rumah rosak.Kata Azila kepada sumber, disebabkan busy sangat tolong kucing, dorang sampai tak sempat nak selamatkan perabot dan perkakas elektrik dalam rumah.Nilai kerugian keseluruhannya lebih kurang RM10,000 tapi tak mengapa ujarnya.

Barang-barang itu boleh diganti jika ada rezeki lebih nanti, yang penting nyawa kucing-kucing kesayangan kami.”Mereka juga membuat keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana jika pindah ke sana mereka tak boleh bawa kesemua kucingnya itu.Oleh kerana itu, mereka rela tinggal di rumah yang dinaiki air. Mereka juga meyakini air akan surut tak lama lagi.Ya Allah comel-comel kucingnyaaaaaaaa. Apa pun min harap semuanya selamat.

Kucing Sering Kejutkan Pasangan Suami Isteri Ini Setiap Subuh Dan Siap Nak Berjemaah. Telatah Kucing Ini Terus Dapat Perhatian Ramai

Siapa saja yang tak cair bila melihat haiwan yang comel dan menghiburkan hati ini. Ada sahaja telatah mereka setiap hari yang membuatkan pemiliknya jatuh hati.Baru-baru ini, seekor kucing bernama Kiki menarik perhatian orang ramai apabila dirakam menarik sejadah mendekati tuannya yang ingin solat.

Bersama sehelai sejadah yang dibawa sendiri menggunakan mulutnya, Kiki melintasi sejadah tuannya seakan-akan ‘mahu berjemaah.’Video yang pada asalnya dikongsikan di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ni itu telah mendapat ratusan ribu tontonan dan tanda suka sejak dikongsi semula di pelbagai platform termasuk TikTok dan Twitter. Kiki juga telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagat ‘kucing soleh’ itu.

Kongsi pemiliknya, .Khairuddin, Kiki sering mengejutkan dia dan isterinya untuk bangun subuh setiap hari di samping mahu ‘berjemaah’ ketika waktu solat Maghrib dan Isyak.“Maghrib dengan Isyak je selalunya. Sebab masa tu je kami selalu solat bersama. Siang kerja. Mungkin dia tengok apa kita buat, tu dia ikut. Haha..“Dia hari-hari  kejut kami subuh. Sebelum azan subuh dah masuk bilik kejut suruh bangun. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat hidayah,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Aplikasi Meowtalk Dikhabarkan Boleh Menterjemah Bunyi Kucing. Ini Penjelasan Dari Pengeluar Aplikasi Tersebut Tentang Kenyataan Yang Dinyatakan Oleh Beliau

Aplikasi itu tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple’s App Store.KITA pastinya sering tertanya-tanya apakah maksud di sebalik setiap bunyi ‘meow’ oleh kucing kesayangan kita.Adakah mereka lapar, mahu bermanja ataupun membnci pemiliknya?

Terbaharu, pengeluar aplikasi Meowtalk mendakwa ia mampu menterjemah bunyi kucing.Menurut wakil syarikat pengeluar, aplikasi itu bakal membolehkan pemilik berkomunikasi dengan lebih mendalam dengan kucing mereka.Dalam aplikasi itu, ia memberi terjemahan kepada beberapa kenginan asas kucing dengan 13 ayat yang telah disediakan.Antaranya beri saya makan, saya marah dan biarkan saya berseorangan.Aplikasi itu tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple’s App Store. –

Dengan Berbekalkan Kotak TV Samsung. Rekaan Terbaru Ini Menarik Minat Buat Penggemar Kucing Dan Boleh Dijadikan Sumber Inspirasi Untuk Buat Rumah Kucing

Pencemaran alam berpunca daripada banyak faktor, salah satunya adalah sikap manusia yang tidak mengamalkan konsep kitar semula. Kebiasaannya, selepas membeli sesuatu barangan, kita akan buang kotak atau plastik balutan ke dalam tong sampah.Melihatkan isu ini, syarikat elektronik ternama Korea Selatan, Samsung tampil dengan rekaan terbaru kotak televisyen yang mesra alam dan mesra pengguna.

Dengan rekaan baru ini, pembeli boleh mengitar semula kotak televisyen dengan mengubahnya menjadi perabot seperti rumah kucing, rak buku dan meja kecil. Menarik dan unik!Untuk memudahkan pelanggan, kotak televisyen tersebut akan dicetak dengan garisan putus-putus untuk memudahkan proses pemotongan.

Malah, setiap kotak juga akan disertakan dengan arahan manual berkenaan cara untuk membina perabot DIY. Pengguna hanya perlu imbas kod QR pada kotak untuk mengakses arahan manual yang telah diberikan.

Menurut sumber, Samsung juga telah bekerjasama dengan Dezeen, sebuah majalah gaya hidup, dan akan memberi hadiah lumayan kepada pelanggan yang kreatif dalam mereka perabot menggunakan kotak mesra alam itu.Lebih mengujakan, pemenang berpeluang memenangi hadiah sejumlah $20,000 dan rekaan yang dipilih akan diletakkan dalam arahan manual pelanggan untuk tatapan pengguna lain.Idea ini dilihat sebagai sesuatu yang menarik dan merupakan satu langkah bijak untuk memelihara alam sekitar. Syabas Samsung!

Sanggup Sorok Kucing Peliharaan Dalam Laci Meja Kelas Ketika Belajar. Ini Cerita Di Sebalik Rakaman Klip Yang Tular Baru Baru Ini

Detik mulucukan apabila seekor kucing berusaha sedaya upaya agar tidak tertngkap setelah pemiliknya menyelinap dan membawanya bersama ke kelas di China.Rakaman klip tular itu menunjukkan seekor kucing Munchkin yang berusia satu tahun, jenis baka yang terkenal dengan kaki pendeknya, ‘diam-diam’ berbaring di dalam meja dan melihat sekeliling, nampaknya seperti cuba bersembunyi dari pensyarah.

“Ba Dun terus memeluk kaki saya dan kelihatan sangat sedih kerana dia mahu saya tinggal bersamanya,” kata Wen kepada MailOnline.
“Tetapi saya dah terlambat untuk ke kelas. Saya tidak mahu mengecewakannya sehingga saya terpaksa membawanya ke kelas,” tambahnya.

Berkat keterampilan rahsia Ba Dun, pensyarah tidak menyedari sesuatu yang aneh pada masa itu dan hanya mendapat tahu setelah rakaman klip tersebut menjadi tular.Momen melucukan itu telah mengumpulkan lebih dari 300 juta tontonan setelah Wen berkongsi video tersebut di Douyin, TikTok China pada hari Ahad.Seorang penonton berkata: “Ya Tuhan, adakah dia menyedari betapa comelnya dia?”Pengguna lain menjawab: ‘Lihatlah mata besar yang ingin tahu itu! Dia juga belajar dengan bersungguh-sungguh. ‘Sumber : Dailymail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *