Ada yang bayar dengan harga tinggi tapi dapat barang tak ori. Lelaki ini tampil dedahkan cara untuk kenalpasti sama ada perfume yang dijual ori atau tidak

tips

Siapa sahaja yang tak suka barang branded tapi dengan harga yang murah kan? Misalnya macam beli perfume, pasti kena  tengok mana-mana seller yang dijual secara online sebab biasanya mereka jual dengan harga yang agak murah berbanding di mall.

Tapi kena hati-hati juga, sebab kalau harga-harga yang murah tu biasanya fake tau, bayar dengan harga tinggi tapi dapat barang tiruan. Macam-macam agenda penjual yakinkan yang barang mereka itu asli.Jadi, bagi mengelakkan korang menjadi orang yang terkena atau mereka yang pernah dit1pu sebelum ini, lelaki yang arif dalam bab wangian, @AusMeshi ini akan berikan cara bagaimana nak kesan kalau seller itu jual fake perfume.

1. Harga Perfume Niche.Ok, biar min explain kat korang dulu apa itu Niche Perfume, mungkin ada yang tak tahu.Niche perfume ini adalah produk wangian yang dibuat oleh syarikat yang khusus untuk hasilkan wangian.Berbeza dengan jenama terkenal yang kita selalu dengar macam Gucci, Versace, Dior, Chanel. Itu semua orang akan panggil Designer Perfume’Fragrances, iaitu jenama fesyen yang diperluaskan produk mereka kepada wangian.

Malah, Celebrity Perfume/Fragrances pula biasanya produk wangian yang dihasilkan oleh selebriti, seperti Lady Gaga Fame oleh Lady Gaga ataupun Ariana Grande dan ramai lagi, biasanya mereka akan gunakan nama mereka.Kebanyakan harga Niche Perfume ini ribuan ringgit, paling murah pun RM400 keatas, jadi menurut pemuda ini, kalau penjual itu mengenakan harga yangg begitu murah, itu hanyalah tiruan.

“Perfume Niche yang berharga RIBUAN Ringgit tapi mereka boleh jual dengan harga RM 150-RM 250 sebotol atas alasan Perfume ni rosak sikit, box damage. Contoh seperti Aventus Creed.” Harga pasaran untuk wangian ini biasanya RM1,500

2. Harga Flat Rate.Bagi mereka yang minat dengan wangian, biasanya harga mampu milik bagi mereka adalah harga Desinger Perfume, ada yang murah dan ada juga yang mahal, pokok pangkalnya harga itu berbeza-beza mengikut harga pasaran yang ditetapkan.“Kesemua Perfume Designer yang mereka jual semuanya sama harga. RM 160 shj (lihat gambar). Dan semua Niche Perfume RM 250 shj ! Ada yang aku pernah jumpa dia tidak diskriminasi langsung… Niche ke Designer ke, semua sama harga, RM 200.”

3. Harga Combo.Kata pemuda ini lagi, kalau korang terjumpa orang jual dengan harga combo, itu memang tak boleh dipercayai. Contohnya seperti ini.“Harganya, 1 botol jadi RM 73. Dah tu modal beli perfume berapa? RM 50 ? Sekali lagi, kalau betul itu harganya, baik lah aku beli dari dema ni, buat apa aku beli kat Retail, mahei! Aku sanggup bayo RM 100 sebotol”Manakan tidak, kalau dah harga semurah itu pasti modal akan jauh lebih murah daripada harga yang mereka bagi. 

4. Penggunaan ayat yang terlalu nak meyakinkan pembeli.Kata pemuda ini lagi, kalau ternampak istilah-istilah sebegini dekat penjual yang kata produk jualan mereka itu asli, jangan lah beli :• Dubai,• Reject,• Gred AAA
• Defect,• Direct Kilang.“Larikan lah diri. Paling aku nak tekankan adalah ‘Factory Reject’ atau ‘Direct Kilang’. Betapa besonya hang ni sampai boleh deal direct dengan Kilang ?.”

5. Batch code.Mereka akan gunakan kaedah ini untuk meyakinkan bahawa barang jualan itu adalah tulin. Tetapi sebenarnya ia hanya digunakan untuk ketahui tarikh dikilang, tak semestinya ianya produk asli.Ini menarik dan bijak sebenarnya, Fake Seller menggunakan Batch Code sebagai penentu Perfume itu Ori atau tidak.

“Lepastu, mesti suruh check kat CheckFresh. Takde salah pun betul lah tu. Cuma nak ingatkan, Check Fresh ni Third Party ye, bukan nya agent ataupun orang yang directly involve dengan Brand. Gunakan BatchCode sebagai penentu ORI ke tak, pelik disitu.”

6. “No fussy buyer / No refund”.Ni paling famous, perkataan ini selalu digunakan oleh seorang penjual di Instagram. Bersepah Reseller dan Dropship dia aku tengok kat Instagram tu (Siapa yang tahu, tahu lah)“Rasanya kesemua Reseller under dia gunakan 2 ayat ni. Famous gila!”

Ramai Orang Sanggup Beli Reject Perfume. Penjual Minyak Wangi Ini Bongkarkan Sesuatu Tentang Reject Perfume Yang Tidak Diketahui Umum

Seperti yang kita maklum.produk minyak wangi yang berjenama jni harganya agak mahal di pasaran. Bagaimanapun,ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan memprdaya pelanggan untuk menyakinkan bahawa produk palsutirvan itu aladah tulen,dijual dengan sedikit murah kerana mereka mengatakan itu adalah barang reject bagi melariskan produk perniagaan mereka.

Ada yang lebih teruk lagi,ada juga pihak yang jual setanding dengan harga asal. Disebabkan itu,FB Zaccard pernha kongsikan bahawa Reject Perfume ni tak pernah wujud. Sebagai penjual minyak wangi berjenama tulen dan tahu selok belok dalam dunia perfume ni,Zaccard menjelaskan reject perfume ini tak pernah wujud.

Pasti kita akan dengar bahawa dkwaan mengatakan reject perfume ini adalahh produk tulen tetapi botol rosak dan berlaku sedikit masalah pada packaging mereka.Disebabkan itu, Zaccard memberi respon bahawa,..“Tidak pernah company-campany perfume ni dengan senang-senang melepaskan barang yang dah rosak di pasaran. Mereka sanggup hancurkan barang yang rosak dari di jual kepada pengguna, sebab mereka kena jaga standard jenama mereka sebab perniagaan perfume bukan satu perniagaan yang mudah dan kesannya mereka sendiri merosakkan jenama mereka sendiri.”

Tambahnya lagi istilah reject perfume ini hanya wujud di negara Malaysia sahaja dan bukan di negara-negara lain.“Dalam industri perfume persaingan jenama sangat sengit. Reject ni hanya di Malaysia sahaja, cuba research apakah reject perfume ni ada di negara-negara lain? US, Euro di mana ianya terkenal sebagai tempat pengeluaran perfume.

Malah minyak wangi berjenama yang dijual dengan harga yang mahal bukan lah sebab suka-suka pelanggan letak harga, tetapi kos untuk menghasilkan wangian itu sangat tinggi dan setiap jenama kos mereka berbeza-beza.Logik akal..Apakah anda yg berniaga sanggup menjual barang yang rosak kepada pelanggan anda? Adakah kilang kereta melepaskan kereta keluaran mereka yang kemk,calar ke pasaran?”

Jadi, Zaccard rumuskan bahawa dalam dunia perfume ini hanya wujud ORIGINAL & FAKE  sahaja dengan diputar belitkan istilah-istilah ‘penyedap rasa’Jadi kita sebagai pelanggan ini, kena lah hati-hati, seperti yang dikatakan ini produk tiruan mungkin menggunakan bahan-bahan yang dapat merbahayakan kita semua. Apa pun terserlah kepada pengguna.

Tips Dalam Memilih Minyak Wangi / Perfume Brand Yang Sesuai

Pernah anda membeli perfume sebelum ini?Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Ini ditambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka. 

Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:Kulit. Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau. Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan aroma. Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan musim. Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Note :Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.

TAHAP-TAHAP KATEGORI PERFUME DI PASARAN.Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan.  Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai.Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume iaitu:-

 1. PERFUME (PARFUM).Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.

2.  (EDP).Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyngat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT).Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. 

4. COLOGNE.Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Tips bagaimana memilih perfume yang sesuai :-Beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari -Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan u all.

Ketahui Bau Kegemaran Anda -Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut.Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.

Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan -Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.

Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih -Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.

Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi -Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

Pilih Minyak Wangi Pun Kena Ikut Personaliti? 3 Tips Ini Bantu Pilih Wangian Yang Sesuai

Mencari minyak wangi yang sesuai bersama aroma yang membuatkan orang sekeliling berasa selesa serta bersesuaian dengan personaliti seseorang itu adalah satu tugas yang agak sukar.

Apa perbezaan EDP dan EDT?

Soalan cliche yang selalu kita terima semasa ingin mencari minyak wangi adalah jenis kekuatan bau minyak wangi itu sendiri.  EDP atau EDT?Eau de parfum (EDP) mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi.  Minyak wangi dengan EDP mampu bertahan sehingga 5 jam.  Ketumpatan kandungan adalah daripada air dan alkohol yang dibenarkan.Eau de toilette (EDT) ini lebih ringan dan lebih banyak kandungan alkohol berbanding air.  EDT tak tahan lama dan biasanya digunakan untuk kegunaan seharian.

Yang mana satu pilihan hati?

Ingat! Wangian anda melambangkan personaliti yang dibawa Jangan beli hanya kerana jenama ataupun rekaan botol tapi anda perlu ambil kira adakah wangian tersebut benar-benar sesuai.  Jadi, bagaimanakah caranya?1. Go with your guts orang putih kata.  Maksudnya, kali pertama semburan terus jatuh cinta! Dalam masa yang sama bau tersebut mendatangkan persona sisi lain diri anda.  Mungkin dengan bauan tersebut anda berasa lebih yakin dan cantik bila memakainya.

2. Ujian kulit.  Minyak wangi akan memberikan impak aroma berbeza apabila disembur pada kulit.  Oleh itu, semasa proses pemilihan minyak wangi, uji sembur pada kulit dan bukan pada baju ya!

3. Mood wangian. Dalam proses pemilihan, anda harus mengambil kira aspek mood seperti iklim dan musim.  Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tak semestinya sesuai ketika musim panas.  Selain itu, pilih haruman mengikut situasi dan environment sekeliling.  Anda harus tahu, ada minyak wangi yang sesuai dipakai untuk aktiviti luar dan ada juga wangian yang tidak sesuai dipakai di pejabat mungkin atas faktor kepekatan dan kekuatan bau.

Tips Penting:Sapu/sembur minyak wangi ditempat bernadi/hangat pada badan.  Ini seperti di pergelangan tangan, leher, belakang lutut, dan pergelangan kaki.  Minyak wangi tersebut akan bersatu dengan peluh anda untuk menghasilkan bau yang lebih mesra.Jika minyak wangi anda disejat dengan cepat, campur beberapa titik pelembap bebas wangian dan terapkan ke seluruh badan.Sumber: Cosmopolitan UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *