Suami selalu beli baju kasut jam seluar untuk diri sendiri. Bila sampai masa birthday isteri dan isteri cuba kacau nak mintak sesuatu terus kata tak bayar bil lagi padahal tengah tengok lazada.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Assalamualaikum. Admin tolong up luahan hati dari insan bernama isteri. Assalamualaikum, saje nak meluah. Aku sorang istri. Ibu sorang anak berusia setahun. Seorang suri rumah.. Aku nak kerja tapi tak sampai hati nak bagi anak untuk orang jaga. Kecik lagi memang aku sayang sangat anak aku. Sapa tak sayang anak kan. Menjadi suri rumah bukan mudah walaupon anak baru satu.

Semua kerja dari A to Z aku buat. Tak harap suami Karna aku tau suami memang tak kan tolong pon. Pernah satu hari aku rasa teramat letih,
Bukan letih badan letih hati, tetiba rasa nak nangis sebak kat dada, Aku tak basuh kain, tak lipat kain, ku biar dapor bersepah, Tapi tak de orang buat kerja-kerja tu atau nak tolong buat.. semua menjadi lebih sukar Karna kerja semakin banyak akibat merajuk aku.Dan akhirnya aku sendiri yang kemas yang settle semua.

Suami aku baik,Hal dapor, rumah bil2 semua dia tanggung. Alhamdulillah, Bab makan aku tak pernah kebulur. Alhamdulillah selalu ada barang untuk masak. Aku tak fikir nak cari apa kat kedai. Sebab suami aku yang beli semua barang, Ya suami aku tak bagi duit untuk beli barang atau bayar ini itu.Semua dia yang settle. Aku cuma tau apa yg dia beli itu aku masak. Ye hanya bahan makanan je.. untuk aku, untuk aku tak ade. bila aku cakap nak ini itu nak makan ini itu. dengar tu ya, tapi tak akan di beli. Bukan nak benda mahal.. barang tak sampai rm5 pon tak akan beli bila itu permintaan untuk aku sendiri.. tapi bila aku minta bawang ke cili memang akan beli. Aku kadang pon ada keinginan nak makan sesuatu tapi apa daya.. hanya mampu pendam je la.

Suami aku. Bila ada duit lebih dia akan beli macam2 barang untuk dia. Kasut, jam, baju, seluar, untuk dia. Ya hanya untuk dia. bulan lepas birthday aku.Masa birthday aku tu aku cuba kacau dia tanya tak nak belikan hadiah ke sebab aku tau dia tengah berduit tapi dia jawab bil2 banyak tak bayar. Dalam masa sama dia melayan Lazada. (Sebab dia layan Lazada la aku berani kacau2 tanya ada nak beli hadiah tak) dia tak de niat sebiji zarah pon nak belikan aku hadiah walaupun pin tudung harga rm2.50 tapi dia boleh.

Beli baju dan kasut beli topi untuk diri sendiri..Bila aku minta cakap banyak bil belum di jelaskan. sedih. Kami menikah dah 3 thun.. dulu aku kerja kilang. Masa ngadung pon aku masih kerja. Dah sarat baru tak kerja.. 3kali raya bersama memang tak rasa dia beli baju untuk aku.
Raya tahun pertama aku beria beli sendiri ( yela baru kan nak tunjuk sedondon sangat aku kluar duit sendiri) Raya tahun kedua aku dah tak kerja.. berharap ada la baju raya di beli.. tapi tak de.. alasan baju tahun lepas muat lagiRaya tahun ke tiga. Raya dlm pkp. Bila aku tanya tak beli baju je.. dia jawab nak pegi mana time pkp(ok yg ni aku fhm) tp takat beli tudung rm10 pon tak de ke.

Dan Hidup aku hanya di dalam rumah. Kluar mungkin sebulan sekali itu pun kalau ada.. itu pun pergi teman suami cari barang dapur pergi Tesco je.. aku tak rasa pon jalan2 macam orang2 tiap hunjung minggu, aku tak rasa jalan2 petang roud2 kawasan.. hidup aku dari pagi ke malam hingga pagi lagi hanya di rumah.. di dalam rumah.Suami aku baik bukan kaki pukul.

Ye suami aku memang pikul 100% tanggungjawab.. tapi untuk aku untuk aku hanya makan percuma je.. lain2 tak de… Kadang aku fikir makan tu upah aku masak kot. Tapi.. aku ada niaga online walau tak banyak dapat kadang sebulan rm10 pon jadi la untuk aku sendiri.. untuk beli apa ku nak. Semoga rezeki halal ku luas seluas lautan.

Kahwin 2 Dan Tak Mampu Sara 19 Orang Anak . Bapa Ini Namakan Anak Terakhirnya Cukuplah Dan Habis Terbongkar Tentang Isteri Dia Sehinggakan Kisah Mereka Mendapat Perhatian Warganet

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, anak merupakan satu rezeki yang tak ternilai. Lebih ramai anak, lebih murah rezeki dalam keluarga.Namun begitu, agak sukar untuk menanggung keluarga apabila jumlah anak terlalu ramai melebihi jumlah pendapatan sehari-hari.Hal ini kerana, ibu bapa terpaksa mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang besar untuk memenuhi setiap keperluan dan kemahuan anak-anak baik dari segi pakaian, tempat tinggal, makanan dan pendidikan.

Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang bapa dari daerah Diyarbakir, Turki ini yang mempunyai bilangan anak seramai 19 orang!Ramainya!Menamakan anak bongsu sebagai ‘Cukuplah’.Menurut Daily Star, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zeher Gezer baru sahaja menimang cahaya mata yang ke-19.

Dia telah menamakan anak bongsunya itu sebagai ‘Yeter’ yang membawa maksud ‘Cukuplah’.Hal ini kerana dia tidak lagi mampu menyara anak-anaknya yang ramai ekoran daripada ketiadaan pekerjaan gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda Turki.

Mempunyai 2 isteri.Zeher Gezer juga dikatakan telah mempunyai dua orang isteri. Walaupun pada awalnya kedua-dua isterinya saling tidak bersefahaman, namun mereka akhirnya telah berbaik-baik dan bekerjasama dalam membantu untuk menguruskan rumah tangga.

Isteri pertama Zeher telah melahirkan seramai 10 orang anak. Manakala, isteri keduanya pula telah melahirkan 9 orang anak.Untuk pengetahuan, poligami di adalah Turki tidak dibenarkan. Namun, lelaki boleh mengahwini isteri keduanya secara sah menurut agama, tetapi tidak boleh didaftarkan perkahwinan tersebut secara sah.

Keluarga boleh hembuskan nafas terakhir kerana kebuluran.Menurut Zeher, disebabkab kesukaran mendapatkan pekerjaan akibat wabak Covid-19, dia tidak boleh menyara keluarganya.Antara dugaan terbaru yang terpaksa dihadapi oleh keluarga itu adalah enam orang anaknya terpaksa berhenti sekolah kerana kekurangan wang untuk menampung bayaran yuran.Dia turut mengatakan bahawa keseluruhan ahli keluarganya boleh pergi buat selamanya kerana kebuluran.

Meminta bantuan dari kerajaan.19 orang anaknya yang terpaksa berlapar disebabkan ketiadaan makanan menyebabkan Zeher terpaksa merayu bantuan daripada kerajaan tempatan untuk membantu keluarganya.Saya mengharap bantuan daripada kerajaan, Perdana Menteri dan Presiden. Kami memerlukan bantuan mereka untuk melindungi kami. Kami hidup dalam keadaan yang amat susah dan sekiranya tidak mendapatkan bantuan, kami semua boleh pergi buat selamanya akibat kebuluran. 

Walau bagaimanapun, kejadian ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan warganet di media sosial.Ada segelintir daripada mereka yang memberi komen negatif dengan mengaitkan masalah keluarga ini dengan isu perkauman disebabkan keluarga ini berketurunan Kurdish dan bukannya orang Turki.Apa-apa pun, doakan yang baik-baik semoga keluarga ini dimurahkan rezeki untuk terus menampung hidup.

Gula Gula Dan Coklat Bukan Penyebab Kanak Kanak Jadi Hiperaktif Tapi Benda Lain. Mengejutkan Dr Ahmad Samhan Awang Bongkarkan Mengenai Mitos Yang Sering Dipercayai Ibu Bapa Sekarang Dan Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.

PERLU diketahui bahawa ‘idea’ kanak-kanak akan menjadi hiperaktif selepas memakan benda manis seperti gula-gula dan coklat timbul berdasarkan pemerhatian ibu bapa dan ia tidak disahkan oleh mana-mana teori sains. Kata Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, ia berkemungkinan besar kerana kebanyakan makanan yang disediakan di majlis hari jadi seseorang adalah makanan manis dan anak-anak kelihatan terlebih aktif.

“Ibu bapa kena tahu, itu bukan disebabkan oleh gula tetapi ia disebabkan oleh keterujaan anak-anak anda,” katanya. Pada masa sama, Dr Samhan menegaskan gula tidak boleh dipersalahkan dalam semua situasi. Ia adalah MITOS! “Mana-mana gula yang diambil oleh kanak-kanak akan digunakan oleh sel-sel badan sebagai sumber tenaga. “Ia akan disimpan sebagai lemak badan bukannya sebagai modal untuk menjadikan mereka hiperaktif,” jelasnya lagi.

Menurut Ketua Jabatan Perlakuan dan Perkembangan Kanak-Kanak di Pusat Sains Kesihatan Universiti Oklahoma, Dr Mark Wolraich, gula sama sekali tidak mempengaruhi corak tingkah laku kanak-kanak. “Jadi, jika anda ingin mengawal pengambilan gula anak-anak anda, pastikan anda lakukannya dengan tujuan yang betul. Jika tidak, anda akan kecewa dengan hasilnya,” pesan Dr Samhan.-Sinarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *