Semakin ramai orang berpusu pusu pulang ke kampung tanpa patuhi SOP. Sekali warganet bimbang kebebasan akan buatkan kes makin bertambah.

berita Covid 19 ISU SEMASA

Ramai nyatakan kebimbangan dan kegusaran mereka selepas Menteri Kanan Keselamatan mengumumkan kebenaran rentas negeri dan daerah di seluruh negara kecuali kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Malah selepas pengumuman itu, ramai yang dilihat merancang untuk balik kampung, tidak ketinggalan juga yang ingin pergi bercuti. Yang penting patuhi semua arahan dan sop kan?

Tapi part paling tak seronok bila semalam, negara mencatatkan kes harian tertinggi dalam sejarah apabila merekodkan 2,234 kes baharu! Disebabkan kes yang melonjak, malah kekal dengan 4 angka, ramai yang mula mempersoalkan tentang ‘kebebasan’ yang diberikan. Malah mereka juga khuatir jika ada pihak yang ‘mengambil kesempatan’ dengan kebebasan yang diberikan sekaligus menyukarkan usaha kerajaan dalam membendung pandemik C0vid-19.

So pandangan korang macam mana? Patut kah kembalikan semula PKPB dan Iarang rentas negeri serta daerah, atau korang ada pandangan lain.

Dr Noor Hisham Risau Akan Peningkatan Kes Akibat Perhimpunan Sosial. Sehinggakan Dia Muat Naik Status Pada Jam 4 Pagi Dan Berkata Begini.

Seperti tiada tanda-tanda untuk reda, kes COVID 19 di negara ini masih kekal empat angka setiap hari dan sudah pun mencecah lebih 10,000 kes terkumpul sehingga setakat ini. Segala usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini yang membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri serta menukar status beberapa negeri di Malaysia ini dari PKPB ke PKPP, nampaknya SOP yang ditetapkan makin longgar.

Sumber: Facebook

Hal tersebut membuatkan Ketua Pengarah Kesihatan kita, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah semakin bimbang dan tidak mampu tidur malam memikirkan kes yang semakin meningkat. Menerusi perkongsiannya di jam 4 pagi di Facebook, Dr Noor Hisham menyatakan kebimbangannya atas peningkatan kes dari kluster-kluster yang terbentuk daripada perhimpunan sosial.  Antara kluster yang terbentuk kerana perhimpunan sosial adalah seperti berikut:

  • Kluster Enggor, Perak & Kluster Indah Mas, WP Kuala Lumpur – bermula akibat perhimpunan keluarga dan seterusnya merebak ke komuniti.
  • Kluster Inai dan Jambul di Sabah – terjadi kerana majlis keraian.
  • Kluster Mentari libatkan Selangor, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur – upacara keagamaan membabitkan ahli keluarga dan kenalan dalam satu upacara kematian di Nilai

Menurut Dr Noor Hisham, penjarakan sosial memang sukar diamalkan di dalam tempat yang sesak dan sempit tapi kita perlulah mengambil iktibar daripada kes-kes yang berlaku supaya akur dengan nasihat yang diberikan. Ia bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti.

“Orang ramai diminta supaya mematuhi SOP dalam semua keadaan dan di semua tempat memandangkan aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa pematuhan akan meningkatkan risiko penularan Covid-19 kepada orang ramai. Adalah amat penting bagi kita sentiasa berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada mendapat jangkitan Covid-19,” katanya lagi. Rasanya dah berkali-kali Dr Noor Hisham cakap pasal hal ni kan… Tapi sikit je yang faham dan ambil nasihat DG kita ni. 

Dilaporkan 6 Kluster Baharu Untuk Hari Ini. Dr Noor Hisham Dedahkan 6 Kluster Tersebut Dan Punca Kluster Berikut Dikesan

PUTRAJAYA: Enam kluster baharu dikesan hari ini membabitkan dua kluster di Sabah dan masing-masing satu kluster di Johor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama di Sabah dikesan di daerah Tawau yang dinamakan sebagai Kluster Bot Biru hasil saringan individu bergejala yang kini sudah menjangkiti 17 individu.

Katanya, bagi kluster kedua, turut dikesan di Tawau yang dinamakan sebagai Kluster Blok31 hasil saringan individu bergejala dan sudah menjangkiti 13 kes.”Kluster ketiga, dikesan di Johor Bahru membabitkan syarikat logistik yang dinamakan sebagai Kluster Gemilang hasil saringan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan kini sudah menjangkiti 26 individu.

“Kluster seterusnya dinamakan sebagai Kluster Tapak Bina Sungai Udang yang dikesan di sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong, Kuala Lumpur hasil saringan di tempat kerja dan kini sudah menjangkiti 11 individu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Dr Noor Hisham berkata, kluster kelima, dikesan di Kota Bharu dan Machang di Kelantan yang dikenali sebagai Kluster Chengal hasil saringan pesakit SARI dan sudah menjangkiti 15 individu.

“Kluster keenam dikenali sebagai Kluster Damar Laut di daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang serta daerah Padang Terap di Kedah.”Lima kes positif pertama dalam kluster ini dikesan positif hasil saringan individu bergejala. Sehingga kini ia sudah menjangkiti 13 individu,” katanya.Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan enam kluster baharu itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini sebanyak 345 kluster.

Daripada jumlah itu, terdapat sebanyak 172 kluster diisytiharkan tamat termasuk dua kluster hari ini iaitu Kluster Tugison dan Kluster Seri Gaya.”Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 173 kluster.Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes.”Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Bakti (95 kes), Kluster Cergas (48 kes) dan Kluster Enggor (43 kes),” katanya.

Tular Di India. Suami Ini Sanggup Bohong Isteri Kononnya Terkena Virus COVID19. Lebih Mengejutkan Apabila Terbongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Kata Kata Suaminya Itu

Covid-19 memang menaktkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus tutupkan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa ke arah pemergian. Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi sasaran jnyh.

Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah lelaki itu menjadi tular di media tempatan.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *