Gadis ini kecewa apabila ada lelaki cuba ngorat hanya bawa kereta Bezza. Ini penjelasannya kenapa dia kecewa.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Zaman sekarang ni, kalau seseorang tu mampu miliki sebuah kereta pun dah kira beruntung. Tak kisahlah kereta apa sekali pun, baru ke second hand ke atau jenama apa sekali pun asalkan ada kenderaan nak ke mana-mana. Tapi, bagi sesetengah orang jenama kereta itu penting dan melambangkan status atau kekayaan seseorang. Seperti seorang wanita ini yang kecewa bila dapat tahu lelaki yang cuba mengorat dia drive Perodua Bezza.

Sumber: Gambar hiasan

“Kenapa drive Bezza?”Melalui satu laman confession, wanita tersebut berkata lelaki itu sangat bersungguh-sungguh untuk cuba mengenalinya tapi dia rasa kecewa dan skeptikal bila dapat tahu lelaki berkenaan pandu kereta Bezza. Menurut sebuah portal, berikut adalah terjemahan apa yang dikatakan wanita terbabit: Bezza itu adalah kereta kelas rendah, terang-terang ada banyak lagi pilihan (jenama kereta), kenapa mesti pandu Bezza? Tetapi saya tidak membencinya, ini hanyalah perspektif saya.” Orang muda selalu pilih Vios”

Menurut gadis itu lagi, lelaki tersebut pernah mempelawa untuk hantarnya pulang ke rumah dan dia bersetuju. Ketika dalam perjalanan pulang, dia sempat bertanya mengapa lelaki itu membeli Perodua Bezza, sedangkan kebanyakan orang muda akan lebih memilih kereta seperti Toyota Vios. Lelaki itu berkata dia tidak mempunyai bajet memandangkan dia baru saja mula bekerja dan perlu selesaikan bayaran hutang PTPTN terlebih dahulu. Wanita berkenaan turut berkata yang Bezza terlalu sempit untuknya dan dia tak dapat nak luruskan kaki bila duduk di dalam kereta itu.

Bila nak keluar dari kereta, kepala saya terhantuk sebab tinggi saya 170cm dan dia (lelaki itu) tidak henti-henti meminta maaf kepada saya. Kepala saya lebam dan rasa marah, saya taknak balas mesej dia. Tapi selepas itu, dia belikan saya hadiah.”

Wanita itu mengaku yang dia memang vain tapi sebenarnya dia suka jugalah dekat lelaki tersebut. Tapi katanya, kalau jadi teman wanita lelaki tu dia takut nanti dia ‘jatuh saham’ depan kawan-kawan sebab ex-boyfriend pakai Nissan, lelaki ini pula hanya pakai Bezza. Pada penghujung confession, wanita itu berkata dia berasa annoyed dengan situasi ini dan berkata yang dia dapat rasa lelaki itu nak confess tak lama lagi, jadi dia tak tahu nak buat apa nanti.

Kerana Terlalu Marah Lama Menunggu. Akhirnya Wanita Ini Mengambil Keputusan Ini Apabila Teman Lelakinya Tak Tunaikan Janji Untuk Berkahwin.

Gambar sekadar hiasan.

Seorang wanita di Zambia menyaman teman lelakinya kerana tidak mengotakan janji untuk mengahwininya. Seorang wanita dari Zambia menyaman teman lelakinya kerana tidak mengotakan janji untuk mengahwiniya meskipun mereka sudah lama berpacaran.

Gertrude Ngoma telah menjalin hubungan bersama Herbert Salaliki selama lapan tahun dan mendakwa lelaki itu telah berjanji untuk mengahwininya. Bagaimanapun Ngoma mendakwa Salaliki tidak mengotakan janjinya, di mana wanita itu kemudian ‘mengheret’ teman lelakinya ke mahkamah.

Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu mahkamah Zambia bahawa dia menganggap Salaliki tidak serius mengenai hubungan mereka, lapor Tuko. “Dia tidak pernah serius, itu sebabnya saya membawanya ke mahkamah kerana saya layak mengetahui rancangannya untuk masa depan kami,” kata Ngoma.

Pasangan ini mempunyai anak bersama dan Salaliki telah mengatur pembayaran mas kahwin sebagaimana tradisi komuniti mereka. Dalam kenyataannya ketika di mahkamah, Salaliki memberitahu dia tidak mempunyai wang tunai untuk melangsungkan majlis perkahwinan, selain mendakwa teman wanitanya itu tidak memberikan perhatian selayaknya.

Perkara berkenaan menjadi alasan mengapa dia masih belum mengahwini teman wanitanya, kata Salaliki. Oleh kerana pasangan itu masih belum berkahwin, mahkamah tidak dapat membuat pengadilan, sebaliknya hakim mengesyorkan mereka berdamai dan menyelesaikan masalah di luar mahkamah.

– Dailystar

Sanggup Bakal Suami Batalkan Kahwin 3 Minggu Sebelum Majlis. Wanita Ini Tabah Lakukan Photoshoot Seorang Diri.

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Kita sebagai hambaNya harus akur dan reda mendepani ujian tersebut. Seperti perkongsian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Lightviewsg di Facebook, menceritakan kisah sedih apabila pelanggannya (pengantin perempuan) tetap meneruskan photoshoot perkahwinan walaupun tanpa kehadiran suami di sisi. Kisah ini terjadi di Singapura. Tabahnya awak!

Wanita kuat!

Foto: Lightviewsg

” Ini merupakan pengalaman pertama bagi kami. Paling sedih bila pengantin perempuan datang cerita bahawa perkahwinannya terpaksa dibatalkan. Hal ini disebabkan, pengantin lelaki yang bertindak membatalkan majis tersebut, tiga minggu sebelum majis diadakan. Walaupun sedih dengan perkara tersebut, Shasha tetap kuat dan masih mahu melakukan weeding photoshoot walaupon berseorangan. #MungkinBukanHariIni. Menerusi status di Facebook, jurugambar itu menceritakan kisah yang agak sedih apabila pengantin lelaki secara tiba-tiba bertindak membatalkan majlis perkahwinannya. Perkara tersebut diputuskan tiga minggu sebelum majis itu berlangsung. Namun, pengantin perempuan tetap kuat menghadapi ‘dugaan’ tersebut dan melakukan photoshoot secara berseorangan.

Beri inspirasi

Foto: Lightviewsg

Menerusi laporan MustShareNews, tindakan Shasha dipuji ramai kerana berjaya mengatasi kekecewaan berikutan pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Kisah tersebut juga sepatutnya dijadikan inspirasi kepada wanita-wanita lain supaya tidak berputus asa dalam sesebuah perhubungan. Tambahan pula, Shasha dilihat sebagai seorang yang sangat positif kerana ‘kuat’ menghadapi ujian tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang akan bertindak membatalkan sesi photoshoot bersama jurugambar tersebut, namun tidak bagi Shasha.

Awak berhak orang yang lebih baik

Perkongsian tersebut telah dikongsi sebanyak 1.7k dan meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan supaya Shasha terus kuat dan dipertemukan jodoh yang jauh lebih baik daripada sebelum ini

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *