Wanita hamil 7 bulan ini kunjung untuk beli nasi lemak. Tapi tak sangka tiba tiba dia mendapat kejutan kedatangan seseorang yang amat diimpikan selama ini.

Amalan Dunia ISU SEMASA Kehidupan Keluarga

Sememangnya sesuatu yang tidak disangka apabila kunjungan ke sebuah gerai nasi lemak menjadi hari paling bertuah buat seorang wanita kerana ditakdirkan berpeluang bertemu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Lebih mengejutkan apabila Tengku Hasanal sendiri membuat ‘kerja separuh masa’ di gerai tersebut dan membungkuskan nasi lemak untuk pelanggan bertuah itu. Kenangan terindah itu sewaktu kunjungan baginda ke Kaki5, tumpuan peniaga trak makanan di Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di Kuantan, Pahang, petang Rabu.

Bercakap kepada mStar, pelanggan bertuah itu, Siti Aminah Abu Bakar berkata, ketika itu dia bersama suami dan anak-anak singgah ke trak makanan untuk membeli juadah makan malam.

Nasi lemak ayam goreng untuk hidangan makan malam.

“Waktu tu saya baru habis kerja. Saya ni memang suka sangat makan nasi lemak dan ketika itu mengidam nak makan nasi lemak. Saya sampai di gerai lemak tu terlebih dahulu sebelum Tuanku membuat kunjungan ke gerai sama untuk bantu peniaga layan pelanggan. Macam-macam perasaan. Rasa gembira, teruja sampai gementar tak terkata. Tak sangka Tengku Hassanal betul-betul depan mata,” kata wanita berusia 35 tahun itu kepada mStar.

Gelagat Kak Siti merakamkan Tengku Hassanal membantu peniaga nasi lemak. Foto ihsan Siti Aminah Abu Bakar

Lebih mesra disapa Kak Siti, ibu tiga anak itu berkata, dia sebenarnya sedang hamil tujuh bulan anak keempat dan dijadualkan bersalin pada Februari tahun depan. “Kali terakhir saya datang ke kawasan food truck tu adalah tahun lalu. Tiba-tiba saya ajak suami dan anak-anak untuk beli nasi lemak di situ. Memang mengidam nasi lemak, tu sebab datang. Tak tahu pula Tengku Hassanal juga akan ke situ. Siap belanja kami lima bungkus untuk anak-beranak, terima kasih banyak-banyak Tuanku,” katanya dengan nada teruja.

Di sebalik kejutan yang tidak disangka-sangka itu, anak kelahiran Kuantan itu juga sebenarnya pernah berkongsi luahannya ketika hamil yang berharap untuk bertemu Tengku Hassanal.

Suami Kak Siti (kiri) bersama dua daripada tiga anaknya merakamkan kenangan dengan Tengku Hassanal (kanan).

“Saya dan suami tiap-tiap hari ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, akan lalu dekat kawasan istana. Masa saya mengandung, saya pernah kata teringin sangat nak jumpa Tuanku. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab Tuanku seorang yang berjiwa rakyat dan comel. Sudahlah saya mengidam nasi lemak, hasrat semasa mengandung untuk bertemu Tuanku juga tertunai. Syukur alhamdulillah,” katanya yang memesan nasi lemak ayam goreng.

Pertemuan singkat selama 15 minit memang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila

Kak Siti yang merupakan pengurus di sebuah kedai aksesori kereta di Bandar Indera Mahkota, Kuantan menyifatkan Tengku Hassanal mesra rakyat dan begitu merendah diri.

“Pertemuan singkat selama 15 minit memang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. InsyaAllah jika diizinkan, tak sabar saya untuk ceritakan anak yang saya kandungkan ini mengenai pertemuan dengan Tuanku. Mak mengidam nasi lemak, tuanku tolong bungkuskan untuk mak di gerai,” katanya.

Siti Aminah Abu Bakar.

Pengalaman manis itu turut dirakamkan menerusi telefon bimbitnya selain video dari sudut lain turut dimuat naik di laman instagram Tengku Hassanal @this.7 pada Rabu malam.

“Kepada Tengku Hassanal, terima kasih di atas pengalaman yang cukup bermakna dan belanja kami sekeluarga. Semoga Tuanku sentiasa dimurahkan rezeki. Syukur ada rakaman momen ini dari pandangan mata saya sendiri. Tapi sungguh memang nervous dan speechless untuk bergambar bersama. Ada gambar saya dari arah belakang pun jadilah,” ujarnya secara berseloroh.

Kongsi Gambar Minum Air Kelapa Di Tepi Jalan. Ternyata Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Ramai Selepas Putera Mahkota Pahang Memuat Naik Gambar Baginda Dan Promosikan Gerai Air Kelapa Tersebut

Pepatah Melayu ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ benar-benar menggambarkan Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.

Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.Dalam satu entri di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.

“Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak,” tulis baginda pada gambar tersebut.Entri tersebut ternyata mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat negeri Pahang yang begitu bangga dengan baginda yang berjiwa rakyat dan mudah didekati.

Tengku Hassanal yang berusia 25 tahun ini telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.Kredit Gambar: Instagram Tengku Hassanal Shah

Tular Kisah Seorang Penunggang Wanita Yang Kehilangan Motosikalnya. Terbaru Dikhabarkan Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Motor Baru Kepada Akak Panda

Sebelum ini, kisah seorang penunggang wanita yang kehilangan motosikalnya ketika bekerja mendapat perhatian ramai. Motosikal miliknya dipercayai telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Giant Batu Caves dan paling menyedihkan apabila motosikal itu baru sahaja dibeli olehnya.

Terbaru, individu yang dikenali sebagai Nur Athirah, telah mendapat sebuah motosikal baharu menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang itu.Menerusi posting di Facebook Selangor Royal Office, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi Baginda berupa sebuah motosikal kepada Athirah. Motosikal tersebut diberikan oleh Baginda menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib Athirah.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.Sama-sama mendoakan.Di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini. Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Tidak berakhir di situ, baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Tengku Permaisuri Selangor dan berharap gadis tersebut menjaga motosikal tersebut dengan sebaik mungkin.Sumber: Selangor Royal Office

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen tak baik warganet Di Instagram

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial. Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai tak elok sesetengah warganet. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen buruk dari warganet yang di hantaran sebelumnya. ‘Apa masalah anda dengan saya’ Komen tersebut bukan sahaja tak sopan dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘si*l’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan warganet terbabit. Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata warganet kemudiannya yang melihat hantaran itu mengkritik perbuatan buruk itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu. Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. Sumber: TheVocket

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi. Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa berkata negatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial. Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kritikan namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah. Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata warganet berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam. Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. -TheVocket

Kerana warganet kurang sopan, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Sebagai rakyat biasa, adalah tidak mudah untuk kita dapat berinteraksi dengan keluarga DiRaja. Akan tetapi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi. Raja Permaisuri Agong yang sering menggunakan medium tersebut untuk berinteraksi bersama rakyat dan berkongsi saat-saat indah baginda sebagai Permaisuri Agong selalu meraih perhatian warganet di Twitter.

“when i found out our Permaisuri Agong had deactivated her account, i am really devastated and i know all of us will miss her cute, cheerful tweets so here is some tweets that i ss-ed and haven’t deleted yet. just in case some of you want to reminisce the glory of @cheminahsayang ” Akan tetapi, semalam kecoh di media sosial Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi dengan bangganya telah block akaun Twitter Permaisuri Agong. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong tindakan pengguna tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sopan. Setelah itu, rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut. “Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada JSJ Bukit Aman, semua punca komen dr awal, komen yg kurang enak sudah sy serahkan bukti serta account profile yg menulis.”

Kemudian, ada yang mencadangkan untuk block dan report akaun pengguna Twitter yang bersikap tidak sopan itu. Malah, ada juga yang telah membuat laporan polis untuk menangkap pengguna tersebut. Setelah kekecohan berlaku, warganet terkejut apabila akaun Twitter Permaisuri Agong tiada lagi kerana telah ditutup. Berikutan itu, warganet menzahirkan rasa sedih mereka dan berharap agar baginda akan membuka akaun Twitter semula.”Tuanku permaisuri agong is the one that cheered my twitter. She was like a caring mother who is trying to get closer to her children.”Tagged akak panda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *