Tular sebak apabila melihat sepasang warga emas ini. Pemuda terkenangkan mak ayah sampai sanggup patah balik bantu warga emas yang terkandas dan memilih untuk buat keputusan ini.

Amalan Dunia Kehidupan Uncategorized

Seorang pemuda berkongsi kisah hiba apabila terserempak dengan pasangan warga emas yang tersadai di tepi jalan kerana tayar kereta pecah. Susah kita susah lagi orang lain. Itulah yang dilalui seorang penyedia kandungan (content creator) apabila melihat pasangan yang berusia dalam lingkungan 60-an itu berdepan situasi tayar pecah hinggakan rim kereta mencecah ke jalan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Aqqiyudden Md Yahya, berkata ketika dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan atas urusan kerja, dia melihat sebuah kereta Kancil berdepan dengan masalah tayar pecah yang memerlukan pertolongan.

“Saya sedih tak terkata bila lihat pakcik dan makcik dalam keadaan begitu, lebih-lebih lagi saya membayangkan jika hal sama berlaku kepada mak dan ayah saya. Masa tu saya perlu ke Tanah Merah untuk menghadiri mesyuarat. Sebelum ini saya ada juga lihat kereta lain yang tayar pecah di tengah jalan, tetapi kali ini lain macam sikit, sehinggakan saya terpanggil untuk pusing balik dan beri pertolongan,” ujar pemuda berusia 30 tahun itu.

Lebih mesra disapa Que Yahya, dia berkata, sebelum itu, tidak ada satu kereta pun yang berhenti untuk memberi pertolongan kepada pakcik dan makcik ini.

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagram Que Yahya.

Sebaik sahaja dia tiba di situ, pemuda ini memperkenalkan diri dan menghulurkan pertolongan. “Jika dilihat dari video yang saya muat naik itu, apa yang dialami pakcik dan makcik ini sangat kesian. Saya niat nak tolong, saya terus kenalkan diri, takut pula pakcik dan makcik ini terkejut dengan kehadiran saya.

Saya terus bawa mereka ke kedai kereta berdekatan untuk tukar keempat-empat tayar walaupun satu yang pecah tetapi berdasarkan pemerhatian saya, semua tayar sudah teruk,” ujarnya.

Que Yahya membantu pasangan warga emas berkenaan menukar keempat-empat tayar kereta mereka.

Dalam pada itu, Que berkata, pakcik ini sememangnya ingin teruskan perjalanan dalam keadaan tayar begitu sehingga sampai ke rumahnya. Dek kerana terlalu susah dan berpendapatan kecil, pakcik itu berkata dia tidak mampu untuk menukar tayar tersebut. “Masa saya sampai di situ, pakcik tu kata dia ingin pulang ke rumahnya dengan memandu perlahan-lahan.

Saya sedih tak terkata bila lihat pakcik dan makcik dalam keadaan begitu, lebih-lebih lagi saya membayangkan jika hal sama berlaku kepada mak dan ayah saya.

“Mereka sebolehnya tidak mahu menyusahkan saya. Mulanya, pasangan itu hanya senyum ketika menolak pelawaan saya untuk membantu mereka. Kata Que lagi, dia tidak begitu tahu latar belakang pakcik dan makcik itu kerana takut jika banyak bertanya, dia pula yang akan mengalirkan air mata. Apa yang saya tahu, mereka bekerja menggaul simen sahaja dan masih mempunyai anak yang masih bersekolah. Bagaimanpun, Que berkata dia tidak mengharapkan video itu diviralkan kerana baginya cukup sekadar apa yang dilakukannya itu dapat dicontohi.

Wanita warga emas ini sebak kerana terharu di atas pertolongan Que Yahya.

“Saya rasa video itu tak perlu diviralkan, itu perkara biasa yang patut ada dalam diri semua orang apabila melihat orang susah. Ikutkan saya tak mahu muat naik video itu, tetapi apabila saya rasa sedikit terkilan bila melihat motor dan kereta sebelum saya sampai tak ada rasa simpati, sebab tu saya kongsi cerita pasangan itu,” ujarnya.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang banyak memberi komen-komen positif atas pertolongan yang dihulurkannya itu.

Wanita Beri Bantuan Pernafasan CPR Kepada Rakannya Yang Tak Sedarkan Diri Tapi Lain Pula Yang Terjadi Bila Rakannya Mula Sedar Dan Ada Kesan Di Dada

Cardio pulmonary resuscitation atau CPR sememangnya perlu dipelajari bukan setakat dalam golongan ahli perubatan, malah oleh orang awam juga.Ini kerana CPR ini penting untuk memudahkan kita memberikan bantuan pernafasan sementara sekiranya berlakunya kecemasan kepada individu di sekeliling.

Seperti kejadian yang berlaku di Taiwan baru-baru ini, wanita ini segera bertindak memberikan bantuan pernafasan CPR kepada rakan sekerjanya yang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba semasa di tempat kerja.Buat CPR 15 minit, selamatkan nyawa rakan.Menurut AsiaOne, wanita yang dikenali sebagai Chu ini dikatakan telah melakukan CPR selama 15 minit semasa dalam perjalanan untuk menghantar rakannya itu ke hospital sehinggakan dia kehabisan tenaga.

Saya lakukan tekanan pada dadanya sehingga kehabisan tenaga. Tetapi saya tetap terus melakukannya untuk menyelamatkan nyawanya.Tambahnya, dia telah menemani rakannya itu untuk dihantar ke hospital disebabkan dia mempunyai sijil yang sah untuk mengendalikan rawatan kecemasan.

Berkat kegigihannya menjalankan bantuan pernafasan itu, Chu akhirkan berjaya mengembalikan sistem pernafasan seterusnya menyelamtkan nyawa wanita itu.Kawan tak berterima kasih, persoalkan kesan lebm di dada

Namun apa yang mengejutkan, rakan wanita yang diselamatkannya itu sedikit pun tidak berterima kasih kepadanya gara-gara membantu menyelamatkan nyawanya.Sebaliknya wanita itu ada menghantar mesej kepadanya untuk mempersoalkan kepadanya kesan lebm yang terdapat pada dada dan lengannya seolah-olah untuk menyalahkan dirinya yang menjadi punca terjadinya kesan lebm itu.

Dalam mesej tersebut, rakannya turut menghantar foto kesan lebm yang terdapat pada dadanya berserta ayat, “Berapa banyak tenaga yang awak guna? Kesan lebm ni sangat besar”. Chu yang berasa bengang dengan nada seolah-olah menuduh dia menjadi punca kesan lebm tersebut telah membalas kembali dengan mempersoalkan tudhan tak berasas rakannya itu.

Awak nak salahkan saya sebab gunakan tenaga yang banyak semasa lakukan CPR? Tambah Chu, rakannya itu sepatutnya bernasib baik tidak mengalami kecederaan patah tulang rusuk gara-gara prosedur CPR tersebut.“Nyawa atau kesan lebm lebih penting?” – Chu

Bukan setakat itu, rakannya itu juga memberitahunya bahawa dia sebagai pesakit diabetes sememangnya berhak untuk berasa risau sekiranya lbam dan luka di bahagian dadanya itu akan dijangkiti oleh kuman sehingga menyebabkan anggota tubuh badannya terpaksa dipotong.Namun, Chu mempersoalkan alasan rakannya itu tidak munasabah kerana menurutnya, nyawa rakannya itu sepatutnya lebih penting berbanding kesan lebm yang dialaminya itu.

Rakan ugt nak fail saman.Seperti menambah minyak ke dalam bara api, rakannya itu juga turut mengugt untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atasnya.Awak tekan dada saya dengan kuat sedangkan saya ada masalah jantung. Saya boleh dapatkan doktor untuk buktikan awak cederakan saya sewaktu CPR. 

Bengang dengan tuduhan itu, Chu telah melepaskan geramnya dengan mendedahkan kejadian itu di Facebook miliknya baru-baru ini.Katanya, sekiranya rakannya itu benar-benar mahu memfailkan saman ke atasnya, dia berpendapat bahawa setiap orang di dalam negara perlu berhenti untuk mempelajari teknik rawat bantu mula gara-gara ada sesetengah individu yang tidak tahu bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

Postingnya itu berjaya mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan sikap tidak sedar diuntung rakannya itu.Kecederaan memang selalu berlaku waktu CPR.Terdapat juga warganet yang mempunyai pengalaman dalam rawatan kecemasan ini mendedahkan bahawa kecederaan seperti lebm atau tulang rusuk patah adalah satu kebiasaan yang berlaku gara-gara tekanan dada yang kuat dan pantas sewaktu menjalankan CPR.Macam pepatah Melayu, “Bagai melepaskan anjing yang tersepit”.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah

“Tak ikut SOP” – Ibu & Adik hembuskan nafas terakhir, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran

Dua disahkan sudaah tiada, seorang dalam keadaan t3nat dan 30 individu disahkan positif Covid-19 gara-gara sebuah majlis pernikahan yang berlangsung, lapor Jateng Suara.Menurut Ketua Pejabat Kementerian Agama Semarang, Muhdi Zamru majlis pernikahan pasangan itu tidak diadakan secara besar-besaran di masjid. Sebaliknya, ianya hanya majlis tertutup yang dihadiri tidak lebih daripada 10 orang seperti yang sudah ditetapkan protokol Covid-19.

Tidak di masjid, tapi di rumah pengantin. Memang rumahnya di belakang masjid.”Katanya majlis yang berlangsung pada 11 Jun lepas itu diadakan di rumah pengantin perempuan dan dua individu yang sudah tiada itu merupakan ibu dan adik pengantin tersebut manakala pesakit yang tenat pula adalah bapanya.Namun, kedua-dua individu dilaporkan tidak menghadiri acara pernikahan itu dan ianya telah dilangsungkan mengikut SOP yang ditetapkan untuk proses ijab kabul di Indonesia.

Penghulu kami sudah mematuhi aturan itu. Bahkan, menurut keterangannya ibu dan adik pengantin yang sudah tiada karena Covid-19 tidak hadir di prosesi ijab kabul itu.”Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi rupa-rupanya pihak keluarga telah mengadakan resepsi di masjid dan dihadiri tetamu yang melebihi 30 orang.

Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggung jawab kami. Kami hanya memastikan jika ijab kabul digelar sesuai protokol kesehatan.”Majlis resepsi itulah yang dikatakan tidak mengikut SOP pencegahan Covid-19 dan telah menyebabkan kluster baru yang menjangkiti 30 tetamu termasuklah 5 daripada 9 ahli kariah masjid.-lobakmerah

47 petugas KKM positif Covid-19 selepas hadir majlis kahwin [METROTV]

SERAMAI 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif koronavirus baharu (Covid-19), setakat 12 tengah hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.Beliau berkata, daripada jumlah itu, punca jangkitan bagi 47 kes berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri jemaah daripada perhimpunan tabligh.Katanya, lain-lain punca adalah disebabkan petugas kesihatan terbabit ada sejarah melawat ke luar negara dan daripada kontak keluarga yang positif Covid-19.

“Seramai 1,895 anggota kesihatan KKM menguruskan pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM sudah menjalani ujian pengesahan, yang mana 1,187 orang adalah negatif, manakala 708 lagi masih menunggu keputusan dan tiada yang dikesan positif,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.Dr Noor Hisham juga memohon semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) untuk memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terbabit secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri:-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *