Amira Othman dimasukkan ke hospital atas gara gara paha ototnya. Ini komen dari Dr Say Shazril di atas sakit yang dialami.

artis Dunia Kehidupan KESIHATAN Uncategorized

Akibat bersenam melebihi kemampuan dirinya, penyanyi Amira Othman terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital sejak Sabtu lalu selepas otot pahanya terkoyak dan mengalami sesuatu cecair. Kecederaan di bahagian otot pahanya itu berlaku selepas Amira pertama kali menyertai kelas senam berbasikal tertutup (indoor cycling) baru-baru ini. Pada awalnya, penyanyi itu menyangka rasa sakit pada pahanya adalah perkara biasa namun kesakitan itu bertambah teruk dan lebih menakutkan apabila air kencingnya bertukar warna kehitaman.

Dr Say Shazril menjelaskan seseorang itu perlu bersenam mengikut kemampuannya agar tidak berlaku sebarang kecederaan. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Dr Muhammad Shazril Sharuddin atau Dr Say Shazril menjelaskan kecederaan yang berlaku kepada Amira itu adalah normal malah ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sudah bersenam untuk tempoh lama. Dr Say Shazril menjelaskan dalam istilah perubatan, kecederaan Amira itu dikenali sebagai Rhabdomyolysis atau kerosakan otot.

“Jika sesiapa yang biasa bersenam sama ada jogging, berbasikal, latihan angkat berat memang akan ada kerosakan otot yang kecil yang mana otot yang cedera itu akan digantikan dengan sel-sel baru yang membuatkan otot anda menjadi lebih kuat. Bagaimanapun, apabila seseorang itu memaksa dirinya melebihi kapasiti seperti dalam kes Amira, akan berlaku kerosakan otot yang serius dan keadaan ini berbahaya disebabkan hasil pemecahan otot itu akan masuk ke saluran darah dan akan ditapis di hati dan buah pinggang,” jelasnya.

Tambah Dr Say Shazril, sekiranya terlampau banyak, ia mampu merosakkan organ-organ penting manusia ini. Dalam istilah perubatan, kecederaan Amira itu dikenali sebagai Rhabdomyolysis atau kerosakan otot. Sementara itu, Dr Say Shazril menjelaskan orang ramai tidak perlu bimbang sebaliknya perlu tahu tahap dan kemampuan diri ketika melakukan sesuatu gerakan senaman.

Rahsia ketika bersenam terutamanya bagi yang baharu berjinak-jinak katanya, adalah untuk melakukan sesuatu secara slow and steady. “Amira sendiri sedar yang dia terlebih push pada hari pertama berbasikal. Kuncinya di sini adalah slow and steady. Janganlah hari pertama anda bersenam terus masuk gear lima. “Mulakan dengan gear pertama… Apabila rasa badan semakin teguh, tegap dan stabil barulah masuk gear dua,” katanya. Dr Say Shazril turut berpesan mengamalkan gaya hidup sihat diibaratkan sebagai marathon dan bukannya berlumba dalam mencapai sesuatu matlamat.

Amira Othman Sanggup Tolak Job Nya. Dia Lebih Pentingkan Sesuatu Ini Daripada Job Nya Itu.

Penyanyi dan pelakon Amira Othman memaklumkan bahawa dia memilih untuk menjalani kuarantin kendiri biarpun bukanlah merupakan individu yang disenarai sebagai kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar.Bahkan, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 27, berkata, dia juga membuat keputusan untuk membatalkan penglibatannya dalam sebuah penggambaran bersama sebuah syarikat produksi.

“Hari ini (semalam) saya ada penggambaran dengan @globalstationsb sepatutnya, tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni. Walau saya tak ada kontak rapat dengan abang Alif, tapi masih saya rasa bertanggungjawab sebagai orang yang sama-sama kena kuarantin sebab melibatkan orang lain sekiranya apa-apa hal kan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Amira, dalam situasi sekarang, apa yang lebih penting adalah kesihatan dan nyawa yang menjadi pertimbangan utamanya. “Duit boleh cari, kesihatan dan nyawa kita ini Allah beri kenalah jaga elok-elok. Jadi, stay safe semuanya! Jangan salam-salam atau peluk-peluk bagi yang perempuan. Tolong jaga diri masing-masing. Minta maaf pada pihak produksi yang terpaksa lewat hari ini sebab tunggu keputusan saya. InsyaAllah semua yang baik-baik. Ada rezeki lain nanti Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Amira turut terlibat dalam sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, pelantun lagu Takkan Merubah itu membuat persembahan pada hari yang berbeza dengan Alif Satar. Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang diambil Amira.

“Ini adalah keputusan yang bagus. Rezeki ada di mana-mana dik.. Allah jaga kita.. Jaga diri adik! Insya-Allah ada rezeki drama selepas ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment turut memaklumkan kesemua artis naungan mereka lain yang turut terlibat pada program hiburan yang disertai Alif baru-baru ini disahkan negatif selepas membuat ujian saringan.

“Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami,” katanya.Sebelum ini, pada Ahad lalu, Alif Satar disahkan positif selepas menyertai sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung Jumaat lalu.

Hubungan rapat Amira Othman dengan adik-beradik jadi inspirasi, ini rahsianya – “Ibu bapa saya tak bandingkan anak-anak”

Amira Othman tidak pernah merasa iri hati dengan adik-beradik yang lain.HUBUNGAN rapat penyanyi Amira Othman bersama lima adik-beradiknya sering menjadi inspirasi kepada warganet yang ingin mengetahui rahsia mereka dibesarkan. Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 27, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah sesekali membandingkan kebolehan dan kemahiran anak-anak.

Malah, bapanya sentiasa berpesan setiap seorang dari mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan pernah bandingkan anak-anak anda. Ibu bapa saya takkan bandingkan anak-anak mereka.

Bila kami tak dibandingkan, kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain.

“Saya ingat lagi dulu ayah cakap, Allah Maha Adil… dia akan bagi anak-anak ada kurang ada lebih. Kalau seorang lebih dekat pendidikan, ada seorang lebih pada bakat atau kemahiran. Seorang tak minat belajar, seorang lagi mengulang kaji sampai tak tidur,” katanya.

Kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini juga berkata, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang menjadi minat mereka adik-beradik. Hasil didikan itu juga membuatkan mereka tidak pernah ada sifat iri hati antara satu sama lain dan menganggap kelebihan masing-masing satu rezeki.

Amira (dua dari kanan) bersama empat daripada lima adik-beradiknya.

“Jadi, dia tak akan paksa kami atau bandingkan kami antara satu sama lain. Apa yang kami minat dia akan setuju, dengan syarat buatlah dengan bersungguh-sungguh sampai jadi. Bila kami tak dibandingkan, kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain. Pada kami, apa yang adik-beradik lain lebih adalah rezeki. Kami semua ada rezeki masing-masing yang Allah akan bagi,” ujarnya.

Amira merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Selain Irfan Haris, penyanyi ini turut mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki.

Amira Othman diuji di Makkah, kaki rasa sakit… “Sebelum buat ibadah, saya berdoa supaya dipermudahkan”

Amira seronok dapat berkongsi ilmu bersama Wany sepanjang mereka mengerjakan ibadah haji baru-baru ini. Penyanyi Amira Othman berkongsi pengalaman sepanjang menunaikan ibadah haji baru-baru ini apabila dia diuji dengan kesakitan di bahagian kaki.

Namun Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 26, menyifatkan ia hanya ujian kecil untuknya agar lebih menghayati kebesaran Allah sepanjang sembilan hari berada di Tanah Suci Makkah.

“Pengalaman yang memang menyeronokkan, sembilan hari itu rasa macam tak cukup. Ia satu pengalaman yang saya tidak akan dapat di tempat lain.Sebenarnya apabila berada di sana, saya terlalu banyak berjalan menyebabkan kaki sakit. Tapi setiap kali nak melakukan ibadah hilang terus rasa sakit itu. Setiap kali sebelum saya nak buat ibadah, saya berdoa supaya dipermudahkan dan Alhamdulillah… doa dimakbulkan,” katanya kepada mStar.

Amira sebelum ini meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka apabila rakan selebriti, Wany Hasrita mengajaknya menunaikan rukun Islam kelima itu bersama-sama selepas menerima jemputan khas daripada kerajaan Arab Saudi. Rezeki untuk ke Makkah bagi menunaikan haji berpihak kepada Amira disebabkan ibu Wany, Norita Jaafar tidak dapat turut serta. Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi Indah ini mengakui dia pada awalnya mempersoalkan kemampuan dirinya namun bersyukur dapat melaksanakan ibadah haji dengan baik.

Amira tidak menyangka dapat menunaikan ibadah haji bersama Wany. Malah, Amira turut menasihati golongan muda yang yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah agar mengikis rasa takut dan bimbang.

“Sebelum nak pergi itu macam-macam saya fikir sama ada boleh ke nak lakukan dengan baik… cukup atau tidak ilmu saya nak ke sana? Tapi apabila berada di sana, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Untuk gadis-gadis muda yang simpan hasrat nak ke Makkah… jangan risau atau jangan takut dan jangan pernah rasa tidak bersedia. Niat saja dalam hati sebab kita nak buah ibadah. Insya-Allah, Allah akan beri jalan dan permudahkan urusan kita,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *