Isteri Syafiq Ahmad mengadu sakit pada bahagian perut. Tiba tiba isterinya terpaksa dipindahkan ke HKL.

artis berita Kehidupan Keluarga Uncategorized

Georgetown: Nur Amalina Norain, 25, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kini dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemantauan pakar di sana.

Perkara berkenaan dimaklumkan bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56 yang memberitahu bahawa keadaan menantunya itu bertambah baik namun pakar perubatan di sana ingin terus memantau keadaan Nur Amalina. Ahmad berkata, menantunya itu dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi tadi dan mereka sekeluarga akan ke ibu negara bagi menziarahi serta memberi semangat kepada Nur Amalina.

“Selepas pembedahan yang dijalankan keadaan menantu saya bertambah baik dan stabil namun dia dipindahkan ke HKL kerana pakar di sana mahu memantau keadaan kesihatannya dengan lebih lanjut. Kami sekeluarga bersama Syafiq akan ke HKL untuk bersama Nur Amalina sehingga dia sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Amalina dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap (HSB) ke HSJ selepas mengadu kesakitan di bahagian perut dan belakang anggota badannya kesan daripada kejadian itu yang menimpa mereka sekeluarga termasuk pembantu rumah pada awal pagi Ahad lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati Nur Amalina mengalami kecederaan teruk, dan ada satu cecair dalam perut dan otak serta patah tulang peha kiri yang memerlukan operasi segera dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi Ahad lalu, Muhammad Syafiq yang memandu Toyata Vellfire dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina, yang berpant4ng ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut menaiki kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan dua anak pemain bola sepak itu Aaira Nur Saffiya, 2 dan Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42. kejadian terbabit melibatkan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan Titik.

sumber : hmetro

Selamat Jalani Operasi. Ini Perkembangan Terbaru Tentang Isteri Kepada Syafiq Ahmad Yang Dikatkan Baru Lepas Menjalani Operasi Di Bahagian Perut

Isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, selamat menjalani operasi dan dilaporkan stabil.Nur Amalina Norain, 25, menjalani operasi di bahagian perut selepas terlibat kejadian di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi Ahad.

Perkhabaran positif perkembangan Nur Amalina dimaklumkan bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, kepada Harian Metro.Menurut Ahmad, Muhammad Syafiq pada mulanya hendak memindahkan isteri dan anak sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut sebelum dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati di dalam perut menantu saya ada sedikit masalah dan memerlukan operasi segera.Isteri Muhammad Syafiq kucup bayi buat kali terakhir.’Tak sangka yang pulang jnzh mereka berdua’”Syukur semuanya berjalan lancar dan kini menunggu keputusan daripada pakar yang lain berhubung kesihatan menantu,” katanya.

Nur Amalina dilapor dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap (HSB) ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan pemeriksaan mendapati dia mengalami patah tulang rusuk, pendrahan dalam perut dan otak serta patah tulang paha kiri.

Anak perempuannya juga dipercayai mengalami pendrahan dalam otak yang mana kedua-dua ibu dan anak itu kini dirawat di HSJ.Dalam kejadian yang berlaku jam 4 pagi itu menyebabkan anak Muhammad Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari; ibu mentuanya Zainab Wahab, 45; dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42, sudah tiada

Dipercayai Terlelap Ketika Memandu. Superintendan Lee Chong Dedahkan Sesuatu Berkenaan Kejadian Tersebut Dan Ini Perkembangan Keadaan Isterinya

NIBONG TEBAL: Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbbas dalam kejadian yang tidak diingini di Kilometer 163.6 berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata pemain Johor Darul Tak’zim (JDT) berkenaan dipercayai tertidur dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.”Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melnggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan tersret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.

“Ekoran itu menyebabkan tiga penumpang terdiri dari bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia pergi buat selamanya di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Dalam pada itu, Chong Chern berkata, isteri kepada Muhammad Syafiq mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendrahan dalam perut dan otak serta patah tulang paha kiri.

“Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendrahan dalam otak. Ibu dan anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.”Muhammad Syafiq pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang memandu MPV berkenaan dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anak pemain bola sepak itu, iaitu Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2 serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Kejadian itu membuatkan dia kehilangan orang yang tersayang Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah pemain bola sepak terbabit.Jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef disemadikan di Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang. pembantu rumah itu pula sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.

Suasana Sebak Menyelubungi Buat Keluarga Syafiq Ahmad. Perkongsian Gambar Syafiq Ahmad Cium Anaknya Buat Kali Terakhir Undang Warganet Sebak

Pemain JDT, Muhammad Syafiq Ahmad mencium anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai diuruskan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang, petang ini.Terdahulu, Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kejadian yang tidak diingini berlaku di Km163  Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi.Dua lagi yang hembuskan nafas terakhir dalam kejadian itu ialah ibu mentuanya  Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Tular Syafiq Ahmad Terlibat Dengan Kejadian Yang Tak Diingini. Kini Bapa Syafiq Ahmad Tampil Beritahu Ini Rupanya Penyebab Berlakunya Kejadian Itu.

SEBERANG PERAI – Bapa pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad sedih kerana tidak sempat melihat cucu lelakinya yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di jalan raya di kilometer 163.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi. Ahmad Ibrahim, 56, berkata, dia sudah membuat perancangan untuk melawat keluarga Muhammad Syafiq di Johor yang baru dikurniakan cahaya mata pada 14 November lalu sebaik sahaja tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berakhir.

“Kami sepatutnya bertolak 11 Disember ini tetapi terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan ini kerana kawasan (kediaman) di Bayan Baru dikenakan pula perintah kawalan pergerakan diperkttkn (PKPD). Kami gembira dan teruja untuk melawat cucu lelaki pertama kami, Muhammad Aisy Saqeef dan adiknya juga sudah mengambil cuti untuk menziarahinya di Johor. Sebab itu kami sekeluarga sangat sedih kerana tidak sempat melihat anak Muhammad Syafiq,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, berdasarkan perbualannya dengan Muhammad Syafiq, anaknya itu memaklumkan cuba mengelak sesuatu yang melintas di lebuh raya menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire dipandunya hilang kawalan dan sehinggakan terkena di pembahagi jalan. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, tiga dilaporkan mengadap ilahi iaitu bayi baru lahir yang belum dikenal pasti identiti, ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an. Isterinya, Nur Amalina Norain, 25, luka teruk dan dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini. Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25, dan anak perempuannya Aaira Nur Safiyya, 2, hanya luka ringan.

Syafiq Ahmad Dilaporkan Mengalami Kejadian Yang Tak Diingini. Disebabkan Itu Pemain JDT Telah Kehilangan Bayi Dan Ibu Mertuanya.

Pemain muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kejadian yang tidak diingini yang mengakibatkan bayi lelakinya berusia 22 hari telah tiada dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut pergi ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cdera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina  Nur Ain, 25, dilaporkan luka teruk. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai berlaku satu kejadian di pembahagi jalan. “Terdapat enam individu iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersept di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan individu yang tersept menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Menurut beliau, individu yang tersept berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi. “Tiga individu disahkan telah tiada oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi. sumber : Gempak

Syafiq Ahmad Dedah Impian Mengejutkan

Di sebalik gelaran sebagai penyerang prolifik kebangsaan dan Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad menyembunyikan bakat lain dalam dirinya.Penyerang kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang berusia 22 tahun itu rupanya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pelakon satu hari nanti.

Menurut Syafiq, dia bukan bergurau apabila memberitahu ingin menjadi seorang pelakon jika diberi peluang selepas ini. Malah bersedia untuk menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya sambilan selain pemain bola sepak terkenal. “Saya bercita-cita untuk jadi pelakon selepas ini. Tapi sekarang jadi pemain bola sepak dulu. Pelakon yang paling saya minati ialah Shah Rukh Khan sebab dia boleh melakonkan pelbagai karakter.

“Dan jika diberi peluang saya tak kisah berlakon watak apa. Watak baik, jahat, nakal atau apa-apa, saya akan cuba akan cuba yang terbaik,” ujarnya yang mula bermain bola sepak sejak di bangku sekolah rendah. Bagaimanapun Syafiq yang gemar bermain PlayStation ketika waktu lapangnya mengakui cita-citanya itu terpaksa diketepikan dahulu memandangkan dia perlu menjalankan tanggungjawab terhadap negara dan skuad negerinya, Kedah.

“Buat masa sekarang jadual perlwanan agak padat dengan beberapa misi penting negara. Mungkin ia akan berlaku selepas ini. Beberapa kejohanan besar sedang dan akan berlangsung termasuk Piala AFC 2018 nanti. Saya diberi kepercayaan dalam skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan dan pastinya akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Mengimbas kembali kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Syafiq mula mewakili negara seawal usia 12 tahun dengan menyertai Piala Danone di Perancis pada tahun  2007. Bakatnya sebagai penyrang semakin menyerlah dan terus membawa nama Malaysia ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK Tatar) sehingga terpilih menyertai Piala Manchester United Bawah 14 Tahun di Carrington pada 2010.

Malah dia juga merupakan penjaring terbanyak selama dua tahun berturut-turut untuk SMK Tatar dalam saingan Liga KPM-FAM pada tahun 2011-12. Terbaharu pada Julai lalu, Syafiq antara salah seorang pemain negara yang menjaringkan gol ketika aksi Kelayakan Piala AFC di Bangkok, Thailand menentang Myanmar dan Indonesia. Malah kini, pemain di bawah skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu juga antara penyerang harapan negara dalam misi meraih pingat emas dalam Sukan SEA (KL2017) yang bermula pada Isnin bagi acara bola sepak.

Mengenai perlawnan pertamanya bertemu Brunei yang menyaksikan Malaysia menang 2-1, Syafiq mengakui ia ‘panas’. “Saya tak puas hati walaupun menang. Ini kerana saya yakin kami boleh melakukan yang lebih baik daripada aksi itu,” ujarnya ringkas. Selain menjadi penyrang penting skuad kebangsaan, Syafiq juga antara ‘ayam tambatan’ skuad Lang Merah sejak tahun 2015. Dalam tempoh itu dia telah menjaringkan lebih kurang 10 gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *