Hafiz Mahamad menjadikan kebajikan staff adalah perkara utama. Disebabkan dia lakukan satu perkara ini warganet menjadikan dia sebagai majikan contoh.

artis ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Nama usahawan Hafiz Mahamad sering disebut dengan kisah bahagia dan perkara baik yang dikongsikan. Pada 9 Disember 2020, beliau telah memuat naik satu video perkongsian di Instagram. Hantaran itu menunjukkan beliau dan isteri membeli hadiah dan menyampaikan bonus buat pekerjanya.

Antara caption yang ditulis:- “Happy bila tengok reaction “staff dapat bonus & gift” Pada saya, mereka ni semua hebat sangat. Saya tak suka team saya kecewa, tak cukup makan & sebagainya. Saya risau sangat, jujur dari hati”

Menurut Hafiz, beliau sangat menghargai kerja dan usaha yang dilakukan stafnya:- “Saya faham team saya, mereka keluar pagi kadang ada yg sampai balik malam. Mereka tak berkira pun dari segi tenaga. Itu yg saya tak dpt lupa & hargai sangat sangat”

Beliau juga menyatakan bahawa kebajikan keluarga, pasukan dan pelanggan menjadi keutamaannya. Hebatnya layanan yang diberikan seorang majikan seperti Hafiz Mahamad. Bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Di ruangan komen pula, ramai yang memuji perkara baik yang dilakukan Hafiz tersebut.

Semoga stafnya juga akan berkhidmat dengan cemerlang di bawah seliaan beliau. Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad Sanggup Membatalkan Semua Urusan Kerjanya Hanya Kerana Terjadi Sesuatu Pada Sahabatnya Ini. Sikap Hafiz Dipuji Oleh Ramai Warganet.

Nama Hafiz Mahamad bukanlah sesuatu yang asing jika kita merupakan pengguna tegar media sosial. Ushawan muda yang mengusahakan perniagaan kosmetik bersama isterinya kerap kali tular kerana melakukan kebaikkan.

Sekali lagi batal semua kerja di KL

Sebelum ini Hafiz pernah membatalkan segala urusannya di Kuala Lumpur dan ‘terbang’ ke Kelantan bagi menguruskan kemasukkan sahabat sewaktu kecil ke hospital kerana ditimpa sakit.

Kali ini,usahawan tersebut sekali lagi melakukan perkara sama dengan membatalkan segala mesyuarat yang sepatutnya dihadiri demi sahabat tersayang. Menurut perkongsian Hafiz, sahabat yang dikenali sebagai Loh itu kini sedang sakit teruk.

Rakan dah semakin teruk

Dalam perkongsiannya di Instagram, Hafiz Mahamad memaklumkan Loh sedang sakit teruk dan tidak sedarkan diri. Demi tidak mahu menyesal andai tiada disisi sahabatnya, dia terus bergegas ke Kelantan bersama beberapa lagi rakan untuk sama-sama berada di samping Loh.

Kumpul sahabat2 untuk ziarah Loh

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan mengumpul rakan-rakan sewaktu mereka remaja untuk sama-sama membantu sahabatnya yang terlantar di hospital. Dia membelikan tiket kapal terbang dan membiayai ujian saringan dengan membawa 2 orang sahabat mereka agar masing-masing dapat berada bersama dengan Loh.

Tak mahu menyesal

Hafiz sama sekali tidak menyesal menangguhkan segala urusannya kerana rakan-rakannya itu yang banyak memberikan dorongan dan semangat kepadanyan untuk terus berjaya.

Kawan yang sangat baik

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan Hafiz yang sangat prihatin dengan sahabatnya. Mereka juga berasa terharu kerana masih ada sahabat yang begitu peka dengan rakan-rakan dan berharap agar Loh dapat kembali kembali sihat serta urusan mereka dipermudahkan.

Semoga semuanya baik2 sahaja

Permudahkanlah urusan mereka

Sumber: Hafiz Mahamad, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *