Ada yang ingatkan saya ini gila. Warga emas ini sanggup hidup dengan 1300 anjing 100 kucing dan 4 kuda peliharaannya.

Amalan Dunia Kehidupan Uncategorized

Kalau korang masih ingat, sebelum ini min pernah berkongsi artikel mengenai kisah seorang wanita yang membela sebanyak 492 ekor haiwan peliharaan dalam rumahnya. Menurut korang jumlah haiwan yang dibela ini sudah terlalu banyak dan melampaui ‘batas’ tahap kenormalan seorang manusia?

Nah, fikirkan semula. Untuk pengetahuan korang, jumlah ini adalah terlalu ‘sedikit’ jika hendak dibandingkan dengan kisah wanita yang berasal dari China ini yang membela sebanyak 1,404 ekor haiwan peliharaan di dalam rumahnya! Fuh, dah macam zoo pulak. Bela 1,300 anjing, 100 kucing, 4 kuda…

Sumber: Oddity Central

Wanita yang berusia 68 tahun yang dikenali sebagai Wen Junhong itu telah memelihara haiwan terbiar sejak lebih dari 2 dekad yang lalu. Kini, kediamannya dijadikan sebagai ‘rumah’ baru bagi 1,300 ekor anjing, 100 ekor kucing dan juga 4 ekor kuda serta beberapa ekor arnab dan burung!

Memetik laporan Oddity Central, warga emas itu tidak menyangka bahawa kini dia mampu untuk membela sehingga lebih daripada 1,000 ekor anjing sewaktu pertama kali mengambil seekor anjing terbiar untuk dipelihara kira-kira 20 tahun yang lepas.

Menurutnya, walaupun kini dia telah berupaya untuk membela sebanyak 1,300 ekor anjing, namun jumlah itu masih lagi tidak mencukupi. Dia mempunyai perancangan untuk menambah lagi bilangan haiwan untuk dibelanya pada masa yang akan datang.

Sumber: Oddity Central

20 ke 30 tong sisa ‘buangan’ , masak 500 kilogram makanan. Menjadi seorang pencinta haiwan yang berdedikasi bukannya satu tugas yang mudah. Dia terpaksa bangun seawal 4 pagi setiap hari untuk membersihkan kesemua sangkar haiwan yang dipenuhi dengan sisa ‘buangan’ sebanyak 20 ke 30 tong. Bukan itu sahaja, dia juga perlu memasak sebanyak 500 kilogram makanan yang terdiri daripada nasi, sayur-sayuran dan daging untuk kesemua haiwan peliharaannya.

Sumber: Oddity Central

Sumber: Oddity Central

Wanita itu turut berperanan sebagai ‘ibu’ yang memastikan kesemua ‘anak-anaknya’ itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan tidak bergaduh sesama sendiri. Ada yang anggap dirinya gila. Tambahnya, ada juga sesetengah orang di sekeliling yang menganggapnya sebagai seorang psikopat gara-gara ‘taksub’ untuk membela haiwan peliharaan sehingga mencecah ribuan ekor.

Namun, wanita itu menyifatkan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang penting untuk kita sebagai manusia untuk menjaga haiwan-haiwan terbiar ini kerana bumi ini bukan sahaja hak milik manusia semata-mata, tetapi perlu juga dikongsi bersama haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

Ia penting untuk menjaga haiwan-haiwan ini, setiap daripada kita perlu hormati benda hidup. Bumi ni bukan untuk manusia semata-mata tetapi untuk haiwan juga.Takut kena langgar atau jadi sesuatu yang tak diingini.

Menurut wanita ini lagi, dia sentiasa ‘membuka pintu’ kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma haiwan-haiwan ini gara-gara takut dan risau dengan nasib mereka sekiranya hidup di jalanan sama ada dilanggar oleh kereta atau menjadi jualan daging anjing.

Walau bagaimanapun, wanita ini bernasib baik apabila dia mempunyai seramai 6 orang pekerja sukarelawan yang membantunya untuk menguruskan haiwan-haiwan peliharaannya ini. Tambahnya, ia memerlukan usaha yang sangat besar dan setiap seorang dari mereka mempunyai kesan calar dan gigitan sebagai ‘bukti’ usaha gigih mereka menjaga haiwan-haiwan terbiar ini.

Wanita Berusia 51 Tahun Ini Rela Membelanjakan Kira-Kira RM32,000 Pada Setiap Bulan Sebagai Kos Untuk Haiwan Peliharaan. Dia Juga Dedahkan Ada 480 Kucing Dan 12 Anjing Yang Dia Jaga Di Dalam Rumah

Bagi pencinta haiwan, sudah tentu tidak tergamak untuk membiarkan haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya hidup ‘merempat’ dan terbiar di jalanan.Ada yang dibawa pulang untuk dibela sebagai haiwan peliharaan di rumah. Namun, jumlahnya yang banyak menyebabkan agak sukar bagi pencinta haiwan ini untuk membela kesemuanya sekali disebabkan ketiadaan ruang yang sesuai dan juga kos untuk memeliharanya yang agak tinggi.

Namun, tidak bagi wanita dari Muscat, Oman ini apabila dia sanggup memelihara sebanyak 492 ekor haiwan peliharaan di dalam rumahnya!Fuh banyak tu! Pencinta haiwan next level ni.Bela 480 ekor kucing, 12 ekor anjing.Antara haiwan yang dibelanya termasuklah 480 ekor kucing dan 12 ekor anjing di kediamannya sejak 12 tahun yang lalu.

Apa yang lebih mengharukan, antara beratus ekor haiwan peliharaannya itu, 17 daripadanya adalah buta.Allahu, murninya hati dia bela haiwan buta.Setiap hari, lebih daripada sedozen kucing dan anjing peliharaannya itu akan ‘berentap’ semata-mata untuk mendapatkan perhatiannya.

Lebih ‘setia’ daripada manusia.Menurut Harian Metro, wanita itu yang dikenali sebagai Maryam yang berusia 51 tahun menggambarkan haiwan peliharaannya itu sebagai ‘penenang’ hidup. Bukan itu sahaja, dia turut menganggap mereka sebagai ‘sahabat’ yang lebih baik berbanding sesama manusia.Saya dapati haiwan terutama kucing dan anjing, lebih setia daripada manusia. 

Belanja RM32,000 setiap bulan.Maryam telah membelanjakan kira-kira RM32,000 pada setiap bulan sebagai kos untuk menguruskan kucing dan anjing peliharaannya itu! Selain untuk tujuan membeli makanan dan membersihkan haiwan peliharaannya, wang perbelanjaan itu juga digunakan untuk berjumpa doktor haiwan serta mendapatkan rawatan veterinar.

Rumahnya kini dipenuhi dengan kandang haiwan yang dibina dan Maryam dikatakan akan membawa kesemua haiwannya untuk bermain secara bergilir-gilir.Pada awalnya tak suka haiwan.Semuanya bermula pada 2008 ketika anak lelaki saya membeli seekor anak kucing Parsi kecil.

Menurut wanita itu, dia pada awalnya sama seperti kebanyakan ibu-ibu yang lain yang tidak gemar dan enggan membenarkan anaknya itu untuk membela haiwan peliharaan.Namun, pendiriannya itu ternyata berubah dua tahun kemudian apabila dia mula menjaga kucing peliharaan anaknya itu.

Saya mendapati diri saya benar-benar lain. Saya menjaga kucing itu, memberi makan, memandikannya dan menghabiskan banyak masa dengannya.Letak haiwan depan pintu rumah.Cinta Maryam terhadap haiwan mula tersebar dan ramai ekspatriat yang tidak lagi menetap di bandar itu akan meninggalkan haiwan peliharaan mereka di depan pintu rumahnya untuk dibela sementara pengurusan tempat perlindungan haiwan akan berurusan dengannya untuk proses pemeliharaan.

Tambah Maryam, kucing dan anjing peliharaannya itu banyak membantunya untuk mengatasi masalah kemrungan.Saya di tempat ‘gelap’ dan haiwan inilah penyelamat dan menyelamatkan saya. Untuk pengetahuan korang, Oman sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan haiwan terbiar meskipun undang-undang telah ditetapkan untuk mendenda individu yang membuang haiwan peliharaan sebanyak RM102.Murah rezeki wanita ni sanggup bela haiwan. Kucing kan pembawa rezeki.

Sanggup Pakaikan Kostum Dan Baju Comel Comel Belaka. Kedai Atas Talian Jual Hijab Dan Muslimah Khas Untuk Kucing Raih Perhatian Ramai

Kucing, haiwan manja dan berbulu yang tak semua orang suka. Tapi kalau dah sayang, beribu ringgit keluar dari poket untuk dia pun takpa. Ada tu, sampai sanggup dipakaikan kostum dan baju yang comel-comel belaka — habis dilayannya bak manusia juga.

Kalau korang suka pakaikan kostum pada si bulus, mungkin boleh kali ni boleh cuba sedikit kelainan yang ditawarkan sebuah online shop dari seberang ni. Pernah dengar orang jual hijab untuk kucing?Menurut Liputan 6, perkara ini pada mulanya dikongsikan oleh pengguna Twitter @txtdarionlshop yang seringkali memuat naik produk-produk lucu yang dijual dalam talian — sebelum ia mula mendapat perhatian warganet lain.

Lain daripada yang lain kan? Belum pernah lagi rasanya orang jual pakaian patuh syariah khusus untuk kucing. Tapi kelainan yang ditawarkan itulah yang membuatkan pengguna media sosial tertarik dan terhibur.Mesti ada yang dah masukkan item dalam cart nak beli untuk bulus masing-masing kan? Harap diorang istiqomah la ye.

Tular Kisah Oyen Jadi Pengawal Sambilan Di Maybank Gombak. Sehinggakan Warganet Syorkan Beri Oyen Staff ID Sebagai Pekerja Tetap Di Bank Tersebut

Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengetahui sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat ‘hal’ di luar jangkaan manusia.Gelagatnya itu selalu meraih tumpuan terutamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang boleh membuatkan ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur.

Namun, menerusi perkongsian oleh Idiaj Dhom di Kelab Pencinta Kucing Malaysia ( Group ), Oyen kali ini memainkan peranan sebagai pengawal keselamatan sambilan di  Maybank, Taman Sri Gombak.Menurutnya, Oyen itu sememangnya dikenali oleh pelanggan bank tersebut kerana sering menghabiskan masanya dengan tidur di dalam aircond. Amboi, curi tulang betul!

Siapa yang biasa pergi Maybank Taman Sri Gombak akan biasa tengok Oyen ni.

Dia security sambilan, tapi biasa tidur je, nak tidur dalam aircond je. Tapi tak pernah berak dalam bilik atm/cdm. Semua orang sayang dengan Oyen ni.Sebilangan warganet yang membanjiri ruangan komen turut menyarankan kepada pihak Maybank untuk memberikan Oyen ‘staff ID’ sebagai pekerja tetap di bank tersebut.Malah, ada yang menyifatkan Oyen sebagai pengganti kepada maskot harimau di Maybank. Nampaknya, Oyen kesayangan ramai ini memang serba boleh ye. Kelakar!

Siap Letak Bedak Sebelum Dipakaikan Pampers. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Perkongsian Video Puan Hidayah Memakaikan Lampin Pakai Buang Untuk Oyen Yang Meraih Perhatian Ramai

Untuk makluman, artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lmpuh.Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala.

Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Kencing berdarh, luka dalam badan

Oyen dibawa ke sebuah klinik veterinar di Batu Caves bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya doktor, Oyen mengalami luka di dalam badan kerana pada waktu itu, air kncingnya bercampur darh pekat.“Doktor kata dia patah (tulang) dari paras pinggang ke bawah. Saraf dia pun tak berfungsi. Jadi kalau buat operasi pun tak guna,” jelasnya.

Pada waktu itu, Puan Hidayah diberi dua pilihan untuk nasib si Oyen tersebut.Agak menyentuh hati, kedua-dua pilihan itu akan memberi gambaran masa depan yang belum tentu untuk Oyen, melainkan jika dihadapi dengan hati yang penuh tekad.“Jadi doktor bagi saya pilihan; kalau boleh jaga dia sebab kucing lmpuh ni kencing berak dia kita kena tekan, kalau tak boleh jaga boleh tamatkankan nyawa dia (suntik /pts).

“Takpa doktor, saya boleh jaga. Lagipun saya suri rumah je. Bolehlah saya jaga dia,” jawabnya penuh tekad di hati.Maka doktor pun bersetuju untuk ‘memulangkan’ semula Oyen ke pangkuan Puan Hidayah.Maka bermula pada itu, kehidupan Oyen yang dulunya sakit kini sedikit-sedikit sudah bertukar ceria.

Keadaan kesihatannya juga agak bertambah baik walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa dia lumph untuk selama-lamanya.“Itu yang saya jaga Oyen sampai sekarang. Alhamdulillah..banyak kemajuan.“Daripada tak boleh duduk tak boleh kencing berak sendiri, sekarang semu dia boleh (sendiri) dah,” jelasnya lagi.

Kelihatan dalam gambar di atas, keluarga besar Si Bulus yang dibela dalam jagaan Puan Hidayah di rumahnya.Boleh nampak Oyen turut makan bersama-sama dengan ahli keluargnya yang lain.Mesti dalam hati Oyen, dia nak saja ucap terima kasih dan syukur banyak-banyak sebab kerana kesudian Puan Hidayah, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik.

Lihatlah saja matanya ketika dia dimandikan, dikemaskan dan dipakaikan lampin dalam video tadi, kita boleh tahu itu pandangan yang penuh rasa terharu kepada tuannya.Terima kasih Puan Hidayah kerana menyelamatkan nyawa Oyen. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik daripada-Nya. Ameen.Sumber: Siti Nur Hidayah

Acap Kali Nampak Kucing Picit Badan Tuannya. Akhirnya Terbongkar Punca Dan Maksud Sebenar Kucing Buat Sebegitu Yang Mungkin Buat Anda Tergamam

Sudah tentu ramai antara pemilik kucing yang pernah melihat gelagat si comel menggerakkan tangan seakan mengurut. Kadang-kadang urut tuannya, kadang-kadang urut kucing lain. Tahukah anda, sebenarnya gerakan itu mempunyai maksud dan sebab tersendiri.

Menurut Purina.co.uk, antara sebab kucing berbuat sedemikian ialah kerana naluri haiwan tersebut semenjak mereka kecil. Ketika kecil, anak kucing akan menekan-nekan badan si ibu ketika menyusu bagi menggalakkan pengaliran susu. Malah, sebahagian kucing juga akan menghisp bantal, selimut atau baju sehingga mereka dewasa.

Selain itu, gerakan itu juga dikatakan ‘diwarisi’ daripada nenek moyang mereka yang l1ar. Kucing l1ar akan menekan-nekan tapak tangan mereka di atas dedaun atau rumput panjang bagi menjadikan sarang untuk mereka berehat.Tindakan itu dipercayai bagi memeriksa seandainya terdapat pemngsa mahupun bahaya yang bersembunyi di dalam timbunan tersebut. Oleh itu, tindakan kucing peliharaan mengurut anda mungkin sebahagian daripada kebiasaan spesies itu yang diwarisi daripada nenek moyangnya yang l1ar.

Di samping itu, perbuatan kucing ‘mengurut’ turut dikaitkan dengan cara mereka menandakan kawasan. Hal ini kerana terdapat kelenjar yang melepaskan feromon pada tapak kaki mereka. Oleh itu, jika ia mengurut anda, mungkin itu adalah amaran buat kucing lain bagi menjauhi anda.Selain itu, ia juga menandakan kucing anda gembira, selesa dan rasa selamat ketika berada dengan anda, seakan bersama ibu mereka.Sumber: Purina.co.uk

Baru Pulang Ke Tuan Yang Asal Selepas 3 Hari Hilangkan Diri. Mengejutkan Sekali Bila Kucing Tersebut Pulang Dengan Nota Dan Muka Tak Bersalah

Seekor kucing tabby akhirnya pulang selepas 3 hari menghilangkan diri namun perasaan pemiliknya yang sepatutnya gembira bercampur baur dengan terhibur dan geram. Ia pulang dengan ‘rantai baru’ di lehernya tercatat nota buat si pemilik.Hilang 3 hari balik bawa hutang. Cantik bukan? #hambakucing”

Begitulah bunyi di caption pemilik kucing yang pulang dengan muka tak bersalah setelah memberi hutang kepada tuannya. Setelah diselidik, rupanya si kucing mengintai ikan di kedai. 3 hari tak pulang rupanya si kucing berada dekat dengan kedai ikan. Dikatakan dia telah mengintai ikan di sebuah kedai sehingga tuan kedai itu memberinya beberapa ekor ikan.

Namun ia bukanlah percuma, sebuah nota telah digntung di leher si kucing seakan-akan rantai mencatat hutang harga ikan yang telah diberi. Kucing anda asyik pandang ikan kembung di kedai jadi saya bagi 3 ekor kepadanya. Makcik May di lorong nombor 2.”Turut tertera di nota kecil itu nombor telefon bimbitnya.Adoilah si kucing, nasib baik jumpa dengan orang baik, dikasi makan ikan lagi. 

Mengejutkan Penyelidik Bongkarkan Fakta Sebenar Mengenai Tindak Balas Kucing Apabila Dipanggil Nama Mereka. Ternyata Ini Yang Dibongkarkan.

Kucing boleh mengenali nama mereka sendiri tetapi memilih untuk tidak mendengari pemiliknya, kata penyelidik. Kajian oleh Universiti Sophia di Jepun menunjukkan kucing bertindak balas dengan menggerakkan kepala atau memekakkan telinga ketika nama mereka dipanggil tiga kali dengan panjang yang sama. Namun tidak ada reaksi yang terlihat setelah kata-kata lain diungkapkan.

“Terdapat begitu banyak kajian mengenai kemampuan anjing untuk berkomunikasi dengan manusia. Kami rasa penting untuk menunjukkan kemampuan kucing juga. “Banyak pemilik kucing tahu bahawa kucing memahami namanya sendiri. “Kucing memahami isyarat manusia lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh ramai orang,” kata Dr Atsuko Saito, pengarang pertama kajian itu.

Penyelidikan sebelumnya menunjukkan bagaimana haiwan lain, termasuk anjing, ikan lumba-lumba dan burung kakak tua dapat menunjukkan reaksi tentang pemahaman suara manusia. Tetapi hingga kini, belum ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kucing dapat menunjukkan pemahaman seperti itu.

Eksperimen ini melibatkan 78 kucing yang berada di dalam rumah dan “kafe kucing” di Jepun. Namun karya itu telah dikritik oleh ahli penyelidik profesional yang lain. Dr John Bradshaw, seorang pakar mengenai tingkah laku anjing dan kucing di University of Bristol, mengatakan:

“Pada pandangan saya, kajian ini tidak banyak memberitahu kita mengenai hubungan antara kucing dan manusia, kucing mampu mempelajari kepentingan tertentu, sesuatu yang sudah diketahui oleh kebanyakan pemilik kucing. ” “Contohnya, banyak yang menggunakan makanan ringan kucing untuk memujuk kucing mereka masuk ke dalam rumah. Ini jelas tidak menunjukkan bahawa kucing dapat memahami bahasa manusia,” kata akademik itu kepada The Guardian.

Sumber: Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *