Pernah beberapa kali tular video kepetahan si cilik ini berpantun. Video pertandingan di saat akhir ini membuahkan hasil selepas terpilih sebagai juara

Viral

Kepetahan dan mesej yang disampaikan menerusi pantun melayakkan dua beradik ini memenangi pertandingan video kreatif Maulidur Rasul anjuran Jakim.PERNAH beberapa kali tular video kepetahan si cilik ini berpantun, kini dengan kemahiran itu dua beradik ini memenangi pertandingan video kreatif Maulidur Rasul anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil pilihan waraganet.

Dua beradik ini yang bernama Raja Farhana Raja Faizul dan Raja Muhammad Mikael Raja Faizul, yang masing-masing berusia tujuh dan lima tahun sering kali menjadi tumpuan warganet dengan gelagat dan bakat mereka.Video yang dimenangi bertajuk Baba itu ternyata menyentuh hati penonton dan ia sangat berkait rapat dengan keadaan sebenar yang dialami oleh masyarakat.

Video Baba mengisahkan mengenai seorang bapa yang stres disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memberi tumpuan terhadap anak yang menyebabkan anak mereka menganggap gadget sebagai bapa mereka.”Memang last minute saya dapat idea untuk video itu.

“Saya bersama anak-anak menghasilkannya sehari sebelum tarikh tutup pertandingan video kreatif, sempena Maulidur Rasul 1442 Hijrah.
Dua beradik ini bergambar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Alhamdulillah.. Saya bersyukur memenangi pertandingan ini selepas mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan warganet.”Motif saya menghasilkan video itu sebenarnya ingin menyampaikan mesej yang sangat bermanfaat di hari yang mulia itu seperti mana dinasihatkan Rasulullah untuk menjaga dan mendidik anak-anak,” kata Raja Faizul, bapa kepada dua beradik itu ketika dihubungi mStar.

Berkongsi pengalaman menghasilkan video tersebut, katanya, idea itu tercetus apabila dia memarahi anaknya iaitu Mika dan Hana, dua hari sebelum itu.Raja Faizul turut akui, walaupun sepanjang masa bersama anak-anak di rumah, dia masih sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka.

Dua beradik ini mendapat perhatian ramai kerana kepetahan mereka menyampaikan pantun.“Dua hari sebelum menghasilkan video itu, saya ada marah anak-anak dan menegur mereka. Jadi dari situlah saya mendapat idea untuk kandungan video ini.”Video nak bawa nama Rasulullah bukan senang, dan bukan satu video yang boleh direka ikut suka. Saya ceritakan pada anak apa mereka perlu lakukan, dan selebihnya itu mereka yang banyak menyesuaikan diri dan menghayati jalan cerita itu.

“Saya mengaku saya sendiri ada masanya lalai dengan penggunaan telefon, jadi daripada video itu, ia sedikit sebanyak menyedarkan diri saya dan jika is dapat memberi kesan kepada masyarakat saya rasa sangat bersyukur,” jelasnya.

Ujarnya lagi, berdasarkan pengalaman dia tidak memberi anak-anaknya kebebasan menggunakan telefon pintar seperti kanak-kanak yang lain.”Sebolehnya saya memang mengehadkan penggunaan telefon kepada mereka kerana khuatir nanti susah untuk fokus dan terima arahan.

“Walaupun penggunaan teknologi penting untuk anak-anak pada zaman ini, saya rasa perlu mengehadkannya kerana takut di masa depan nanti saya tidak dapat kawal mereka,” jelasnya.Raja Farhana dan adiknya, Raja Muhammad Mikael sering bergandingan ketika berpantun.

Dia turut menjelaskan bahawa video-video yang dihasilkan itu bertujuan untuk mendidik diri sendiri dan keluarga.Banyak ilmu tauhid dan pengetahuan Islam seperti perasaan cintakan Allah dan Rasulullah diterapkan dalam video tersebut.Sejak 2018, apabila tularnya video anaknya petah berpantun hingga hari ini dia akui banyak menerima komen-komen positif dan doa daripada netizen.

Gula Gula Dan Coklat Bukan Penyebab Kanak Kanak Jadi Hiperaktif Tapi Benda Lain. Mengejutkan Dr Ahmad Samhan Awang Bongkarkan Mengenai Mitos Yang Sering Dipercayai Ibu Bapa Sekarang Dan Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.

PERLU diketahui bahawa ‘idea’ kanak-kanak akan menjadi hiperaktif selepas memakan benda manis seperti gula-gula dan coklat timbul berdasarkan pemerhatian ibu bapa dan ia tidak disahkan oleh mana-mana teori sains. Kata Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, ia berkemungkinan besar kerana kebanyakan makanan yang disediakan di majlis hari jadi seseorang adalah makanan manis dan anak-anak kelihatan terlebih aktif.

“Ibu bapa kena tahu, itu bukan disebabkan oleh gula tetapi ia disebabkan oleh keterujaan anak-anak anda,” katanya. Pada masa sama, Dr Samhan menegaskan gula tidak boleh dipersalahkan dalam semua situasi. Ia adalah MITOS! “Mana-mana gula yang diambil oleh kanak-kanak akan digunakan oleh sel-sel badan sebagai sumber tenaga. “Ia akan disimpan sebagai lemak badan bukannya sebagai modal untuk menjadikan mereka hiperaktif,” jelasnya lagi.

Menurut Ketua Jabatan Perlakuan dan Perkembangan Kanak-Kanak di Pusat Sains Kesihatan Universiti Oklahoma, Dr Mark Wolraich, gula sama sekali tidak mempengaruhi corak tingkah laku kanak-kanak. “Jadi, jika anda ingin mengawal pengambilan gula anak-anak anda, pastikan anda lakukannya dengan tujuan yang betul. Jika tidak, anda akan kecewa dengan hasilnya,” pesan Dr Samhan.-Sinarplus

Kerap bagi anak makan makanan manis. Dr Azila bongkarkan seorang kanak kanak ini mengalami masalah yang melibatkan otak dan harap semua ibu bapa ambil berat akan perihal tersebut

Terbaru,tular perkongsian seorang doktor pergigian, Dr Azila menerusi FBNya berkaitan seorang kanak-kanak yang terlalu kerap makan makanan manis sehinggakan menganggu tahap kesihatannya. Kanak kanak tersebut berhadapan dengan situasi sukar apabila mukanya membngkk dan lebih teruk lagi apabila terdapat kuman yang hampir merebak ke otak.

Oleh kerana tabiat suka makan makanan manis, nyawa kanak-kanak itu hampir berada dalam keadaan bahaya. Lumrah seorang kanak-kanak pastinya suka makan makanan manis seperti gula-gula atau coklat.Namun, tanpa pemantauan ibu bapa keadaan berkenaan boleh memudaratkan.

Doktor Azila berkongsi kisah salah seorang pesakitnya itu untuk memberi kesedaran kepada semua ibu bapa.“Setelah masuk ke dalam bilik operasi begini ceritanya. Ibu bapa muda itu memberitahu anaknya sakit gigi di sebelah kanan atas sejak tiga hari lalu,” katanya.

Berikut kronologi pemeriksaan kanak-kanak itu:Hari pertama: Mula-mula mereka membawa ke Klinik Gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.

Doktor Klinik Gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik Syrup Amoxycillin 3 mililiter (ml) tiga kali sehari dan Syrup Paracetamol 3ml tiga kali sehari. Hari kedua: Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke Klinik Gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.

“Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus kerana beliau memberi temu janji untuk rawatan pulpotomi. Berkemungkinan temu janji doktor tersebut penuh,” tulisnya.Doktor Klinik Gigi B memberi pula ubat tambahan Syrup Metronidazole 8ml tiga kali sehari.

Selepas pulang dari klinik, muka kanak-kanak tersebut mulai bngkak. Pipi bawahnya bngkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Sampaikan tertutup mata kanan pesakit! Keadaan itu didiagnosis sebagai ‘facial cellulitis’.Jadi mungkin anda tertanya-tanya, kenapa sakit gigi boleh buat muka bngkak sebegitu rupa?

Ia kerana berlaku jangkitan pada tisu muka, selulit muka menyebabkan muka menjadi bngkak.“Antara puncanya, sering memberi makanan manis setiap pagi,” kongsi Dr Azila.Jadi, buat ibu bapa, awasi pemakanan anak-anak korang. Jangan leka, banyak padah akan menimpa.

Sedar atau tidak sudah terlalu banyak sangat mitos sampai dijadikan amalan seharian. Mengejutkan Doktor Amalina bongkarkan jawapan sebenar bagi mengelakkan salah faham masyarakat.

DALAM kehidupan sejak dulu hingga kini, banyak mitos yang wujud sehingga turut dijadikan amalan orang kita. Dengan kajian saintifik dan perubahan masa, kebanyakan mitos lama mula dilupakan dan dianggap tidak relevan. Namun, ada juga yang masih mengamalkan mitos lama pada hari ini, sebagaimana diwarisi oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Terbaharu, Dr Amalina Che Bakri turut meminta pengikut Instagram miliknya berkongsi segala mitos diketahui mereka. “Apakah mitos perubatan paling mengarut pernah anda dengar?” soalnya pada ruangan soal jawab (Q&A) menerusi Instagram Stories. Ramai warganet turut terhibur membaca mitos-mitos yang dikongsi menerusi Instagram Dr Amalina. Selain Instagram, jawapan-jawapan yang diberikan warganet turut dikongsi semula oleh warganet di Twitter sehingga menjadi tular.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab beberapa persoalan mengenai mitos yang dibangkitkan warganet. Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Antara yang meraih tumpuan, mitos dikongsi seorang individu yang mendakwa uri bayi harus ditanam bersama pen dan buku agar anak menjadi pandai. “Nasib mama saya tak buat. Kalau tak, saya dah dapat 50A SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” jawab Dr Amalina secara berseloroh.

Selain itu, seorang wanita turut bertanya jika benar dakwaan ibunya mengenai pembentukan darah beku sekiranya seseorang mencuci rambut sewaktu datang haid. Jelas Dr Amalina, ia salah sama sekali memandangkan rambut dan rahim berada pada anggota tubuh yang berbeza.

Antara mitos yang dijawab oleh Dr Amalina. “Rambut di kepala, rahim di abdomen. Tak ada kena mengena. Ini adalah mitos. “Kalau tak basuh rambut sepanjang period, kesian orang sekeliling anda. Tak mahu mereka duduk dekat dengan anda,” kata Dr Amalina. Antara mitos lain yang dikongsi warganet kepada Dr Amalina termasuklah pembentukan parut hitam sekiranya makan kicap sewaktu luka.

“Ini satu lagi. Saya tak faham macam mana timbul mitos ini ya. Nanti minum air bandung banyak-banyak, nanti parut jadi pink,” ujarnya. Dalam pada itu, ramai warganet mengakui terhibur dengan mitos-mitos yang dikongsi.- Mstar

Pengikut kata panadol yang dimakan kekal 5 tahun dalam badan. Tapi bila Dr Amalina bagi penjelasan terus jadi lain

Tweet seorang warganet yang bertanya mengenai paracetam0l yang dikongsi Dr Amalina menjadi tular. “ANDA rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Ayat tersebut secara automatik terus mengingatkan kita kepada iklan paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol di negara ini. Namun ubat yang diambil untuk membantu melegakan sakit kepala itu kec0h diperkatakan di media sosial apabila Dr Amalina berkongsi pertanyaan seorang warganet mengenai ‘mitos’ panadol di Twitternya.

Posting Dr Amalina dengan kapsyen ‘Ada follower saya bertanya: Doktor, betul ke kalau makan panadol, ia akan kekal dalam badan selama lima tahun?’ mendapat lebih 4,400 ulang kicau dan 3,900 tanda suka dalam kalangan warganet. Dr Amalina sering berkongsi ilmu perubatan dengan pengikutnya di Twitter. Pakar operasi berpangkalan di United Kingdom (UK) itu bagaimanapun menafikan dkwaan tersebut. “Panadol atau paracetam0l hanya kekal dalam badan selama selama beberapa jam sahaja.

“Panadol akan diproses oleh hati bukan buah pinggang, sebelum dikumuhkan sebagai air kncing,” katanya. Malah seorang gadis mendkwa dia dimaklumkan ubat tersebut berada di dalam badan selama lima tahun oleh guru subjek Sains di sekolahnya. “Unfortvnately, yang beritahu benda ni dulu cikgu Sains aku. Emmm,” kata Fiza. Dkwaan tersebut kata Fiza menyebabkan dia takvt untuk mengambil ubat berkenaan.

Dr Amalina menafikan ubat paracetamol kekal dalam badan manusia sehingga tempoh lima tahun. “Iyaa doktor. Masa tu kita takut-takutlah kan nak makan panadol lepas cikgu cakap macam tu. But me hmmm b3dal je. Lima tahun dalam perut pun lantaklah. “Tak tahan sangat makan je. That was back then lah. Ampunkan beliau ya semua,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *