Emosi agak terganggu engan komen negatif Michael Ang. Noraniza Idris ajak Michael Ang untuk bersemuka gara gara komen tersebut

artis

BINTANG Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris meluahkan rasa kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.

Menurut Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif warganet namun kritikan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu. Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa Dosa itu telah melukakan hati ahli keluarganya.

“Saya tidak akan baca komen negatif ditulis warganet, pihak pengurusan selalunya akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.Antara komen pedas yang dilontarkan oleh Michael Ang terhadap Noraniza Idris.

“Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya. Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.”Saya boleh terima komen negatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh menclarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya kepada mStar.

Michael sebelum ini dilihat lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta program realiti GV7 di laman Twitternya dan nama Noraniza di antara penyanyi yang sering mendapat kritikan negatif daripada pengarah tersebut.Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.

“Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau menangis (bila diri dikritik). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia! Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.”Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang? Walaupun saya tahu saya tidak la bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.

“Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia bukan warganet dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu.”Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen negatif macam itu, saya akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,” ujarnya.

Noraniza bersyukur mara ke final GV7.Sementara itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.Kata Noraniza, walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk penyanyi lama.

“Saya melihat program GV ini seperti satu akademi inisiatif untuk penyanyi-penyanyi lama sebab kami banyak belajar benda-benda baru pada setiap minggu,” katanya lagi.Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.

Selepas Ustaz Kata Tak Haram. Akhirnya Michael Ang Nekad Buat Keputusan Untuk Lakukan Benda Ini Selepas 10 Tahun Botak.

Pengarah dan penerbit, Michael Ang memaklumkan keputusan untuk menanam rambut dibuat selepas 10 tahun kepalanya ‘botak’. Menurut Michael proses menanam rambut itu berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang ketidakselesaan.

“Sebenarnya dah lama nak tanam rambut iaitu selepas rambut di bahagian atas kepala saya semakin berkurangan. Sebelum bahagian botak itu lebih luas, saya pun mengambil keputusan untuk menanam rambut. Lagipun, sekarang masa yang sesuai kerana saya sedang bercuti rehat lebih kurang seminggu di rumah sebelum memulakan penggambaran drama baru. Proses menanam rambut mengambil masa selama 10 jam dan saya buat selepas diberi jaminan ia tidak menyakitkan. Ternyata ia tidak menyakitkan dan tiada rasa tidak selesa. Malah rupa saya pun tak berubah seperti selebriti lain yang pernah melakukan rawatan ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Terdahulu, Michael memuat naik sekeping foto yang menunjukkan bahagian kepalanya yang telah ditanam semula rambut. Kata Michael lagi, sebagai seorang yang beragama Islam dia ada meminta nasihat seorang ustaz mengenai hukum menanam rambut. Saya bersetuju untuk melakukan rawatan ini selepas ustaz itu memberitahu ia tidak haram dan dibenarkan. Rawatan yang saya lakukan tidak haram kerana saya hanya menanam rambut saya sendiri yang dicabut dari bahagian belakang kepala,” jelasnya. Michael berharap rawatan tersebut menjadi dan seperti yang dijanjikan ia akan menampakkan hasilnya dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

“Saya difahamkan, selepas sebulan rambut saya akan tumbuh dan rambut yang ditanam itu akan gugur sebelum tumbuh rambut baru dalam masa 6 bulan lagi. Siapa tak nak nampak sempurna, saya harap selepas setahun saya sudah boleh dapatkan rambut yang tumbuh sekata dan normal,” tambahnya lagi. Mengenai perkembangan lain, Michal bakal memulakan penggambaran pada 9 Disember ini untuk Mega Drama di Astro Ria berujudul Love Elsa.

Michael Ang Marah Apabila Warganet Kerap Berkata Sesuatu Ini Sehinggakan Sanggup Direct Message. Dia Akui Dia Suka Berkongsi Gambar OOTD Di Laman Sosialnya.

Pengarah Michael Ang meluahkan rasa marah apabila warganet mempersoal tindakannya yang gemar berkongsi gambar-gambar outfit of the day (OOTD) yang dipakainya di media sosial. Menurut Michael, dia menerima banyak mesej peribadi daripada warganet di media sosialnya memintanya untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah terutamanya melakukan amal jariah kepada golongan yang terkesan ketika pandemik Covid-19 ini.

“Aku stres dengan korang, aku tak faham apa yang korang nak. Sekarang aku mula suka post OOTD sebab aku tak ada benda nak post. Takkan hari-hari nak post di set tengah penggambaran, jadi post benda lain. Korang mula DM aku, kata tahulah aku mampulah, daripada tayang aku punya OOTD, baik aku pergi dermalah,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.

Menurut Michael lagi, tiada sebab untuk dirinya menayangkan segala bentuk kebajikan yang dilakukan selama ini. “Takkan kita nak menderma pun kita nak tunjuk pada orang. Nak tunjuk aku pergi rumah anak yatim? Korang nak aku tunjuk paparan tangkap layar orang yang hutang aku tapi tak boleh bayar balik sebab tak dapat kerja dan aku kata okay. Nak tunjuk aku ni baik? Kalau nak derma itu antara dengan Allah. Kalau betul ikhlas, betul xde maknanya nak post kat Instagram beritahu korang semua. Apa masalah korang?” katanya.

Menurut Michael lagi, dia memohon agar orang ramai tidak memperlekeh seseorang hanya kerana tidak melihat kebaikan seseorang di media sosial,”Sudah-sudahlah korang nak jadi alim sangat, nak masuk di Intagram, DM. Derma tak derma itu hidup aku. Korang ingat korang bagus sangat? Korang yang cakap tu korang buat derma ke? Kita buat derma pun kita tak nak beritahu oranglah. Buat apa nak tunjuk, nak riak. Get a life!” pesannya.

Video yang dimuat naik di Instagram TV itu sudah mencatat lebih 61,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan Michael. Bahkan, meminta agar dirinya tidak mengendahkan sebarang kritikan sedemikian.

“Mike, henti layan benda-benda macam ni, takkan habis dan anda yang jadi gila nanti, kesian awak. Sabar Mike, cubaan…ramai mata merah pasal kay mampu mereka tidak, tu pasal iri hati  dah timbul mereka ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Michael Ang Pernah Fikirkan Covid-19 Ni Adalah Propa. Akhirnya Disebabkan Ini Baru Dia Percaya.

Pengarah dan pelakon popular Michael Ang mengakui dirinya salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu. Sehubungan itu, Michael bertindak segera dengan menjalani ujian calit di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, Michael bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus yang boleh membawa maut tersebut selepas memperolehi keputusan pada Isnin. Berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG), Michael turut menyampaikan pesanan kepada semua pengikutnya terutama penonton video yang dimuat naik. Michael berkata, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid-19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun pandangan tersebut berubah.

Ini Yang Terakhir. Lepas Uqasha Senrose Buat Perkongsian Macam Tu. Ini Reaksi Mengejut Dari Michael Ang Buat Warganet Terkedu.

Ini yang terakhir. Lepas Uqasha Senrose buat perkongsian macam tu. Ini reaksi mengejut dari Michael Ang buat warganet terkedu. Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya berpeluang untuk bersolat jemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set pengambaran. Menurut Michael, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman seperti ini dan dia turut berterima kasih kepada pelakon, Uqasha Senrose kerana merialisasikan perkara tersebut.

“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama sama. “Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yg semua Tiba-tiba nak solat berjemaah! “Tq so much @uqashasenrose2 u memang power,” tulisnya. Dalam pada itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal agama terutamanya melibatkan para selebriti dan krew disebalik tabir. “Anyway pada u all yang selalu anggap kita orang dalam industri ni bukan-bukan, jangan la cepat menghukum iman setiap manusia ada antara dia dan Allah.

“Luv u all n stay safe! Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!,” katanya lagi. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya. Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis memuji usaha murni Micheal bersama anak-anak buahnya itu.

Terdahulu, Michael kini sibuk mengarahkan drama terbaru berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang menampil Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai peneraju utama. Sumber: Instagram Michael Ang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Tengah Hangat Bercinta Dengan Kamal Adli. Akhirnya Uqasha Senrose Tampil Buka Mulut Bongkarkan Status Dirinya Dengan Kamal Buat Warganet Teruja.

Ramai di kalangan peminat-peminat yang ingin melihat Uqasha Senrose dan Kamal Adli bercinta selepas melihat keserasian gandingan mereka dalam drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad’ yang kini sedang ditayangkan. Namun, bagi Uqasha, perkara berkaitan soal hati tidak boleh dipaksa, tambahan pula ketika ini, dia mahu memberikan fokus terlebih dulu kepada kerjaya.

“Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya,” katanya.

Uqasha yang membawa watak Nawal dalam drama itu bagaimanapun, mengakui selesa bergandingan dengan Kamal yang pada matanya tenang dan kelakar: “Banyak yang saya belajar daripada Kamal, terutama mengenai lakonan. Berbanding saya, dia lebih berpengalaman dalam selok-belok lakonan. Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran.

“Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat dan penonton dapat menilainya menerusi persembahan kita di skrin televisyen,” ujarnya.

Sementara itu, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose pada April lalu, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh: “Sudah jodoh dia berkahwin pada usia muda dan pilihan itu terbaik untuknya. Pada usia 26 tahun, saya rasa masih lagi awal untuk mendirikan rumah tangga.

“Untuk apa memaksa diri jika masih belum bersedia. Saya gembira dengan kehidupan Nelydia yang semakin teratur. Soal lambat atau cepat bertemu jodoh, saya serahkan kepada takdir. Saya tidak mahu mendesak diri hanya kerana memenuhi permintaan orang lain,” tuturnya.

Apapun, jika benar mereka ada hubungan istimewa, tak salah kalau mereka berdua bercinta sebab masing-masing pun single kan. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : myartis.com

Uqasha Senrose baiki kelemahan diri

SEBELUM dunia hiburan ‘kecoh’ dengan keputusan pelakon Emma Maembong tidak lagi bertudung, pelakon jelita Uqasha Senrose, 26, juga pernah melakukan perkara sama. Pada 2013, Uqasha pernah bertudung namun hanya sempat ‘bertahan’ hingga Ogos 2016 saja.

Namun ketika mengerjakan umrah Disember tahun lalu, pelakon ini pernah menyatakan hasrat kembali bertudung sebaik pulang dari umrah. “Saya pernah dari tidak bertudung, kemudian bertudung dan kembali tidak bertudung. Saya tidak mahu membuat keputusan drastik yang boleh membuatkan masyarakat terus bercakap perkara buruk mengenai saya.

“Kita sendiri tahu bertudung itu untuk apa iaitu antara kita dengan Tuhan. Ia bukan untuk dapatkan perhatian orang. Bagi saya, kalau mahu membuat keputusan (kembali bertudung), saya mahu lakukan selepas betul-betul berfikir panjang,” katanya.

Uqasha berpendapat biarlah keputusannya untuk kembali bertudung datang daripada hatinya yang tulus ikhlas. Pun begitu, dia sedar bertudung adalah wajib bagi wanita Islam yang sudah mencapai akil baligh dan berakal, cuma pada masa ini dia mahu melakukan kewajipan itu tanpa terburu-buru.

Katanya, dia tidak mahu memaksa diri kerana beranggapan walaupun sudah memakai tudung, bimbang tidak seiring dengan sikap. “Saya tidak mahu paksa diri. Pakai (tudung) itu sudah betul tapi perbuatan kita tidak betul. Saya tidak mahu perkara begitu berlaku. Saya mahu biarlah tindakan itu seiring.

“Saya akui sebelum ini saya bertudung disebabkan situasi, ditambah pula sedang bersedih dan masih muda, keputusan dibuat agak terburu-buru. “Apabila saya tidak bertudung, saya dapat melihat kekhilafan saya sebelum ini dan perbetulkan diri sedikit demi sedikit,” katanya.

Uqasha berkata, andai ditakdirkan dia betul-betul sudah berada di ‘landasan betul’ dan ditambah pula kebaikan pahala dengan bertudung, Insya-Allah dia akan lakukan sepenuh hati. Cuma buat masa ini, dia selesa dengan keadaan dan fokus pada kerja serta perbaiki kelemahan lain yang ada. Baginya, hidayah itu milik Allah dan pasti akan diberikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki pada bila-bila masa saja.

Lebih tenang lepas balik umrah

Bercerita mengenai pengalaman mengerjakan umrah, Uqasha akui dia dikurniakan rezeki melimpah ruah dari segi tawaran berlakon, pengacaraan dan kini menjadi duta produk kecantikan minggu lalu. “Banyak perkara saya doakan ketika umrah lalu Allah makbulkan.

Perasaan saya, segala rezeki yang saya terima lebih berkat dan apa yang saya buat sekarang ini nampak lebih teratur serta dipermudahkan. Ditambah pula dengan panduan daripada ibu bapa, segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Tanpa berselindung, Uqasha berpendapat perkara paling penting sebaik saja pulang dari Tanah Suci adalah rasa lebih tenang. “Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa lapang dada dan ibadah juga dipermudahkan kami sekeluarga. “Sebak itu pastilah ada. Saya berharap dapat melakukan umrah setiap tahun. Insya-Allah akan ke sana sekali lagi sebelum Ramadan tahun ini bersama keluarga,” katanya.

Setiap ujian berbeza

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Uqasha tidak menyalahkan pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan Emma mengenai kisah dia kembali tidak bertudung itu.. “Ia adalah lumrah, saya tidak boleh hentikan tapi sejauh mana mereka ini kaitkan perkara itu penting bagi saya. Asalkan jangan sampai memudaratkan perasaan orang lain dan saya.

“Dosa setiap manusia itu berbeza dan saya ada bahagian saya sendiri. Allah bagi dugaan dan ujian berbeza dengan orang lain, jadi janganlah samakan,” katanya. Dia bagaimana pun akui sekiranya tidak mengambil tahu ‘cakap-cakap’ orang, dia tidak akan terkesan dan seandainya dia membaca komentar warganet dan mengambil hati kritikan mereka, pastinya hati akan panas.

Tapi dia berpendapat sampai bila dia perlu ada perasaan marah, jadi lebih baik untuknya tidak mengambil tahu mengenai kritikan warganet. “Orang yang berfikiran terbuka, terpelajar dan berilmu tidak akan kaitkan dengan isu ini, sebab tahu setiap manusia ada ujian dan cabaran berbeza.

“Allah akan uji mengikut kekuatan kita, jadi lebih baik ‘husnuzon’ saja,” katanya. Pun begitu, sebagai manusia dia selalu beringat dan perlu teguran orang luar kerana ia adalah peringatan untuk dirinya yang mungkin terlupa. Baginya, ini mungkin cara Allah untuk sampaikan kepadanya agar perlahankan sikap yang mungkin memberi kesan tidak baik kepada diri dan orang sekeliling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *