Aksi mesra penyanyi Lan Solo berpelukan dengan Zetty Rashid mengundang kritikan warganet. Akhirnya Lan Solo dedah hubungannya dengan Zetty Rashid

artis

VIDEO yang memperlihatkan aksi mesra penyanyi Lan Solo berpelukan dengan peserta rookie program Vokal Mania iaitu Zetty Rashid mengundang kritikan warganet di laman sosial.Rata-rata warganet menyifatkan aksi mesra Lan dan Zetty yang ditunjukkan di laman sosial itu sebagai tidak manis.

Bagaimanapun, Zetty, 26, menegaskan penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu sememangnya abangnya namun enggan berkongsi lebih lanjut kerana beranggapan ia sesuatu yang terlalu privasi.Zetty menjelaskan Lan adalah abangnya.“Setakat ini, apa yang saya boleh jelaskan kami memang abang dan adik. Tapi saya tak boleh nak bercerita lebih lanjut lagi mengenai hubungan kami.

“Bukan saya tak nak kongsikan tapi ada benda yang melibatkan keluarga ini perlu disimpan dan menjadi privasi antara kami.”Untuk saya dan abang Lan, kami tak ada masalah atau isu yang besar. Biarlah orang luar tahu dia abang saya dan saya adik dia,” kata Zetty kepada mStar.

Video dan beberapa foto yang dimuat naik Zetty dan Lan berpelukan di Instagram masing-masing mendapat perhatian warganet yang keliru dengan hubungan mereka.Aksi tersebut dirakam selepas mereka selesai membuat persembahan di pentas Vokal Mania yang berlangsung pada malam, Ahad.

Dalam pada itu, Zetty yang juga seorang penyanyi memberitahu dia dan Lan sudah menjangkakan warganet akan membuat spekulasi terhadap mereka.Menurut penyanyi lagu Terpulanglah ini, isteri kepada Lan iaitu Nur Sheila Hassim juga sudah mengetahui hubungan mereka berdua sebelum menjadi isteri penyanyi itu lagi.

Zetty memberitahu isteri Lan turut mengetahui hubungan mereka berdua.“Sebenarnya saya dan abang Lan dah dapat agak warganet mesti akan buat spekulasi. Tapi tak apa, kami tak kisah sekiranya mereka nak fikir yang bukan-bukan.”Sebab kalau kita jelaskan pun, mereka tetap akan persoalkan semula dan ada saja yang tak kena. Tapi sebenarnya kalau kaji betul-betul, mesti kenal kami adik-beradik.”Ada yang memang kenal saya, mereka tak bercakap apa-apa sebab tahu pertalian kami. Malah, isteri abang Lan pun tahu siapa saya sebelum mereka berkahwin,” ujarnya.

“Bukan mahu cetus provokasi”- Lan Solo tubuh Kristal X bantu ekonomi rakan-rakan

SELEPAS membuat keputusan untuk bergerak secara solo, bekas vokalis kumpulan Kristal iaitu Lan menubuhkan kumpulan baharu yang diberi nama Kristal X.Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof berkata, Kristal X yang ditubahkan itu terdiri daripada anggota asal kumpulan Kristal iaitu Ainul dan Ezal.

“Tujuan saya mewujudkan Kristal X ini adalah untuk menambah baik ekonomi kawan-kawan saya sendiri. Saya dah kenal dengan mereka beberapa tahun tapi tak nak saya seorang je yang maju ke hadapan.“Selain daripada itu kita tak terlalu terikat dengan komitmen. Contohnya kalau tiba-tiba Ezal ada persembahan di sana, pergi dulu sebab Kristal X tidak mengapa kerana konsep kita adalah cari makan, siapa ada rezeki lebih… pergi,” ujarnya kepada mStar.

Lan bersama ahli kumpulan Kristal X.Penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video baharu Seragam Hitam versi 2020 di Red Box The Gardens pada Isnin.Dalam pada itu Lan juga memberitahu bahawa penubuhan kumpulan Kristal X tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi kepada mana-mana pihak.“Memang tidak pernah ada tujuan untuk provok, cuma kalau bersaing memang perlu untuk kita terus maju ke hadapan.“Dan saya percaya rezeki sudah diatur oleh Allah,” ujarnya.

Pada Januari 2018, Lan mendedahkan hubungannya dengan beberapa ahli kumpulan Kristal bermasalah selepas dia mengambil keputusan untuk menyertai Gegar Vaganza musim 4.Sementara itu, Lan berkata, buat masa ini, Kristal X akan menyanyikan semula lagu-lagu lama yang pernah dipopularkan bersama kumpulan Kristal dahulu.

“Perancangan itu memang ada, cuma untuk kemunculan semula ini kita nak throwback dulu. Itu yang kita keluarkan lagu Seragam Hitam Versi 2020.“Lagu itu sangat bermakna kepada kami kerana lagu itulah yang memperkenalkan kami dalam industri,” katanya lagi.Tags/Kata Kunci:

Lan Solo terpaksa sekat semua anggota Kristal di laman sosialnya

PENYANYI Lan Solo mengakui dia telah menyekat kesemua ahli kumpulan Kristal di laman sosial miliknya sejak minggu kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) lalu.an atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, 34, berkata, ketika itu dia ingin memberi tumpuan kepada program tersebut dan selain mahu menghindari daripada perkara-perkara negatif.

“Sebenarnya cerita ni dah lama. Saya pun tidak ada niat nak perbesarkan dan tak perlu pun nak perbesarkan isu ni. Saya mula menyekat IG (Instagram) mereka pada minggu kelima GV4.”Bukan sebab saya marah tapi ketika itu ada la rasa kecewa. Tapi sebab saya nak fokus pada perjalanan dalam GV, saya nak cuba hindarkan anasir negatif jadi saya buat la macam tu.

“Tapi saya tak sekat IG band, hanya sekat laman sosial individu sahaja. Sebab saya tidak mahu tahu perkara-perkara negatif yang mereka lemparkan ketika itu,” katanya kepada mStar Online.Lan diminta mengulas mengenai kenyataan Rody yang mengatakan mereka tidak lagi berhubung dan dia telah menyekat semua anggota kumpulan Kristal di laman sosial.

Penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini ditemui ketika sidang media Konsert Retro di Selasar Pualam, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.Dalam pada itu, Lan menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka sudah berbaik semula namun mengatakan masing-masing membawa haluan sendiri.

Menurut Lan, dia sebenarnya enggan mengulas perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan beranggapan tindakan menyekat itu adalah haknya.”Kalau ikutkan, saya tak pernah keluarkan kenyataan kata kami sudah berbaik semula. Tapi saya ada katakan yang kami sudah mengambil haluan masing-masing sahaja.

“Tapi sebenarnya saya tak nak panjangkan isu ini. Nanti mengeruhkan lagi keadaan kalau saya bagi lagi kenyataan.”Bagi saya, itu hak saya dan IG ni tempat untuk saya berkomunikasi dengan peminat. Perkongsian saya lebih kepada perkara positif sahaja,” ujarnya.Tags/Kata Kunci:

“18 Tahun Dilayan Seperti Tunggul Kayu” – Lan

PENYANYI Lan meluahkan rasa terkilan apabila dia dilayan seperti orang asing sepanjang 18 tahun bersama kumpulan Kristal.Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, berkata ahli kumpulan tersebut tidak pernah berbincang dengannya mengenai apa jua hal membabitkan kumpulan Kristal.

“Saya mengakui tidak pernah berbincang dengan mereka mengenai penyertaan dalam Gegar Vaganza tapi jangan tak tahu mereka juga tidak pernah memanggil saya jika ingin membuat sesuatu keputusan membabitkan kumpulan.”Saya tak pernah tahu tentang apa-apa program luar membabitkan ahli kumpulan ini. Sudah menjadi kebiasaan saya tidak diberitahu terlebih dahulu.

“Saya seperti tunggul kayu yang tak perlu tahu tentang kumpulan ini.,” katanya kepada mStar Online.Lan memberi kenyataan balas selepas selesai persembahan pada minggu kelima Gegar Vaganza.Lan ditemui selepas sidang media Konsert GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam sidang media berkenaan, Lan turut mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Kristal.Ditanya sama ada akan kembali menyertai Kristal, Lan berkata setelah apa yang berlaku dia sudah tawar hati.”Dia mahu saya rehat, jadi biarlah saya rehat. Saya dah tawar hati dengan kumpulan ini. Sejujurnya, saya berat hati untuk melepaskan Kristal, 18 tahun saya bersama mereka.

“Bagaimanapun, saya rasakan ini keputusan terbaik dan percaya pada rezeki,” ujarnya.Foto dan Status yang dimuat naik Rody mendapat perhatian netizen. Terdahulu, pemain gitar kumpulan itu, Rody melalui laman Instagramnya memuat naik status mengatakan kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka dan akan melakukan uji bakat untuk mencari penyanyi baru.

Malah, Rody juga mendoakan Lan berjaya menjadi penyanyi solo seperti yang diinginkan dan dia bersama rakan lain akan memperjuangkan kumpulan tersebut.Rody mewakili anggota kumpulannya berkongsi entri tersebut selepas Lan meluahkan hasratnya untuk mengembangkan kerjaya solo, selain enggan tertumpu pada genre rock.

Lan juga didakwa tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka untuk menyertai program tersebut.Selain Lan dan Rody atau nama sebenarnya Muhamad Rodi Baharudin, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).Tags/Kata Kunci:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *