Tak sangka dapat pelanggan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Penjual ini tersentuh dengan sikap anak cilik ini sanggup tempah belon sempena ulangtahun perkahwinan ibu bapanya

Viral

Kisah adik Nur Kamila yang mengumpul duit sendiri untuk menempah belon sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya membuat seorang penjual belon tersentuh.BERTUAHNYA ibu bapa jika dikurniakan anak-anak yang pandai menghargai dan sentiasa cuba membahagiakan mereka.

Apa jua pemberian atau hadiah daripada si anak sebagai tanda penghargaan bukanlah ukuran, namun apa yang penting adalah kesungguhan yang ditunjukkan bagi membuktikan kasih sayang kepada orang tua.Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang penjual belon ini mengenai seorang pelanggannya yang menempah belon untuk dihadiahkan sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

Namun apa yang menyentuh hati lelaki ini, pelanggannya itu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang membuat tempahan belon sebagai kejutan kepada ibu bapa dan menggunakan wang tabungan sendiri.Berkongsi cerita dengan mStar, Dzulhazry Zainal Abidin berkata segala-galanya bermula apabila dia menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp daripada seseorang yang bertanyakan mengenai pakej perkhidmatan belonnya.

Pelanggan cilik berkenaan membuat tempahan belon dari Dzulhazry sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya.“Mula-mula ada orang survey, dan bertanya kepada saya sama ada boleh membuat penghantaran tempahan belon menerusi kaedah pembayaran sewaktu penghantaran (COD). Sebagai seller, saya tak terima sebab pernah alami pengalaman dit1pu pelanggan.

“Kemudian dia terus terang dan beritahu, dia sekadar bertanya bagi pihak rakannya. Katanya, dia dan rakan tak ada perbankan dalam talian (online).”Kemudian saya berhubung secara terus dengan rakannya itu dan saya minta dia isikan beberapa butiran. Pada ruangan kata-kata yang hendak ditulis di atas belon, dia minta tulis ‘Happy Anniversary Mama dan Papa.

Antara perkhidmatan dekorasi belon yang disediakan oleh Ballonism25, perniagaan milik Dzulhazry.“Saya fikir mungkin pelanggan ini tak tipu. Bila tiba hari penghantaran, saya sebenarnya masih ragu-ragu tapi pasrah saja walaupun jarak agak jauh iaitu dari Gombak ke Puchong. Bila sampai di alamat yang diberi, memang betul… ada seorang kanak-kanak tunggu di depan pagar rumah,” cerita lelaki berusia 31 tahun ini.Menurut Dulhazry, dia sempat membuat rakaman ketika melakukan penghantaran kepada pelanggan ciliknya yang bernama Nur Kamila.

“Ketika dia keluar sebentar untuk ambil belon, ibu bapanya tak tahu. Selepas itu, saya minta dia hantar gambar ibu bapanya sewaktu dapat belon.”Apabila ditanya dari mana datangnya wang untuk membeli belon jenis hot air ballon itu, dia kata ia wang yang dikumpul sendiri.”Bagi saya, jumlah RM80 itu bukan jumlah yang kecil. Belum lagi kos penghantaran yang kalau dicampur semuanya hampir RM150.


Dzulhazry tampil dengan idea kreatifnya sendiri ketika melakukan dekorasi sebagaimana kehendak pelanggan.“Disebabkan terharu dengan kesungguhan adik Nur Kamila, saya berbesar hati memberi diskaun kepadanya,” katanya yang juga pengasas syarikat berasaskan dekorasi parti, Ballonism25.

Bercerita lebih lanjut, Dzulhazry berkata kisah pelanggan ciliknya itu merupakan antara yang menyentuh hatinya sepanjang lapan tahun terlibat dalam bidang dekorasi.Dzulhazry (kanan, depan) sudah berkecimpung selama lapan tahun dalam bidang dekorasi.

“Kisah adik Nur Kamila ini antara salah satu yang menyentuh hati saya. Dia sedaya upaya nak gembirakan ibu bapa dan sanggup kumpul duit sendiri.”Dari satu segi, ia menunjukkan bahawa didikan ibu bapanya sangat bagus sehingga adik ni nak hargai ibu bapanya. Walaupun mula-mula saya ragu-ragu, rupa-rupanya ada hikmah yang Allah nak tunjuk,” katanya lagi.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *