Ingatkan nak buat tempahan kek rupanya ini sebenarnya tujuan dia. Tak sangka detik perkenalan pasangan ini yang bermula dengan pesanan mesej berakhir di jenjang pelamin

Viral

DISANGKA pelanggan yang ingin membuat tempahan kek, rupa-rupanya si pengirim mesej merupakan kiriman jodoh daripada Tuhan.Begitulah detik perkenalan pasangan ini yang bermula di media sosial yang kemudiannya berakhir di jenjang pelamin.

Segala-galanya bermula dengan tindakan berani si jejaka yang menghantar mesej menerusi Direct Message (DM) kepada wanita idamannya di Twitter dan meluahkan hasratnya untuk berkenalan.”Assalamualaikum. Hi, saya minta maaf sangat kalau cara berhubung macam ni nampak tak berapa proper especially from someone yang kita tak kenal. But staring at your profile won’t start a conversation. Dan saya ikhlas untuk berkenalan dan berkawan. So, hi!” demikian mesej yang dihantar si jejaka berkenaan.

Paparan tngkap layar mesej berkenaan yang dimuat naik bersama perkongsian di Twitter itu sehingga kini meraih sehingga 4,500 retweet.Berkongsi cerita dengan mStar, Farah izzati Yaacob berkata, dia sendiri tidak menyangka menerima salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali menerusi media sosial.

Posting Farah Izzati mengenai perkenalannya dengan suami meraih perhatian di Twitter.“Masa dapat mesej tu awal Mei, ketika bulan Ramadan. Mula-mula ingat pelanggan nak buat tempahan, tapi selepas baca kali kedua, rasa terkejut juga. Tapi saya tak terus balas sebaliknya ambil masa juga selepas scroll akaun dia,” katanya yang merupakan ‘home-baker’ sepenuh masa.

Menurut wanita ini, selepas beberapa minggu berkenalan di media sosial, dia dan suami, Muhammad Azlan Mansor bertemu buat kali pertama pada 3 Syawal di sebuah restoran di Petaling Jaya.”Masa mula-mula tu janggal juga sebab masing-masing tak kenal, tapi bila dah mula berbual, ada keserasian dan rupa-rupanya kami sekepala.

“Sebulan berkenalan, dia beranikan untuk melamar selepas dia suarakan kepada ibu bapanya. Kemudian kami jumpa keluarga masing-masing dan Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Kami bertunang pada 8 Ogos,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Pasangan ini diijabkabulkan selepas kira-kira enam bulan mengenali hati budi.Pasangan ini akhirnya selamat diijabkabulkan pada 30 November lalu dalam majlis yang sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) memandangkan Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Bercerita lebih lanjut, Farah Izzati berkata postingnya di laman Twitter itu adalah sekadar untuk berkongsi detik-detik perkenalan bersama suami dengan rakan-rakannya.

“Tak sangka pula tular.. Alhamdulillah ramai yang beri komen positif dan mendoakan rumah tangga kami. Tapi ada juga komen daripada warganet yang kata mereka pun selalu terima DM, tapi mereka tak mahu layan.”Bagi saya, tak salah pun kalau cara pendekatannya ikhlas untuk berkawan. Kalau tak ke fasa seterusnya pun, masih boleh berkawan dan mungkin dia potential customer saya,” katanya yang menetap di Subang Jaya.

Sementara itu, bagi Muhammad Azlan, tidak salah sekiranya seseorangn lelaki berterus terang untuk berkenalan asalkan dengan niat yang ikhlas. Farah Izzati merupakan seorang ‘home-baker’ sepenuh masa yang menjalankan perniagaan secara online menerusi Instagram dan Twitter, Cakeendorphin.

“Niat asalnya untuk berkawan, kalau semua berjalan lancar… mudah-mudahan ke fasa seterusnya. Kalau tak jadi, boleh saja teruskan sebagai kawan.”Sekurang-kurangnya saya mencuba dan Alhamdulillah, hubungan kami ke jenjang pelamin. Saya beranikan diri untuk mulakan langkah kerana rasa tertarik kepadanya walau hanya tengok gambar profil.”Semakin lama kami serasi dan saya rasa sudah temui teman hidup. Kini kami masih lagi belajar mengenali diri masing-masing. Apa pun, apa yang paling penting adalah restu ibu bapa,” katanya lagi.

Sanggup Bakal Suami Batalkan Kahwin 3 Minggu Sebelum Majlis. Wanita Ini Tabah Lakukan Photoshoot Seorang Diri.

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Kita sebagai hambaNya harus akur dan reda mendepani ujian tersebut. Seperti perkongsian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Lightviewsg di Facebook, menceritakan kisah sedih apabila pelanggannya (pengantin perempuan) tetap meneruskan photoshoot perkahwinan walaupun tanpa kehadiran suami di sisi. Kisah ini terjadi di Singapura. Tabahnya awak!

Wanita kuat!

Foto: Lightviewsg

” Ini merupakan pengalaman pertama bagi kami. Paling sedih bila pengantin perempuan datang cerita bahawa perkahwinannya terpaksa dibatalkan. Hal ini disebabkan, pengantin lelaki yang bertindak membatalkan majis tersebut, tiga minggu sebelum majis diadakan. Walaupun sedih dengan perkara tersebut, Shasha tetap kuat dan masih mahu melakukan weeding photoshoot walaupon berseorangan. #MungkinBukanHariIni. Menerusi status di Facebook, jurugambar itu menceritakan kisah yang agak sedih apabila pengantin lelaki secara tiba-tiba bertindak membatalkan majlis perkahwinannya. Perkara tersebut diputuskan tiga minggu sebelum majis itu berlangsung. Namun, pengantin perempuan tetap kuat menghadapi ‘dugaan’ tersebut dan melakukan photoshoot secara berseorangan.

Beri inspirasi

Foto: Lightviewsg

Menerusi laporan MustShareNews, tindakan Shasha dipuji ramai kerana berjaya mengatasi kekecewaan berikutan pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Kisah tersebut juga sepatutnya dijadikan inspirasi kepada wanita-wanita lain supaya tidak berputus asa dalam sesebuah perhubungan. Tambahan pula, Shasha dilihat sebagai seorang yang sangat positif kerana ‘kuat’ menghadapi ujian tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang akan bertindak membatalkan sesi photoshoot bersama jurugambar tersebut, namun tidak bagi Shasha.

Awak berhak orang yang lebih baik

Perkongsian tersebut telah dikongsi sebanyak 1.7k dan meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan supaya Shasha terus kuat dan dipertemukan jodoh yang jauh lebih baik daripada sebelum ini

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *