Dilaporkan dua minggu lagi boleh mohon i Sinar. KWSP tampil jawan tiga persoalan pemohon wajib tahu bagi menjelaskan semuanya

berita

Terbaru, Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas melibatkan lapan juta pencarum yang bakal menerima manfaat.  Ia sekaligus menaikkan had pengeluaran i-Sinar daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Program i-Sinar yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang telah pertama dilancarkan KWSP pada Mac 2020.  Kerajaan berharap pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban aliran tunai, tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa.Kemudahan i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP melalui dua kategori yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.

KATEGORI 1.Membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 itu adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

KATEGORI 2.Bagi Kategori 2 pula, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:Masih aktif,Milik anda,Bukan akaun bersama

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Manfaat i-Sinar kepada pencarum yang anda perlu tahu.Program i-Sinar adalah pilihan terbaik kepada golongan bersasar bagi membantu mereka meneruskan kehidupan ketika pasca pandemik.  Program ini dicadangkan kerajaan bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.

Insentif ini mewujudkan bantuan wang dalam jangka masa sederhana melalui simpanan KWSP bagi meringkan beban mereka yang kehilangan pekerjaan dan berdepan masalah besar dalam aliran tunai.

Pun begitu, sekiranya anda memilih untuk tidak menggunakan simpanan anda melalui program i-Sinar ini, KWSP akan mempunyai lebih banyak wang untuk pelaburan yang akan memberi kebaikan kepada kita dari segi dividen pada masa depan.

Inisiatif program KWSP yang lain.Berhadap dengan situasi pandemik yang mencabar, selain program i-Sinar, KWSP juga melaksanakan beberapa program lain demi memastikan setiap pihak mendapat perlindungan yang sama.

eCap untuk majikan terjejas .Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik global.

e-CAP memberi fleksibiliti kepada majikan yang layak, memilih untuk membuat permohonan penangguhan dan penstrukturan semula caruman majikan. Kemudahan e-CAP melengkapkan beberapa inisiatif lain yang dilancarkan oleh KWSP bagi membantu ahli, mengekalkan mata pencarian mereka serta memberi sokongan kepada perniagaan.

Ia merangkumi inisiatif pengurangan bayaran caruman syer pekerja daripada 11 peratus kepada tujuh peratus, pengeluaran simpanan dalam Akaun 2 iaitu Pengeluaran i-Lestari dan pelanjutan tempoh untuk majikan membayar caruman syer majikan.

iSuri untuk suri rumah.Insentif iSuri KWSP yang diperkenalkan pada 2018, kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan pemergian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).  Insentif ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP sehingga RM2,500.

Faedah i-Suri:Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya,Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menerima dividen tahunan KWSP,Bantuan pemergian: RM2,500,Bantuan hilang upaya,iLestari pengeluaran akaun 2.Bagi meringankan beban kewangan rakyat di kala wabak COVID-19, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka untuk tempoh 12 bulan.

Pencarum dibolehkan membuat permohonan melalui aplikasi i-Akaun, emel dan serahan pos.  Amaun sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dibenarkan dan jika simpanan akaun 2 adalan kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.Untuk maklumat lanjut layari https://www.kwsp.gov.my/

Rata Rata Kecewa Dengan Syarat I-Sinar Dikatakan Menyusahkan Dan Sukar. Ini Penjelasan KWSP Yang Ramai Rakyat Tak Tahu Dan Harap Semua Maklum

BERIKUTAN pelbagai persoalan timbul daripada masyarakat mengenai kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi itu tampil memberikan jawapan demi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan terjejas.

Soalan (S): Bagaimanakah KWSP menetapkan mekanisme dan kriteria i-Sinar?Jawapan (J): Perincian i-Sinar ditetapkan berikutan perbincangan rapat dan berterusan selama beberapa bulan berserta perundingan dengan pihak berkepentingan utama dari sektor awam dan swasta, termasuk Kementerian Kewangan.

Kriteria dan mekanisme itu ditetapkan selepas mempertimbangkan keutamaan keperluan harian dalam menghadapi cabaran COVID-19 serta mengimbangi mandat KWSP untuk melindungi simpanan ahli untuk persaraan mereka pada masa hadapan.

Bantuan i-Sinar ini juga dipertimbangkan dalam konteks bantuan yang sudah disumbang KWSP sejak Mac lalu dan juga bantuan lain.Kerajaan melalui pakej rancangan ekonomi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin), bertujuan mengurangkan beban aliran tunai serta tanggungan individu dan isi rumah.

S: Ahli KWSP rata-rata kecewa dengan syarat i-Sinar dikatakan menyusahkan dan sukar. Komen KWSP?J: i-Sinar tidak bersyarat dan apa dicirikan adalah kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada KWSP yang akan membolehkan proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.ADVERTISING

Proses pengesahan diperlukan untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran i-Sinar secara haram oleh pihak ketiga.Ahli memenuhi kriteria, permohonannya akan diluluskan secara automatik. Permohonan ahli juga dibuat dalam talian hanya memerlukan pengesahan amaun maksimum sahaja. Permohonan bermula daripada 21 Disember.

Kategori 1 adalah untuk ahli tiada caruman untuk dua bulan berturut-turut ketika permohonan dibuat, suri rumah dan ahli yang lama tidak mencarum dengan data dalaman KWSP digunakan untuk mengesahkan perkara ini.Kategori ini juga dibuka kepada ahli bekerja sendiri dan dalam sektor ekonomi gig. Oleh itu, tiada keperluan untuk mereka memberi dokumen sokongan ketika permohonan.

Kategori 2 pula adalah untuk mereka mengalami penurunan pendapatan tetapi tiada cara untuk KWSP mengesahkan kedudukan mereka tanpa dokumen sokongan. KWSP hanya dapat mengesan pengurangan gaji pokok (melalui caruman) tetapi tidak dapat mengesan pengurangan pada elaun, gaji bekerja lebih masa dan lain-lain.Disebabkan setiap situasi ahli adalah unik, kategori 2 memberi ruang untuk KWSP mempertimbangkan situasi ahli berdasarkan dokumen sokongan. Mereka hanya perlu memohon secara dalam talian.

S: Mengapakah KWSP tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar bagi mereka yang memohon i-Lestari?J: Situasi ketika KWSP melancarkan i-Lestari dan i-Sinar sangat berbeza, negara berada dalam situasi berlainan ketika itu dan pada masa sekarang.Aktiviti ekonomi terhenti sepanjang tempoh PKP (mulai Mac). Kini, sektor ekonomi dibuka semula dan sebahagian besar pekerja kembali bekerja serta mencarum semula dengan KWSP.

Bagaimanapun, KWSP memahami situasi ekonomi berbeza bagi setiap ahli dan bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri masing-masing. Justeru, i-Sinar tersedia untuk membantu ahli berkenaan.

S: Sebilangan ahli tidak mengalami pengurangan 30 peratus tetapi memerlukan wang tunai untuk menampung kehidupan dalam wabak ini, terutama golongan B40 dan M40. Bolehkah mereka dipertimbangkan?J: Masih ada ruang di bawah Kategori 2 untuk mempertimbangkan permohonan ahli terkesan. Sekiranya ahli mengalami pengurangan pendapatan atau gaji dan mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti, mereka digalakkan memohon pada 11 Januari depan.KWSP akan mempertimbangkan permohonan itu. Ini bagi memastikan pintu tidak tertutup dan memberi peluang kepada seramai mungkin ahli memohon i-Sinar, dianggarkan hingga 8 juta pemohon.

S: Mengapa KWSP menetapkan pembayaran berperingkat enam bulan untuk i-Sinar sedangkan anggota memerlukan wang dengan cepat? Mengapa tidak boleh dibuat secara one-off?J: KWSP ingin memastikan ahli dibantu untuk tempoh selama mungkin dan memahami bulan pertama adalah penting untuk ahli membayar tanggungan serta perbelanjaan awal tahun seperti persekolahan anak.

Oleh itu, pendekatan berperingkat berdasarkan beberapa pertimbangan, iaitu pertama, data semasa tanggungan ahli KWSP; kedua, perlunya memanjangkan tempoh bantuan kerana ketidaktentuan tempoh penularan pandemik COVID-19 dan ketiga, bagi mengimbangi aliran tunai dan struktur pelaburan sedia ada KWSP.Untuk peringatan, pembayaran pertama i-Sinar adalah sehingga RM5,000 (bagi mereka mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) kerana KWSP memahami banyak perbelanjaan diperlukan pada awal tahun seperti bayaran persekolahan anak.

Perlu diingatkan bantuan perlu dilihat dalam konteks menyeluruh, termasuk bantuan PRIHATIN, PENJANA dan KitaPrihatin yang bertujuan mengurangkan beban aliran tunai dan tanggungan individu dan isi rumah.Contohnya bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Fasa 2) juga akan diberikan Januari depan dan Bantuan Pinjaman Bank seperti moratorium serta pengurangan bayaran juga tersedia untuk manfaat individu.

S: Bolehkah masa diambil untuk pemprosesan permohonan dipendekkan kerana ahli terdesak? Adakah aplikasi dalam talian untuk mengurangkan ahli ke cawangan?J: Bagi mereka dalam Kategori 1, KWSP mempercepatkan proses permohonan melalui kelulusan automatik menggunakan data dalaman. Dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada pertengahan Januari depan.

Bagi mereka dalam Kategori 2, KWSP menganggarkan masa pemprosesan antara dua hingga tiga minggu dari tarikh permohonan, bagi membolehkan pengesahan dokumen dan pertimbangan kes demi kes. Dianggarkan ahli akan menerima bayaran pertama pada akhir Februari.

Anggota dikehendaki membuat permohonan dalam talian. Sebelum memohon ahli mesti melakukan perkara berikut: Pastikan i-Akaun aktif, pastikan nombor telefon dikemas kini untuk menerima nombor TAC (boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kios) dan pastikan nombor akaun bank adalah aktif.

S: Apakah kaedah pengisian semula untuk i-Sinar?J: Bagi ahli memohon i-Sinar, semua caruman pada masa depan akan disalurkan ke Akaun 1 hingga jumlah dikeluarkan diisi semula. Setelah jumlah dikeluarkan diisi semula, caruman akan kembali kepada asal, iaitu 70:30 di Akaun 1 dan Akaun 2.

S: Bolehkah tindakan diambil terhadap majikan enggan bekerjasama dan memudahkan permohonan i-Sinar pekerja mereka?J: KWSP akan memastikan tindakan akan diambil kepada majikan yang tidak bekerjasama untuk memastikan permohonan i-Sinar ahli lancar.

S: Apakah impak i-Sinar kepada kedudukan kewangan KWSP?J: Berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) kami, pelaburan KWSP terbukti mampu bertahan sejauh ini walaupun ada cabaran unik dihadapi pasaran ketika ekonomi lembap.

KWSP terus mempelbagaikan pelaburannya dalam pasaran domestik dan global dengan mempertimbangkan keperluan aliran tunai mencukupi setiap waktu, termasuk waktu melampau dan tidak diduga seperti wabak.Pada asasnya, KWSP ialah pelaburan jangka panjang dan setiap keputusan pelaburan dibuat akan terus mempertimbangkan tanggungjawabnya untuk mengekalkan dana anggota, walaupun dalam situasi belum pernah terjadi seperti wabak ini.Pada masa ini dan berpandukan struktur i-Sinar sedia ada, semua tindakan KWSP akan memastikan tiada impak kepada pasaran domestik.

S: Apakah kesan i-Sinar kepada persaraan masa depan ahli? Apa nasihat KWSP kepada mereka?J: Walaupun KWSP memahami keperluan ahli mengeluarkan simpanan untuk bertahan dalam waktu sukar ini, KWSP berharap ahli dapat membuat perancangan mengenai jumlah yang diperlukan agar dapat memenuhi keperluan hari ini sambil meminimumkan kesan persaraan masa hadapan.KWSP mengalu-alukan ahli untuk berjumpa Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk mendapatkan nasihat kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *