Bekerjasama dengan beberapa jenama untuk mengumpul dana bagi membantu mereka. Nabil Ahmad tampil beri bantuan kepada yang memerlukan

artis

Musim tengkujuh dijangka akan berlarutan hingga Mac tahun hadapan. Fenomena itu bukan lagi baharu kerana ia berlaku pada setiap tahun sejak berzaman lagi berpunca daripada tiupan angin dari Siberia.Sepanjang musim berkenaan, hujan lebat, laut bergelora dan banjir akan berlaku di beberapa tempat terutama kawasan pantai timur dari November hingga Disember.

Turut terjejas kali ini adalah kampung halaman pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Nabil Ahmad di kawasan Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.Takkan tengok je…4 November lalu satu banjir besar telah melanda Seremban terutamanya di kawasan Mambau. Hal ini telah mendapat perhatian pengacara terkenal ini kerana dia berasal dari Kampung Kayu Ara, Mambau.

“Saya hanya dapat tengok melalui gambar dihantar kawan di kampung mengenai kejadian itu dan terfikir untuk turut membantu mereka yang terjejas termasuk kawan sekolah saya.Seingat saya, banjir seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini…”Manfaatkan pengaruh yang ada untuk bantu orang kampung

Lapor Harian Metro, Nabil Ahmad telah bekerjasama dengan beberapa jenama untuk mengumpul dana bagi membantu mereka. Alhamdulillah, sama-sama kongsi rezeki, dapat pahala.Jadi saya membawa beberapa penaja untuk menyumbang seperti syarikat Mahsuri kerana saya duta produk ini dan Al Ikhsan Sports kerana saya ada kerjasama dengannya.Begitu juga kehadiran wakil Raudatul Mumtaz yang menyumbang baju Melayu dan al-Quran.”

Jelasnya baru sekarang dia berkesempatan untuk tampil bantu kerana pergerakan terbatas kerana PKPB.“Saya membesar di sini dan ramai kawan sekampung yang sama sekolah. Pastinya saya perlu melakukan usaha membantu mereka ini.Sebenarnya saya cuba nak buat program ini lebih awal tetapi kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pergerakan agak terbatas dan baru hari ini saya dapat merealisasikan impian balik dan membantu penduduk terjejas.

Mana mungkin saya boleh melihat sahaja tanpa melakukan sesuatu, mereka (penduduk kampung) dalam kesusahan dan saya boleh duduk dengan selesa di tempat saya (Kuala Lumpur), cuma baru sekarang saya ada kesempatan membantu mereka.”InshaAllah bila bersedekah, rezeki makin bertambah. Tahniah Nabil sebab prihatin!

Pakaian Yang Diperagakan Oleh Nabil Sering Disamakan Dengan Pelbagai Objek. Ini Kata Dari Nabil Sendiri Selepas Pakaian Yang Diperagakan Menjadi Bualan Warganet

Hos Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad tidak terasa dengan kata-kata warganet terhadap pakaiannya setiap minggu.Malah, Nabil selesa sekiranya pakaian yang dipakai menjadi buah mulut di media sosial sekali gus ia merancakkan lagi rancangan yang dikendalikannya bersama Jihan Muse itu.

“Alhamdulillah kita dapat perhatian di media sosial. Orang bercakap macam-macam, ada kata saya macam lobaklah, the mask-lah.”Saya tak kisah, saya suka. Boleh teruskan lagi.”Sebenarnya saya nak buat yang terbaik supaya apa yang saya pakai orang akan bercakap-cakap,” katanya kepada Gempak.

Beberapa minggu sejak GV7 bersiaran, pakaian yang diperagakan oleh Nabil sering disamakan dengan pelbagai objek oleh warganet di media sosial.Jika Ahad lalu sut Nabil disamakan dengan highlighter oren dan lobak, terdahulu sut hijau neon pengacara itu pernah disamakan dengan Ratu Britain, Elizabeth II.

Bagaimanapun, Nabil secara berseloroh akui sedikit tersinggung apabila saiz perutnya menjadi bualan warganet minggu lalu.”Saya harap minggu depan lagi jahat sebenarnya. Saya pun nak berkepak, ada buah-buahan atas kepala.”Sepanjang GV7, saya tak ambil hati dengan kata-kata warganet cuma minggu lepas saya terasa sikit sebab orang kata saya buncit,” katanya sambil tertawa.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangannya pukul 11.00 malam.Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.

Selepas Menjalani Ujian Saringan Covid 19. Nabil Ahmad Kongsikan Reaksinya Menerusi Satu Video Ketika Menjalani Ujian Itu Sehingga Meraih Perhatian Orang Ramai.

Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut. Menerusi laman sosial Instagram, Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatapan umum. 

“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Nabil dilihat menahan kesakitan dan terbatuk ketika alat dimasukkan ke dalam hidungnya untuk mengambil sampel. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan kesihatan Nabil dan keputusan ujian yang diperolehinya kelak negatif.  Malah, tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi menahan sakit Nabil dengan wajah hampir tebersin. “Haaa, sakit kan? Bayangkan kalau anak-anak kita buat swab test. Kesian anak-anak. Jadi, kita jaga kita ya,” komen seorang wargamaya.

“Sakit dia tu tak kelakar ye. Semoga semua urusan Nabil dipermudahkan,” kata seorang wargamaya. “Hahaha sorry Nabil tapi ni memang lawak,” usik seorang wargamaya. “Awat kami yang berair mata tengok,” tulis seorang wargamaya. “Muka macam kena bersin singgah tu bang, jaga-jaga kang kejang,” pesan seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Sumber: Gempak

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah dan anakandanya meraih perhatian orang ramai selepas melakukan swab test. Ini reaksinya sehingga membuatkan ramai terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

Sumber: Airtangan_TunkuAzizah

Jalani ujian saringan COVID19 . Rebecca Nur Al Islam dedah punca dia buat ujian saringan dan pengalaman dia sepanjang melalui proses tersebut

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang dari Sabah.Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Rebecca atau lebih mesra disapa Becca berkongsi beberapa foto ketika mengambil ujian saringan tersebut.Menurut Becca, tindakan itu dilakukan sebagai tanda seorang rakyat yang bertanggungjawab selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.

“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah.“Alhamdulillah.Dalam pada itu, Becca juga berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan.“Swab test dihidung dan tekak telah dilakukan. Sakit? Sumpah tak sakit langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan.

“P/s- Mummy sudah, you all bila lagi? Walaupun anda tak pergi ke tempat berisiko tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,” tulisnya.Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *