UAI keluar kejap beli makanan tiba tiba balik rumah dah naik air. Hanya ini barang yang sempat diselamatkan.

artis Covid 19 Dunia Kehidupan

KUALA LUMPUR – Akibat hujan lebat di Kuala Terengganu semalam mengakibatkan banjir kilat. Salah seorang menjadi mangsa ialah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di kawasan Bukit Kecil dan Jalan Pusara.

Berdasarkan video yang dimuat naik warganet, Azhar atau dikenali UAI, kediamannya dinaiki air separas lutut. Menurut Azhar, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam dan ketika itu dia tiada di rumah kerana keluar membeli makanan. “Barangan sempat diselamatkan naik atas meja yang tak sempat tu kita beli lainlah,” guraunya

Hujan lebat berserta ribut petir turut menjejaskan kediaman dua tingkat penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, 56, di Jalan Pusara, Kuala Terengganu yang dinaiki air sehingga paras lutut, semalam. Bila di tanya mana Ustaz nak tidur malam ni, sempat dia jawab tidur rumah bahagian atas lah. Takkan nak begolek dalam air

Ustaz Azhar atau lebih dikenali dengan UAI berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia keluar membeli makanan di kedai berhampiran. ” Barang-barang sudah diangkat dan diletakkan di atas meja. Barangan yang tak sempat tu kita beli lainlah,” katanya seperti dipetik dalam Facebook Live TV Darul Iman di sini.

Banjir turut menyebabkan tiga motosikal milik penceramah itu ditenggelami air kerana tidak sempat diselamatkan. Selain itu Utusan Malaysia difahamkan kitab-kitab dan komputer beliau turut terjejas dalam musibah itu. Kawasan taman perumahan yang dihuni UAI antara lokasi berisiko banjir jika hujan lebat dengan kali terakhir berlaku pada 2018.

Sempat selamatkan kitab sahaja

Sementara itu menerusi satu perkongsian lain, Ustaz Azhar ditanya tentang adakah beliau sempat menyelamatkan barang-barang penting beliau ketika rumahnya dilanda banjir itu. Namun jawapan yang beliau berikan telah menyentuh perasaan ramai.

” Ana selamatkan kitab-kitab je (sahaja), sebab hok tu (yang itu) paling berharga,” kata beliau. Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi di laman sosial miliknya pagi tadi. Berikut merupakan hantara Muhammad Khalil di Facebook miliknya yang meraih 8.9k tanda suka dan lebih seribu perkongsian.

” Saya tanya, “air naik semalam, ustaz sempat angkat tak barang-barang?” Ustaz Azhar jawab, “Ana selamatkan kitab-kitab je. Sebab hok tu paling berharga” Allahurabbi.. Akhlak seorang ulama’ terhadap ilmu. Saya doakan semoga Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan segala urusan.” tulis Muhammad Khalil

Habis motor, alatan elektrik dalam rumah tenggelam jugak. Tak sempat selamatkan Jelas penceramah berkenaan, kejadian banjir itu berlaku sewaktu dirinya tiada di rumah bagi membeli makanan. Sejurus pulang, air sudah pun naik sehingga menenggelamkan beberapa barangan elektrik seperti komputer dan juga mesin pengering serta 3 buah motor miliknya. Biarpun diuji, ustaz tetap kelihatan tenang.

Pasar Payang pun banjir jugak, habis terjejas barang peniaga. Banjir kilat tersebut turut memberi kesan besar kepada peniaga-peniaga di Pasar Payang apabila kebanyakan barangan jualan mereka ditenggelami air dan tidak dapat diselamatkan. Musibah yang melanda itu juga menyebabkan banyak jalan sekitar Kuala Terengganu terpaksa ditutup.

Sekilas info tentang Ustaz Azhar Idrus. Lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Ustaz Azhar merupakan seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan loghat Terengganu.

Ustaz Azhar mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2.

Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Ustaz Azhar telah berkahwin dan mempunyai tiga isteri serta tujuh anak.

“Mari tembak doa dari jauh” – Ustaz Azhar Idrus patah tangan dan hidung, dirawat di HSNZ

UAI dilaporkan patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh ketika berbasikal pada petang Isnin. Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh ketika berbasikal pada petang Isnin.

Difahamkan, UAI menyertai kayuhan santai ketika beriadah di Kuala Terengganu. Penceramah itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penceramah itu dimasukkan ke HSNZ kerana terlibat dengan kemalangan.

“Saya difahamkan beliau terjatuh dari basikal. Beliau cedera ringan di muka, tangan dan kini dirawat di HSNZ,” katanya. Berikutan kemalangan itu, UAI menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya. Penangguhan itu diumumkan dalam Facebook rasmi beliau.

“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, berita UAI terjatuh basikal itu kini tular di laman sosial dengan mesej memohon warganet mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan penceramah tersohor tersebut. “Salam semua, mohon doakan kesembuhan dan kesihatan untuk murobbi ummah, Ustaz Azhar Idrus yg kini berada di hospital Terengganu kerana accident ketika mengayuh basikal petang tadi. Mohon share kan pada ikhwah lain juga. Mohon juga jangan ganggu beliau buat masa ni. Marilah kita tembak doa dari jauh bersama-sama,”demikian menurut mesej yang disertai dengan tanda pagar #Pray4UAI

Video ‘Haram Sambut Hari Ibu’ Oleh Ustaz Azhar Idrus Muncul Semula

PETALING JAYA: Video pada tahun 2012 di mana Ustaz Azhar Idrus mengecam Hari Ibu sebagai perayaan yang tidak boleh disambut oleh orang Islam muncul semula di media sosial. “Hari Ibu dikaitkan dengan Ibu Gereja, atau kuasa yang tertinggi dalam gereja, Virgin Mary, yang disambut pada minggu kedua bulan April setiap tahun. Gerakan ini bermula seawal abad ke-19, dengan gereja memohon supaya kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum,” kata Azhar.

Beliau dalam video berdurasi 3.47 minit itu seterusnya berkata kepada jemaah bahawa pergerakan itu telah meminta gereja, pada tahun 1862 meletakkan perayaan itu dalam kalendar gereja sebagai perayaan Kristian. “Hari Ibu telah diisytiharkan sebagai cuti umum di semua negara-negara Kristian; ini adalah mengapa haram untuk meraikan Hari Ibu. Pada hari itu, orang akan memberikan kek kepada ibu mereka, dan mereka melakukan ini sekali setahun. Tetapi Islam mengajar untuk menjadi pemurah dengan ibu sepanjang tahun,” kata Azhar.

Beliau juga menjelaskan bahawa orang Cina tidak akan merayakan Deepavali dan orang Jepun tidak menyambut Awal Muharram. “Mereka (Jepun) tidak akan menyambut Awal Muharram kerana mereka tahu ia adalah perayaan untuk orang Muslim. Orang Mexico meraikan Krismas dan bukan Maulidur Rasul. Orang Kanada tidak meraikan Thaipusam,” kata Azhar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *