Syafiq Ahmad dilaporkan mengalami kejadian yang tak diingini. Disebabkan itu pemain JDT telah kehilangan bayi dan ibu mertuanya.

artis berita ISU SEMASA

Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kejadian yang tidak diingini yang mengakibatkan bayi lelakinya berusia 22 hari telah tiada dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut pergi ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina  Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai berlaku satu kejadian di pembahagi jalan. “Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi. “Tiga mangsa disahkan telah tiada oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi. 

sumber : Gempak

Syafiq Ahmad Dedah Impian Mengejutkan

Di sebalik gelaran sebagai penyerang prolifik kebangsaan dan Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad menyembunyikan bakat lain dalam dirinya.Penyerang kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang berusia 22 tahun itu rupanya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pelakon satu hari nanti.

Menurut Syafiq, dia bukan bergurau apabila memberitahu ingin menjadi seorang pelakon jika diberi peluang selepas ini. Malah bersedia untuk menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya sambilan selain pemain bola sepak terkenal. “Saya bercita-cita untuk jadi pelakon selepas ini. Tapi sekarang jadi pemain bola sepak dulu. Pelakon yang paling saya minati ialah Shah Rukh Khan sebab dia boleh melakonkan pelbagai karakter.

“Dan jika diberi peluang saya tak kisah berlakon watak apa. Watak baik, jahat, nakal atau apa-apa, saya akan cuba akan cuba yang terbaik,” ujarnya yang mula bermain bola sepak sejak di bangku sekolah rendah. Bagaimanapun Syafiq yang gemar bermain PlayStation ketika waktu lapangnya mengakui cita-citanya itu terpaksa diketepikan dahulu memandangkan dia perlu menjalankan tanggungjawab terhadap negara dan skuad negerinya, Kedah.

“Buat masa sekarang jadual perlawanan agak padat dengan beberapa misi penting negara. Mungkin ia akan berlaku selepas ini. Beberapa kejohanan besar sedang dan akan berlangsung termasuk Piala AFC 2018 nanti. Saya diberi kepercayaan dalam skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan dan pastinya akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Mengimbas kembali kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Syafiq mula mewakili negara seawal usia 12 tahun dengan menyertai Piala Danone di Perancis pada tahun  2007. Bakatnya sebagai penyerang semakin menyerlah dan terus membawa nama Malaysia ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK Tatar) sehingga terpilih menyertai Piala Manchester United Bawah 14 Tahun di Carrington pada 2010.

Malah dia juga merupakan penjaring terbanyak selama dua tahun berturut-turut untuk SMK Tatar dalam saingan Liga KPM-FAM pada tahun 2011-12. Terbaharu pada Julai lalu, Syafiq antara salah seorang pemain negara yang menjaringkan gol ketika aksi Kelayakan Piala AFC di Bangkok, Thailand menentang Myanmar dan Indonesia. Malah kini, pemain di bawah skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu juga antara penyerang harapan negara dalam misi meraih pingat emas dalam Sukan SEA (KL2017) yang bermula pada Isnin bagi acara bola sepak.

Mengenai perlawanan pertamanya bertemu Brunei yang menyaksikan Malaysia menang 2-1, Syafiq mengakui ia ‘panas’. “Saya tak puas hati walaupun menang. Ini kerana saya yakin kami boleh melakukan yang lebih baik daripada aksi itu,” ujarnya ringkas. Selain menjadi penyerang penting skuad kebangsaan, Syafiq juga antara ‘ayam tambatan’ skuad Lang Merah sejak tahun 2015. Dalam tempoh itu dia telah menjaringkan lebih kurang 10 gol.

Syafiq Ahmad Boleh Berlakon Tapi…!

Luahan hati penyerang prolifik kebangsaan dan Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad yang ingin menjadi pelakon mendapat respons positif daripada pengarah dan penerbit drama kontroversi Shuhaimi Lua Abdullah.  Pemilik Tanah Beris Filem Productions ini berkata, apa yang perlu dilakukan oleh Muhammad Syafiq ialah menjalani uji bakat untuk melihat sama ada dia memiliki aura atau tidak sebagai bintang filem. 

“Nak berlakon? Macam biasalah… datang jumpa saya untuk lihat aura dia. Biasanya saya akan suruh buat uji bakat terlebih dahulu dan daripada situ barulah saya tahu sama ada dia berkemampuan atau tidak menjadi pelakon,” katanya kepada mStar Online.Aksi Muhammad Syafiq Ahmad di padang.

Shuhaimi diminta komen mengenai hasrat anak kelahiran Pulau Pinang ini yang menyimpan perasaan untuk menjadi seorang pelakon.  Pemuda berusia 22 tahun ini berkata, dia bersedia menjadikan bidang baru itu sebagai kerjaya sambilannya. Dalam pada itu Shuhaimi berkata, berdasarkan penampilan pemain bola sepak itu, dia mempunyai pekej menarik dan popularitinya dalam bidang sukan menjadi nilai tambah untuk diambil berlakon.

Katanya, jika dia gagal dalam uji bakat, itu bukan bermakna Muhammad Syafiq tidak boleh berlakon sebaliknya dia perlu mendalami ilmu lakonan terlebih dahulu daripada pelakon-pelakon hebat antaranya Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud, Ellie Suriati atau menyertai kursus lakonan anjuran Finas. 

“Kalau dia benar-benar serius nak berlakon, dia boleh buat temu janji dengan saya dan kalau ada watak tambahan, boleh saya usahakan sebagai pengenalan,” katanya.  Shuhaimi ketika ini sibuk dengan penggambaran telefilem berjudul Fatonah Azali untuk siaran TV3. Ia menampilkan Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Zaibo, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon dan Shahronizam Noor.

Drama arahannya juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Skrin sebelum ini iaitu Pondok Itu Rumahku dan Rajuk masing-masing bagi kategori Drama Terbaik dan Komidi Terbaik. Filem pendek terbitannya iaitu Chukang pernah menjadi kontroversi tidak lama dulu kerana mendedahkan kegiatan di rumah urut lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *