Pengunjung beratur panjang di depan pintu masuk KWSP ini . Tiba tiba tak dibenarkan masuk rupanya ada kakitangan dah kena covid.

berita Covid 19 ISU SEMASA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) cawangan Johor Bahru ditutup tiga hari susulan terdapat kakitangannya positif Covid-19. Penutupan cawangan itu bermula hari ini sehingga Selesa ini sebagai langkah berjaga-jaga selain proses sanitasi akan dilakukan. Segala urusan di cawangan KWSP Johor Bahru ditangguhkan sebelum beroperasi semula hari Selasa depan.

RAMAI YANG HADIR UNTUK DAFTAR KWSP i-SINAR TERPAKSA PULANG HAMPA

Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai hadir untuk berurusan terpaksa akur dengan penutupan cawangan terbabit. Seorang suri rumah, Norazizah Mian, 45, berkata, dia datang ke cawangan KWSP untuk mendaftarkan I-Sinar.

“Saya sampai dalam 15 minit tadi, bila dah sampai tengok ada notis memaklumkan KWSP ditutup tiga hari. Saya tanya anggota keselamatan bertugas dia cakap ada kakitangan positif Covid-19,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaklumkan KWSP Johor Bahru ditutup. Menerusi rakaman itu, seorang pegawai dipercayai pengawai keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru. “Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Covid-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,”katanya.

Komen Warganet:

“Sebab tu rakyat mintak dipermudahkan urusan..tak perlu jumpa pegawai untuk rayuan permohonan sebab takut jadi isu macam ni..mudahkan syarat pengeluaran.” “Permudahkan la pengeluaran kwsp tu mcm i-lestari…ini tak,kne buat i-akaun la,kretiria la,apa la ini la…xpasal2 kne tutup covid..ha susahkan rakyat lagi.” “Hahahhaha…tak pernah amik pengajaran apa yang berlaku dulu…21hb ni mesti penuh pejabat kwsp…lepas 2 minggu wujud kluster KWSP hahaha  ,, apa salah nya kerajaan lulus ja secara automatik yang mana lulus i lestari dlu…”

Zahid Tegaskan Mahu Duit KWSP Dikeluarkan Tanpa Syarat. Namun Jawapan CEO KWSP Membuatkan Ramai Yang Tidak Berpuas Hati.

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memudahkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka secara sekali bayar berjumlah RM10,000 tanpa sebarang syarat. Beliau berkata, pada saat rakyat sedang dihimpit kesempitan kerana berdepan pandem1k C0vid-19, amat wajar institusi itu memudah dan menyantuni keperluan mereka.

“Saya mendengar serta membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP.

“Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan Menteri Kewangan (Tengku Zafrul Abdul Aziz) ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2021 tempoh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Umno, termasuk sayap Pemuda serta Puteri, sejak awal berpendirian tegas memperjuangankan isu tuntutan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat.

KWSP tidak ‘tvtup pintu’, CEO KWSP tampil jernihkan keadaan berkenaan i-Sinar

Bagaimanapun, menurut CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan kriteria-kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan untuk ‘menutup pintu’ kepada lapan juta pencarum yang layak memohon kemudahan tersebut.

Sebaliknya, Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata, pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unuk yang dihadapi setiap ahli KWSP. Menurut beliau, mana-mana ahli yang terjejas boleh membuat permohonan mengikut Kategori 1 dan Kategori 2 seperti yang diumumkan KWSP pada Rabu.

Tidak ‘tvtup pintu’ bagi yang tak lep4s

“Setiap ahli yang terjejas ini (mempunyai situasi yang) unik (bergantung) kepada individu tersebut. Kita tidak boleh menggunakan formula sama sebagai penyelesaian kepada semua individu. Jadi, kita hendak memastikan setiap individu yang mempunyai isu-isu dan cabaran-cabaran yang tersendiri, kita akan memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan di Kategori 2.

Terlalu Banyak Pandangan Warganet Soal Isteri Tiada Hak Ke Atas KWSP Suami Jika Suami Dah Tiada. Kini Seseorang Tampil Jelaskannya.

Macam-macam pandangan warganet tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.

Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara. Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak.

Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri. Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami sudah tiada tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa, kalau masih samar-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.

Maksud Penama Dalam KWSP

Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami sudah tiada walaupun penama adalah isteri. Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu? Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita.

Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid. Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%. Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?

Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku sesuatu pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid. Kalau isteri atau anak ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.

Ambil Tahu Apa Itu Penama

Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). Pastu jika orang yang dah tiada itu berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid. Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!

Bukan mahukan sangat harta. Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan. Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.

Jadi suami-suami, silalah HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful. Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

Banyak cerita kita dengar, suami sudah tiada, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni. Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan keluarga sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri pada ahli yang sudah tiada itu menjadi mangsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati sudah buruk dah terbuka luas, perkara negatif pun bersarang, keluarga sendiri pun tak heran dah. Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab mahukan harta sangat tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah Akhirat Sama

Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas. Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.

Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab kehilangan ahli keluarga hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si m4ti dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

Nota kaki:

Akak bukan ejen takaful atau unit trust. Akak cuma surirumah yang mahu belajar. Apa yang akak share ni untuk celik mata surirumah supaya jangan duduk saja dan tunggu. Buat tindakan untuk masa depan. Jika info yang akak kongsikan ni tak betul silalah beri penjelasan lebih lanjut ye.

Sumber: Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *