Datin Shahida yakin Aliff Syukri menjadi mangsa kepada orang yang ingin menjatuhkan namanya. Mungkin gara gara terlalu baik dengan orang datin akui dia belajar dengan apa yang jadi.

artis Kehidupan Keluarga

Nur Shahidah akan lebih berhati-hati dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku membabitkan keluarganya. Isteri  kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah mengambil iktibar atas pelbagai isu dan kontroversi yang timbul membabitkan suaminya sebelum ini. Menurut Shahidah, apa yang berlaku berpunca daripada sikap mereka yang terlalu baik dan mudah mempercayai orang luar.

Meskipun berdepan dengan pelbagai isu panas, Shahidah berkata mereka menerima dugaan itu dengan hati terbuka dan menganggap ia ujian dari Allah. “Sebenarnya saya belajar apa yang jadi… bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak menjatuhkan kita. Saya anggap ujian ini adalah Allah nak uji saya untuk dekat dengannya, Allah uji tanda sayang!” katanya membalas komen salah seorang pengikut di laman Instagram.

Shahidah jawab komen seorang pengikut.

Dalam komen tersebut, warganet meminta Shahidah lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak. “Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan Datin. Tolong jangan jadi baik sangat lepas ni… sedih tengok lepas satu-satu,” tulis pengikut itu.

Sebelum ini, nama Aliff Syukri tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan pelbagai isu hangat. Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Dalam sidang media pada Jumaat, Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu. Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.

Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu. Difahamkan satu sidang media akan diadakan oleh usahawan kosmetik itu pada Isnin ini.

Aliff Syukri Merayu Agar Perkara Ini Berakhir Dengan Cepat. Tangisannya Di Laman Sosial Dikritik Oleh Warganet.

Aliff merayu agar wabak Covid-19 berakhir dengan cepat supaya dia dapat lakukan aktiviti seperti biasa. Pandemik wabak Covid-19 atau coronavirus sejak awal tahun sememangnya memberi impak yang besar sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan punca pendapatan.

Bagaimanapun berbeza pula dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang menganggap wabak tersebut menjadi punca dia tidak dapat melakukan aktiviti seperti membeli-belah dan bercuti di luar negara. “Tolonglah pergi jauh-jauh… tolong. Kenapa kau nak datang dekat-dekat dengan aku. Kenapa kau datang dekat sini. Aku merayu dekat kau… tolong la, jauh-jauh.

Antara komen yang ditinggalkan warganet.

“Sebab kau, aku terseksa… sebab kau, aku menangis, sebab kau… aku tak boleh jalan-jalan, tak boleh shopping, tak boleh nak ke luar negara. Orang semua tak boleh nak meeting. Tolong corona (coronavirus), tolong jauh, tolong pergi! Muncul… datang lagi, kenapa? Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi. Tolonglah corona, kita nak berniaga, nak hidup seperti sedia kala, nak happy. Kalau kau tak nak pergi, aku halau kau, aku teranjang kau, aku sepak kau,” kata Aliff.

Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi.

Penyanyi lagu Bobo Dimana itu meluahkan perasaannya menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Luahan Aliff itu bagaimanapun dikritik warganet yang beranggapan usahawan itu hanya memikirkan aktiviti tidak penting berbanding kesusahan yang perlu dihadapi orang lain dalam keadaan sekarang.

“Dah macam ini pun nak fikir jalan-jalan. Kalau boring sangat, pergilah cari orang susah tolong. Kalau Covid-19 ini boleh dihalau dengan merayu macam ini dah lama dah kami yang terjejas pendapat ini merayu sambil bergolek-golek. Waktu macam ini pun masih lagi ingat nak shopping, ke luar negara jalan-jalan. Apa salahnya dalam waktu begini datuk bantu orang yang susah, kena buang kerja atau tolong frontliner. Motif? Rakyat marhaen bukan setakat fikir nak shopping. Nak makan pun risau dalam ekonomi sekarang. Lagi nak fikir travel bagai. Stop la buat marketing murahan,” komen beberapa warganet.

Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Idaman Ibu Mentuanya. Pesanan Aliff Syukri Membuatkan Ramai Warganet Tersentuh.

Tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memberi kejutan kepada ibu mentuanya semalam dengan menghadiahkan sebuah kereta meraih pujian ramai. Menerusi laman Instagram, usahawan berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berjaya membelikan kereta jenis Honda yang menjadi kegemaran ibu mentuanya, Rohani Hassan.

Kejutan untuk mama!

“Saya happy sangat sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mertua saya. Bukan main happy dia dapat kereta ni. Maklum la dari zaman muda mengidam nak pakai akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka tak pasti saya ada isteri sebaik @shahidadherbs. Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mertua sebab kalau tak kerana mertua kita…mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang… kerana didikan mertua juga kita dapat pasangan yang baik,” tulisnya.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada peminat dan pengikutnya agar berbakti kepada orang tua kerana doa merekalah membuatkan seseorang itu berjaya sehingga kini. Video berdurasi hampir dua minit itu dihujani pelbagai komen positif dimana rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat kejutan tersebut serta mendoakan Aliff supaya terus dimurahkan rezeki.

Tular Tentang Pelanggan Tak Puas Hati Dengan Perkhidmatan Di Resort Dato Aliff Syukri. Sekali Dato Aliff Tampil Bongkarkan Keadaan Sebenar Yang Jadi Masa Dekat Resort.

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan mengenai aduan seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di tempat penginapan miliknya. Aliff Syukri menerusi posting di Instagram (IG), memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sekumpulan pengunjung yang tidak menjaga etika ketika mengunjungi Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik, baru-baru ini.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, Aliff Syukri mendkwa keluarga pemuda yang menularkan tentang rumah rehatnya itu tidak menjaga etika dan adab ketika berada di sana. Antara yang dipaparkan ialah beberapa orang kanak-kanak berlari di kawasan lobi, bermain tali skipping dan bola sepak termasuk makan di ruangan tersebut.

Menurut Aliff Syukri, lobi bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan semua aktiviti tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kelemahan pihak pengurusan Sugeh Hill Resort. Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memberitahu pekerja di tempat penginapan tersebut telah menegur keluarga berkenaan namun dibalas dengan kata-kata ksat oleh mereka.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas komen untuk resort saya dan ingin saya maklumkan resort saya ini baru beroperasi dalam beberapa bulan sahaja. “Di sini saya ingin kongsikan juga keadaan sebenar yang berlaku. Di sini kita lihat etika yang kurang manis apabila kanak-kanak dibiarkan berlari-lari bermain di belakang kaunter, makan di lobi saya.

“Kan sudah disediakan kafe, tempat bermain seperti padang dan ruang legar yang lebih sesuai. Dan saya rasa baring, makan bawak periuk tidak sesuai dilakukan di lobi. “Anda lihat sendiri seorang wanita bermain skipping di lobi saya dan kami sudah memaklumkan ini bukan tempat permainan.

“Kerusi sofa semua dialihkan tanpa meminta kebenaran kami. Secara jujurnya sukar untuk saya ungkapkan tetapi bila dah jadi macam ni saya terpaksa juga berkongsi tentang kumpulan ini yang mereka buat lobi seperti rumah mereka.

“Yang paling menyedihkan siap main bola sepak ya…Siap masuk ke ruangan kaunter utama saya…,” katanya ksal. Dalam pada itu, Aliff Syukri turut merakam komen beberapa penginap di rumah rehat beliau dan rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff mendkwa menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk. Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarganya bercuti ke penginapan tersebut baru-baru ini. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : GEMPAK

Nekad Nak Beli Pasukan Bola Sepak Kedah. Mengejutkan Ini Respon Dari Presiden KFA Bila Dato Aliff Syukri Nak Beli Pasukan Kedah.

Hasrat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman untuk membeli pasukan bola sepak Kedah (KFA) disambut baik oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Sanusi yang merupakan Presiden KFA menyatakan mereka sememangnya mengalu-alukan mana-mana hartawan dan usahawan berminat dengan pasukan itu untuk berunding dengan pihak pengurusan tertinggi.

“Kita alu-alukan mana-mana hartawan, usahawan dan sebagainya untuk berunding dengan KFA sama ada berminat untuk membeli ataupun menaja pasukan Kedah, kita akan pertimbangkan. “Jikalau beliau berminat, boleh datang bertemu dengan saya untuk berunding,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, setakat ini pihaknya ada berunding dengan beberapa pihak termasuklah sebuah koperasi yang mengemukakan tawaran dilihat baik untuk mengendalikan pasukan secara bersama. Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyambut baik hasrat mana-mana pihak dan akan mempertimbangkan cadangan terbaik untuk pasukan Kedah. “Lagipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada menasihatkan supaya tidak menerima tawaran yang merugikan, yang mana kita akan patuh dengan pandangan diberikan itu,” jelasnya lagi.

Aliff Syukri Nak Beli Pasukan Kedah

Terdahulu, Aliff memilih Kedah yang juga merupakan negeri kelahiran isterinya dan pada masa yang sama sedang meneliti pasukan lain dengan kriteria utama adalah mempunyai penyokong yang ramai dan berpengaruh. “Kalau boleh nak beli pasukan Kedah. Kalau JDT memang tak mampu. Rasanya itu saja yang ada pengaruh sangat kuat,” ujar Aliff kepada Arena Metro.

Pada 2016, usahawan dengan tagline Terlajak Laris itu pernah berhasrat untuk menaja pasukan Helang Merah namun rundingannya dengan KFA tidak berjaya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : GEMPAK/ My Metro

Mengejutkan Pembantu Peribadi Dato Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja. Akhirnya Kak Mel Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Puncanya Buat Ramai Terkedu.

Pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani tampil bersuara berhubung isu perkhidmatannya yang akan diberhentikan tidak lama lagi. Jelas Melati, 43, dia tidak kisah apabila diberhentikan dan menganggap rezekinya hanya setakat itu.

“Banyak sangat pertanyaan dan khabar angin yang tak betul kenapa saya berhenti. “Anda baca sendirilah saya malas nak cerita banyak. Kalau cerita dongeng mungkin boleh direka-reka dan seronok dibaca. “Saya tak kisah pun kena buang kerja sebab bagi saya, saya selalu yakin dengan rezeki Allah. “Allah taburkan rezeki luas di dunia ini tinggal kita rajin dan malas saja nak mencari,” tulisnya menerusi Instagram baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *