Bapa OKU hanya linangan air mata gambarkan perasaanya. Tak sangka anak anaknya sanggup buat begini.

Amalan Kehidupan Keluarga

Seorang bapa OKU sebak menerima kejutan kereta idaman daripada anak-anak. Tiada ungkapan yang mampu diluahkan, sebaliknya hanya linangan air mata bagi menggambarkan perasaan yang cukup terharu. Sesekali pergerakan tangan dibuat sebagai tanda isyarat dapat disaksikan menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial, sehingga mengundang sebak warganet.

Tangisan penuh bermakna itu sebenarnya milik seorang bapa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), sebaik menerima kejutan sebuah kereta baharu daripada anak-anak. Salah seorang daripada anak kepada bapa OKU itu, Roslina Othman berkata, kejutan dibuat di sebuah pusat pameran kereta di Kuala Terengganu, Terengganu, petang Rabu.

Sebak sambil memegang kunci kereta baharu.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, hadiah itu juga adalah hasil perkongsian adik-beradik bagi memenuhi impian bapa mereka yang berusia 57 tahun untuk memiliki kereta baharu.

“Ayah dan mak saya, kedua-duanya merupakan OKU pekak dan bisu. Ayah sebenarnya dah lama mengimpikan kereta baru, sejak lebih lima tahun lalu. Kereta ayah sebelum ini adalah second hand (terpakai), dengan keadaannya yang tidak begitu elok sehingga perlu dibaiki. Kalau hujan lebat, memang boleh bocor dari tepi tingkap masuk dalam kereta,” katanya kepada mStar.

Bapa Roslina (kiri) bersama ibu yang juga OKU tersenyum menerima kejutan.

Roslina yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu berkata, bagaimanapun, hasrat bapanya untuk memiliki kereta baharu terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab.

“Sebelum saya kahwin pada 2015, ayah selalu cakap kat saya nak rumah lebih selesa dari sebelumnya, iaitu rumah papan. Jadi, kami usahakan dahulu untuk dapatkan rumah baharu untuk ayah dan mak. Bertahun-tahun kami tinggal di rumah papan dan di situ juga kami dibesarkan. Alhamdulillah atas usaha kumpul duit, dapat buat rumah batu yang lebih besar di tapak yang sama. Walaupun bukan rumah mewah, tapi dari buruk kepada yang lebih besar,” katanya.

Roslina (dua, kiri) bersama keluarga.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu mengakui pelbagai dugaan dan rintangan untuk menunaikan hasrat bapanya memiliki kereta baharu, saban tahun.

“Macam-macam dugaan, setiap hari fikir, doa kepada Allah semoga dipermudahkan urusan, tahun berganti tahun. Ayah semakin berumur dan selalu sakit. Berbincang dengan adik-beradik, kami berpakat untuk berkongsi bersama. Ayah sebenarnya tak minta kereta mewah pun, tapi mahu kereta yang lebih selesa dan gear automatik,” katanya sambil menambah antara dugaan tersebut adalah faktor kewangan dan pinjaman bank.

Rumah lama (atas) dan rumah baharu (bawah) yang didiami keluarga Roslina.

Namun, Roslina yang merupakan usahawan bersyukur apabila rancangan untuk menunaikan hasrat bapanya itu membuahkan hasil dan kejutan dirancang bersama adik-beradik. “Kami bawa ayah pergi showroom untuk survey kereta baharu. Ayah sudah tentu excited lebih-lebih lagi dia pernah cakap teringin nak ada kereta Perodua Bezza macam kereta ayah saudara saya.

Macam-macam dugaan, setiap hari fikir, doa kepada Allah semoga dipermudahkan urusan, tahun berganti tahun

“Tapi ayah tak tahu sebenarnya kereta tu sudah dibeli, dan hanya tinggal serah kunci. Sebab itulah berkali-kali dia tak percaya sebab tak sangka kunjungan dia ke showroom tu sebenarnya terus dapat kereta,” katanya sambil menambah kejutan turut disaksikan oleh ibunya yang juga OKU pekak dan bisu, berusia 49 tahun. Roslina yang juga ibu kepada seorang anak itu menyifatkan walaupun bapanya OKU tapi beliau komited dalam membesarkan mereka adik-beradik, dengan bekerja sebagai pemandu lori.

Bergambar kenangan bersama cucu

“Sekarang waktu untuk ayah berehat, dan kami buat kejutan untuk menggembirakan ayah dan mak. Ayah seorang yang tegas tetapi cukup sporting menyokong minat anak-anak. Ayah sebenarnya susah menangis. Kali terakhir ayah menangis sewaktu ibu dan bapanya meninggal dunia pada 2018 dan 2014. Bila kami tengok ayah menangis semasa kejutan dapat kereta baharu tu memang tak sangka sangat. Kami adik-beradik pun turut menangis tengok reaksi ayah,” katanya.

Baru 6 Tahun Dah Beli Cincin Emas Buat Ibu Yang Tersayang. Mengejutkan Sekali Anak Kecil Ini Sanggup Ambil Duit Tabungan Untuk Beri Ibunya Hadiah Beratus Ringgit

Untuk menghargai jasa ibu bapa yang berpenat lelah membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kita, anak-anak kebiasaannya akan menghadiahkan ‘sesuatu’ yang dianggap sebagai hadiah istimewa kepada orang tua mereka apabila mereka sudah dewasa dan bekerjaya.

Baru 6 tahun, beli cincin emas untuk ibu.Namun, siapa sangka, di usia 6 tahun kanak-kanak dari Kota Kinabalu, Sabah ini sudah pandai menghargai jasa ibu bapanya apabila dia telah menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas!Tular di media sosial baru-baru ini apabila ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun ini telah memuat naik satu posting di laman Facebooknya @Sumarnie Edison mendedahkan bahawa anaknya itu telah membelikannya sebentuk cincin emas.

Menurut wanita itu, anaknya yang dikenali sebagai Afiq itu sebelum ini mempunyai duit tabungan hasil daripada hadiah sewaktu hari jadinya yang lepas.Afiq telah keluar bersama bapa dan abangnya untuk memotong rambut dan perasan sebuah kedai emas yang terletak berhadapan dengan kedai gunting rambut tersebut.Si anak terus meminta ayahnya untuk singgah ke kedai emas itu dan memberitahu bahawa dia mahu membelikan hadiah untuk ibunya.

Beli cincin emas harga RM260, guna duit hari jadi.Dengan menggunakan berpuluh-puluh kepil duit RM5 yang diterimanya semasa hari jadinya yang lepas, Afiq telah membelikan ibunya sebentuk cincin emas yang berharga RM260!

Wow, min umur 6 tahun, seringgit pun belum tentu ada. Suami wanita itu terus sahaja memaklumkan hasrat anaknya itu kepadanya melalui aplikasi WhatsApp. Suaminya itu juga turut memberitahu supaya dia berpura-pura tidak tahu mengenai hadiah tersebut sewaktu mereka pulang ke rumah nanti.

Tambahnya lagi, bajet mereka adalah di bawah RM300 dan anaknya telah memilih sebentuk cincin emas yang berharga RM260. Menurutnya, si suami juga membantu untuk membayar sebanyak RM70 untuk membeli cincin emas tersebut.

Pada awalnya, dia menyangkakan anaknya itu hanya bergurau. Namun, setelah suaminya menghantar gambar anaknya yang sedang ‘tekun’ memilih cincin emas untuk diberikan kepadanya, wanita itu berasa terharu dengan gelagat ‘sweet’ anaknya itu.Mummy terharu dan bangga sama awak Afiq!

Perkongsian wanita ini di laman Facebooknya berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kanak-kanak ini yang pandai menghargai ibu bapa walaupun usia masih setahun jagung.“Alahai sweet anaknya” – warganet

Sepasang Suami Isteri Tak Makan Nasi Selama Seminggu. Mereka Sanggup Buat Sesuatu Ini Untuk Membeli Barang Dapur.

Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang memikul pasangan suami isteri ini apabila mereka terpaksa menjual televisyen semata-mata untuk membeli barangan keperluan dapur. Lebih menyayat hati apabila mengetahui mereka pernah tidak makan nasi hampir seminggu kerana kesempitan wang.

Hilang kerja, isteri OKU

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Mohd Nasir Din dan isterinya, Suhaida Mohd Ghazali menetap di kediaman mereka yang terletak di Kampung Teluk Teduri, Baling, Kedah.Namun, siapa sangka Nasir telah hilang pekerjaan di bengkel sejak dua bulan yang lalu selepas pergelangan tangan kirinya patah ketika memasang bumbung sebuah rumah.

“Isteri saya merupakan orang kurang upaya (OKU), mempunyai masalah pertuturan. Dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan. Kami pernah tidak makan nasi kira-kira seminggu kerana tidak mempunyai duit untuk membeli beras dan terpaksa tunggu isteri saya yang bekerja kilang mendapat gaji hujung bulan.” Katanya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Nasir mengakui mereka mengalami masalah kewangan dan disebabkan itu dia bernekad untuk menjual televisyen jenama Sharp yang berukuran 29 inci itu. Difahamkan, televisyen tersebut bukanlah dibeli sendiri oleh Nasir sebaliknya merupakan pemberian kakaknya. “Saya nak jual televisyen ini, harganya hanya RM100. Duit itu nanti bolehlah saya beli barangan keperluan dapur.”

Menurut sumber, untuk menambah duit lebih menampung keperluan harian, Nasir telah mengambil inisiatif untuk menjual kerepek dan ikan pekasam yang diambil daripada rakan-rakan kerja isterinya. Nasir mengakui memerlukan wang untuk memasang besi pada pergelangan tangannya. Sekiranya ingin menghulur sebarang bantuan boleh menghubungi mereka di talian 010-8018540.

Beli Televisyen Masa Ada Sale 11.11 Tahun Lepas. Lepas 9 Bulan Baru Perasan Barang Yang Dipesan Langsung Tak Sampai Rumah. Satu Hari Akhirnya Terbongkar Keberadaan Televisyen Tersebut

Seperti yang kita tahu 11.11 adalah antara sale yang dinanti-nantikan ramai orang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang suka beli barangan online. Tapi rupanya, ada yang masih tak dapat lagi barang yang dorang dah beli masa sale ni tahun lepas!Ceritanya, seorang wanita dari Daerah Panyu di Guangzhou, China telah membeli sebuah TV semasa sale 11.11 tahun lepas melalui platform dalam talian yang menggunakan perkhidmatan SF Express untuk menghantar produk.

Menurut Oriental Daily, ketia wanita yang dikenali sebagai Ms Li ini membeli TV tersebut, dia tak rushing pun nak guna sebab tu dia tak kisah sangat bila barang yang dia beli ni sampai lambat.Hinggakan, bila dah masuk Julai 2020, baru wanita ni teringat yang dia ada beli TV tapi barang masih tak sampai-sampai.

Wanita ini kemudiannya menelefon perkhidmatan pelanggan dan mendapat tahu TV yang dibelinya itu telah pun dihantar kepada orang lain namun alamat tersebut berada di Daerah Tianhe, jauh dari tempat tinggalnya.Selepas membuat semakan lanjut, Ms Li dapat tahu semasa proses pembelian tersebut, suaminya tersalah masuk nombor telefon orang lain dan syarikat penghantaran tu telah menghubungi pemilik nombor tersebut.

Pemilik nombor telefon itu mengatakan, ketika dia mendapat panggilan dia telah meminta syarikat tersebut untuk hantar barang itu ke pemilik yang sepatutnya tapi perkhidmatan kurier tersebut tetap menghubunginya dan mendesak lelaki ini untuk tanda-tangan barang tersebut.Kerana tak tahan diganggu, lelaki ini telah menukar alamat dan tanda tangan barangan tersebut di bawah nama suami Ms Li dan memberikan TV tersebut kepada rakannya.

Selepas dihubungi Ms Li, lelaki ini telah pun mengambil semula TV tersebut dari rakannya tapi wanita itu tak mahu menerima barang itu kerana mengganggap nilai TV tersebut dan tak sama dengan harga yang dia beli. Dah jadi barang secondhand lah…Ms Li menganggap, walaupun lelaki tersebut telah menolak barang tersebut sebelum ini, tapi lelaki itu tetap tandatangan resit jadi lelaki itu perlu bayar semula harga asal.

Peguam terlibat dalam kes ini mengatakan yang Ms Li dan suaminya turut bersalah kerana tersilap letak nombor telefon tapi ia tak bermakna lelaki yang tandatangan dan syarikat kurier tersebut tak bersalah.Ini kerana, menurut undang-undang, lelaki ini sepatutnya memulangkan TV tersebut kepada pembeli asal dan syarikat kurier sepatutnya lebih berhati-hati dan menyemak dulu maklumat sebelum hantar barang.So, next time kenalah ingat bila beli barang tu, at least takdelah sampai dah jadi barang secondhand baru nak teringat.

“Habis duit saya dia kerjakan” – Suami Sebak Bank Account Dari RM90 Jadi RM13.50 Lepas Isteri Shopping Sakan Sale 11.11

Baru-baru ni, sale kaw-kaw sempena tarikh 11.11 telah menarik perhatian ramai warganet termasuklah admin sendiri untuk membeli-belah di platform macam Shopee, Lazada, Shopback dan macam-macam lagi lah!Haa bukan senang kan nak dapat barangan dengan harga 50-90% lagi murah dari asal! Tapi kalau korang tengah sesak dari segi kewangan tu, admin rasa eloklah korang shopping berpada-pada sebab takut jadi macam si suami malng ni.

“Dalam bank saya ada RM90 kini hanya tinggal RM13.50” Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang suami meluahkan rasa hiba dan sebak di hatinya apabila isteri yang disayangi telah bershopping sakan sempena sale 11.11 menggunakan akaun banknya.

Lagi teruk, si suami ni tak tahu menahu isterinya guna akaun bank dia untuk bershopping tu sampai wang dalam bank yang ada RM90 terus jadi RM13.50! “Tak salah nak shopping tapi tengoklah kemampuan suami” Rata-rata warganet yang membaca posting ni kebanyakannya bersimpati dengan nasib si suami tu sebab kita manalah tahu kot-kot suaminya ini orang susah dan wang banyak tu je ada dalam akaun kan.

Sepatutnya si isteri kenalah bertimbang rasa dan bertanya dengan suami dulu kalau berkaitan bab duit ni. Mau tak stress baru awal bulan dah kering akaun jadi RM13.50!“Redo jela, bukan selalu… moga wang yang dibelanjakan oleh isteri tu, Allah taala akan gandakan rezeki” Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang berpendapat tak salah kalau takat nak spend RM80 je untuk isteri. Amaun tu tidaklah banyak mana dan Tuhan akan gantikan dengan rezeki yang lebih banyak dari sekarang. Hmmm…Apa-apapun admin doakan si suami tabah dalam hadapi dugaan ni. Kalau kita diletakkan kat tempat suami dia pun, mesti susah hati kan sebab duit dalam bank ada RM13.50 je. Lambat lagi nak dapat gaji ni. 

“Kalau gitu baik takyah tunggu sale” – Suami Cuba Bahayakan diri Bila Tengok Isteri Shopping 11.11 Sampai RM170K

11.11 semalam mesti korang shoppig kaw-kaw kan? Paling tak pun korang mesti akan beli satu dua barang.Ya lah, macam durian runtuh, dekat aplikasi perbankan, atau sesiapa yang pakai kad kredit, pasti akan tergoda dengan cashback yang mereka tawarkan, apatah lagi dengan voucher-voucher penghantaran percuma daripada aplikasi tu.

Promosi ni bukannya dekat Malaysia je tau, hampir seluruh dunia. Tapi, berpada-padalah kalau ada sale pun, janganlah sampai overspent daripada bajet asal macam kes ni.Mungkin disebabkan nak self reward sampai beli segala barang yang ada promo, tapi kalau overspent sangat, baik tak yah tunggu hari promosi. Belanja sampai lebih daripada kadar bajet macam wanita dari China yang dikenali sebagai Zhan ni.

Dia bershopping sakan sampai suaminya Wang stress. Bukan calang-calang stress, kalau kena kat admin pun sama!Lapor World Of Buzz, pihak polis ada menerima laporan daripada seseorang yang cuba nak terjn dari bangunan 33 tingkat.Ketika polis sampai di tempat kejadian Wang dilihat sangat emotional sebab terkilan dengan sikap isterinya. Nak tahu sebab apa?

Isterinya pergi shopping barang sampai lebih 300,000 yuan (RM177,559)! Dia beli beg tangan, perfume mahal, baju dan banyak lagi lah secara online.Tahun lepas RM 118 k. Tapi apa yang membuatkan Wang hampa adalah, ini bukan kali pertama dia buat perkara sedemikian, isterinya selalu online shopping barang.

Lebih-lebih lagi lepas mereka dah menimang cahaya mata pertama tahun lepas, boros makin menjadi-jadi.Di China 11.11 juga dikenali sebagai Single Day, tahun lepas pun isterinya belanja sampai 200,000 yuan (RM118,374), lepastu orang yang kena bayarnya adalah Wang. Ini kerana isterinya pernah janji dengan nak control sikap boros tapi gagal.

Makin boros adalah.Ia merupakan satu bebanan buat Wang sebab gaji sebulan Wang cuma beberapa ribu sahaja, dan nafkah keluarga bergantung dekat dia sorang je.Tak jadi bunh diri lepas polis pujuk.Isterinya pula dulu kerja di bahagian hartanah tapi dah resign lepas bersalinkan anak. Masa dia dapat tahu yang isterinya shopping teruk, dia buat keputusan untuk bnh diri sebab tak tahu nak bayar macam mana.

Bagaimanapun, mujur polis selamat pujuk Wang untuk tidak melakukan tindakan sedemikian, polis ambil masa setengah jam untuk pujuk dia.Polis bawa dia balik kepada keluarganya, isterinya janji untuk tidak online shopping lagi. Pasal bayaran tu, Wang akan cuba untuk ikhtiar macam mana. Alahai, kalau admin pun pening

“Ayam pun nak shopping” – Kedai Huru- Hara Sebab Ayam Tersesat Masuk Mall

Kita selalu pegi mall, dan kita juga mesti pernah nampak ayam dekat kampung atau dalam reban. Macam mana benda ni ada kena mengena antara satu sama lain? Mall dan ayam?Haa.. kami nak share satu video yang ada kena mengena dengan dua benda dia atas ni; mall dan ayam. Simple, ayam bikin huru-hara sebab sesat dalam mall. Korang tengok sendiri lah macam mana keadaan satu kedai ni bila ada ayam masuk buat kacau. Memang huru-hara weh. Tengok video oleh @Flzhksma di Twitter bawah ni.

Kecoh weh ada ayam sesat!Memang betul haru biru jadinya kedai tu. Mana taknya, tiba-tiba ada ayam sesat, kalau setakat masuk rumah tu takpa lagi boleh paham, ni masuk dalam mall. Persoalannya sekarang ni, tu ayam sapa dan sapa yang bawak masuk mall?

Admin syak ayam ni dapat kelepasan outing dari tuan dia kot. Ye la kan bosan duduk dalam reban je. Lepas tu masuk kedai nampak banyak sales pulak, tu yang terkejut tu. K hambar.Tak pernah tahu pulak nandos pakai ayam hidup. Ni memang betul-betul fresh ni. Hidup lagi pastu smblih bagi orang makan. Kalau ada customer complain gak, bawak dia masuk tempat simpan ayam hidup dekat belakang.

Ayam nak balas dndam bagi pihak pekerja kedai yang nak kena tular haritu. Dia keluar cari akak tu, tapi sekali salah mall dah. Bikin huru-hara dekat mall lain. Ini baru betul tular.Weh tak baik tau cakap macam tu. Padahal admin pun ingat benda yang sama. Tu lah kadang-kadang kalau kita happy sangat sampai lupa kita gelak keluar bunyi apa. Ada member admin tu gelak bunyi zirafah bila kita buat lawak. Tapi zirafah takde bunyi. So sebenarnya dia tak gelak. K hambar lagi sekali.Akhirnya ayam tersebut berjaya diberkas!Kadang-kadang tu benda macam ni lah yang boleh hiburkan kita time kerja. Benda-benda random yang memang tak akan berlaku buat kali kedua memang kelakar kalau ingat balik dan ulang cerita. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *