Zahid tegaskan mahu duit KWSP dikeluarkan tanpa syarat. Namun jawapan CEO KWSP membuatkan ramai yang tidak berpuas hati.

Covid 19 Dunia ISU SEMASA Uncategorized

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memudahkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka secara sekali bayar berjumlah RM10,000 tanpa sebarang syarat. Beliau berkata, pada saat rakyat sedang dihimpit kesempitan kerana berdepan pandem1k C0vid-19, amat wajar institusi itu memudah dan menyantuni keperluan mereka.

“Saya mendengar serta membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP.

“Ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan Menteri Kewangan (Tengku Zafrul Abdul Aziz) ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2021 tempoh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Umno, termasuk sayap Pemuda serta Puteri, sejak awal berpendirian tegas memperjuangankan isu tuntutan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat.

KWSP tidak ‘tvtup pintu’, CEO KWSP tampil jernihkan keadaan berkenaan i-Sinar

Bagaimanapun, menurut CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan kriteria-kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan untuk ‘menutup pintu’ kepada lapan juta pencarum yang layak memohon kemudahan tersebut.

Sebaliknya, Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata, pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unuk yang dihadapi setiap ahli KWSP. Menurut beliau, mana-mana ahli yang terjejas boleh membuat permohonan mengikut Kategori 1 dan Kategori 2 seperti yang diumumkan KWSP pada Rabu.

Tidak ‘tvtup pintu’ bagi yang tak lep4s

“Setiap ahli yang terjejas ini (mempunyai situasi yang) unik (bergantung) kepada individu tersebut. Kita tidak boleh menggunakan formula sama sebagai penyelesaian kepada semua individu. Jadi, kita hendak memastikan setiap individu yang mempunyai isu-isu dan cabaran-cabaran yang tersendiri, kita akan memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan di Kategori 2.

Terlalu Banyak Pandangan Warganet Soal Isteri Tiada Hak Ke Atas KWSP Suami Jika Suami Dah Tiada. Kini Seseorang Tampil Jelaskannya.

Macam-macam pandangan warganet tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.

Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara. Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak.

Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri. Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami sudah tiada tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa, kalau masih samar-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.

Maksud Penama Dalam KWSP

Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami sudah tiada walaupun penama adalah isteri. Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu? Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita.

Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid. Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%. Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?

Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku sesuatu pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid. Kalau isteri atau anak ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.

Ambil Tahu Apa Itu Penama

Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). Pastu jika orang yang dah tiada itu berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid. Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!

Bukan mahukan sangat harta. Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan. Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.

Jadi suami-suami, silalah HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful. Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

Banyak cerita kita dengar, suami sudah tiada, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni. Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan keluarga sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri pada ahli yang sudah tiada itu menjadi mangsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati sudah buruk dah terbuka luas, perkara negatif pun bersarang, keluarga sendiri pun tak heran dah. Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab mahukan harta sangat tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah Akhirat Sama

Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas. Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.

Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab kehilangan ahli keluarga hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si m4ti dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

Nota kaki:

Akak bukan ejen takaful atau unit trust. Akak cuma surirumah yang mahu belajar. Apa yang akak share ni untuk celik mata surirumah supaya jangan duduk saja dan tunggu. Buat tindakan untuk masa depan. Jika info yang akak kongsikan ni tak betul silalah beri penjelasan lebih lanjut ye.

Sumber: Mingguanwanita

Pakar Ekonomi Menyifatkan Kadar Minimum Pengurangan Gaji Sebanyak 30 Peratus Itu Tidak Munasabah Dan Tidak Adil. Ini Pendapat Dari Pakar Ekonomi Sendiri Berkenaan Syarat Peratusan

Meskipun program i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru-baru ini telah diperluaskan kepada lebih ramai ahli yang terjejas, namun masih banyak rungutan dan keluhan yang kedengaran.

Ada yang memperli i-Sinar sebagai ‘i-Sedih’, ‘i-Malap’ dan pelbagai lagi nama ejekan, berikutan syarat yang dikenakan terlalu ketat, yang mana satu daripadanya apabila kemudahan itu hanya terpakai kepada mereka yang berhadapan dengan pengurangan pendapatan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Pakar Ekonomi yang juga Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak Datuk Shazali Abu Mansor, menyifatkan kadar minimum pengurangan gaji sebanyak 30 peratus itu tidak munasabah dan tidak adil.

KWSP tidak seharusnya meletakkan syarat peratusan yang terlampau ktat, sebaliknya memudahkan pengeluaran kepada pencarum yang terdesak dan memerlukan wang, untuk kelangsungan kehidupan.“Jika kurang gaji 30 peratus baru boleh keluar itu tidak adil, mereka yang bergaji kecil dan mengalami pengurangan gaji sebanyak 20 peratus, tidak layak untuk membuat pengeluaran, tetapi mereka yang bergaji besar dan dipotong gaji 30 peratus, pula layak.

“Tidak munasabah cara ini, seharusnya kenalah permudahkan, mereka ini dah jatuh, jath lagi ditimpa tangga apabila tidak layak untuk mengeluarkan wang sendiri, kerajaan perlu fikirkan cara yang lebih baik,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan syarat kett itu bukan dicapai di Parlimen, maka KWSP tidak perlu meletakkan syarat yang berat, sebaliknya membenarkan pengeluaran kepada pencarum yang mengalami pengurangan gaji, tanpa mengira berapa pun pemotongan yang dihadapi.

“Kalau seseorang itu ada wang dan tidak terjejas, mereka tidak pergi ke KWSP untuk meminta-minta hak mereka, tetapi kalau mereka pergi dan sanggup berbaris lama, itu bermakna mereka betul-betul terdesak dan memerlukan wang,” katanya.

Shazali berkata kerajaan juga seharusnya membenarkan para pencarum mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan modal berniaga, untuk meneruskan kelangsungan kehidupan yang terjejas, dengan syarat mereka membayar semula pengeluaran yang dibuat.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, bagi pencarum yang terkeluar daripada syarat namun benar-benar memerlukan pengeluaran tersebut, seharusnya membuat rayuan kepada KWSP.“Meskipun syarat itu adalah ketetapan KWSP, namun pekerja boleh ke KWSP dan membuat rayuan, saya berharap KWSP akan mempertimbangkan mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Namun dalam masa sama, pencarum yang layak membuat permohonan dan menerima wang i-Sinar mesti memahami bahawa ia adalah ‘wang bantuan kesukaran’, maka ia perlu dibelanja mengikut keperluan.“MTUC khuatir wang i-Sinar yang dikeluarkan dibelanjakan pada yang luar daripada yang diobjektifkan dan selepas wang itu habis, mereka masih menghadapi kesukaran dan masih tidak mencarum semula ke KWSP, ketika itu bantuan apa yang boleh dikeluarkan oleh KWSP dan kerajaan,” katanya.

Tambahnya, di bawah Akta Kerja 1955, sesuatu syarikat itu tidak boleh sewenang-wenangnya memotong gaji pokok pekerja dan sebarang pemotngan gaji perlu dimohon terlebih dahulu kepada Jabatan Tenaga Kerja.Rabu lepas, KWSP mengumumkan dua kategori pencarum yang layak membuat pengeluaran, yang mana kategori satu adalah pencarum yang bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori 2, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa, selepas Mac 2020, dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.Sumber: BERNAMA

Dikhabarkan KWSP Akan Pertimbang Setiap Permohonan I Sinar Di Bawah Kategori Kedua. Ini Penjelasan Lanjut Dari Ketua Pegawai Susulan Maklumat Tersebut

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Beliau berkata ahli-ahli yang terjejas dari segi kewangan tidak kira pendapatan kecil atau besar tetapi tidak layak membuat permohonan untuk i-Sinar di bawah kategori pertama, boleh memohon untuk kemudahan itu bawah kategori kedua.

“KWSP sedar situasi individu yang terjejas pendapatannya adalah unik bagi setiap kes dan tidak ada satu penyelesaian yang menyeluruh.”Untuk kategori kedua, kita menyarankan kepada ahli kita untuk siapkan dokumen yang boleh menunjukkan impak atau kesan terjejas pendapatan mereka dan hantar kepada KWSP pada 11 Januari 2021,” katanya pada program ‘i-Sinar dialog Bersama KWSP’ di Astro Awani, malam ini.

Tunku Alizakri menegaskan bahawa KWSP akan membuat pertimbangan setiap permohonan bagi memastikan pintu pertolongan tidak tertutup kepada sesiapa.Pada 2 Disember, KWSP mengumumkan bahawa pencarum yang layak membuat permohonan kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori.

Kategori 1 adalah pencarum yang bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberi notis cuti tanpa gaji.Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.Bagi kategori 2 pula, KWSP berkata ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan. – BERNAMA

Semua Perkhidmatan Dan Kaunter Di Semua Cawangan KWSP Bermula Esok. KWSP Dedahkan Waktu Buka Dan Tutup Serta Janji Temu Melalui Web Ini

KUALA LUMPUR: Semua pejabat cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan bermula esok, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Ahli yang ingin berurusan harus membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di laman web www.kwsp.gov.my/janjitemu,” kata kenyataan itu.Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Kemudahan Akses Ke Akaun Satu Ahli KWSP Yang Dikenali Sebagai I Sinar. KWSP Dedahkan Lebih Lanjut Tentang I Sinar Dan Tarikh Untuk Mohon I Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.KWSP dalam satu kenyataan berkata, i-Sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan.

“i-Sinar diwujudkan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada akaun dua melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya di sini hari ini.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir pada Mac 2021.Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. – K! ONLINE

Cadangkan Pengeluaran Simpanan KWSP Secara One Off Sehingga RM10000 Seperti Dicadangkan Bekas Perdana Menteri. DS Mohs Sharkar Dedah Punca Diaa Cadang Pengeluaran Akaun 1 Untuk Bayar Pinjaman

Kerajaan sewajarnya memberi kelonggaran khususnya kepada rakyat yang sedang dihimpit kesusahan untuk membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, beliau mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan simpanan dari akaun hanya untuk tujuan membayar pinjaman sama ada rumah, kenderaan atau pinjaman peribadi.

Menurutnya, langkah itu wajar kerana bukan semua rakyat layak memperoleh lanjutan moratorium bersasar sehingga bulan Disember ini.”Biarpun ada yang mendapat pengurangan bayaran bulanan terhadap pinjaman mereka, masih ramai lagi terbeban kerana keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya.

“Sekiranya langkah ini dilaksanakan, simpanan dikeluarkan itu dapat meringankan beban rakyat untuk mengurangkan jumlah pinjaman masing-masing,” katanya melalui satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.Mohd Sharkar berkata, beliau sendiri membaca pelbagai komen daripada warganet khususnya di laman media sosial Facebook mengenai pandangan orang ramai berhubung cadangan pengeluaran simpanan KWSP secara ‘one off’ sehingga RM10,000 seperti dicadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rata-rata rakyat mahu kerajaan melaksanakan cadangan tersebut kerana bagi pencarum, duit yang mahu dibawa keluar itu adalah duit mereka.”Di pihak kerajaan pula, seperti dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah sukar untuk kerajaan melaksanakan cadangan itu,”katanya.

Justeru, beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang berkata, dalam keadaan rakyat ketika ini sedang berdepan kesukaran hidup ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19), cadangan itu wajar dipertimbangkan kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas.

Isu Pengeluaran Akaun 1 KWSP. Berikut Pendapat Dari MTUC Dan Pakar Ekonomi Susulan Isu Ini Mendapat Perhatian Rakyat Sejak Kebelakangan Ini

Terbaru,Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan untuk kaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan wang Simpanan Pekerja iaitu KWSP dalam usaha meringankan beban pekerja di Malaysia yang tertekan susulan penularan pandemik koronavirus (COVID19)

Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kelonggaran bagi pengeluaran tersebut antaranya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan. Menurutnya, ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhmpit untuk meneruskan kehidupan harian.

“MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.“Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, MTUC berpendapat kajian terperinci perlu dibuat bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran itu dengan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang benar-benar memerlukan pengeluaran tersebut.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, cadangan supaya kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP bukan langkah terbaik. Katanya, secara umum simpanan wang KWSP adalah bagi tujuan kegunaan pada hari tua atau selepas bersara.

“Pada masa ini pun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pemilik akaun untuk membawa keluar wang daripada akaun dua. Jika akaun satu juga dibenarkan, kita risau ramai berdepan masalah kewangan pada hari persaraan.“Tidak ada satu jaminan di mana jika kita berikan kelonggaran pengeluaran akaun satu, pesara akan mempunyai wang yang cukup nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Azrin berkata, apa yang membimbangkan ialah jika kelonggaran diberikan untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu, mereka yang tidak terkesan turut mengambil peluang berbuat demikian.Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri pula berkata, cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu KWSP bakal memberi impak besar pada hari persaraan.

Jelasnya, ini ditambah dengan kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat rakyat Malaysia akan meningkat dan soal kewangan pastinya menjadi salah satu aspek penting.“Kalau kita ambil dari situ, dari mana lagi kita nak ada simpanan dan mahu pastikan kelangsungan hidup pada hari tua. Saya lebih selesa gunakan dahulu akaun dua berbanding akaun satu.“Berdasarkan laporan juga, wang simpanan selepas hari persaraan ini juga hanya mampu bertahan tidak sampai lima tahun. Ini perkara yang membimbangkan jika wang daripada akaun satu dibawa keluar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *