Tidak lain tidak bukan Ustaz Ebit Lew datang lagi untuk membantu beberapa orang ini pula. Disebabkan mereka tiada lesen dan tak mampu nak beli ini sampai sanggup jalan kaki.

Amalan artis Kehidupan Keluarga

Tidak kiralah anda mempunyai sosial media untuk mengikuti perkembangan Ustaz Ebit Lew dan apa yang dilakukannya, atau hanya mendengar cerita dari mulut orang lain, dia seorang hamba Allah yang tidak pernah penat untuk membantu. Sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan, sampai sahaja ke telinganya atau terbaca di mana-mana, dengan pantas dia berusaha untuk bertemu dan membantu. Begitulah apabila dia menghadiahkan lima buah basikal yang boleh dilipat kepada lima orang penghantar makanan yang hanya menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki untuk menghantar makanan.

“Best tadi saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik lrt datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” kongsi Ebit Lew di Instagram miliknya. Tambah Ebit Lew, mereka ini tidak mempunyai lesen dan tidak mempunyai kenderaan sama ada motosikal atau basikal kerana belum mampu untuk membelinya.

“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas spm tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini,” tulis Ebit lagi. Tambah Ebit, dia menghadiahkan mereka dengan basikal yang boleh dilipat untuk memudahkan mereka menaiki pengangkutan awam seperti LRT.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada di situ tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki,” tambah Ebit lagi.
 
Ustaz Ebit Lew merupakan seorang pendakwah dan juga usahawan yang mempunyai rangkaian pakaian dan pasarayanya sendiri. Selain daripada memberi ceramah dan seminar motivasi, dia juga menulis buku dan mempunyai rangkaian restorannya sendiri.

Dari Pembukaan Elewsmart Ebit Lew Bergegas Lawat Bob Lokman. Tiba Tiba Bob Lokman Berikan Pesanan Ini Membuatkan Warganet Dan Ebit Lew Turut Sayu Hati Mendengarnya.

Terdengar sahaja sesiapa yang di dalam kesusahan, dengan sepantas yang mampu dia akan muncul menghulurkan bantuan. Tidak kira jauh atau dekat, seikhlas hati dia akan hadir. Tidak pernah merungut mahupun mengungkit, tidak pernah lelah dan tidak pernah mengira agama atau keturunan, dia akan membantu semampunya. Itulah Ustaz Ebit Lew.

Terbaru Ustaz Ebit Lew bergegas terbang ke Kelantan dari pembukaan pasaraya Elewmart miliknya untuk melawat Bob Lokman, seorang bekas pelakon, pengacara, pelawak dan penulis lirik yang kini sedang sakit dan memerlukan rawatan dengan segera. Dalam satu muat naik di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa hati dengan pertemuannya bersama Bob Lokman di Pasir Mas, Kelantan.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah. Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.

Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya,” tulis Ebit Lew pada satu video pendek di Instagram. Tambah Ebit, dia dan Bob banyak berbual tentang akhirat dan anak-anak kecil yang masih belajar di madrasah.

“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew lagi.
 Ramai yang meninggalkan komen buat Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus membantu orang ramai.

Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal sebagai pendakwah yang sentiasa menyantuni mereka yang terpinggir seperti fakir miskin, remaja yang terbiar, golongan yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya. Ketika wabak Covid bermula, Ebit Lew memulakan bantuan kepada mereka yang memerlukan hinggalah ke hari ini, usahanya tidak pernah putus.

Bob Lokman Mengalami Sakit Teruk Ketika Ini. Dia Akui Boleh Pergi Bila Bila Sahaja.

Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman memaklumkan bahawa dirinya kini sedang bergelut dengan sakit teruk yang dialami sejak tahun 1988. Menurut Bob, doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh sebulan ini, tidak mustahil jika dia pergi secara mengejut.

Pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman,56, ini turut mengambil kesempatan ketika ditemui media dengan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau perbuatannya pada ketika dahulu dan kini mengguris hati.

Dia yang baru sahaja keluar daripada hospital setelah ditahan selama 2 hari akibat masalah jantung. Menceritakan keadaan ketika dibawa ke hospital, Bob mengatakan jantungnya berdegup kencang ketika mengambil wuduk dan kemudiannya pitam. Dadanya kemudian sakit sehingga ke belakang badan sebelum memanggil sepupunya untuk membawa dia ke hospital berdekatan.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk pergi secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah. Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca tv” Difahamkan dia kini memerlukan sejumlah dana bagi membantu kos perubatan yang hampir mencecah RM700 sebulan. Bob juga memerlukan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

– Sumber & foto dipetik dari Beautifulnara, Harian Metro

“Kali ini sakitnya agak serius, kaki bengkak kehitaman” – Bob Lokman dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang

Keadaan kesihatan Bob semakin serius.

Keadaan pelakon dan penulis lirik Bob Lokman difahamkan semakin teruk apabila dia dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh baru-baru ini akibat masalah buah pinggang. Berita itu disahkan menerusi  akaun Facebook Dr Riduan Mohamad Nor yang tersebar di laman sosial pada Khamis.

Menurutnya, Bob, 56, yang sedang mengikuti aktiviti jelajah kuliah di Terengganu sepanjang minggu ini telah dikejarkan ke hospital selepas kesihatannya terjejas.

Antara rakan-rakan yang datang melawat.

“Minggu ini dia dalam jadual padat roadshow kuliah di Terengganu, badannya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UITM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu. Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah. Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang,” tulisnya.

Sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung dan paru-paru.

Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. 

Menerusi laporan mStar pada 20 September 2018, Bob memberitahu dia mengambil 13 jenis ubat-ubatan dengan kos berjumlah lebih RM1,000 sebulan. Dalam pada itu, Dr Riduan meminta mana-mana pihak yang prihatin dapat membantu Bob yang kini mengalami masalah kewangan.

“Setiap kali aku melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang. Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob dan berita keuzuran anak seni ini dengan pantas berjangkit di alam siber. Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.  Saya merayu teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan bebannya kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” ujarnya.

Bob dan isterinya, Relawati Daud, 42, mempunyai lapan anak. Mohamad Adam, 27, (telah tiada), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.

Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong, isteri pula cabut lari namun syukur… Allah masih sayang

Keadaan bob ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Rockdan Bob Lokman… ia ibarat makanan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kerana kecintaannya kepada irama muzik itu,tiada satu pun kelab rock di negara ini yang tidak dikunjunginya. Begitu juga poster-poster penyanyi dan kumpulan rock yang semestinya menjadi koleksi simpanan.

Nama Bob Lokman dalam dunia muzik tempatan juga bukanlah asing. Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) sebagai contoh antara karya yang benar-benar mengangkat namanya sehinggakan ia dijadikan filem dengan judul berkenaan.

Selain Isabella, dia mencipta nama dengan lagu Taman Rashidah Utama (Wings)Rendang Tak Berbuah (Hattan) adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

“Saya peminat muzik rock, di mana kelab yang ada main muzik rock, saya pasti akan sampai. Saya pernah ada komputer riba yang menyimpan lagu-lagu rock yang boleh didengar secara berterusan selama 12 hari,” kata penulis lirik itu ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.

Namun begitu, kecintaannya pada rock selepas 20 tahun berubah tiba-tiba apabila dia membuat kejutan dengan menarik diri sebagai juri tetap rancangan Raja Lawak musim kelima iaitu pada 2011 ketika ia sedang bersiaran langsung.

Sewaktu Bob membuat keputusan mendadak itu, dia sebenarnya sudah mula memperlahankan rentak kerjayanya dan mendekati cara hidup yang menjurus kepada hal ehwal agama Islam. Bob seolah-olah tersedar daripada mimpi, muzik rock yang menjadi nadi hidupnya sebelum ini telah dianggap sebagai sesuatu yang melalaikan.

“Sekarang saya dah tak simpan poster penyanyi rock, semuanya saya dah buang. Laptop yang penuh lagu tu pun saya pecahkan,” ujarnya. Punca penghijrahan Bob bermula ketika dia disahkan lumpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun. “Bermula daripada lumpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena sakit jantung dan darah tinggi. Saya kuat merokok. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia,” katanya.

Selepas mengalami lumpuh, Bob diuji pula dengan keretakan rumah tangga. Baginya, ujian kesihatan dan kewangan tidak sebesar dugaan kehilangan seorang isteri.

“Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun,” luah Bob yang akhirnya berkahwin lain.

Perpisahan itu membuatkan Bob mengimbau kembali lirik-lirik lagu yang pernah ditulisnya. Dia menghasilkan sebanyak 350 lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kekecewaan dan putus cinta.

“Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya,” ujarnya. Pada 2004, Bob mula terdetik untuk melarikan diri daripada dunia popular.

“Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular. Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” jelasnya. Bagaimanapun teguran daripada seorang ulama membuatkan dia akhirnya tersedar.

“Ulama tu kata ‘Bob Lokman ni dulu orang yang sombong’. Saya tanya, ‘ye ke ustaz?’ Dulu ustaz tu nak tegur saya pun segan. Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya,” katanya yang membuat keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.”

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis ubat dengan kos lebih RM1,000 sebulan. Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlantar sakit, namun takdir mendahului segalanya apabila anak sulung yang menjaganya selama ini dijemput Ilahi pada 5 Oktober lalu.

Mohamad Adam, 25, yang mempunyai sejarah mengalami sesuatu di bahagian otak ketika kecil telah pergi selepas rebah di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Biarpun sedih dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *